24- Hadiah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MENDESIS kesakitan juga lah Ivan apabila Mat Ti menekan-nekan kapas berubat itu pada luka di hujung bibirnya. Sangkanya luka itu tidak usah dirawat namun Mak Ti tarik juga dia untuk duduk di kerusi di dapur ini. Katanya jika tidak dirawat, nanti boleh terkena jangkitan.

"Luka sikit pun sakit ke, Tuan?". Mak Ti tergelak kecil melihat reaksi Ivan setiap kali wanita itu cuba untuk mengubati luka kecilnya.

"Sakit sikit". Balas Ivan dengan muka kesian yang dibuat-buat. Kalau dengan Mak Ti, memang Ivan akan terlihat manja sedikit. Bahkan lebih manja daripada dia dengan ibu kandungnya sendiri.

"Tuan cakap apa dengan Cik Haidar tadi?". Mak Ti tahu, luka itu bukan sakit sangat pun. Yang sakit itu, di hati Ivan. Wanita separuh abad itu tahu, hati Ivan sakit tatkala melihat Haidar menangis teruk tadi. Mungkin Ivan tidak akan mengaku jika Mak Ti bertanya, namun lihat sahaja la daripada matanya. Jelas terpancar.

"Saya cakap tentang ayah dia".

"Kenapa sampai menangis?".

Untuk soalan ini, Ivan tidak mahu berkata jujur. Jadi, dia angkat sahaja bahunya beberapa kali. Biar lah jawapannya hanya dia dan Haidar sahaja yang tahu.

"Mungkin dia rindu. I don't know".

"Ivan risaukan dia?". Mak Ti tersenyum segaris seraya menanyakan soalan itu kepada Ivan. Biar lah kalau Ivan tak mahu mengaku atau dia hanya mahu berdiam diri sekalipun. Diam itu juga merupakan satu jawapan kan?

Tapi, tidak disangka... Ivan mengangguk.

"I don't know. I just don't like seeing her crying. It... It breaks a part of me". Tak tahu lah Mak Ti akan faham atau tidak dengan bahasa inggeris. Namun, dia katakan sahaja. Mungkin akan tenang sedikit hatinya. Mungkin...

"Jadi kenapa Tuan culik dia?". Untuk soalan ini, Ivan memang diam sediamnya. Jujurnya, dia sendiri tiada jawapan untuk persoalan ini. Jujurnya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia menculik gadis itu.

Melihatkan Ivan yang hanya berdiam diri itu, Mak Ti berkata,

"Tak apa la, Tuan. Mak Ti masuk tidur dulu. Mak Ti dah siap ubatkan luka tu. Nanti pergi lah jenguk Cik Haidar. Mak Ti risau, dia daripada siang tadi tak makan. Asyik terperap dalam bilik melukis dia tu".

Ivan hanya mengangguk sekali seraya matanya menghantar pemergian Mak Ti.

🕊

"AWAK nak apa?". Tanya Haidar dengan suara datarnya. Niatnya dia tak nak pun bercakap dengan Ivan ni. Tapi dah kalau lelaki ini berdiri keras kejung di hadapan bilik melukis dia ni tanpa membuka mulut, terpaksa lah juga Haidar menegur.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Boleh?". Kata-kata Ivan itu membuatkan Haidar tertawa penuh sarkastik. Sampai sakit perut dia ketawa dibuatnya. Sampai Ivan menayangkan wajah kepelikan. Entah apa yang lawaknya setiap kata yang dituturkannya sampai Haidar boleh tertawa seperti itu sekali.

" Sejak bila awak pandai minta izin ni? Awak bercakap macam-macam tentang saya kepada papa, tak pernah pula awak mohon izin saya. Sekarang kenapa? Nak berubah?". Ivan cuba menahan sabar mendengar perlian Haidar itu. Dia tidak mahu memarahi wanita ini.

"Can you listen to me for once, Zaheera?".

"Boleh tetapi saya tidak mahu kerana saya tahu, setiap perkataan yang keluar daripada mulut awak bakal menyakiti hati kecil saya". Kali ini, raut wajah Haidar berubah. Dia tiba-tiba beriak sedih. Dan kesedihannya ini seumpama membunuh hati Ivan. Ah, kenapa?!

"I promise you, not this time. Please? Listen to me".

"Apa jaminan awak untuk janji yang kali ini? Nak potong ibu jari pula?". Haidar ternyata masih mengingati janji mengarut Ivan di masa lalu itu. Janji jari manis Ivan. Tak pasal-pasal terkeluar juga daripada mulut Haidar. Nanti mesti Ivan ingat Haidar banyak memikirkan lelaki itu. Ugh!

" If you say so...".

Haidar berdiam diri buat seketika sebelum dia membuka mulut setelah mengeluh perlahan...

"Cakap la".

"Nah". Ivan menghulurkan beg kertas yang sedari tadi dipegangnya itu ke arah Haidar. Di dalam beg kertas itu terkandung sesuatu yang diharapkan oleh Ivan mampu menghapus sedikit demi sedikit kesedihan atau amarah Haidar.

"Awak cakap awak nak bercakap, ini bukan bercakap".

"Ambil dulu, nanti aku bagitahu".

Malas nak bertengkar dengan Ivan, Haidar merampas beg kertas itu daripada tangan si lelaki dengan kasar. Matanya mengarahkan ke dalam beg kertas itu untuk mengintai isinya. Ternyata ada sebuah...

"Lukisan. Itu lukisan yang aku belikan untuk kau tadi. Aku tahu kau suka akan seni lukisan. Jadi, aku belikan satu untuk kau, Zaheera. It's small and quite cheap... If you do think it's not enough, you can come with me to the exhibition next weekend and I'll buy you any bigger painting". Ivan menggaru-garu belakang lehernya seraya mengatakan hal itu. Sebenarnya, lukisan kecil itu menjadi simbolik kepada niat sebenarnya yang ingin mengajak Haidar pergi ke pameran lukisan yang bakal diadakan oleh teman rapatnya pada hujung minggu yang bakal tiba nanti.

"Awak ingat dengan lukisan ni dan tawaran awak tu, mampu untuk mengubati luka di hati saya yang awak buat tadi tu? Luka yang awak gores sejak daripada hari pertama awak culik saya ke mari, awak ingat akan cepat padam hanya dengan ajakan awak dan lukisan kecil ini?". Sangkanya, Haidar akan menyukai lukisan dan ajakannya itu. Namun, tidak. Haidar masih juga Haidar. Perempuan yang sangat keras hatinya.

" It's just an offer. Kalau kau tak nak pergi, tak apa. Untuk lukisan kecil itu pula, kau simpan la". Canggung betul ayat Ivan. Dia betul-betul nak minta maaf entah atas sebab apa pun tak tahu. Kesilapannya terhadap Haidar terlalu banyak! Namun, Ivan tidak pandai. Tidak pandai mahu mengucapkan kata 'maaf' itu sendiri. Atau mungkinkah egonya yang masih menggunung itu menghalang?

"Saya tak nak". Beg kertas tadi dihulurkan semula kepada Ivan. Selagi Ivan tak meminta maaf kepadanya, dia tak nak terima hadiah Ivan ini. Meminta maaf atas kesilapan apa? Haidar pun tak tahu! Kalau boleh, dia nak suruh Ivan senaraikan semuanya. Bermula daripada penipuan, penculikan dan beralih kepada kata-katanya terhadap bapa wanita itu yang seolah-olah menambah burukkan lagi imej Haidar di mata kedua orang tuanya.

"Take it, please".

Aduhai Ivan! Susah sangat je nak cakap 'saya minta maaf' tu? Tiga perkataan aje pun!

"Saya. Tak. Nak. Awak berdiri lah dekat situ sampai subuh, saya tetap tak nak terima hadiah awak ni. Awak ingat senang-senang je saya nak maafkan awak dengan ini? Kata maaf pun susah nak diucapkan...". Ayat terakhir dituturkan dengan nada perlahan.

Beg kertas lalu diletakkan ke atas lantai. Kemudiannya, Haidar masuk semula ke dalam bilik melukisnya itu lantas mengunci pintu. Meninggalkan Ivan sendiri dengan wajah kelirunya di hadapan pintu.

Senyap. Sunyi.

🕊️

Updated!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro