6- Kopi & Croissant

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KENAPA buat macam tu dekat Edrian?". Masuk-masuk sahaja ke dalam rumah, terus Haidar dimarahi dengan Puan Zulaikha. Sebab apa? Sudah tentu lah kerana Edrian. Lelaki tak semenggah tu.

"Haidar cuma tolak pelawaan dia untuk dia hantar Haidar balik. Itu sahaja". Balas Haidar lembut. Dia sebolehnya tidak mahu bergaduh dengan mamanya hanya kerana seorang lelaki yang tidak penting di hidup mereka itu. Or at least, tidak penting di hidupnya.

"Kalau Haidar tolak baik-baik, mama faham. Ini perlu ke sampai Haidar sindir budak tu? Edrian tu budak baik. Dia ikhlas nak berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan Haidar. Apa yang Haidar nak takutkan sangat?". Tatkala ini Puan Zulaikha sudah bangun daripada duduknya. Matanya tajam mencerlung ke arah si anak dara.

" Haidar dah tolak baik-baik. Edrian yang tak faham, mama. Haidar terpaksa guna cara lain dan memang tiada apa yang perlu ditakutkan kalau Edrian nak berkenalan dengan Haidar, tapi Haidar tak nak. Haidar tak minat. Haidar bimbang kalau Haidar...". Kata-kata anak gadis itu terjeda. Mindanya mengimbas kembali memori di masa silamnya. Tuhan, kalau boleh dia tak nak ingat semua itu lagi.

" Kalau Haidar apa? Kalau Haidar kembali macam dulu? Mama tak kisah, sayang. Kalau Haidar nak hidup Haidar yang dulu, mama izinkan. Mama tak kisah. Malah, mama lebih suka. Mama tak suka tengok Haidar yang sekarang. Yang lebih menyendiri dan berkurung. Tak macam dulu".

"Mama tak kisah tapi Allah kisah. Mama suka kalau Haidar kembali kepada Haidar yang dulu tapi Allah tak. Mama izinkan kalau Haidar nak kembali ke dunia Haidar yang dulu tapi Allah tak. Mama memang mama Haidar. Wanita yang melahirkan Haidar, yang Haidar perlu hormat tapi Dia tu Tuhan Haidar. Haidar tak sanggup nak langgar perintah Dia buat kali kedua. Cukup la sekali, mama. Haidar minta maaf kalau Haidar ada lukakan hati mama. Haidar naik dulu". Bukan niatnya ingin membidas kata-kata Puan Zulaikha dengan hujahan berupa hujahan ustazah itu namun dia perlu buat mama sedar, masih ada Yang Maha Berkuasa yang perlu dia geruni.

"Dan untuk Edrian tu... Haidar tak marah kalau dia nak berkawan dengan Haidar tapi Haidar tak suka dipaksa macam tadi. Haidar yakin, Edrian tak cerita dekat mama cerita yang sebetulnya tentang siang tadi kan? Mama telefon lah dia, tanya. Haidar naik bilik sekejap, nak solat. Nanti Haidar turun masakkan makan malam". Haidar tersenyum manis sebelum mencium pipi mamanya sekilas lalu berlalu naik ke bilik.

"Haidar?".

Panggilan terhadap dirinya itu menyedarkan dia daripada lamunan siangnya dan apabila gadis itu berpaling, jelas di anak matanya wajah Daneen. Pekerjanya yang tua beberapa tahun daripadanya.

"Eh, maaf kak. Haidar tak perasan".

"Takpe". Daneen tersenyum manis. Sejak daripada tadi lagi sebenarnya dia nampak majikan mudanya ini termenung sendiri. Ada masalah gamaknya.

"Kenapa akak panggil Haidar?".

"Suami akak dah sampai. Akak balik dulu ya? Nanti Yana datang". Bicara Daneen lalu matanya melirik ke arah luar, ada bayangan Daim dan anaknya Dhamir yang setia menanti. Tengah makan aiskrim sama-sama.

"Okay, kak. Hati-hati. Baby pun hati-hati". Kepala Haidar ditundukkan sedikit untuk berbicara dengan kandungan Daneen yang kini sudah berusia tujuh bulan itu. Haidar sudah menegah Daneen untuk berehat sahaja dahulu. Lepas cuti bersalin, baru datang balik. Tapi Daneen degil. Nak juga datang kerja. Nasib baik lah suaminya sudah mengizinkan.

"Yela, akak pergi dulu. Tunggu Yana tau". Kata Daneen lalu melangkah keluar daripada ruangan staf itu.

"Okay, kak". Haidar kemudiannya menghantar pemergian Daneen dengan ekor matanya.

Daripada dalam kedai, dia dapat lihat betapa mesranya keluarga kecil itu. Dia sebenarnya agak cemburu. Dia juga mahu berkeluarga. Namun, agaknya jodohnya masih belum sampai. Tidak mengapa, dia akan sabar menunggu.

Baru sahaja dia ingin berlalu ke bahagian mesin kopi, hiasan di pintu kaca kafe nya itu berbunyi. Bermakna ada yang baru sahaja masuk. Apabila dia berpaling, lelaki itu. Ya, lelaki itu lagi.

Nak tak nak, Haidar kena layan lah juga. Ivan itu pelanggan. Karang kalau dia tak layan, habis kafe bakerinya ini diboikot.

"Selamat datang, encik. Encik nak pesan apa?". Soal Haidar dengan senyuman manisnya. Aduh Haidar, jangan senyum begitu. Nanti ada yang lembik lutut. Yang penting, bukan saya. Anda teka sendiri lah siapa...

"One salted egg croissant and one small hot americano". Pesannnya. Kalini ini dengan Bahasa Inggeris. Kali lepas, dalam Bahasa Perancis. Entah nanti mungkin dalam Bahasa Jepun pula agaknya.

"Boleh, tunggu sekejap ya". Haidar menaip-naip sesuatu di tablet di hadapannya. Barangkali senarai pesanan Ivan tadi.

"Okay, nama encik?".

"Zaheera's". Jawab Ivan dengan senyuman sunggingnya. Suka betul lelaki ini main-main dengan Haidar!

"I'm just gonna put 'Ivan', is that okay? Or you want it to be 'Encik Patung Beruang'?". Haidar tidak mengendahkan lawak tak menjadi Ivan itu tadi, sebaliknya dia terus bertanya soalan lain. Kedengaran dengan nada yang agak serius.

"Ivan pun okay". Seketika Ivan lupa bahawa Haidar ini hatinya keras. Setakat pickupline murah tu, mana dia nak cair. Ivan perlu usaha lebih!

"Hm. Semuanya RM 18.50".

"Tiada diskaun untuk kawan?". Ivan masih tidak mahu mengalah dalam membawa topik selain daripada topik pesanannya dalam perbualan ini. Dia sedang memancing Haidar untuk berbual dengannya.

"Kawan istimewa, mungkin ada. Kawan biasa tiada lagi".

"Tiada lagi bermakna akan ada kan? Tak apa, saya tunggu sampai Cik Zaheera boleh bagi saya diskaun sebagai kawan biasa suatu hari nanti atau bila mana kategori saya sebagai kawan Cik Zaheera sudah bertukar daripada kawan biasa menjadi kawan istimewa. Boleh?". Ivan berkata-kata seraya mengelurkan dompet daripada poket seluarnya. Dia menantikan jawapan daripada Haidar tapi Haidar buat tak endah.

" Cash or card?". Haidar menukar topik.

" Card if thats okay".

"Totally".

🕊

IVAN pulang ke ofisnya dengan membawa sebungkus croissant dan secawan americano di tangan. Kedua-dua benda alah yang dia langsung tidak suka. Beli hanya untuk mendapat peluang untuk menatap wajah Haidar sahaja.

"Nah". Kedua-dua benda itu dihulurkan kepada Eric. Si pembantu peribadi.

"Uish, terima kasih lah bos. Ini makin sayang ni. Sebagai balasannya, ada bos nak suruh saya buat apa-apa ke?". Soal Eric dan sejurus selepas itu dia menghirup kopi suam yang diberikan.

"Tolong panggilkan ketua pemasaran dan ketua akauntan Steer X. I noticed the lack of something in the income list. Dan saya tak suka benda-benda macam ni. So, tell them to come in in about 15 minutes to have an urgent meeting with me".

"Baik, bos! Saya perlu hadir juga ke?". Tanya Eric lagi sebab biasanya dia tak disuruh untuk menemani Ivan jikalau ada mana-mana mesyuarat tergempar. Tapi, mungkin kalini berbeza? Kan?

"Perlu. I need you to hold the budget and income list as the proofs". Arah Ivan.

"Okay, bos. Sekarang juga saya pergi bagitahu mereka". Eric lalu meletakkan croissant dan kopinya ke atas meja kerja Ivan lalu berlari anak ke luar bilik.

Ivan pula sibuk duk merenung croissant yang masib belum dimakan oleh Eric itu. Kelihatan inti salted egg nya meleleh-leleh keluar.

"Sedap ke?". Soalnya sendiri. Cukup perlahan, hanya dia sahaja yang dengar. Macam kentut dalam kain. Bezanya, Ivan tak pakai kain sekarang. Ivan pakai seluar.

Okay, tak lawak.

Tangannya perlahan-lahan menarik beg kertas kecil yang terisi dengan pastri itu lalu dibawa ke hidungnya untuk dihidu perlahan.

"Bau macam sedap".

Croissant itu dikeluarkan daripada beg kertas itu lalu disuakan ke mulutnya. Ivan kemudiannya menggigit sedikit daripada pastri itu. Like, betul-betul sikit. Dekat hujung tu aje.

Dikunyahnya dengan perlahan dan dia telan.

Gulp...

Ivan terdiam. Jelas lah yang dia sedang memproses rasa croissant itu.

"Sedap juga...".

Dan selepas itu, Ivan menggigit lagi dan lagi.

Satu gigit.
Dua gigit.
Tiga gigit.

Sampai akhirnya...

Maaf lah Eric, dah habis dah kuih mu ini. Ivan buruk siku sikit harini.

🕊️

Another one!
Enjoy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro