7- Changed

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TALI leher dan kot yang sudah lama dibuang itu dicampakkan ke atas sofa lalu Ivan mengambil tempat di sebelah Vanessa. Adik tirinya. Anak kepada Encik Raymond Chua.

Dia tidak la berapa suka akan Vanessa Chua ini tetapi sekadar nak buat teman tu, boleh lah. Iya la, Ivan ni kan anak tunggal. Dia merupakan satu-satunya pewaris tunggal kepada pasangan Puan Chua (formerly known as Mrs Grayson) dan mendiang Mr Grayson.

Bila sudah terbiasa hidup sebagai anak tunggal, kemunculan Vanessa sedikit menganggu ketenteramannya pada awal permulaan perkahwinan Puan Chua dan Encik Raymond. Namun, lama-kelamaan dia sudah terbiasa.

"Abang kenapa? Resah je Ven tengok". 'Ven' singkatan kepada 'Vanessa'. Semua orang panggil Vanessa dengan nama panggilan itu kecuali kawan baiknya zaman kolej dulu. Makcik tu seorang sahaja yang gemar memanggilnya 'Esah'.

"Nothing". Jawabnya sepatah. Malas nak bercakap banyak dengan Vanessa tentang hal peribadinya. Dia tidak gemar akan perkara itu.

"Suka hati abang la~". Vanessa pun turut malas melayan. Mula-mula dia pelik juga kenapa abang tiri tuanya ini tiba-tiba sahaja pulang ke rumah keluarga. Ingin juga dia bertanya namun dia batalkan niatnya sendiri. Malas.

"Ven ikut mommy pergi church tak Ahad lepas?". Ivan bertanya kerana seingat dia, dia pernah menyuruh Puan Chua untuk mengajak Vanessa sahaja ke gereja dan bukan dirinya.

"Ikut...".

Terangguk-angguk Ivan; sebagai respon.

Suasana menjadi sunyi kembali.

Tak lama pun sebab seketika kemudian, Vanessa yang tadinya sedang ralit menonton rancangan keluarga Kardashian itu, mulai bersuara lagi. Masih lagi dengan topik ibu bapa mereka.

"Oh, cakap pasal mommy... Abang ke sini untuk apa? Sebab mommy dengan papa tak ada. Mereka keluar. Tak cakap pula nak pergi mana". Akhirnya dia tanyakan juga soalan yang sejak daripada tadi terbuku di dada. Tak apa, kali ini dia yakin Ivan akan jawab kerana dia ada isi backup di belakang ayat tanya itu.

"Saja. Nak tenangkan fikiran. Got so much work to do lately. I am stressing out. Need some good rest".

"Oh, faham! Ni mesti sebab pelancaran model kereta baru tu kan? Haritu majlis okay aje kan? Maaf Ven tak dapat datang, Ven demam". Benar, dia demam. Kenapa? Sebab terlampau stres menyiapkan tesisnya.

"It's okay. The ceremony went smooth. Ven demam kenapa?". Ivan menaikkan kakinya ke atas meja kopi di hadapan mereka itu lalu kakinya itu disilangkan. Ceh, tak beradab betul! Nasib baik Puan Chua tiada di sini. Kalau tak, dah lama kena bebel.

" Got fever because of stress. Stres sebab my thesis writing process didn't go so well. Didn't get approved. Ini Ven kena buat balik. Masih stres lah ni. Tu sebabnya Ven tengah melepak ni. Rehat sekejap, nanti buat balik". Kepak ayam madu yang entah daripada mana dapatnya itu digigit-gigit. Sedap! Yakin 100% yang Vanessa beli dekat pasar malam ni.

"Nak keluar minum?". Ajak Ivan. Ini merupakan kali pertama dia mengajak adik tirinya untuk 'minum'.

"Minum apa...?". Vanessa terpinga-pinga buat seketika namun apabila dia melihat senyuman sinis Ivan yang jarang-jarang ditunjukkan itu, dia akhirnya dapat meneka makna sebenar di sebalik perkataan 'minum' itu.

"Abang gila ke?! Nanti mommy dan papa marah Vanessa lah!". Vanessa menjerit separa berbisik sambil memukul lengan Ivan.

"What? Why? It's not like you are underage pun kan? Ven dah 25 tahun. Apa salahnya? Jom la teman abang". Ivan masih cuba untuk memujuk. Jarang-jarang berlaku ni ya. Sila sikirinshot untuk dijadikan kenangan masa hadapan.

"Tak nak, Ven. Ven tak pernah minum".

"Please?".

"No. When I say no, it's a no. Ala... Abang pergi je kelab malam Bukit Bintang tu, lepastu abang ngorat la mana-mana GRO kat situ. Suruh dia teman abang minum". Vanessa ketawa besar di hujung ayatnya.

"Abang tak terlalu hina untuk langgan GRO okay?".

"Okay, okay... Not GRO lah but anyone else and NOT ME. Ajak la mana-mana perempuan lain temankan abang. Ven tak nak. Tengok TV lagi bagus". Ha ini cadangan bagus sikit. Daripada cadangannya yang pertama tadi yang menyuruh Ivan untuk melanggan GRO. ASTAGFIRULLAHALAZIM!

"Ven ada kawan?". Sumpah agaknya Ivan tak waras dah ni. Sampaikan kawan Vanessa pun dia nak try. Excuse him anak-anak, dia stres sangat ni.

"No... eh--actually... I had one. Dulu lah. Dia cantik dan perangai dia sama macam abang. Suka minum bila stres, suka pergi kelab malam dan seangkatan dengannya lah. Dia kawan zaman Ven ambil degree dulu. Alah, abang tak ingat kut tapi Ven pernah cerita yang dia panggil Ven dengan nama panggilan 'Esah' tu. Ha dia lah. Tapi... ". Vanessa sedang mencari perkataan yang sesuai untuk meneruskan katanya.

" Tapi apa?".

" Itu dulu lah. Sekarang Ven rasa dia dah berubah. Dia ada telefon Ven semalam. Suara dia lain sangat. Dah lemah lembut giler! Tak macam dulu. Ven suka tengok dia berubah, makin cantik! Makin berseri. Tapi Ven tak tahu pula sebab apa dia berubah drastik macam tu sebab lepas habis degree, kami lost contact lama juga. Sekarang baru jumpa balik". Vanessa tutup cerita pendeknya.

"Jadi, abang memang takkan ada teman untuk minum malam ni. Baik abang pergi buat hot chocolate je dekat dapur". Vanessa tersenyum manis yang dibuat-buat sebelum matanya kembali tertancap pada skrin televisyen besar nak mampus itu. Besar macam nak kasi anak gajah yang tengok TV.

"Malas. Ni mommy dan papa Ven balik bila? Nak suruh abang teman Ven dulu ke?".

"No need. Ven pandai jaga diri. Tapi kalau abang nak rehat, pergi lah tidur bilik abang dulu. BILIK ABANG, okay? Bukan BILIK VANESSA CHUA". Tekannya. Ivan ni bukan boleh kira. Nanti Vanessa dah nak masuk tidur, dia duk tidur terbongkang atas katil gadis itu. Sudahnya Vanessa yang kena tidur di bilik lelaki itu. Entah apa masalah lah Ivan ni. Barangkali bilik Vanessa terlalu cantik dan selesa kut. Cantik sebab berwarna serba merah jambu dan selesa sebab katilnya bercadar satin.

Psst psst, satin mahal wo...

Dengar cerita, memang cadar Vanessa sahaja pun, dia pakai yang import daripada luar negara. Kaya tak kaya keluarga ni?

"Dan, mommy papa balik lewat malam".

"Okay, abang naik rehat jap". Ivan lalu bangun daripada duduknya dan melangkah ke arah tangga rumah itu. Malas nak naik lif. Biliknya berada di tingkat dua aje pun. Takkan nak naik lif juga kan?

"Hm". Balas Vanessa, malas. Fokusnya masih di skrin televisyen. Dia sendiri macam dah nak termasuk dalam TV tu. Ralit sangat!

"Rehat dekat bilik Vanessa Chua!". Ivan mengusik.

"Abang!!!". Maka bergegarlah rumah itu dengan suara Vanessa. Yang seorang suka mengusik, yang seorang suka menjerit. Elok lah jadi adik-beradik tiri. Macam kucing dengan anjing! Yang mana kucing, yang mana anjing, itu tak pasti.

🕊

PINTU biliknya di rumah agam milik Encik Raymond itu dibuka lalu terus sahaja dia merebahkan badannya ke atas katil empuk bersaiz King itu. Mata Ivan terkalih kepada tingkap yang tertutup dengan langsir putih nipis itu.

Dia tersenyum segaris.

"Later...".

Lalu perlahan-lahan matanya ditutup dan dia akhirnya lena.

Imej terakhir yang melintasi mindanya sebelum dia betul-betul lena ialah imej Haidar yang sedang berkerut-kerut mukanya itu.

🕊️

Late night update hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro