4- Ivan Tyler Grayson

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ENTAH nak masuk kali ke berapa dah Haidar mengeluh dalam hati ni. Dalam hati aje la, kat luar tak boleh. Tak sopan nanti dianggap oleh orang sekeliling. Siapa orang sekeliling tu?

Orang yang membuatkan Haidar mengeluh banyak kali ni la.

Ceritanya, tadi, Tengku Haiman dan Puan Zulaikha meminta Haidar untuk mengikuti mereka ke sebuah lunch meeting bersama dengan teman-teman rapat mereka tapi tak sangka lah pula teman rapat mama dan papa Haidar itu ialah keluarga Dato' Zahar dan ada seorang ahli perniagaan yang belum menunjukkan batang hidung.

"Maaf la Aunty Zu dan Uncle Man, mommy and daddy tak dapat datang seperti yang dijanjikan. Mereka kena pergi Jakarta tiba-tiba. Ada urusan katanya". Ujar Edrian dengan penuh sopan. Matanya sibuk melirik ke arah Haidar.

Iya, benar. Yang dikata 'keluarga Dato' Zahar' sebentar tadi, hanya lah Edrian. Edrian seorang sahaja. Menjadikan segala-galanya lebih canggung buat Haidar. Lagi-lagi bila mata Edrian tu macam tak nak lepas daripada memandang Haidar.

"Tak apa, Ian. Aunty dengan Uncle, faham. Iyala, keluarga orang berbusiness ni kan". Puan Zulaikha melepaskan tawa halusnya disertai dengan gelak kecil daripada Tengku Haiman. Haidar sahaja yang kelihatan seperti tidak tahu apa-apa sekarang.

"Fuh, lega saya kalau macam tu. Eh, cakap pasal orang business ni kan, Ivan mana? Masih belum sampai ya?". Tanya Edrian seraya matanya melilau ke sekitar restoran mewah itu.

'Siapa pula Ivan ni?'. Bicara Haidar sendiri.

"Belum. Katanya lewat sikit sebab ada urusan di syarikat. Budak tu kan, muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri. Warisan ayah dia gamaknya kan?". Tengku Haiman mengakhiri kata-katanya dengan tanda tanya itu. Soalan buat Edrian kerana percaya lelaki itu ada jawapannya.

" Haah, dia penyambung legasi syarikat ayah dia. Anak tunggal lelaki lah katakan. Ayah dia tu, kawan baik uncle kan?". Kalini giliran Edrian pula menyoal. Haidar di sisi lain hanya membatu, mendiamkan diri. Tak faham topik orang berniaga ni.

Dia berniaga juga. Tapi, dia berniaga kek dan pastri. Mereka ni berniaga saham! Berniaga tahap lain tu!

" Chris Edward Grayson. Mendiang memang kawan perniagaan merangkap kawan baik uncle juga. Tapi dah lama meninggal. Rindu pula dia".

Haidar mencuba untuk mengumpulkan serba sedikit bit-bit cerita mereka ini untuk difahami.

Maknanya, Ivan yang disebut-sebut oleh mereka ini merupakan anak kepada mendiang kawan baik Tengku Haiman lah kan? Dan apa pula kaitan keluarga Dato' Zahar dengan keluarga ayahnya si Ivan ni?

Nak juga Haidar bertanya tapi malas lah dia nak ikut campur.

"Dato' Zahar bukan pernah kenal ke dengan Chris ke, abang?". Tak apa, Puan Zulaikha dah tolong soalkan. Macam tahu-tahu je anaknya sedang ingin tahu tentang itu sekarang ni. Terima kasih, mama!

"Betul lah tu, Zulaikha".

"Betul, aunty. Agaknya Uncle Man, Uncle Chris dan papa saya berkawan rapat ya dulu?". Edrian juga seakan ingin tahu.

Tengku Haiman tergelak dulu sebelum dia menjawab,

"Iya, betul lah tu. Sebab tu uncle nak sangat jumpa Ivan tu harini. Nak tengok la macam mana rupa anak teruna si Chris tu sekarang. Ingat kan nak juga suruh Zahar tengok, tapi dah dia tak boleh datang. Tak apa la. Ada anaknya pun dah jadi kan?". Tengku Haiman menepuk-nepuk bahu Edrian yang duduk di sebelahnya itu.

Lupa nak mention padahal ini hal penting...

Mereka berempat sekarang ini tengah duduk di sebuah meja bekerusi enam berbentuk segi empat tepat dengan posisi Haidar duduk bersebelahan dengan Puan Zulaikha; mereka berdua berhadapan dengan Tengku Haiman dan Edrian yang duduk bersebelahan. Jadi, ada tinggal lagi dua kerusi kosong di setiap hujung meja itu. Sah-sah la satu daripadanya akan diduduki oleh si Ivan nanti.

Puan Zulaikha, Tengku Haiman dan Edrian meneruskan topik perbualan mereka sementara menunggu Ivan. Tetapi, Haidar tidak dapat fokus. Hidungnya sibuk menghidu bauan yang terasa seperti familiar dengannya.

Bau minyak wangi Bleu De Chanel.

Spesifik kan?

Iya. Kerana Haidar sangat gemar dengan bau minyak wangi itu dek kerana kawannya di kolej dulu juga gemar memakai minyak wangi yang sama walaupun dia perempuan. Vanessa namanya. Vanessa lah yang menyimpan nombor contact Edrian sebagai 'Edrian gila, gatal dan sebagainya' tu. Vanessa memang nakal budaknya. Rindu pula Haidar pada dia.

Balik nanti, dia mahu hubungi gadis itu lah.

Derap kaki pemilik bauan minyak wangi itu semakin mendekat sehingga lah kerusi di hujung yang paling dekat dengan Haidar, ditarik lalu ada suara garau menyoal sesuatu,

"Uncle Man, Aunty Zu. Boleh saya duduk?". Suara itu dingin berais tapi masih kedengaran santunnya.

"Eh, dah sampai? Maaf lah, rancak sangat sembang, kami tak perasan". Tengku Haiman bangun apabila melihat Ivan yang menghulurkan tangannya.

"Duduk lah, Ivan". Jemput Tengku Haiman lalu kedua-dua daripada mereka duduk usai bersalam. Ivan juga turut sempat menyalami Edrian.

"Haidar, Zu. Kenalkan, ini Ivan anak kepada mendiang Chris. Edrian dah kenal dia kan?". Soal papa kepada Edrian.

Sementelah itu, Haidar terus mengangkat sedikit mukanya yang sejak daripada tadi tertunduk untuk melihat pemilik bau Bleu De Chanel itu.

Angkat-angkat sahaja muka, matanya serta-merta bersabung dengan mata Ivan. Buatkan Haidar sedikit terkejut namun sempat dia kawal.

Haidar sudah panik tak tentu pasal.

Ivan anak mendiang kawan papa tu ialah Encik Patung Beruang!

Ivan on the other side, hanya tersenyum manis. Dia sudah tahu segalanya tentang Haidar. Jadi, dia tak terkejut pun bila nampak Haidar ada bersama di perjumpaan itu. Malah... Dia lebih kepada gembira.

"Haidar?". Puan Zulaikha seru nama anaknya yang dilihat seperti sedang mengelamun itu buat kali ketiga.

"Ha? Ya, mama?". Barulah Haidar menyahut.

"Tegur lah Ivan tu. Tak elok lah layan orang macam tu". Maksud Puan Zulaikha ialah tindakan Haidar yang sedari tadi seperti tidak mahu bergaul saja tu.

"Okay, mama". Kerana dia anak yang baik, dia ikutkan saja kata mamanya. Wajahnya sekali lagi diangkat dan matanya dihalakan ke arah Ivan yang memang sedari tadi sudah seperti menunggunya membuka mulut itu.

"Hai, Zaheera".

"Hai juga, Ivan".

Mereka berbisik perlahan.

Haidar masih malu dan Ivan sengaja.

Tidak mengapa lah, sekurang-kurangnya sekarang Haidar dah tahu nama sebenar Encik Patung Beruang kan?

'Ivan' namanya.

🕊

"JADI, itu lah nama encik. 'Ivan'?". Haidar mengulang nama Ivan itu. Suka pula dia menyebutnya. Eh?

"Ivan Tyler Grayson, seperti yang saya rasa Cik Zaheera sudah tahu, saya ialah anak kepada Chris Edward Grayson. Kawan lama papa Cik Zaheera. Maaf, saya tak dapat bagitahu awal-awal. Cik Zaheera tak izinkan". Ivan sejak daripada tadi tidak lekang dengan senyuman meskipun senyuman itu hanya akan tercipta jika dia berduaan dengan Haidar.

Macam sekarang.

Puan Zulaikha, Tengku Haiman dan Edrian masih lagi berada di dalam restoran. Entah lah sedang buat apa sedangkan makanan sudah habis dimakan. Haidar pula, tadi, meminta izin mamanya untuk mengambil angin di luar. Tak sangka pula Ivan 'temankan' sekali.

"Saya tak cakap saya tak izinkan".

"You were avoiding me means you don't wanna know me. You don't wanna know me means you don't give the permission for me to get to know you". Pandai saja Ivan memutar ayatnya. Jelas membuatkan Haidar terkedu seketika.

"Sekarang dah kenal. Saya Tengku Haidar Zaheera, anak kepada Tengku Haiman. Awak pula Ivan Tyler Grayson, anak kepada kawan lama papa saya. Jadi, boleh lah awak buang nombor saya daripada telefon awak kan?". Haidar memang tegas kalau bab-bab sebegini. Lagi pula, dia tak pernah mengizinkan Ivan mengambil nombor telefonnya yang entah daripada siapa-siapa tu.

" Kejamnya awak dengan saya, Cik Zaheera. Tapi bukan ke awak yang simpan nombor saya dahulu?". Paku buah keras Ivan tujukan buat Haidar.

"Itu kerana awak yang bagi. Nombor saya, awak curi. Lain kejadiannya tu. Tak boleh nak ditafsirkan dengan cara yang sama". Haidar membalas lagi membuatkan Ivan tertawa kecil. Tak pernah lagi dia berdebat dengan wanita sekeras ini. Di luar tampak ayu dan lemah lembut namun di dalam penuh dengan kekuatan.

"Jadi... Cik Zaheera nak cakap yang Cik Zaheera boleh simpan nombor saya tetapi saya tak boleh simpan nombor Cik Zaheera. Macam tu?".

Kalini, Haidar tak mampu membalas membuatkan Ivan tersenyum penuh kemenangan.

"Saya sanggup tapi syaratnya, kita perlu berkawan". Eh eh, sesuka hati dia letak syarat eh.

"Untuk keperluan apa perlu saya ikut syarat encik? Mengikut kefahaman saya, ianya tak akan bagi saya apa-apa kebaikan pun. Semuanya berpihak kepada encik. Saya tak akan rugi dan tak akan dapat apa-apa pun". Mama, papa! Cepat lah datang! Haidar dah tak sanggup nak berdebat dengan lelaki kutub selatan ni!

"Cik Zaheera akan dapat sesuatu iaitu kawan baru alias, saya. Adakah itu dikira satu kerugian buat Cik Zaheera?". Sekali lagi Haidar terdiam. Dia merasakan bahawa dirinya terlalu tegas dengan lelaki ini. Padahal Ivan nak berkenalan aje.

Perlahan-lahan Haidar geleng.

Terangguk-angguk Ivan dibuatnya lalu dia bentangkan jari manis tangan kanannya buat Haidar.

" Dan tengok, jari saya masih di sini. Masih utuh. Bermakna saya tak sama dengan lelaki-lelaki lain kan?".

🕊️

I love a man who talks in bahasa baku 😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro