👊Ťe Amoŕ⚡ Part 2💕 (22)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Solar: Habistu? Apa jadi?

Hali: Haih... sabarlah. Aku baru je intro sinopsis cerita ni.

Taufan: Sinopsis mende nya? Kau dah start kan?

Ais: Jadi, korang berdua masih belum ada apa-apa perasaan pada waktu ni?

Hali dan Gempa mengangguk mengiyakan pertanyaan Ais. Taufan mengeluh kesal.

Taufan: Habis? Macam mana korang boleh main tampar-tampar tu?

Hali: Kau ni gila ke apa? Bukan main tampar-tamparlah! Aku je yang tampar Gempa!

Taufan hanya ketawa terkekek. Hali mendegus kesal. Dia mencapai gelas yang berada di atas meja lalu meminumnya. Dia sempat melirik ke arah Gempa yang sedang memandangnya.

Hali: Apsal kau pandang aku macam tu?

Gempa: Takde apa. Cuma kau sudi ya ceritakan semua ni?

Hali: Huhh... dah diorang mintak. Aku nak buat macam mana lagi?

Gempa hanya tersenyum ke arah Hali. Hali masih memandang Gempa sebelum dia terbatuk kecil lalu menoleh ke arah yang lain semula.

Hali: Ekhem! B-baiklah, jom sambung.

Continue FLASHBACK

Keesokkan Harinya.

Hali berjalan menuju ke sekolah. Dia sedang khusyuk mendengar lagu melalui headphonenya sebelum Gempa memanggilnya dari belakang.

Gempa: Halilintar!

Hali yang dapat mendengar namanya dipanggil secara sipi-sipi membuat kesimpulan muktamad bahawa ada orang yang memanggilnya. Jadi, Hali terus membuka headphonennya lalu berpaling ke belakang. Iris crimsonnya menangkap Gempa sedang berlari ke arahnya.

Hali: Pehal?

Gempa: Ah, tak. Aku saja nak jalan dengan kau. (senyum)

Deg!

Hali merasakan 1 perasaan aneh. Lebih-lebih lagi di saat mendengar tujuan Gempa memanggilnya tadi. Ditambah perisa- eh silap! Ditambah pula dengan senyuman manis Gempa. Namun Hali hanya mengabaikan perasaannya itu.

"Mungkin hati aku baru bangun dari 'tidur' kot."

Desis Hali. Alahai, Hali. Kau punya otak tu lain macam ya? :v

.
.
.

Dalam mereka sedang berjalan, Hali sempat melirik ke arah Gempa. Kelihatan Gempa sedang menggunakan apps calculator untuk mengira sesuatu.

Kerana penasaran Hali mula bertanya,

Hali: Kau tengah kira apa?

Gempa: Oh? Err... bajet?

Hali: Bajet?

Gempa: (angguk) Aku rancang nak buat birthday party untuk kita semua nanti. Dekat rumah je.

Hali: Dah kenapa kau nak buat semua tu?

Gempa: Yelah, sebagai memori? Tahun depan kan tahun last kita. Lepastu masing-masing ikut haluan.

Hali: Jadi sambutlah tahun depan. Apa susah?

Gempa: Hmm... aku kalau boleh tahun depan tak nak ada apa-apa rancangan penting. Sebab... aku risau kalau-kalau aku terpilih menjadi ketua pelajar semula.

Hali: ...macam tahun ni?

Gempa mengangguk dan menundukkan kepalanya.

Hali: Hmm.. tu kalau ada orang nak pilih kau.

Hali menghalihkan pandangannya ke hadapan. Melihat beberapa orang pelajar sedang berjalan menuju ke destinasi yang sama. Gempa hanya tersenyum kelam.

Gempa: Halilintar.

Hali: Hn.

Gempa: Kau... dah rancang untuk pilih pekerjaan apa masa depan nanti?

Hali melirik ke arah Gempa sekilas sebelum mula memandang ke depan semula.

Hali: Dah.

Gempa: Eh? Kau nak jadi apa?

Hali: Tentera.

Gempa terkejut mendengar jawapan Hali. Pantas kakinya terhenti dari melangkah. Hali juga turut berhenti dari melangkah dan menoleh ke belakang melihat Gempa yang sedang terlopong memandangnya.

Hali: Pehal kau pandang aku macam tu?

Gempa: K-kau nak jadi tentera??

Hali: Tsk, kau dengar kan apa aku cakap? Ke kau pekak?

Gempa: Ah! Uhhmm.. maaf. C-cuma... hebat.

Hali: Huh?

Gempa: Hebatlah kau. Kau dah tetapkan cita-cita kau. Lain lah macam aku ni. Mak dan ayah suruh aku sambung legasi Koko Tiam Tok Aba tu.

Hali menjeling ke arah Gempa sebaik sahaja mereka berdua kembali berjalan.

Hali: Kalau ya pun kenapa? Eloklah sebab kau dah tak payah nak pikir apa-apa pun, kan?

Gempa menggelengkan kepalanya. Jelas terpaut wajahnya sedikit kekecewaan.

Gempa: Aku nak decide aku punya masa depan sendiri... tapi bila mak dan ayah suruh aku macam tu, aku tak tahu nak buat macam mana.

Gempa mendesah sedih. Dia menggenggam tali beg sekolah yang disandangnya di bahagian belakang badan. Matanya masih menatap jalan raya dengan keadaan tertunduk.

Hali: Bukan masalah aku pun.

Hali mengelakkan diri dari terus mendengar luahan Gempa. Gempa memandang Hali sebelum dia tertawa kecil.

Gempa: Heheh.. betul juga. Bukan masalah semua orang pun.

Hali hanya sekadar mendengus mendengar kata-kata Gempa. Dia tahu Gempa terasa hati dengan kata-katanya tadi. Tapi tak sangka pula Gempa tidak melawan balik. Malah, mengaku pula.

Hali: (bisik) Lembap.

Gempa: Hm? Kau cakap apa tadi? 😶

Hali: Tsk-

Hali mempercepatkan kelajuan jalannya ke hadapan meninggalkan Gempa. Gempa terkejut apabila Hali semakin laju darinya lalu Gempa terus mengejar Hali dari belakang.

Gempa: T-Tunggu Halilintar! ><'

.

.

.

Blaze: Pass bola tu ke sini!!!

Taufan: Nah, Blaze!!

Taufan menendang bola sepak ke arah Blaze dan Blaze menerimanya dengan gah sekali. Sekarang, pelajar kelas 5 Gamma sedang menikmati waktu pendidikan jasmani mereka yang dijaga oleh Cikgu Papa Zola.

C.Papa: BAIKLAH!! MASA HANYA TINGGAL 5 MINIT SAHAJA LAGI!! KORANG SEMUA BOLEH BALIK KE KELAS MASING-MASING- SEKARANG JUGAAAAAAA!!!!

All kec. C.Papa: Alaa....

Blaze: Bagilah kami main lagi cikgu!!

Taufan: Ha'a! Kami tak puas lagi main kot!!

Blaze: Ais pun nak main lagi! Kan Ais? (tengok Ais)

Ais: Bye~ aku nak balik kelas dan tidur~

Dengan selamba badak sumbu sumateranya Ais berjalan lemah gemalai macam tarian inang menuju ke bangunan kelas mereka. Meninggalkan Taufan dan Blaze yang sudah freeze dekat tengah-tengah padang yang panas seperti cinta hatiku padamu- eh? :v

Blaze: Tak guna kau Ais!!! 💢🔥

Blaze dengan api yang membaranya terus pergi kejar dan dapatkan Ais manakala Taufan di belakangnya tolong tiupkan api Blaze supaya lebih besar. Astaga mami ini duo. :v

Hali: (pandang) .... haihh...

Hali mengelap wajahnya menggunakan tuala putih yang sering disediakan olehnya sebaik sahaja waktu pendidikan jasmani kelasnya tamat. Hali berjalan menuju ke kawasan yang berpaip air untuk mencuci wajahnya kerana berpeluh terlalu banyak di hari panas yang terik itu.

Splash!
Splash!

Bunyi percikkan air yang mengena pada wajah hencem Hali jelas kedengaran. Hali kembali mengelap wajahnya sebaik sahaja dia selesai mencuci wajahnya.

"Huhh... lepas ni waktu geografi. Ah, sudah lah. Ponteng."

Hali berjalan meninggalkan zon pelajar kelasnya yang sedang menuju ke kelas. Dia berjalan menuju ke arah padang yang berpokok yang dekat dengan bangunan para pentadbir. Di situ terdapat sebuah pokok besar yang sering menjadi tempat Hali berteduh terutama di atas dahannya.

.
.
.

Hali: Hhaa.... letihnya.

Baru sahaja Hali hampir terlelap, dia terdengar suara seseorang sedang menghampiri keberadaan Hali.

"Mungkin nak confess. Huh, duduk sajalah. Pedulikan orang tengah hangat bercinta tu."

Lalu Hali kembali memejamkan matanya. Namun ia tidak kekal lama, sehingga 1 nama ini membuatnya celik kembali.

???: Maaflah, Gempa. Buat kau kena ikut kitorang dekat sini.

Gempa: Eh, takpelah. Korang kan kawan aku. Lagipun kelas lepasni geografi. Cikgu aku masuk lambat sikit.

???: Takpe ke? Ok, kami akan bagitahu terus sebab apa kami panggil kau.

Kerana curious dengan perbualan 3 orang itu, Hali membuat keputusan untuk melihat dan mendengar situasi itu. Hali bangkit dari baringnya lalu mengintai di sebalik pokok yang dia sedang rehat itu. Untung mereka ber-3 tidak berada berdekatan situ.

Gempa: Apa yang Fang dan Yaya nak cakap dekat aku?

Yaya: Macam ni... kami takut kami akan sibuk dan terlupa di tarikh hari lahir kau.

Fang: Jadi kami berdua buat keputusan untuk bagikan hadiah kepada kau hari ni. Sekarang juga.

Gempa: Eh?! B-betul ke?! Waaahh~!! Terima kasih korang!!

Yaya dan Fang tersenyum senang melihat wajah ceria Gempa. Setelah sekian lama mereka melihat senyuman 'paksa' Gempa, akhirnya hari ini mereka dapat melihat senyuman 'sebenar' Gempa yang ceria.

Yaya dan Fang serentak mengeluarkan hadiah yang mereka simpan di dalam poket baju dan seluar masing-masing. Kedua hadiah itu bersaiz kecil kotaknya.

Fang/Yaya: Selamat Hari Lahir Gempa!!

Gempa memaparkan reaksi terharu bercampur teruja. Dia menerima kedua hadiahnya dengan penuh kegembiraan di hati.

Gempa: Waaahh~!! Thanks koraaanngg!! Aku tak sangka korang sanggup beli hadiah untuk aku!!

Fang: Eh, kami tak beli lah.

Gempa: Eh? Habistu?

Yaya: Haa.. kami buat sendiri hadiah ni! Kau buka lah!

Gempa: Boleh ke??? (excited)

Fang: Haih, mestilah boleh!

Lalu tanpa basa-basi lagi, Gempa membuka hadiah yang diberikan oleh Yaya. Terkedu Gempa apabila melihat logo tanahnya yang berwarna emas berkilat dilengkapi dengan permata yang indah sebagai hiasan.

Gempa memandang Yaya terharu.

Gempa: Wuhaaaa~!! Terima kasih sangat Yaya!! Kau buat ni???!

Yaya mengangguk dalam terujanya. Gembira dapat melihat wajah ceria Gempa yang tersenyum dengan manis sekali. Kini Gempa berbalik ke hadiah Fang pula.

Gempa: Kau bagi apa dekat aku ni, Fang?

Fang: Alah, buka je lah.

Gempa: Donut lobak merah ke?

Fang: Ceh, kalau macam tu baik aku bagi untuk diri sendiri je.

Gempa: Ehehe~ jangan lah marah. Ok, aku buka ya?

Gempa dengan teruja sekali lagi membuka hadiah yang diberikan oleh Fang. Sebaik sahaja kotak dibuka, Gempa menarik seutas rantai dari kotak tersebut.

Rantai kosong.

Gempa memandang ke arah Fang dengan pandangan pelik.

Gempa: Apsal kau bagi rantai kosong ni?

Fang: Heh, ada lah maksudnya.

Gempa: Maksud?

Fang: Meh, sini.

Fang berjalan mendekati Gempa lalu mengambil rantai dan logo tadi dari tangan Gempa. Gempa dan Yaya hanya memandang apa yang sedang Fang lakukan.

Fang: Ha! Dah siap. Nah!

Fang menghulurkan kembali 2 hadiah tersebur. Gempa menerimanya lalu melihatnya. Dan seketika kemudian mata Gempa bersinar.

Gempa: J-jadi rantai!!!

Hali: ...huh?

Gempa menjerit teruja. Dia memegang rantai tadi dan melihat logo tanahnya tergantung di rantai tadi. Gempa tertawa senang hati.

Gempa: Wahahaah! Waahh~!! Tak sangka lah!! Terima kasih Fang! Yaya pun!! Aku suka sangat hadiah ni!!

Gempa membelek-belek rantai tersebut dan dibalas tatapan mesra oleh 2 orang kanan Gempa - Yaya dan Fang.

Fang: Haih.. buat apa tengok-tengok lagi tu? Pakai lah.

Gempa: Eh?! B-boleh ke??

Fang: Alah, Hali pun ada pakai rantai dalam diam kan?

Gempa: Eh? Aku tak tahu pun.

Pada masa yang sama, Hali.

Hali: Ceh, suka hati akulah nak pakai apa. Sibuk je.

Kembalinya kepada Gempa, Yaya dan Fang.

Fang: Mari aku pakaikan untuk kau.

Fang berjalan mendekati Gempa dan mengambil rantai tersebut. Yaya hanya perhatikan sahaja sambil ukiran senyuman di wajahnya.

Manakala Hali?

"Tsk- masalah betullah budak gila bayang ni! Kalau dah tahu ni kawasan sekolah, tak payah lah pakaikan! Aku bukannya kisah sangat pasal Gempa tu cuma.. c-cuma aku hormati peraturan sekolah!"

Hali masih terus memerhati. Matanya menjengkilkan suasana hangat di hadapannya. Kedua tangannya sudah dikepal erat menjadi penumbuk yang berbisa.

Melihat Fang yang kini sudah berada di belakang Gempa dan sedang menyarungkan rantai tersebut, entah kenapa hati Hali terasa panas dan sakit.

Hali: Ckh! Tak guna punya budak bayang...!

Mmbbeekkk~

All: Huh?

Kedengaran bunyi suara kambing terus menghentikan kesemua tingkah laku 4 orang yang berada di situ. Nasib baik jantung pun tak berhenti.

Mmbeeekkkk~

Dan bunyi itu datang sekali lagi. Semua mata mencari-cari bunyi itu dan Gempa dapat rasakan sesuatu. Dia menoleh ke belakang memandang Fang.

Gempa: Fang, kau...

Fang: .....

...

...

...

Gem/Yaya: Pfftt-!! WAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHH!!!

Fang: Eh?! W-woih! Apsal korang gelak hah?! ////// (blush)

Yaya: Ppftt--!! K-kau letak ringtone kau dengan bunyi kambing?? 😂

Fang: A-apa masalahnya?! Sekurang-kurangnya tak lah keliru nanti kan?! /////

Gempa: Haahahahahaha! Oi! Baik kau jawab panggilan tu cepat! Dah senak perut aku gelak ni! 😂

Fang: Hish! Yelah! Nah, rantai ni!! /////

Fang memberikan semula rantai tadi kepada Gempa lalu berlalu pergi menjauh sedikit untuk menjawab panggilan telefon yang baru sahaja mengganggu dan merosakkan situasi tadi.

Sementara Hali.

Hali: Pfft-! Gila ke letak ringtone bunyi kambing?! 😂 Kkhh-!! Aku tak sempat nak rakam tadi. Aduh! Harap je muka perasan hensem, tapi ringtone macam orang pelik.

Hali cuba sehabisnya menahan diri dari tertawa besar. Nampaknya dia kena simpan tawa tu di rumah nanti. Khawatir kantoi nanti sebab tengah intip orang.

Hali: Confirm lepas ni tiap kali aku bertembung dengan Fang aku akan tergelak lagi...

Hali tersenyum sinis. Siaplah kau Fang. Hali nak gunakan ringtone tu sebagai senjata terhebat.

Hali kembali memandang tempat Yaya dan Gempa berada. Seketika kemudian, Fang datang kembali dengan tergesa-gesa.

Fang: Yaya! Yaya! Aku perlukan bantuan kau!

Yaya: Eh? Bantuan apa?

Fang: Aku perlukan kuasa graviti kau untuk tolong angkat 1 besi besar ni. Ada seorang pelajar kakinya tengah tersepit!

Gem/Yaya: Hah?! Tersepit?!

Gempa: Macam mana keadaan dia sekarang?!

Fang: Tak pasti!

Gempa: Biar aku ikut korang!

Yaya: Eh! Tapi Gempa kan ada kelas?

Gempa berdecih kesal. Tak dapat nak ikut situasi yang merunsingkan itu. Fang yang memandang Gempa tersenyum lalu menepuk bahu Gempa lembut.

Fang: Jangan risau. Abang aku ada di situ.

Gempa menatap Fang. Dia tersenyum lalu mengangguk faham. Gempa membenarkan Fang dan Yaya pergi. Mereka berdua segera berlalu pergi ke tempat yang Fang maksudkan meninggalkan Gempa sendirian.

Sementara itu, Hali memerhatikan Gempa dari belakang. Hatinya rasa sedikit pelik sebaik sahaja memandang wajah sedih Gempa.

"Dia risau sangat ke dengan semua pelajar sekolah ni?"

Desis hati Hali.

Gempa: Haihh... masa untuk masuk kelas.

Gempa berjalan keluar dari kawasan itu. Rantai tadi disimpannya di dalam poket seluar. Hali yang sedari tadi duduk menyorok akhirnya bangun dan iris ruby nya masih belum lari dari tatapan memandang Gempa.

Hali: Besar sangat ke tanggungjawab kau sebagai ketua, hah?














==============
Zie: Bunga kecil kian membesar~

Ani: Lambat lagilah nak tunggu bunga tu berkembang mekar. =^='

Zie: Alah, relakslah. Ni kan waktu diorang last year punya.

Ani: Tapi lama lah kak. Haaihhh...! Cepatlah update!! ><'

Zie: Eh, budak ni. Baik cakap dekat diri sendiri yang tukang taip tu!

Ani: Oh, yelah. Ehehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro