32- Arash & Firash

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAIDAR tengok si pengawal peribadi, si pengawal peribadi tengok Haidar. Sudah serupa sedang berlawan mata. Benda ini sudah terjadi nak dekat lima minit. Haidar masih lagi tidak mahu kalah. Jangan harap! Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan, dia tidak akan mengalah!

"Tak boleh, Cik Haidar. Tuan Ivan tiada di sini, jadi saya tak boleh buat keputusan saya sendiri". Salah seorang pengawal peribadi bernama Firash Muammar itu memberitahu dengan lembut.

Dalam banyak-banyak pengawal peribadi yang mengelilingi kawasan rumah Ivan ini untuk menjaga Haidar daripada melarikan diri, ada dua orang; sepasang kembar lelaki seiras yang ditugaskan khas untuk menjaga Haidar secara dekat. Maknanya, yang lain jaga kawasan... mereka berdua jaga Haidar. Segala yang berlaku ke atas Haidar akan menjadi tanggungjawab mereka.

Mereka ialah Firash Muammar dan Arash Muammar.

Firash boleh dikatakan seorang pengawal peribadi yang masih boleh bertolenrasi dengan Haidar. Haidar sering diberi kebebasan oleh Firash untuk keluar mengambil angin di taman rumah banglo itu walaupun Ivan agak tidak suka kalau wanita itu keluar daripada rumah. Suara Firash lembut sahaja setiap kali bercakap dengan Haidar.

Tapi...

Tidak bagi abangnya; Arash. Arash sangat tegas. Tidak pernah sekalipun dia tersenyum ke arah Haidar. Semua yang Haidar buat, dia tidak suka. Bagi dia, kalau Haidar kena kurung dalam bilik, duduk diam-diam lagi bagus. Suara Arash seringkali kedengaran menyeramkan persis seperti suara Ivan. Perangainya seolah-olah berbeza 100 peratus dengan si adik; Firash.

"Sebab dia tiada di sini la, saya nak keluar. Awak jangan salah faham, saya bukan nak lari. Kan saya dah janji yang saya nak tolong dia? Saya nak keluar cuma untuk membeli semula barang-barang lukisan saya. Lagipun, saya bukan keluar seorang diri. Awak dan abang awak kan ada? Apa yang awak nak risaukan lagi?". Sudah beberapa kali Haidar mengulang alasan yang sama. Tetap tak jalan!

Firash kelihatan sedang teragak-agak untuk mengangguk. Baru sahaja dia ingin berkata 'ya', Arash melangkah ke hadapan. Figuranya yang tinggi itu membayangi figura Haidar membuatkan Haidar melangkah sedikit ke belakang.

"When he said no, it means no. Which part of our intruction that you couldn't understand?". Tegang suara Arash. Haidar ni degil sangat! Suka menjawab! Mungkin kalau dengan tuannya, Haidar akan menang. Tapi tidak dengannya. Dia tak akan kalah dengan perempuan!

" Ish, kau jangan lah kasar-kasar. Kesian dia". Firash melarang abang kembarnya itu untuk terlalu tegas dengan Haidar. Firash ni memang green flag orangnya. Dia tidak pernah sekalipun berkata-kata kasar dengan sesiapa. Terutama sekali, perempuan.

Tapi...

"Diam, Firash. Kau suka bagi muka dekat perempuan ni kan? Kau sedar tak yang dia ni tawanan dekat sini? Bukannya puan muda kau untuk kau jaga baik-baik. Elok kau humban je dalam ruang bawah tanah sana dia ni". Pertuturan Arash itu membuatkan Haidar naik angin. Eh, geram betul lah dia!

"Maafkan saya, Encik Arash. Saya rasa saya masih lagi berdiri teguh di sini dan saya juga boleh dengar setiap bait bicara encik mengutuk saya. Suka hati adik encik la nak layan saya baik-baik pun. Yang encik sensitif sangat ni kenapa? Bukannya Ivan tak bayar gaji encik pun kalau saya tak kena humban dalam penjara bawah tanah sekalipun kan?". Haidar membalas pedas. Dah lama dah dia geram dengan Arash. Lama tak lama, dalam tiga hari macam tu kut kerana Arash dan Firash ni diperkenalkan kepada Haidar sebagai pengawal peribadinya oleh Ivan semenjak tiga hari lepas.

Ya, sejak daripada hari pertama kali Haidar kurang menggemari cara Arash melayannya. Kasar sangat! Macam Arash tu period pain setiap masa!

"Kau ni kan, perempuan...". Arash ingin maju ke depan lebih lagi tetapi Firash menghalang dengan memegang bahunya.

"Jangan lah gaduh-gaduh, Arash. Tak baik la". Pesan Firash. Dia tidak suka melihat abangnya bergaduh. Sejak daripada sekolah menengah lagi.

Dulu, Firash selalu dibuli kerana dianggap terlalu baik dan nerd. Maka, Arash lah yang selalu menjadi pelindungnya. Arash selalu bergaduh untuk melindunginya daripada si pembuli-pembuli. Lepastu balik je rumah, kena marah dengan ibu. Sebab tu Firash tidak suka kalau Arash bergaduh. Meskipun Arash bergaduh untuk menyelamatkan dirinya.

"Macam ni... Kami boleh benarkan Cik Haidar keluar beli barang tapi kami kena bagitahu Tuan Ivan dulu okay? Dan kalau dia izinkan, kami kena ikut ke mana sahaja Cik Haidar pergi. Boleh?". Bersinar-sinar mata Haidar apabila diberikan keizinan bersyarat oleh Firash. Dia tahu, Firash baik orangnya. Tak macam Arash! Muka masam aje 24 jam!

" Firash...". Abangnya menegur. Cukup tidak suka dengan Firash yang selalu memenangkan Haidar. Ini baru tiga hari, kalau tiga minggu... Kena pijak kepala lah adiknya itu nanti. Arash benci jika hal itu berlaku!

"Tak apa, Arash. Kita kan ada? Kita jaga lah dia baik-baik. Okay? Arash jangan risau". Firash tersenyum comel maka Arash terpaksa mengalah.

"Terima kasih, Firash". Ucap Haidar.

"Sama-sama. Cik Haidar pergi lah bersiap dulu, saya nak telefon Tuan Ivan".

🕊

"KENAPA dengan kau ni, Firash?". Firash yang sibuk memerhatikan Haidar yang sedang memilih kanvas melukis itu berpaling ke arah abangnya apabila ditegur sebegitu. Dia sudah terbiasa dengan cara percakapan kasar Arash tetapi ini sangat tiber jadi dia takut sikit. Sikit je la.

" Kenapa apa?".

"Kenapa kau baik sangat dengan semua orang? Semua yang perempuan tu nak, kau bagi. Baru tiga hari tau, Firash. Ada lagi tiga bulan kau nak kena jaga dia. Kau nak suruh dia pijak kepala kau ke? Tak cukup lagi apa yang orang dah buat dekat kau masa sekolah dulu?". Arash membebel bukan kerana dia sengaja ingin menyakiti hati dan telinga Firash namun kerana dia sayang akan si kembarnya itu. Dia takut jika Firash terlalu baik dengan semua orang, orang akan ambil kesempatan.

Namun, Firash hanya tersenyum. Dia tahu, Arash memarahinya bersebab. Bukan suka-suka. Arash risau akan dirinya. Dia tahu hal itu.

"Dia perempuan, Arash. Mesti lah kita kena baik dengan dia. Perempuan ni hati lembut macam tisu tau. Fikir macam ni la... Tuan Ivan dah layan dia macam dia tu betul-betul tawanan penjara. Takkan kita pun nak seksa dia macam tu juga. Sedih la dia nanti, Arash. Aku tak suka tengok orang sedih". Jelas Firash dengan lembut.

"Lepastu kalau kau yang sedih, tak apa?". Bidas Arash. Dia sungguh tidak berpuas hati dengan sikap terlalu baik Firash ini. Dia ingat lagi, dua tahun lepas apabila Firash ditinggal curang oleh kekasih hatinya yang dia sayang separuh mati... Boleh Firash senyum lepastu cakap yang dia mungkin bukan lah teman lelaki yang baik sedangkan PEREMPUAN ITU yang curang!

"Arash... Cik Haidar tak buat aku sedih pun la. Arash jangan lah risau. Cik Haidar tu baik".

"Ye ye je baik. Kau ni yang terlalu baik. Cepat percaya dekat orang pula tu!". Arash mendebik bahagian belakang kepala adiknya dengan perlahan. Firash hanya ketawa perlahan.

Tengok tu! Orang pukul dia, dia boleh ketawa je. Firash ni robot ke sebenarnya? Robot yang terlalu baik.

" Tak baik tau berburuk sangka, Arash. Ibu marah nanti".

"Ah, kau! Itu je la modal kau". Arash mendengus geram. Kalau berlawan mulut dengan Firash, dia selalu kalah. Kalah dengan kelembutan adik kembarnya itu. Ya, Firash sahaja la yang boleh menang jikalau berlawan kata dengan seorang Arash Muammar. Tiada yang lain.

Firash tersenyum lalu kembali memandang ke arah Haidar. Namun tiba-tiba, perutnya bergelora. Ini lapar atau....

"Aduh, Arash".

"Kenapa pulak?". Arash bertanya dengan nada bosan.

"Arash tolong tengok Cik Haidar sekejap ya? Aku sakit perut. Nanti sepuluh minit, aku datang balik. Tau? Jaga dia sekejap tau? Nanti aku belanja Arash aiskrim". Lah, sakit perut rupanya. Ingatkan lapar tadi.

"Ingat aku ni macam kau ke suka makan aiskrim?". Arash memutarkan bebola matanya. Menyampah mak!

"Tolong tau, jaga sekejap. Bye!". Lalu berdesup Firash melarikan diri untuk ke tandas. Nanti kalau tak sempat karang, tak pasal-pasal terbuang dalam kedai alatan melukis itu pula.

Apabila hilang sahaja Firash daripada penglihatannya, Arash mengambil alih tugas. Matanya merenung tajam ke arah figura Haidar yang sedang bergerak-gerak di dalam kedai alatan melukis itu.

Di sisi lain...

Haidar sedang mencari cat air untuk setiap warna yang perlu dia gunakan untuk menyambung lukisan bangunan rumahnya. Namun, warna terakhir ni payah betul untuk dicari.

Warna lilac.

Haidar berfikir untuk menggunakan warna itu untuk mengecat bunga-bungaan yang bakal dilukis di persekitaran halaman rumah itu. Tapi tak jumpa pula! Mana ya pergi warna tu? Atau sudah habis?

Baru sahaja dia ingin berjalan bertanya kepada akak penjaga kedai alat melukis itu, langkahnya terhenti.

Ada seseorang berdiri tegak di hadapannya.

"You cari ni ya, Haidar?".

🕊️

New characters!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro