5- Jawapan Kepada Persoalan?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TENGAH 'seronok' Haidar lepak bersama Ivan di luar itu sambil mengambil angin, Edrian tiba-tiba datang menyapa. Membawakan berita yang cukup tidak enak untuk didengari oleh Haidar. Sungguh dia tidak suka akan berita ini.

"Haidar, aunty dan uncle dah balik. Actually, bukan balik tapi mereka ada pergi ke lain. Urusan kerja katanya. Jadi, mereka suruh saya yang hantar Haidar balik. Jom?". Ini bukan lah Edrian meminta izin Haidar, ini lebih kepada dia terus mengajak. Haidar tidak suka.

Ivan yang tadinya duduk di sebelah Haidar dan kini sudah berdiri itu memandang Edrian dengan pandangan yang kepelikan. Pandangan dengan perasaan bercampur baur. Cemburu ke tu, Ivan?

"Tak apa. Saya boleh telefon Pak Cik Isa". Pak Cik Isa ialah pemandu peribadi untuk keluarga Tengku Haiman. Dia lah yang selalu hantar dan ambil Haidar ke mana sahaja gadis itu mahu pergi dan di mana sahaja Haidar berada.

Telefon sekali, terus Pak Cik Isa datang memecut.

"Haidar, it's okay. Saya boleh hantarkan". Nada Edrian berubah menjadi semakin diktator. Lebih kepada mengarah daripada meminta persetujuan dan itu membuatkan Haidar berasa cukup tidak senang. Ivan hanya sekadar menjadi pemerhati. Malas nak ikut campur selagi Edrian tidak melebih-lebih.

"Bukan masalah okay tak okay melainkan masalah yang awak dan saya ialah manusia berbeza jantina dan bukan mahram. Duduk berduaan boleh mengundang dosa". Pap! Rasa macam kena setepek atas dahi Edrian.

"Bukan dulu...".

"Jangan timbulkan kembali perbincangan tentang khilaf saya yang dulu. Semua tu tak ada kaitan dengan apa yang saya katakan. Saya yang sekarang berbeza dengan saya yang dulu. Awak kena faham tu, Edrian". Keras. Edrian tahu gadis di hadapannya ini sukar untuk dilentur. Sukar untuk ditawan hatinya sejak daripada perubahannya beberapa tahun lepas.

Benar lah kata gadis itu...

Haidar Zaheera yang dulu, tidak sama dengan Haidar Zaheera yang sekarang.

"Kenapa mesti nak bermadah segala? Saya hanya ajak awak balik dengan saya. Apa masalahnya?!". Edrian sudah seperti mahu menjerit di situ. Suaranya naik satu oktaf membuatkan badan Haidar terhinjut seketika namun gadis itu mengawal kembali riaknya.

Ivan masih tenang walaupun hatinya sudah bergelora. Bukan sahaja kerana orang yang ditengking ialah Haidar, melainkan orang yang ditengking itu juga adalah seorang wanita. Ivan paling tidak gemar dengan tindakan sesetengah manusia sekarang ini seperti Edrian yang suka meninggikan suara terhadap wanita.

Bagi Ivan, wanita itu hatinya lembut. Toreh sedikit, pasti akan terluka. Apatah lagi dengan kata-kata yang sudah semestinya boleh membekas itu.

Baru sahaja Ivan mahu membuka mulut, ikut campur, Haidar terlebih dahulu mempertahankan dirinya sendiri.

"Edrian Dato' Zahar. Awak tu model terkenal. Selebriti. Tak elok menjerit macam orang tak betul dekat sini. Saya dah cakap yang saya tak setuju jika saya perlu pulang dengan awak. Saya boleh balik dengan pemandu peribadi saya. Apa yang awak nak kecohkan lagi? Awak nak semua peminat awak tengok ke perangai tak betul dan sebagainya awak ni?". Pedas Haidar menyindir membuatkan Edrian terdiam manakala Ivan tersenyum sinis.

Sudah pasti. Kalau dengan Haidar, Ivan sudah tidak perlu menjadi hero kerana gadis itu ialah heroin buat dirinya sendiri. Dengan Ivan pun, Haidar membidas tak mahu kalah. Ini kan pula dengan Edrian. Lagi teruk gamaknya.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum". Haidar memberi salam lalu pergi meninggalkan Ivan dan Edrian berdua.

"Try again, bro". Edrian yang terpaku itu dikejutkan dengan tepukan di bahunya dan kata-kata oleh Ivan itu. Belum sempat dia nak membalas, Ivan sudah berlari anak mengejar Haidar. Meninggalkan Edrian sendiri.

🕊

"ENCIK ni kenapa pula? Nak jadi macam Edrian tadi?". Haidar memberhentikan langkahnya apabila terasa wangian itu kembali mengekorinya.

"Saya sedang mencari jawapan".

"Jawapan apa lagi?". Soal Haidar dengan wajah malasnya. Bukan sengaja dia tayangkan wajah ini melainkan yang dia benar-benar penat dan mahu pulang.

"Jawapan kepada soalan saya".

"Soalan yang mana? Terlalu banyak soalan yang encik berikan kepada saya. Maaf, saya pelupa". Matanya dilarikan daripada terus memandang iris milik Ivan. Takut dia tewas.

"Pelupa? Nombor saya boleh pula awak ingat? Padahal saya sebut sekali sahaja". Ivan ketawa. Terasa masih lawak dengan kejadian di mana Haidar menyimpan nombor telefonnya itu. Padahal dia sebut sekali lalu aje pun.

Haidar pincingkan matanya sebelum membuka mulutnya lagi,

"Encik nak jawapan apa ni? Kalau sekadar nak mengungkit, tak perlu kut saya rasa. Kalau dah tak ikhlas sangat, boleh saja saya padam nombor encik itu". Ayat terakhir dituturkan dengan suara yang perlahan.

Aduh, Haidar! Kenapa bercakap macam tu? Kedengaran macam nada rajuk aje bunyinya.

"Okay, okay my bad. Jangan lah padam. Saya minta maaf, okay?".

"Hm".

"Saya nak mencari jawapan kepada soalan saya yang berbunyi... boleh tak kalau saya nak jadi kawan Cik Zaheera?". Ayat sama dituturkan dengan cara yang berbeza. Nampak sangat yang Ivan betul-betul mahu menjadi kawan Haidar. Haidar pula berkeras tidak mahu. Bukan apa, dia cuma merisaui dirinya sendiri. Takut terjerumus kembali ke lembah gelap itu.

" Kawan ada banyak kategori. Encik nak kategori yang mana?". Perlu ditanya, baru lah sesuai layanannya nanti.

"Kategori apa yang masih belum terisi di sana?". Mata Ivan jatuh pada diri Haidar.

"Nak saya jujur atau jawapan penyedap hati?".

"Jujur". Pinta Ivan, sopan seraya tersenyum manis.

"Tiada kategori yang masih kosong tapi saya terpaksa kosongkan satu untuk encik dengan harapan encik tak ganggu saya lagi lain kali". Perkataan 'terpaksa' itu Haidar tekankan.

"Oh, iya? Istimewanya saya. Kategori apa yang terpaksa dikosongkan tu?". Tangannya sendiri dilekapkan ke dada. Ivan tersenyum lagi. Sungguh dia banyak tersenyum setiap kali berdepan dengan gadis keras hati ini.

"Kawan biasa".

"Itu dah lebih daripada cukup. Tempat siapa yang saya ambil tu?".

"Edrian". Selamba Haidar menjawab.

"Cik Zaheera nak samakan saya dengan Edrian tu ke?".

"Kalau encik terasa, betul lah tu. Kalau tidak, bukan lah. Lagipun, encik ni model seluar dalam juga ke?". Haidar bersama muka tidak bersalahnya itu bertanya. Dia tak sedar yang dia sudah buat lawak; Ivan di hadapannya itu sudah ketawa besar.

"Tak, tak". Ivan mengelap air matanya yang hampir sahaja mengalir.

"Saya model kereta". Ini memang betul. Ivan memang merupakan CEO Steer X tapi dia juga seringkali membintangi iklan untuk model-model kereta baharunya.

"Tahu. Mama dan papa dah bagitahu. Syukur lah encik ni model kereta dan bukan model semacam Edrian tu. Jadi, tak perlu lah terasa ya?". Haidar bertanya lalu matanya dikerlingkan ke arah kereta BMW hitam yang diberhentikan di birai jalan itu. Dia yakin itu ialah kereta pemanduan Pak Cik Isa.

" Tak terasa pun. Dapat gantikan tempat dia di hati Cik Zaheera pun, is an honor to me. Terima kasih". Ucap Ivan ikhlas.

"Sama-sama".

"Jadi, kita sekarang kawan?".

Haidar angguk sekali.

"Finally...".

"Saya pergi dulu. Pemandu saya dah tunggu. Jangan telefon atau mesej saya kecuali ada hal kecemasan yang saya yakin tiada. Saya tak suka". Haidar memberi amaran lembut.

"Baik, Cik Zaheera".

Ivan lalu menghantar pemergian Haidar dengan ekor matanya seraya tersenyum manis. Dia gembira!

🕊️

Another update!
Saya memang tengah rajin update sekarang ni hehe :D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro