9- Stalker

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELANGKAH Haidar mahu keluar daripada pintu utama rumahnya itu, kakinya terhenti. Badannya mengeras. Di hadapannya sekarang ini ada sebiji kek cawan tapi yang peliknya kek cawan ni versi kek cawan yang dikait. Crocheted cupcake. Pelik kan? Yang bertambah-tambah peliknya dekat atas 'kek cawan' tu ada sehelai kertas berwarna kuning. Sticky note. Ada beberapa baris tulisan di atasnya.

Haidar menundukkan sedikit badannya lalu tangannya mencapai 'kek cawan' comel itu. Usai mengambil benda alah itu daripada lantai, dia bangun berdiri dan memandang sekeliling. Takut-takut si pemberi masih di situ. Namun, nihil. Tiada satu pun kelibat manusia yang terlihat.

Mata Haidar dikalihkan kembali ke arah 'kek cawan' itu dan tulisan yang berada di atas kertas pelekat itu dia baca.

"If you want me to chop off his tongue, I can do it". Naik meremang bulu roma Haidar apabila dia membaca ayat itu dan di saat itu lah dia percaya bahawa 'kek cawan' dan kertas pelekat bermesej itu dihantar oleh seorang stallker. Stalker yang Haidar percaya merupakan seseorang yang obsesif.

Yang menjadi persoalannya sekarang, siapakah gerangan itu? Dan bagaimanakah 'dia' boleh memecah masuk ke halaman rumah keluarga seorang ahli politik yang Haidar yakin sudah dipenuhi oleh CCTV dan sudah dikawal ketat ini?

Perlahan-lahan rasa takut itu mulai menusuk ke dalam segenap jiwanya. Sejak bila Haidar ada stalker ni? Sebelum ni tiada pun.

'Kek cawan' comel itu terpaksa dia campak ke dalam bakul rotan kosong yang ada di samping rak kasut di hadapan pintu sebelum mata Haidar kembali melilau ke sekeliling. Masih mencuba untuk mencari sang pelaku. Biarpun benda yang ditinggalkan oleh'nya' ini comel, namun ini tetap salah. 'Dia' telah menakut-nakutkan Haidar!

"Haidar buat apa tu?". Sergahan lembut oleh Puan Zulaikha itu membuatkan bahu Haidar terhinjut. Terkejut juga la dia. Dah orang tu boleh dikatakan tengah menghendap, ada yang sergah macam tu. Nasib baik lembut-lembut je, kalau tak, dah terlompat Haidar dibuatnya.

"Tak ada apa, mama. Haidar nak pakai kasut, nak pergi kafe. Papa mana?". Cepat-cepat Haidar menukar topik. Kertas pelekat tadi juga dilipat kecil-kecil dan disimpan di dalam poket blaus muslimahnya itu. Haidar tidak mahu mamanya tahu terlebih dahulu. Dia mahu memastikan dahulu perkara ini. Jika tidak, boleh jatuh fitnah.

Puan Zulaikha memandang pelik anak gadisnya sebelum akhirnya mengusir fikirannya pergi.

"Papa dah keluar awal tadi, dia ada hal penting harini".

"Hm, okay. Kalau macam tu, Haidar pergi dulu. Mama duduk rumah, hati-hati. Kalau bosan, minta Cik Minah temankan mama main catur". Sempat lagi Haidar berseloroh di hujung katanya. Cik Minah adalah merupakan salah seorang orang gaji di rumah keluarga Tengku Haiman yang paling rapat dengan Puan Zulaikha. Kalau tiada orang di rumah agam itu, Cik Minah lah yang akan menemani Puan Zulaikha dan biasanya mereka memang akan bermain catur.

"Memang mama akan cari dia pun nanti. Ni Haidar balik makan tengahari tak?".

"Mestilah balik, mama. Mama masak sedap-sedap tau". Pinta Haidar lalu dia menyalami tangan Puan Zulaikha itu.

"Ya, nanti mama masakkan untuk Haidar. Hati-hati bawa kereta tu". Pesan Puan Zulaikha sebelum memerhatikan figura anaknya yang mulai melangkah ke arah Mini Cooper comel berwarna biru itu.

"Okay, mama. Haidar pergi dulu. Assalamualaikum".

🕊

LELAKI berjaket hitam yang sedari tadi memerhatikan Haidar daripada luar pagar rumah agam itu hanya tersenyum segaris. Kepalanya disandarkan ke belakang tepatnya pada kepala seat kereta miliknya itu. Lama-kelamaan, dia tertawa halus. Suka dapat melihat wajah si gadis. Dia bersumpah yang dia akan lakukan ini pada setiap hari. Dia suka!

"You are so so pretty...". Senyuman lelaki itu semakin lama semakin melebar.

Biarpun tadi dia berasa sedikit terluka kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Haidar begitu takut dengan tindakannya yang meninggalkan 'kek cawan' comel itu dan membuangnya ke dalam bakul yang entah apa-apa itu, tetapi sekarang dia sudah tak mampu menahan rasa gembiranya apabila sebentar tadi dia melihat betapa manisnya senyuman si gadis yang dilontarkan kepada kepada sang ibu. Dia seolah merasakan bahawa senyuman itu untuk dirinya.

Ah, gadis ini benar membuatkan dirinya tak keruan!

"Jangan takut dengan aku, aku hanya nak kan diri kau". Lelaki itu sekali lagi tertawa seperti orang gila...

🕊

DIKETUKNYA dagu sendiri buat beberapa kali. Ivan pening! Pening dengan hal ini. Eric di hadapannya juga ikut pening kerana memikirkan apa yang sudah memeningkan kepala bos besarnya ini.

"Bos okay tak ni? Daripada tadi duk diketuknya dagu tu. Kang tercabut, dah tak boleh pikat Cik Croissant". Eric menyakat. Eric tahu tentang Haidar pun apabila Ivan sendiri yang membuka mulut. Ivan buka cerita sikit-sikit je, yang lain Eric korek sendiri.

"You don't undertand me, Eric...". Ivan mengeluh lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Ini sangat asing untuk Ivan lakukan ya... hmm apa yang sudah menganggu pemikiran lelaki ini sebenarnya?

"Macam mana saya nak faham, bos belum cerita. Ini pasal Cik Croissant ke pasal benda lain?".

"Pasal dia la... Aku tak boleh lah Eric... Aku rasa macam aku selalu nak tengok muka dia. Ada satu soalan berkaitan dengan dia seolah masih belum terjawab, untuk aku tahu jawapannya. Tapi aku tak pasti apa". Akhirnya, Ivan meluahkan isi hatinya. Oh jadi ini yang membuatkan dia resah gelisah semacam je harini? Faham...

"Oh, we are using 'bro mode' right now?". 'Bro mode' is a term used by Eric setiap kali dia dan Ivan bercakap menggunakan kata ganti diri yang berlainan daripada waktu bekerja.

Sekali kena jeling dengan Ivan, terus Eric terangguk-angguk.

"Pergi lah jumpa dia. Harini kau tak pergi lagi kan kafe slash bakery dia tu kan?".

Ivan mengangguk.

"Ha pergi lah, jumpa dia. Beli makanan dan kopi lepastu kasi aku makan". Selamba de' je Eric berbicara. Tawa halusnya dilepaskan. Tapi dia jela yang ketawa, Ivan di hadapannya masih diam tak bersuara. Masih mempertimbangkan cadangan Eric tu.

Kalau Ivan pergi ke kafe Haidar, nanti dia takut perempuan tu serabut dengan dia. Kalau Ivan tak pergi, dia yang serabut sampai tak boleh buat kerja nanti.

Susah kan?

Ivan kelihatan seperti sedang berfikir seketika sebelum dia akhirnya bangun dan mencapai kunci keretanya. Blazer di kerusinya diambil dan disarungkan ke badannya. Panas tetapi ini signature dia setiap kali dia pergi ke kafe/bakeri si gadis.

Him wearing the full Yves Saint Laurent suit everytime he goes to her bakery. That's the signature.

"Kita ada mesyuarat pukul tiga nanti. Jangan balik lewat pula!". Eric memekik kuat setelah melihat bayangan Ivan pudar daripada pancaindera penglihatannya seraya dia menggeleng perlahan.

Di sisi yang lain, Ivan melangkah sederhana laju keluar daripada bilik itu lalu pergi ke arah lif VIP. Butang bertulis 'G' ditekannya lalu dia masuk ke dalam. Sengaja dia tidak letakkan kata laluan pada lif ini kerana dia malas. Nanti dia lupa.

Masa yang diambil untuk turun daripada tingkat 13 ke ground floor mengambil masa lebih kurang 15 saat sebelum akhirnya Ivan boleh melangkah keluar daripada lif itu dan menghayunkan kakinya dengan penuh bergaya di lobi bangunan Steer X itu. Syarikat turun temurun milik mendiang bapanya.

Kadang Ivan terfikir, mengapa bapanya beria membina syarikat di sini sedangkan mereka berwarganegara Perancis (Ivan is Malaysian and European [French])? Ya, memang Steer X juga ada di Perancis namun... mengapa Malaysia? Dan persoalan paling besar, mengapa dia ditugaskan untuk menguruskan syarikat di sini sedangkan syarikat di Perancis sana orang lain yang uruskan? Dia masih juga CEO dan pemegang saham terbesar Steer X tapi mengapa? Mengapa perlu campur tangan orang lain di Perancis sana? Mengapa dia perlu berada di Malaysia?

Ivan mengusir pemikiran yang tiba-tiba datang itu pergi lalu melangkah keluar daripada bangunan itu dan berhenti betul-betul di hadapan keretanya dan terparkir di parkir VIP itu. Betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan Steer X itu.

Pintu dibuka dan dia masuk ke dalam kereta tetapi...

Belum sempat dia hidupkan enjin kereta, matanya terkalih ke tempat duduk belakang. Tempat 'sesuatu' itu berada lalu dia menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Apa nak jadi dengan kau ni, Ivan?". Bicaranya sendiri.

🕊️

Haaa siapa stalker Haidar tu?
Apa yang Ivan nampak dekat tempat duduk belakang kereta dia tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro