8- Disgusted

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Haidar merancang untuk pergi menenangkan jiwa di Mid Valley Megamall di ibu negara. Eh, tak rancang melainkan dia sudah pun berada di sini. Orang kata, plan last minute selalu menjadi kan? Bezanya sekarang, Haidar seorang diri. Tiada peneman. Tiada pengawal peribadi. Tiada rakan. Sedih.

Dia bersiar-siar di sekitar mall itu sambil melihat-lihat sekelilingnya jika ada makanan yang dia berkenan nak makan kerana sekarang memang Haidar berasa agak lapar.

Iyala, daripada pagi tadi Haidar ada di kafenya. Ini sudah menjelang pukul dua petang baru lah dia keluar mengambil angin. Breakfast pagi tadi memang tak diambil kerana Haidar memang tidak biasa bersarapan. Nanti kalau dia sarapan juga, sakit perut! Makan tengahari pula belum.

Matanya masih melilau di kedai-kedai yang berada di persekitarannya sampai lah dia menangkap signboard besar berwarna merah yang tertulis di atasnya perkataan 'Dim Sum Halal!'. Datangnya daripada sebuah restoran chinese cuisine halal yang bernama Xie Xie Restaurant.

Kakinya diatur ke arah restoran yang agak lengang itu. Bagus lah, tak ramai orang. Haidar memang sejenis manusia yang malas nak bersesak-sesak.

Belum sempat Haidar nak melangkah masuk ke dalam restoran itu, tangan kanannya ditarik kasar sehingga badannya tergerak ke arah belakang lalu dia merasakan seolah tubuhnya menghempap sebuah dinding. Terasa seperti sudah patah riuk tulang belakangnya!

Dalam hati sudah beribu kali menyebut nama Allah. Dia takut. Meskipun Haidar boleh dikategorikan sebagai wanita yang berani, situasi ini cukup menggentarkannya. Lagi pula dia tidak tahu gerangan mana yang menarik tangannya tadi. Dan apabila mata Haidar dibuka...

"Lepaskan saya". Tajam kedua mata itu menentang sepasang mata Edrian. Rasa takutnya sudah berkurang. Dia tahu jikalau dengan Edrian, lelaki itu tidak akan berani untuk membuat apa-apa. Acah je lebih.

"Kenapa tak angkat call saya?". Tanya Edrian. Pegangan tangannya pada tangan Haidar masih belum dilepaskan.

"Kalau awak nak bincang pasal ni, bukan ini cara yang sesuai. Tak sayangkan reputasi ke kalau ada orang nampak?". Haidar menyoal sinis. Dia masih berusaha untuk meloloskan diri daripada pegangan yang dirasakan begitu jijik itu.

"Fuck that reputation! I want you to fucking answer me!". Edrian sudah hilang sabar. Sungguh dia berang dengan perangai keras kepala dan suka menjawab Haidar ini. Kalau perempuan lain, dia buka mulut sikit saja, sudah melutut semua. Ini?! Susah benar!

"Atas sebab apa untuk saya jawab panggilan awak? Awak ada kecemasan ke? Kalau ada sekalipun, saya rasa saya bukan orang yang tepat untuk awak hubungi". Haidar pula semakin geram dengan perangai tak semenggah Edrian ini. Padan lah tempatnya sebagai kawan biasa Haidar digantikan oleh Ivan pada tempoh hari. Edrian sudah jatuh ke kategori musuh!

"Oh my God, kau tak faham lagi ke apa yang aku nak, ha?! AKU NAK KAU! Sekalipun tiada kecemasan, aku nak dengar suara kau!".

"Itu bukan alasan atau sebab yang kukuh. I resist to answer a call from a non-mahram without any valid reason UNLESS it is from the number that I never know. Then perhaps, I will answer". Minda Haidar kembali mengenangkan malam di mana dia menjawab panggilan daripada Ivan. Lelaki itu...

Juga bukan mahramnya kan? Maka kenapa dia angkat panggilan telefon Ivan?

Oh mungkin kerana Ivan menelefon Haidar nak masuk beratus kali, maka dengan itu gadis itu menjawabnya kerana memikirkan ianya hal yang mustahak.

Tapi Edrian...

Setakat telefon dua kali...

Padan lah kalau dianggap tidak penting oleh Haidar.

"Kau mengarut apa ni, Haidar? Kau ingat aku tak tahu berapa banyak lelaki yang berdampingan dengan kau sejak dulu, hm? Bukan setakat kau angkat panggilan telefon mereka aje kan? Lebih daripada itu pun kau pernah buat". Tangan kiri Edrian naik menyentuh jilbab labuh Haidar membuatkan gadis itu menayangkan muka jijiknya.

"Kelab malam tu, dah macam rumah kedua kau. Whiskey, tequila, wine, beer, kau teguk macam air masak. Lepastu sekarang, kau nak berdakwah pula dengan aku?". Sambung Edrian lagi. Sengaja dia ungkit kisah lama Haidar untuk mencabar gadis itu.

"Biar saya tekankan balik. Itu dosa-dosa saya yang yang DULU! Perkataan 'dulu' dan 'sekarang' tak boleh awak nak terjemahkan dalam konteks yang sama. Lagipun, apa yang awak dapat jika awak ungkit semua khilaf saya yang dulu? You think I would be sad and knee in front of you for you to take me? You think you could have me? Cukup sekali lah, Edrian. Cukup sekali saya buat semua dosa tu. Untuk saya ulang? Tidak mungkin. Jadi, tolong lepaskan saya sekarang". Kata-kata Haidar cukup untuk menginjak-injak harga diri Edrian. Cukup untuk membuatkan darah lelaki itu semakin menggelegak tapi dia tahan. Pegangan tangannya di tangan Haidar turut dilepaskan.

"Kau ingat Haidar... You are mine! I'm gonna claim you someday! Stop being a bitch. Bersyukur ada orang yang masih nakkan kau yang bertutup litup ni". Edrian pandang cara pemakaian Haidar pada saat itu. Haidar lengkap berblaus longgar berona biru lembut bersama skirt putih dan tudung labuh putih.

"Saya bukan hak sesiapa. Hati, jiwa dan badan saya semuanya hak Allah. Segala apa yang ada pada saya semuanya milik Allah. You want me? Pray to Him. Bukan dengan cara yang tak betul jalannya ni. But you know what? Someone's else might be praying for me already. So, give up, Edrian. Saya bukan hak awak dan awak bukan pemilik saya. Tolong sedar. Assalamualaikum". Haidar memberi salam dan berlalu pergi daripada situ. Dia membatalkan niatnya ingin menjamah dim sum halal tadi. Hilang seleranya selepas melihat wajah Edrian!

"Such an ungrateful bitch...". Edrian murmured that.

Tanpa disedari ada sebuah figura yang menyaksikan dan mendengarkan segalanya daripada jauh. Figura yang lengkap memakai jaket kulit hitam, kemeja T hitam, seluar hitam, bertopi dan berkaca mata hitam.

"Say that again and I swear I will chop your tongue". Bisik figura itu perlahan lalu kembali mengemam lolipopnya. Figura itu kemudiannya berlalu pergi daripada tiang yang tidak jauh daripada tempat pergaduhan mulut antara Edrian dan Haidar itu tadi.

'Dia' jelas mendengarkan segalanya tetapi dia yakin, kata-kata akhirnya itu tadi langsung tidak dapat ditangkap oleh Edrian.

🕊

HAIDAR yang baru sahaja pulang daripada Mid Valley itu terus masuk ke dalam bilik dan duduk di hadapan meja soleknya. Tudungnya yang sudah awal-awal dibuka dan didamparkan di atas katil itu dipandang sekilas. Lalu dia kembali melihat ke arah pantulan dirinya di cermin besar itu.

Rambutnya yang panjang mengurai itu diusap perlahan.

"Kau sentuh aku, Edrian". Tempat di mana Edrian menyentuhnya tadi, dipegang. Walaupun rambutnya tadi dilindungi oleh tudungnya, Haidar tetap berasa jijik. Dia dapat rasakan telapak tangan Edrian di rambutnya tadi. Bahkan masih dapat merasakannya sekarang.

Lantas laci meja solek itu dibuka lalu sebilah gunting dikeluarkan daripada situ.

Tanpa aba-aba lagi, Haidar memotong pendek rambutnya. Ya, rambut yang dia simpan selama beberapa tahun itu dipotong hanya kerana sentuhan berlapik daripada seorang lelaki yang Haidar rasakan sangat jijik itu.

Perlahan-lahan Haidar memotong rambutnya sehingga rambut yang panjang itu bertukar menjadi paras bahu. Hampir sahaja kelihatan seperti bob cut.

Setelah berpuas hati dengan tindakannya itu, gunting yang digunakan tadi diletakkan ke tepi lalu dia mengusap-usap rambutnya yang bergaya baru itu.

"Much better...".

🕊

Jadi lah seperti Haidar...
Perempuan yang membenci sentuhan lelaki bukan mahram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro