31- Berharga

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"YOU! You buat apa depan bilik I pagi-pagi ni?". Soal Dinda dengan riang apabila dia buka sahaja pintunya yang diketuk itu, wajah tampan Ivan terjengul di situ. Wajah tampan yang agak menyeramkan. Dia tahu Ivan seakan sedang marah akannya tapi dia buat tak tahu sahaja.

Ivan melangkah ke tepi dan terus riak wajah Dinda bertukar menjadi masam. Terpacul pula wajah Haidar di situ. Haidar bergerak sedikit ke hadapan. Di dalam pelukannya ada gambar lukisan rumah yang sudah rosak itu.

Gulp!

Dinda cam lukisan itu.

Haidar sudah tahu ke yang dia lah pelakunya? Kalau Haidar sudah tahu dan Ivan ada bersamanya, berkemungkinan besar Ivan juga sudah tahu tentang perbuatan bodohnya itu.

"Kenapa ni you? Kenapa dia ada dekat sini sekali?". Dinda bertanya dengan suaranya yang gugup. Takut dia pada riak wajah Ivan yang sangat lah dingin dan garang itu. Di saat ini, dia tahu bahawa dia sudah mengejutkan harimau yang sedang tidur dengan mencari pasal dengan Haidar.

Ivan sudah memberi amaran, Dinda ingkar untuk mendengarinya.

"Awak ke yang rosakkan bilik lukisan saya?". Tanya Haidar dengan suaranya yang bergetar. Dia masih cuba untuk bersabar daripada melempang wajah Dinda. Kalau dia ialah Haidar Zaheera versi yang dulu, sudah tercabut rambut Dinda rasanya dek kerana ditarik-tarik olehnya.

" Kau cakap apa ni? Bilik lukisan apa? Kau jangan nak memandai-mandai tuduh ya!". Suara Dinda naik seoktaf membuatkan pandangan Ivan terhadapnya semakin tajam.

"Tell her the truth or you know what will you face, Dinda". Ini suara Ivan memberi amaran. Semakin bergetar kekuatan Dinda untuk menipu. At this point, she knew that she already fucked up.

Oh girl, you messed with the wrong person.

"Ivan... I cuma nak bagi dia pengajaran. Dia panggil I perempuan simpanan, you tahu tak?!". Adu Dinda dengan suara manjanya. Secara tidak langsung mengakui semua kesalahannya. Jadi, betul lah dia yang merosakkan seluruh bilik lukisan Haidar itu.

Haidar yang terkejut dengan pengakuan selamba Dinda itu semakin hilang kesabaran. Dia mengangkat tangannya dan...

Pam!

Kuat dia melempang pipi Dinda. Terteleng gadis itu ke tepi.

"Hei! Kau ni dah kenapa?!". Dinda memarahinya.

"Awak tiada hak langsung untuk menyentuh semua barang milik saya apatah lagi merosakannya. Bilik lukisan itu hadiah daripada seseorang untuk saya. Semua lukisan yang saya hasilkan ialah hasil penat lelah saya. Perbuatan awak merosakan semuanya sangat tak bermoral! Awak fikir awak siapa, Dinda?! AWAK FIKIR AWAK SIAPA UNTUK SENTUH BARANG SAYA!". Ya, Haidar marah semarahnya. Semua lukisan yang dia hasilkan, sangat bermakna buat dirinya terutama sekali lukisan rumahnya itu.

" Eh engkau memang patut lah diberikan pengajaran! Kau ingat kau pakai bertutup litup macam ni, kau bagus sangat?! Ha?!! Kalau dah perempuan simpanan tu mengaku jela! Tak payah nak cakap aku seorang saja. Entah-entah kau pernah tidur dengan Ivan lebih banyak kali daripada aku!".

Pam!

Sekali lagi Dinda ditampar oleh Haidar. Kali ini dek kerana mulutnya yang sangat keterlaluan itu. Ayat yang dituturkan sangat melampau!

Ivan di samping Haidar hanya menjadi pemerhati. Dia tak mahu ikut campur.

" Mulut kalau tidak boleh nak menuturkan kata yang baik, maka lebih baik ditutup sahaja. Sebelum saya lempang awak buat kali ketiga, berhenti berkata-kata buruk tentang saya. Satu lagi, kembalikan semula Al Quran saya yang awak curi". Ya, Al Quran merah jambu Haidar juga telah hilang daripada bilik lukisan itu dan apabila dilihat melalui kamera litar tertutup (CCTV), sejurus selepas merosakkan seluruh bilik itu, Dinda kelihatan mengambil Al Quran milik Haidar lalu dibawa lari.

"Tak cukup kau lempang aku, sekarang kau nak tuduh aku pula?! Dasar perempuan tak tahu malu!". Dinda yang semakin meningkat-ningkat amarahnya itu cuba untuk maju ke arah Haidar namun gerakan kaki Ivan yang seolah cuba untuk melindungi Haidar itu kembali menghentikannya. Ya, dia sangat takut dengan lelaki itu.

" Give her back what is hers". Ivan memberi arahan.

Tanpa berkata banyak, Dinda yang masih lagi memegang pipinya yang sakit ditampar sebanyak dua kali itu berjalan masuk sedikit ke dalam biliknya sebelum mencapai Al Quran yang berada di atas meja lampunya.

Dia mendengus kasar sebelum Al Quran itu kemudiannya diletakkan dengan kasar ke atas tangan Ivan.

Ivan lalu memberikan Al Quran itu kembali kepada tuannya; Haidar Zaheera.

"Jangan sesekali awak sentuh atau rosakkan barang milik saya lagi". Haidar berkata-kata buat kali terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan Ivan sendiri bersama Dinda di situ.

"You! You tengok tak perempuan tu buat apa?". Dinda cuba untuk mengadu kepada Ivan namun malangnya, Ivan mencekup dagunya dengan kasar lalu dia ditolak sehingga tersandar badannya pada dinding di sebelah pintu biliknya itu.

"Apa ni!? Sakit la!".

"I warned you, Dinda. Jangan kacau dia. Or you really want me to slit both of your wrists that bad, huh? Bilik tu aku sediakan untuk dia dan dia sahaja. Aku sendiri pun tak boleh masuk, kau tahu tak? Kau tahu tak?!". Ivan menjerkah kuat Dinda sehingga tersentak badan gadis itu.

" I spent thousands to make sure that the room is perfect for her. Siapa kau nak rosakkan semuanya?".

Jeda.

" I swear on my own name, sekali lagi kau kacau hidup dia... Aku bunuh kau, Dinda. I'm not kidding. I will kill you if you ever cause any tiny inconvenience towards her. Do you understand?". Dinda tidak menjawab. Dia sedang berada dalam ketakutan yang teramat sangat pada saat ini. Ivan begitu seram sekarang. Kenapa? Penting sangatkah Haidar bagi diri lelaki itu?

Ya, sangat penting.

" Do. You. Undertand?".

Cepat-cepat Dinda mengangguk.

🕊

SEBELUM Ivan pergi bekerja, dia sempat menjenguk Haidar yang sedang duduk di taman bunga di luar rumah itu sambil memegang lukisan-lukisan yang sudah rosak itu. Ivan lalu berjalan menghampiri Haidar.

" Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam". Jawab Haidar lembut tanpa sedikitpun memandang ke arah Ivan. Dia masih lagi sedang bersedih.

"Dia tak suka kalau kita berdendam kan?". Ivan memulakan bicaranya.

"Ya. Saya tak berdendam pun. Kalau kerosakan semua lukisan ini dan bilik lukisan itu adalah salah satu ketentuan-Nya, saya tak akan pernah berdendam. Tapi saya sedih. Semua lukisan ini bermakna. Jiwa saya sedih. Awak faham kan?". Sayu sahaja Haidar berbicara. Sungguh. Dia sesungguhnya sedih. Dilihat seperti perkara yang biasa kan, namun tidak bagi Haidar. Seluruh bilik lukisannya dirosakkan oleh Dinda. Tak wajar dia bergembira, rasanya.

" Aku boleh sediakan kau bilik lukisan yang baru". Ivan kaya. Setakat nak sediakan bilik lukisan yang baru itu, celah giginya sahaja. Dia sanggup. Asalkan gadis di hadapannya ini tidak bersedih lagi.

Namun, Haidar menggeleng.

"Tak sama". Bicara gadis itu.

"Then I will make it the same. Every inch of it. I promise. Just please, Zaheera... Don't be sad anymore. I don't like seeing you like this".

Haidar mengangguk.

"Kau dah sarapan?". Setelah berdiam diri selama beberapa saat, Ivan bertanya lagi.

Haidar menggeleng.

"Kenapa?".

"Saya tak ada selera".

"Nak aku temankan kau makan?". Ivan cuba untuk menawarkan dirinya untuk menemani Haidar makan. Mampus lah kalau dia lewat masuk pejabat pun. Siapa kisah? Dia juga yang bos kan. Dia sanggup buat apa saja untuk melihat senyuman Haidar kembali ke wajah suci itu.

" Saya tak suka makan dengan awak".

........ the moment of silence .......

Macam tu je Ivan kena tolak. Haih, kesian... kesian...

"Then? Want me to order something else?".

Haidar menggeleng lagi.

"Awak pergi lah kerja, Ivan. Saya nak bersendiri sekejap. Nanti kalau saya rasa saya nak makan, saya akan makan". Terus dihalaunya Ivan daripada situ.

Lama-kelamaan, Ivan terpaksa akur. Susah juga nak menang kalau berkata-kata dengan Haidar Zaheera ini. Eh bukan. Kalau berkata-kata dengan Haidar Zaheera, seorang Ivan Tyler Grayson memang tidak akan pernah menang. Tiada peluang pun.

"Alright. I'll be back at 5. Please do eat something".

Haidar mengangguk tanpa melihat ke arah Ivan walau sekali pun.

Ivan lalu berjalan pergi meninggalkan Haidar sendiri di taman bunga itu.

🕊️

Updated!
Nampak Ivan ni dah macam nak berubah ke bendera hijau kan?
🟢🟢🟢

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro