3- Jari Manis

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"LEWAT balik, Haidar". Masuk-masuk aje ke dalam rumah, terus Haidar disapa oleh Puan Zulaikha yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa ruang tamu sebesar alam itu. Di hadapannya ada terhidang secangkir teh. Tapi yang peliknya, ada banyak cawan di sekeliling cangkir teh itu.

"Assalamualaikum mama. Maaf, Haidar lewat sikit. Tadi tutup kedai lewat sikit. Ramai pelanggan". Dia tidak tipu. Hari ini, memang ramai sangat pelanggan. Itu yang sampai habis croissant tu.

Haidar menghampiri Puan Zulaikha lalu tangan tua itu disalami olehnya. Tudungnya yang labuh itu diketepikan sedikit. Takut terkena kulit ibunya. Tudungnya itu sudah banyak terdedah dengan persekitaran di luar, takut nanti terkena kulit Puan Zulaikha, mamanya itu tidak selesa pula.

"Hm. Tapi bahaya lah Haidar balik sendiri lewat-lewat macam ni". Terbias riak wajah kerisauan di muka Puan Zulaikha.

"Sekali sekala tak apa kan, mama?". Pujuk Haidar lagi. Dia tidak mahu mamanya menolak permintaannya untuk pergi dan balik kerja sendiri lagi di kemudian hari.

"Tak boleh macam tu, Haidar". Ini suara Tengku Haiman yang datang menuruni anak tangga lalu duduk tepat di sebelah Puan Zulaikha.

"Kenapa, papa? Haidar kan dah besar. Papa tak percayakan Haidar ke?". Haidar tersenyum manis ke arah papanya lalu tangan suam itu juga disalami olehnya. Dia sayang akan pemilik kedua-dua pasang tangan yang baru disalami olehnya itu tadi. Seteruk apa pun mereka, Puan Zulaikha dan Tengku Haiman itu syurga bagi Haidar.

" Papa tahu Haidar dah besar. Masalahnya, awak tu Tengku Haidar Zaheera binti Tengku Haiman. Tengku Haiman tu orang politik. Kalau ada musuh-musuh papa yang dendam--".

"Kalau macam tu, papa kahwinkan aje la Haidar. Nanti ada orang jaga". Seloroh Haidar seraya ketawa kecil. Namun...

Tawanya terhenti tatkala dia melihat raut wajah mama dan papanya berubah serius. Haidar pandang wajah-wajah yang sudah naik kedutan itu lalu dia juga pandang ke arah cawan-cawan di atas meja kopi itu.

"Cakap pasal kahwin...". Baru sahaja Puan Zulaikha mahu membuka mulut tentang topik itu, keluhan berat Haidar sudah memotong katanya.

"Kalini daripada keluarga mana orangnya, mama, papa?". Soalan ini.

Soalan ini yang sudah terbiasa ditanyakan olehnya kepada Puan Zulaikha dan Tengku Haiman sekiranya ada yang datang bertandang ke rumah kerana itu memang sudah terbiasa buatnya. Jikalau ada yang datang ke rumah, tujuannya hanya lah samaada ingin menjadi rakan business papa atau mahu merisik dirinya.

"Anak Dato' Zahar. Orangnya baik, kacak. Mama suka".

Anak Dato' Zahar. Namanya Edrian. Seorang model terkenal. Bukannya Haidar tak berkenan tapi memang dia tak berkenan. Eh?

Ya, Haidar kenal dengan Edrian Dato' Zahar ni. Orangnya kacak dan memang baik (di hadapan Puan Zulaikha dan Tengku Haiman la), namun Edrian juga merupakan seorang model Calvin Klein. Anda tahu lah kan Calvin Klein punya model kebanyakannya tayang apa... Ya, itu yang Haidar tak berkenan sikit tentang Edrian.

"Nanti Haidar telefon lah dia. Dia cakap dia kawan satu kolej dengan Haidar dulu. Haidar ada nombor dia kan?". Tanya mama dan Haidar hanya mengangguk. Buat apa dia tipu? Dia memang ada nombor Edrian dan Edrian memang ada nombor dia.

Kenapa?

Sebab jantan tu pernah mengorat Haidar di zaman kolejnya tapi ditolak mentah-mentah.

"Okay, mama. Haidar naik dulu tau, mama, papa. Haidar nak rehat. Assalamualaikum". Haidar memaksa senyum. Asal bercakap soal jodoh aje, memang Haidar cukup malas.

Haidar lalu berlalu pergi, naik ke bilik. Pemergiannya dihantar oleh anak mata Puan Zulaikha dan Tengku Haiman.

"Look at your daughter, papa". Puan Zulaikha mengeluh panjang.

"She's your daughter too, Zulaikha".

🕊

USAI mandi dan membersihkan diri, Haidar keringkan rambutnya lalu menjalinkan rambut panjang mengurai itu seperti kanak-kanak tadika. Maknanya, Haidar buat dua jalinan rambut ke atas rambutnya menyerupai pigtails. Faham tak? Tak faham, sudah.

Dia yang masih duduk di meja solek itu mencapai telefon pintarnya. Niatnya ingin memeriksa samaada nombor Edrian masih ada ataupun sudah dibuang daripada telefonnya. Namun, perkara lain pula yang terlintas di kepala.

Di kepalanya sekarang terngiang-ngiang suara Ivan. Suara Ivan yang menuturkan sebaris nombor itu tadi. Nombor yang dipercayai nombor telefon Ivan. Entah macam mana tapi Haidar masih ingat akan nombor itu. Padahal Ivan hanya sebut sekali sahaja. Itupun samar-samar. Mungkin ingatan Haidar begitu kuat sewaktu itu.

Tanpa disuruh, nombor itu sudah siap ditaip di aplikasi log panggilannya.

"Eh?". Sampai dia sendiri pun terkejut.

Nombor itu dilihat sebentar sebelum dia membuat keputusan untuk menyimpannya. Entah kenapa dia berbuat demikian. Haidar's rare action.

Encik Patung Beruang

Setelah menyimpan nombor kenalan tak berapa nak kenalan baharunya itu, Haidar kembali kepada tujuan asal. Jari jemarinya laju menaip nama Edrian untuk memeriksa jika nombor telefon lelaki itu masih wujud dalam senarai kenalan telefonnya.

Taip punya taip, ada satu nombor yang timbul dengan nama contact...

Edrian Tak Betul, Gatal & Sebagainya

Haidar sendiri pun terkejut dengan nama contact itu. Barangkali bukan dia yang menyimpan nombor itu pada dahulu kala melainkan salah seorang daripada kawan-kawannya. Mereka semua juga memang tidak suka pada Edrian. Gatal sangat! Semua anak dara orang dia nak try di kala zaman kolej dulu.

Haidar tanpa fikir panjang terus menekan nama kenalan itu lalu menekan simbol tong sampah. Buat apa nak simpan jika sudah tidak diperlukan, kan? Buat semak je.

Eh tapi...

Nombor Ivan tu?

"Ish...". Haidar pening dengan diri sendiri. Dan kerana itu juga, dia letak telefon itu secara terbalik di atas meja soleknya. Dagunya bertongkat dengan tangan sambil Haidar merenung pantulan mukanya sendiri dalam cermin itu.

Tengah-tengah seronok mengelamun, telefonnya bergetar membuatkan fokusnya terkalih.

Telefon itu tadi diambil lalu diterbalikkan agar skrinnya menghadap wajah di gadis.

Dahi Haidar berkerut di saat dia melihat...

Encik Patung Beruang is calling...

"Aik?". Haidar pelik.

Iyala, setahu dia... Dia tak sempat lagi menghantar mesej atau menelefon Ivan tadi. Rasanya, dia sempat menyimpan nombor sahaja. Jadi, bagaimana lelaki ini boleh menelefonnya? Dia tak pernah memberikan nombor telefon dia kepada mana-mana manusia dua tiga hari ini...

Nada dering itu berhenti kemudian berbunyi kembali.

Ianya berulang sebanyak beberapa kali.

Sampai lah kali yang terakhir, Haidar akhirnya membuat keputusan untuk mengangkat panggilan itu.

Ikon hijau diseret lalu skrin itu dilekapkan ke telinganya.

"Assalamualaikum Encik Patung Beruang. Kena--". Belum sempat Haidar mahu menghabiskan kata-katanya, dia tepuk dahi sendiri. Dia lupa, Ivan ni bukan orang Islam. Buat apa dia bagi salam!

"Hai, Cik Zaheera. Macam mana awak tahu ni nombor saya?".

Ha, satu lagi perkara yang dia dah buat untuk mengantoikan diri sendiri. Aduhai, Haidar!

"Erk...". Haidar sedang cuba mencari helah. Ivan di hujung talian pula sedang menunggu dengan sabar.

"Itu tak penting. Yang penting sekarang ni, daripada mana encik dapat nombor saya? Walau apa pun alasannya dan siapa pun pemberinya, kalau saya tak halalkan macam mana?". Helah pertama Haidar untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan Ivan tadi.

"Saya dah cakap, saya nak berkenalan dengan awak. Ada lah usaha yang saya lakukan untuk dapatkan nombor awak ni. Itu awak tak perlu tahu". Ivan ketawa di hujung ayatnya.

"Tapi saya tak suka. Cara encik ni tak betul". Tegas Haidar.

"Lepastu, macam mana saya nak berkenalan dengan awak? Saya nak bagitahu nama saya dekat Cik Zaheera, Cik Zaheera tak nak dengar. Langkah pertama pun Cik Zaheera tak nak beri izin untuk saya lakukan. Jadi, saya ikut rancangan B. Salah ke?". Ivan membidas dengan tenang.

" Saya tak berminat nak berkenalan dengan mana-mana lelaki sekarang. Lelaki semua sam--".

" Sama? Sama yang macam mana tu, Cik Zaheera? Sama yang pada akhirnya akan tinggalkan diri awak juga walaupun mulut dah habis air liur berjanji manis. Macam tu? Kalau itu yang awak anggap, saya bukan macam tu. Saya berani kerat jari". Berani betul Ivan mengungkapkan kata itu.

"Saya berharap, nanti kalau kita berjumpa lagi, jari awak dah terkerat".

Astagfirullah Haidar! Apa yang kau cakap ni?!

Haidar menekup mulut sendiri. Sedar yang dia sudah terlanjur kata.

"Jari mana yang Cik Zaheera nak saya kerat? Manis? Kalau manis, tak boleh. Nanti macam mana Cik Zaheera nak sarung cincin?". Ivan ketawa besar. Sungguh, dia jarang bergurau begini dengan mana-mana wanita tetapi apabila dengan wanita yang dia gelar 'Zaheera' ini, tiba-tiba saja gurauan itu boleh terkeluar.

" Apa-apa pun, saya tak nak berkenalan dengan encik dan encik tak boleh paksa saya". Berkerut-kerut dahi Haidar, menjelaskan perkara itu.

"Saya tak paksa. Tapi cara Cik Zaheera bercakap tadi, macam Cik Zaheera nak kita berjumpa lagi kan? Saya pun harap macam tu juga. Oh, dan... Saya akan pastikan yang jari saya takkan terkerat. Goodnight, Cik Zaheera".

Sejurus selepas menuturkan nama panggilan itu, bunyi 'tut' kedengaran bermakna panggilan sudah ditamatkan oleh Ivan.

Aih, jantan ni?

Haidar pandang skrin telefonnya dengan wajah pelik.

"Dia ni kenapa?". Soalnya perlahan.

🕊️

Okay, saya rajin sikit harini hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro