👊 Ťe Amoŕ ⚡ Part 4 💕 (23)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kini hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum party hari lahir para kembaran Boboiboy bakal berlangsung. Kesemua kawan-kawan terdekat dan classmate mereka dijemput untuk pergi ke party itu nanti.

Dan semakin mendekat hari itu, aktiviti harian Gempa semakin padat. Gempa banyak kali keluar masuk kelas kerana sering dipanggil ke bilik guru dan pejabat. Tidak lupa juga beberapa orang pelajar tertinggi yang ingin berjumpa dengannya.

Ditambah pula, Gempa membuat belian online dan diletakkan alamat sekolah, jadi setiap kali barang sampai, pasti akan ada pengumuman untuk Gempa datang ambil.

Dan di sepanjang kesibukkan Gempa itulah, Hali semakin lama semakin kerap memandang Gempa dan mengambil tahu akannya dalam diam. Setiap kali dia ternampak Gempa, iris rubynya takkan pernah lari dari melihat Gempa.

.
.
.

Hali: Hari ni pun sama ke, huh..?

Hali melihat Gempa dari tingkap atas bangunan sekolah. Di telinganya dia sedang mendengar lagu dari earphone nya manakala matanya ligat melihat pergerakan Gempa di sebalik topi hitam yang dipakainya.

Dari jauh Hali memerhatikan Gempa. Melihat senyum tawa Gempa dan telatah kecuaian Gempa di saat melakukan sesuatu. Kadang-kadang Hali akan tersenyum sendirian kerana telatah Gempa yang tidak pernah dilihatnya.

???: Oi, Hali.

Hali yang seolah-olah biasa mendengar suara tadi terus membetulkan posisinya. Dia cuba mengalihkan pandangannya dari ketahuan kerana sedang memerhatikan Gempa. Namun orang yang menegur Hali jelas sekali dapat menangkap Hali sedang memerhatikan Gempa.

Hali menjeling ke arah orang yang menegurnya tadi.

Hali: Kau nak apa Taufan?

Taufan berdiri di sebelah Hali lalu menyandarkan dirinya di dinding tingkap. Taufan menjeling ke belakang. Ternampak Gempa sedang tersenyum sambil membantu seorang pelajar perempuan membawa sebuah kotak besar.

Taufan tersenyum.

Taufan: Aku pelik lah dengan kau ni.

Hali: ....

Taufan: Oi, kau masih tak nak mengaku ke?

Hali membalas jelingan Taufan. Dari situ Taufan jelas memahami bahawa Hali tidak memahami maksudnya sama sekali.

Taufan: Heh, kau masih tak faham ke apa aku cakap?

Hali: Aku takde masa nak faham apa yang kau cakap.

Taufan: Hmm~ rupanya kau pun 'slow' juga. (grin)

Hali: Kau jangan buat aku sakit hati, Taufan.

Hali menjeling Taufan dengan menahan amarah. Namun Taufan sama sekali tidak terkesan dengan pandangan itu. Mungkin dia sudah agak akan hal itu.

Taufan: Heh, baiklah. Biar aku katakannya.

Hali mengurangkan volume lagu yang didengarnya. Dia memfokuskan pendengarannya dengan apa yang bakal Taufan katakan nanti. Dia pun sendiri tidak tahu, kenapa selama ini dia lebih kepada Gempa daripada biasa.

Taufan: Kau.. dah jatuh cinta pada Gempa, kan?

Deg!
Dub dab..
Dub dab..

"Huhh...?"

Taufan's POV

Melihat dari reaksi Hali, aku tahu Hali terkedu mendengarnya. Aku juga perasan, wajah Hali perlahan kemerahan dan telinganya juga sama.

Aduh, Hali ni. Memang betul-betul tak boleh harap.

Hali: A-apa yang kau mengarut ni, hah Taufan?

Hali sedikit mengeraskan suaranya. Jelas sekali sedang menahan diri dan cuba mengawal emosinya. Aku tergelak kecil sahaja mendengar kata-kata Hali.

Taufan: Haih.. Hali.. Hali. Aku nak ingatkan kau sesuatu.

Hali pandang ke arah aku dengan serius. Takut juga sebenarnya aku nak berdepan mamat ni. Tapi kena lah pandai cover line, kan?

Dan.. sekali-sekala mencabar kejujuran Hali pun tak salah, kan?

Taufan: Kau kena ingat, ramai pelajar di sini yang juga sukakan Gempa. Baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Aku jujur straight to the point dekat kau, aku pun sendiri dah suka adik aku sendiri tu. Dan...

Aku menjeling ke arah Hali sambil tersenyum mencabarnya.

Taufan: ...element yang lain pun ada perasaan pada Gempa dalam diam.

Jelas membutang mata Hali lepas dengar apa yang aku katakan. Hnn~ Hali terkejut?

Hali: A-apa...?

Taufan: Terserah pada kau nak percaya ataupun tak. Tapi, kami rancang di majlis hari lahir nanti, kami akan segera mendapatkan peluang untuk meluahkan perasaan kepada Gempa.

Aku cabar Hali. Aku tak peduli nasib yang akan aku dapat nanti. Tapi aku ada maksud tersendiri kenapa aku berkata demikian.

End Taufan's POV

Hali merenung ke arah Taufan dengan pandangan serius. Taufan memberikan tatapan mencabar Hali. Dia kemudian beredar dari situ. Membiarkan Hali terpaku di situ.

Hali menghela nafas. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Ingin melihat Gempa kembali tapi-

"Huh?! Mana Gempa??"

Hali mula panik. Dia menjulurkan sedikit kepalanya ke luar tingkap yang terbuka itu. Dia mencari kelibat Gempa. Tidak jumpa!

Hali mula melangkahkan kakinya laju mencari Gempa. Dia turun dari tangga dan mencari di luar tingkap dan di setiap koridor kelas.

Hali terus mencari dan mencari. Sehinggalah, tiba di tingkat 2 bangunan besar itu, Hali ternampak Gempa.

Hali: Huff.. huff... aku jumpa-

Belum sempat Hali menghela nafas lelahnya. Tiba-tiba nafasnya seolah-olah tersekat kerana ternampak Gempa sedang berbual... dengan Taufan, Blaze dan Solar.

Seolah sebuah pita yang rosak, ingatan Hali kembali bermain di kepalanya tentang apa yang dikatakan Taufan tadi.

4 element itu yang perasan akan keberadaan Hali dari jauh, terus memandang ke arah Hali. Gempa tersenyum ke arah Hali. Dia dengan ceria memanggil dan melambaikan tangannya ke arah Hali.

Gempa: Halilintar~!! Hi!!

Deg!

Wajah Hali kemerahan. Dia dapat rasakan sesuatu seperti drum sedang bermain di hatinya. Tangan kanannya menyentuh tempat di mana jantungnya berada.

Ya, jantungnya sedang berdegup kencang.

Gempa kembali menoleh ke arah Taufan, Blaze dan Solar.

Gempa: Baiklah, aku kena sambung buat kerja ni. Apa-apa nanti kita bincang di rumah, ya?

Taufan: Baiklah. Hati-hati tau! (usap kepala Gempa)

Gempa: Eheheh! Apa lah Taufan ni. Aku bukan budak kecik lah.

Blaze: Eleh, tengok dari ketinggian kau pun dah nampak dengan jelas.

Gempa mengembungkan pipinya sambil memandang Blaze.

Gempa: Hmph! Tentang tinggi jangan sentuh! Topik sensitif! 😤

Blaze dan Taufan ketawa. Solar menepuk bahu Gempa lembut.

Solar: Sudah, pergi siapkan lagi kerja kau tu semua sampai habis.

Solar melemparkan senyuman khasnya kepada Gempa. Gempa mengangguk lalu segera beredar. 3 element itu melambai kepada Gempa.

Kembali ke Hali. Hali sedang merasai degupan jantungnya.

"Apsal... jantung aku berdegup laju ni?"

Dan Hali teringatkan sesuatu.

"Kau...dah jatuh cinta pada Gempa, kan?"

Deg!

Jantung Hali semakin berdegup kencang.

Hali's POV

Apa benda yang aku tengah rasakan, ni? Kenapa jantung aku semakin berdegup kencang lepas aku teringatkan kata-kata Taufan tadi? Kenapa bila aku ingat balik wajah Gempa aku jadi panik? Kenapa?

Taufan: Oi, Hali!

Aku mendongak memandang ke hadapan. Nampaknya Taufan, Blaze dan Solar sedang memandang ke arah aku. Dan kenapa... pandangan mereka tu seperti...

...sedang mencabar aku?

Taufan: Kau jangan lupa amaran aku tu!

Blaze: Dan kami pun takkan benarkan kau dengan mudah miliki dia!

Solar: Kalau kau tak cepat, tanggunglah segalanya nanti!

Trio BTS itu tersenyum sinis ke arah aku. Selepas itu mereka terus beredar dari situ. Meninggalkan aku yang sedang berada di koridor kosong ni.

Aku ternampak Gempa di luar tingkap. Aku segera menghampiri tingkap itu dan memandang ke arah Gempa.

...oi. Betul ke aku ni memang dah jatuh cinta pada adik aku sendiri?

End Hali's POV

Hali masih memandang Gempa. Dia cuba memahami perasaannya dengan memandang Gempa. Melihat senyuman Gempa, Hali kembali berdegup jantungnya.

Hali memegang dadanya. Terasa kehangatan di situ.

Dengan perlahan, wajah Hali mengukirkan senyuman hangat yang ia tujukan kepada Gempa.

Hali: Heh... nampaknya...

Hali memandang Gempa.

Hali: ...aku dah betul-betul jatuh cinta pada Gempa. (senyum)

Hali terus memandang Gempa.

.

.

.

Ais sedang berjalan menuju ke lorong mesin jual air. Dia dengan tanpa belas kasihannya tiba-tiba kena tarik dari arah kanan dan mulutnya ditekup oleh seseorang.

Ais: Mmpphh-!! Mmffft!!

Ais dah macam nak menangis dah bila mulutnya kena tekup. Dah lah tak boleh nak bernafas, kena tarik pula tadi. Paling sedih, tak sempat nak beli air. Lol Ais- :v

???: Shhh-!! Ais! Aku ni!

Ais: Ahni?? [Ani?]

Ais mendongak. Betullah Ani. Ani melepaskan tekupan mulutnya dari Ais. Ais menarik-nasik nafasnya. Aduh, si budak Ani ni. Celah mana pun mesti ada dia!

Ais: Huff... haa.. k-kau nak apa hah..?

Ani: Nee! Nee! Aku nak tanya! Betul ke Papa Hali dan mula suka dekat Mama Gem??

Ani bertanya kepada Ais dengan wajah yang teruja. Ais memandang Ani dengan poker face.

Ais: Sebab ni je ke kau tarik aku? 😑

Ani tertawa canggung.

Ani: Eh, jawablah cepaatt~!! 😆

Ais: Haih... harap-harap Harru tak serang aku lepas ni. Ha'a.

Ais mengangguk kecil. Ani yang menerima jawapan singkat tapi padat oleh Ais terus melompat keriangan.

Ani: YAAAAASSSS!! AKHIRNYA SHIP AKU BAKAL JADI KENYATAAN!!!

Ais: Oi! Oi! Belum couple lagi kau dah terlonjak-lonjak. Dah kenapa?

Ani: Alah, suka hatilah. Eh, kau tahu tak? Aku selalu bayangkan yang Mama dan Papa ni bersama suatu hari nanti. Mmmm~!! Mesti sweet kan? Kan?

Ais: Entah. Mana aku tahu. Apsal kau yakin sangat?

Ani: Eyy! Aku yakinlah! King of OTP Ship aku tu!! Kau tak tahu! Aku ada baca 1 komik ni, wuuiihh!! Macam HaliGem!

Ais: Iye? Komik apa?

Ani mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan kepada Ais.

Ais memandang komik panel terakhir itu kemudian memandang Ani balik.

Ais: Ni? Kau bayangkan Papa dan Mama.macam ni?

Ani: Ha'a! Kenapa?

Ais: Hmmm... playboynya Papa.

Ani: Ish! Kau ni... ke situ pula. Ha, kau nak tahu macam mana situasi Papa dan Mama dalam imaginasi aku ikut versi komik ni?

Ais mengeluh kesal. Haih... nampaknya lama lagilah Ais dapat minum air susu sejuk kambing perisa epal hijau ni.

Ais: Hmmm... ceritalah. 😑

Ani: Hehehe! Ceritanya~

Ani menunjukkan ke atas langit dan kedua duo A itu memandang ke langit bersama. Seperti paparan skrin panggung wayang sedang ditayangkan pula dekat atas tu. :v

˙˚»●○»★«○●«˚˙

Hali's POV

Seperti yang korang lihat.

Aku menaiki sebuah kenderaan mewah dan memasuki perkarangan sekolah. Semua mata-mata memandang ke arah aku. Ada yang memandang dengan pandangan kagum, dan ada dengan pandangan yang cemburu.

Heh, itu perkara biasa.

Aku membetulkan cermin mata hitam yang dipakai. Aku melirik orang-orang di sekelilingku. Tiada yang terlepas pandang dari aku.

Tapi peduli apa aku? Walaupun aku tidak layan mereka, tapi inilah dunia aku.

.
.
.

Harta kekayaan serta wanita dan gadis cantik semuanya dengan mudah menjadi milik aku. Aku bagaikan seorang raja di mata mereka.

Semua perempuan menggilai aku.
Semua lelaki mengagumi aku.

Akulah segalanya bagi mereka.

Aku ada segalanya.

.
.
.

Apa yang aku mahukan, kebanyakkannya akan dapat aku perolehi. Kerana harta dan kekayaan. Kerana status yang aku miliki. Aku peroleh segalanya.

.
.
.

Kecuali...

???: Gempa!

Gempa: Ah, maaf~!! Lama menunggu Taufan?

Taufan: (senyum) Tak lah. Mana ada. (usap kepala Gempa)

Aku memandang ke arah pasangan itu. Taufan, budak kelas sebelah yang terkenal dengan keceriaannya. Taufan memiliki dia..

Gempa.

Seorang gadis yang selama ini aku sayangi dan cintai.

Aku hanya mampu memandang dirinya dari jauh.

Melihat surai rambut panjangnya di paras belakang. Senyuman manisnya. Tawa riangnya. Gempa adalah cinta pertama aku. Tapi dia sudah menjadi milik orang lain.

Hati aku sentiasa tertanya.

Kenapa bukan aku yang boleh dapatkan dia?

Kenapa bukan dia jadi milik aku?

Aku ada segalanya tapi kenapa dia tidak pandang aku?

Aku boleh janjikan kebahagiaan kepadanya. Tapi kenapa?

Aku cukup terkenal di mata orang bandar dan sekolah ini tapi dia langsung tidak mengenali aku.

Kenapa harus orang lain yang cintai?

Kenapa bukan aku?

Aku melihat sahaja Gempa bersama pilihan hatinya, Taufan berjalan melepasi aku. Surai rambutnya terbang bersama tiupan angin bayu yang lembut. Aroma manisnya dapat aku cium walaupun kami sudah berjauhan.

Kenapa Gempa?

Sangat mengecewakan dan menyakitkan.

Aku tak mahu akui tapi aku...

SANGAT CINTAKAN DIA.

End Hali's POV

˙˚»●○»★«○●«˚˙

Ani: Teheee~ macam tulah ceritanya! Ah! Aku siap ada sediakan extra-

Ani memandang ke arah Ais. Dan kelihatannya Ais sudah terlentok tidur di sebelahnya sambil memegang sekotak susu kambing persia epal hijau.

Ani: ...

Ais: Zzz...~

Ani: ... (pissed off)

Ais: Zzz..~

Ani: Tak guna.. kau AIIIIISSSSSSS!!!!

SLAPPP!
PAAANGGGGGGG!!!













==============
Ani: Hmph!! Kalau ulang dapat record balik, Ani nak je cekik Ais tu! Ada ke waktu orang tengah bercerita dia tidur?!

Zie: Ahahaha! Bersabarlah Ani. ^^ Oh ya, akak nak tanya.

Ani: Hm? Apa dia kak?

Zie: Kamu macam nak cakap ada sesuatu. Apa dia?

Ani: Oh? Aahhh!! Ya! Ada extra selepas cerita tu yang Ani buatkan!

Zie: Waahh~!! Betul ke?! Ceritalah cepat Ani!

Ani: Hehehe~ ceritanya~

















˙˚»●○»★«○●«˚˙

Di hujan yang lebat, Hali sedang menunggu kereta milik keluarganya datang untuk ambilnya. Dia berdiri di bawah bangunan sekolah utamanya. Dia sedang memakai earphone sambil mendengar muzik kegemarannya.

???: Alamak.. hujan pula.

Hali terdengar suara seorang gadis dari sisi sebelah kirinya. Dia membuat keputusan untuk mengabaikannya. Hali memakai cermin mata hitamnya untuk mengelakkan gadis itu mengecam wajahnya. Hali khawatir kalau gadis itu ialah salah seorang dari peminatnya. Nanti tak pasal-pasal kena disoal siasat pula.

Tapi kerana 1 deria Hali yang dapat berfungsi dengan baik lagikan lancar, ia berjaya mengagetkan Hali.

Hali membeliakkan matanya di sebalik cermin mata hitamnya. Dia kenal bau perfume ini.

"Ini... Gempa?!"

Hali dalam diam melirik ke sebelah kirinya.

Surai rambut yang di paras belakang. Diikat tepi sedikit menampakkan leher putih gebunya. Di leher gadis itu memakai sebuah ribbon berwarna kuning keemasan. Baju yang dipakai pula singlet berwarna hitam di dalam dan berjaket biru-kuning yang tidak dibutton.

Hali terharu di dalam jiwanya kerana dia dapat berada di sebelah orang yang dia dalam diam mencintainya. Hali terkesima.

Truuuttt-

Gempa sedang menelefon seseorang. Hali dalam diam memperlahankan volume muziknya dan mendengar perbualan antara Gempa dan hujung talian. Dia tahu itu salah tapi... dia rindui suara gadis itu.

Gempa: Helo? Ah, Taufan! Awak ada di mana?

"Huuhh... telefon dia ke..."

Hali sedikit tertunduk kecewa. Dia tidak sanggup pula untuk mencuri dengar antara perbualan Gempa dengan teman lelakinya - Taufan.

Gempa: Awak... jangan pecut sangat- Taufan?

Hali baru sahaja hendak menguatkan kembali volume muziknya. Namun dia tersedar, suara Gempa tiba-tiba berubah.

Gempa: H-helo?? Taufan?! Helo!?

Kereta Hali tiba. Namun Hali langsung tidak berganjak dari situ. Jiwanya panik mendengar jeritan Gempa.

Suara Gempa semakin bergetar. Jelas di raut wajahnya sungguh penuh dengan kerisauan. Hati Hali yang mendengar segalanya mula berdegup kencang.

"Adakah Taufan-..."

Hali cuba menyedapkan hatinya. Namun suara getaran Gempa dan terdengar isakkan tangisan Gempa semakin menggetarkan Hali.

Gempa: Isk..- Taufan! Taufan!! Tolong jawab Taufan!!

Duuuuuuuttt--

Gempa: Isk.. Taufan... Taufan...

Air mata Gempa mencurah turun dari wajahnya. Kaki Gempa lemah. Dia tidak pedulikan situasinya sekarang.

Di bawah bangunan sekolah, hujan yang renyai dan hanya ada Hali dan Gempa. Gempa melepaskan tangisannya. Tidak pedulikan keberadaan Hali di sebelah kanannya.

"Aku perlu buat sesuatu..."

Hali menggenggam tangannya kuat. Sementara pemandu peribadinya sedang menunggu di dalam kereta, Hali menghampiri Gempa.

Hali: Oi!

Gempa tertoleh ke arah Hali. Iris emasnya bertemu dengan iris ruby Hali.

Hali menghulurkan tangannya kepda Gempa. Dengan suara penuh getaran, Hali memberanikan dirinya.

Hali: M-mari! Aku bawa kau ke dia!

Gempa: E-eh..?

Hali: Cepatlah!

Hali segera menarik tangan Gempa dan membawa Gempa masuk ke dalam keretanya. Hali memandang serius ke arah Gempa.

Gempa: S-siapa awak?

Hali: Tak pentinglah benda tu sekarang! Bagi aku telefon kau!

Gempa: Eh?! T-tak boleh-

Hali: Kau nak berada di sisi Taufan ke tak nak?!!

Hali menarik nafasnya dengan kuat setelah menjerit kuat kepada Gempa. Gempa kaku. Namun dia mempercayai Hali. Dia segera menghulurkan telefonnya kepada Hali.

Hali menerima telefon itu tadi lalu memberikan kepada drivernya.

Hali: Jejak lokasi yang ada dalam talian telefon tu! Bergerak ke sana cepat!!

Driver: Baik tuan muda!

Lalu dengan skill yang ada, dengan mudah pemandu itu hack lokasi Taufan di hujung talian dan dengan pecut kereta itu keluar dari kawasan sekolah.

Hali menjeling ke arah Gempa. Gempa sedang menundukkan kepalanya sambil menahan tangisannya. Kedua tangannya menggenggam erat antara satu sama lain.

Namun genggaman itu tidak lama setelah tangan kasar Hali menyentuh belakang tapak tangan Gempa. Gempa menoleh ke arah Hali. Hali cuba menenangkan Gempa dengan berkata-kata.

Hali: Jangan risau. Kita akan sempat menjumpai Taufan.

Gempa: ....em!

Gempa mengangguk dan cuba tersenyum.

.

.

.

Di Hospital

Telefon Gempa akhirnya dapat mengesan keberadaan Taufan di hospital bandar itu. Gempa terus berlari menuju ke wad milik Taufan setelah bertanya kepada jurutawat yang bertugas di kaunter. Manakala Hali hanya menunggu di dalam kereta.

Nafas Gempa tercungap-cungap sebaik sahaja dia tiba di depan pintu wad tadi. Dia memandang ke arah pintu yang suram tersebut dan selepas itu dia dikejutkan dengan seorang doktor yang baru sahaja keluar dari sebuah bilik wad. Iaitu bilik wad Taufan.

Doktor itu memandang Gempa.

Doktor: Kamu... Ada kaitan dengan pesakit di dalam?

Gempa: Ya! Ya saya teman wanita dia!

.
.
.

Sementara itu di dalam kereta Hali. Hali hanya melepaskan pandangannya di luar tingkap. Wajahnya suram dan kecewa bercampur sedih. Si tukang pemandu menjeling wajah Hali melalui cermin pandang belakang.

Driver: Tuan muda tidak mahu menemani cik tadi?

Hali mendengus dan memejamkan matanya.

Hali: Entah.

Driver: ...Boleh saya ceritakan 1 pengalaman saya pada tuan muda?

Hali diam sejenak sebelum menjawab singkat. Apa salahnya berborak dengan pembantunya di kala hari suram ini?

Hali: ....hn.

Pemandu itu tersenyum.

Driver: Saya juga... Sebenarnya pernah mengalami situasi yang sama seperti tuan muda.

Hali: Huh?

Hali memandang ke arah pemandunya dengan pandangan terkejut.

Driver: Ya tuan muda. Saya pernah. Kalau tuan muda nak tahu, gadis yang saya cintai juga pernah bercinta bersama teman lelakinya. Dan saya... Hanya memandang dari jauh.

Hali memandang ke arah pemandunya dengan pandangan ingin tahu. Dia membetulkan posisi duduknya.

Hali: Adakah teman lelakinya juga kemalangan?

Driver: Ya. Di kala hujan yang turun dengan lebatnya. Saya rela menghantar gadis yang saya cintai itu ke hospital. Saya menunggu di motor saya. Saya rela basah lecun dan dimarahi ibu bapa saya kerana gadis itu. Tapi tiada langsung penyesalan pada waktu itu... Melainkan 1 sahaja...

Hali perasan yang wajah pemandu peribadinya bertukar suram. Entah kenapa dia merasakan bahawa hatinya tidak sedap dan takut sekarang.

Hali: K-kenapa..?

Pemandu itu mengeluh sedih. Pegangannya di pengawal kereta digenggam erat. Terlihat beratus penyesalan di raut wajahnya.

Driver: Gadis yang saya cintai itu... Setelah dapat tahu bahawa teman lelakinya meninggal pada hari itu, hari itu juga dia terjun dari bangunan hospital dari tingkat atas dengan tangisan. Dia sempat menemui saya sebelum dia lakukan hal itu....

Thuk!
Bham!!

Pemandu itu terus menoleh ke belakang. Kelihatan tempat duduk belakang tiba-tiba kosong. Si pemandu melihat ke arah pintu gerbang utama hospital itu. Dan kelihatannya Hali sedang berlari masuk ke dalamnya. Pemandu itu tadi tersenyum dan tertawa kecil sebelum 1 panggilan masuk dan dia menjawabnya.

Driver: Ya? Oh, abang sedang kerja ni. Sayang perlukan ubat? Sayang ok tak ni? Kan luka sewaktu sayang terjun bangunan hospital dulu masih belum sembuh. .... Ok abang belikan ya?

Si pemandu tu meng-end call lalu tersenyum.

Driver: Semoga kisah cinta tuan muda lebih manis berbanding saya. 😊

.
.
.

Hali: Huff! Huff! M-mana bilik dia ni??!

Hali berlari-lari melilau melihat setiap nombor wad. Dia tidak menaiki lift. Malah dia menaiki tangga. Hali terus berlari sehinggalah di tingkat ke 5 dan di lorong kanan. Dia ternampak seorang gadis sedang duduk mencangkung dan lututnya dipeluk erat.

Hali berjalan mendekati gadis itu. Dan sebaik sahaja dia semakin mendekat, dia dapat mendengar suara isak tangisan.

Hali: G-Gempa...?

Gempa: Huh..?

Gempa mendongak. Dia melihat Hali yang sedang berdiri di sebelahnya. Air matanya terus dikesat lalu Gempa berdiri kembali.

Gempa: U-uhhmm... Terima kasih sebab... Bawa saya.

Hali: Lupakan yang itu. Taufan macam mana?

Gempa tersontak. Dia menundukkan wajahnya dan skirt yang dipakai digenggam erat. Gempa mengetap bibirnya menahan tangisan.

Namun sebelum dia berkata, Hali tiba-tiba memeluknya.

Gempa: Eh..?

Hali: Sshh... Kau boleh menangis kalau kau mahu. Lepaskan segalanya.

Gempa membutang matanya sebaik sahaja mendengar suara Hali yang tenang masuk ke dalam telinganya. Gempa perlahan membalas pelukan Hali. Baju Hali dingenggam erat dan air mata di balik iris emas itu pun mengalir kuat.

Gempa: Isk.. Isk.. Hwaaaaaaaaaaa!

Gempa melepaskan segala tangisan lukanya pada Hali melalui air matanya. Hali hanya merelakan bajunya basah dan dicengkam kuat oleh Gempa. Tidak sama sekali mahu meringis kesakitan ataupun mendiamkan Gempa. Sebaliknya dia menepuk belakang Gempa dengan lembut dan terus membiarkan Gempa menangis padanya.

.

.

.

5 tahun kemudian.

???: Kamu sudah sedia Gempa?

Seorang gadis bertudung merah jambu menepuk bahu Gempa lembut. Kelihatan Gempa sungguh cantik sekali berbaju pengantin berwarna putih dan kepalanya yang dihiasi dengan bunga permata yang indah.

Natural beauty bride.

Gempa: Yaya... Adakah Taufan tidak akan memarahi saya?

Yaya: Saya yakin Taufan faham Gempa. Sebaliknya pasti dia akan gembira melihat awak menemui penggantinya. Seorang yang sanggup menerima dan menjaga awak sebaik sahaja tragedi itu berakhir.

Gempa menggigit bibir bawahnya. Seketika kemudian, muncul seorang lagi gadis bercermin mata bulat memanggil mereka berdua untuk segera keluar. Kerana majlis hampir mula.

Yaya mengangguk lalu membantu Gempa untuk bangun. Dia memimpin Gempa keluar dari biliknya dan seorang lagi kawan baiknya, Ying juga memimpin Gempa ke dewan perkahwinan.

.
.
.

Di dewan, begitu banyak sekali jemputan yang datang. Semua mata memandang ke arah pengantin perempuan yang sedang berjalan menuju ke hadapan. Tempat di mana pengantin lelaki yang sedang segak mengenakan sut hitam sambil menunggunya.

Gempa berdebar melihat wajah bakal suaminya yang sungguh segak dan... Ekhem! Hensem! 😆

Sebaik sahaja tiba, Gempa memandang ke arah bakal suaminya, Halilintar.

Gempa: Halilintar... Terima kasih sangat sebab sudi terima saya sebagai peneman hidup awak.

Hali tersenyum lalu mengusap wajah Gempa lembut.

Hali: Aku yang sepatutnya berkata demikian. Thank you for accept my love, Gempa.

Gempa menyentuh tangan Hali dengan hangat. Dia mengangguk dan senyuman manis terukir di wajahnya. Kini mereka berdua bersiap disatukan.

.
.
.

Hali memandang ke arah Gempa dengan senyuman ikhlas. Dia mengusap wajah isterinya lalu perlahan mendekatkan wajahnya pada Gempa. Gempa memejamkan matanya dan akhirnya, bibir mereka bertemu dengan lembut.

Semua para hadirin menepuk tangan dan bersorak riang.

Hali tidak melepaskan ciumannya dan Gempa. Sebaliknya memeluk Gempa erat dan terus mencium isterinya yang selama ini dikasihi dan disayanginya.

•♚°♥°♛•◆





Ani: Ekhem!! Ok cerita dia dah habis!! 😆 Amacam?? Best tak?? Ayyeee~~~ sempena meraikan 10 tahun anniversary Monsta, kita raikannya dengan HaliGem dan extranya!!

Zie: Yaayy!! Jom raikan!!

Harru: Congrats~ //credit the art comic from artist @szainx di ig

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro