Random~ 💕 Wallpaper? (21)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hali: Hmm... haih...

Kelihatan Hali sedang berada di perpustakaan sambil melekatkan wajahnya di atas meja. Di tangan kirinya, kelihatan dia sedang memegang telefonnya dengan tatapan pandangan yang risau dan kecewa.

Namun Hali tidak keseorangan, dia sebenarnya sedang menemani Gempa (kekasihnya yang sah :v) yang sedang memilih buku di rak berdekatan.

Sebaik sahaja menemuinya, Gempa berjalan menghampiri Hali bersama buku di tangan. Senyuman Gempa terukir sewaktu sedang berjalan namun ia pudar apabila melihat Hali (kekasih hatinya :3) sedang dalam keadaan merunsingkan.

Gempa berjalan menghampiri Hali lalu duduk di hadapan Hali. Buku di tangannya di tolak ke tepi. Gempa menatap Hali dengan pandangan penuh kerisauan.

Gempa: Halilintar? Kau ok?

Hali: Hah? Hmm... ok je.

Gempa semakin tidak sedap hati. Dia melihat Hali masih memandang telefonnya. 1001 tanda tanya bermain di fikiran Gempa.

Gempa: Halilintar, kalau kau ada masalah, cerita lah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong?

Hali: Haih... tak payahlah Gem...

Gempa: Kenapa pula? Kau tak yakin dengan aku?

Hali: Bukan macam tu. Tapi... hal ni takde kaitan dengam kau.

Deg!

Bagaikan dihempap batu yang besar, hati Gempa terasa sakit apabila mendengar kata-kata Hali tadi. Dia menghela nafas kecewa.

Gempa: Hmm... yelah. Maaflah, aku menyibuk...

Hali menjeling ke arah Gempa. Tengok wajah Gempa yang dah mula kuyu. Macam seekor arnab yang diabaikan oleh tuannya. Hali tersenyum.

Hali: Oi.. aku gurau jelah.

Gempa: ...eh? Oh! Uuhh.. j-jadi.. boleh aku tahu masalahnya?

Wajah Gempa kembali bersinar. Seperti arnab yang tertanya-tanya kenapa tuannya memanggilnya. Telinganya naik ke udara dengan teruja.

Hali: Hahaha! Ok, kau mari sini.

Dengan teruja Gempa bangun dan berjalan mendekati Hali. Hali mendekatkan lagi telefonnya ke arah Gempa.

Hali: Aku nak kau pilih gambar untuk wallpaper telefon aku ni.

Gempa: Gambar untuk wallpaper telefon?

Hali mengangguk menjawab. Gempa tidak banyak soal, dia membiarkan Hali menerangkan lebih lanjut.

Hali: Aku keliru lah. Nak pilih gambar ni ke.. atau yang ni?

Gempa: Gambar apa yang kau nak letak tu?

Hali: Ni. (tunjuk)

Mata Gempa terkebil-kebil seketika. Dan setelah itu, pandangannya menjadi pandangan yang teramat kesal.


Gempa: K-kau... kau nak letak gambar aku sebagai wallpaper kau??

Hali: Ha'a. Cuba kau tengok gambar mula-mula ni. Aku suka gambar ni. Tengok kau tanpa jaket, hn~ sexy. Tambahan pandangannya dari sudut atas~ hoho~

Hali menayangkan senyuman nakalnya. Entah kenapa Gempa dapat rasakan ada aura lain macam dengan kekasih hatinya seorang ni.

Kemudian Hali menukar pula ke gambar seterusnya.

Hali: Ha, yang ke 2 pula. Ni gambar fanart yang mana kau pakai baju wedding. Cantik~ sesuai dengan kau.

Sekali lagi Hali menayangkan senyuman bermaknanya. Dia memandang Gempa dengan pandangan yang hanya Gempa dan readers sahaja faham maksudnya selain Hali. Kemudian, Hali menukar ke gambar seterusnya pula.

Hali: Gambar ke 3. Gambar kau dari sudut sisi. Bagi orang lain diorang rasa gambar ni biasa saja. Tapi... bagi aku~

Gempa terangkat alisnya tertanya dengan kata-kata Hali yang tertangguh itu. Dan Gempa perasan Hali men-zoom-in kan di gambar leher fanart itu.

Hali: Tengokkan leher putih ni, heh rasa macam menarik juga. (smirk)

Hali menukarkan ke gambar seterusnya pula.

Hali: Last one. Gambar kau versi realiti. Cool habis. Aku suka tengok iris emas kau ni. Bersinar dan penuh keyakinan. Kau berani dan tak pernah ragu-ragu untuk membuat keputusan.

Hali memandang Gempa sambil tangan kanannya diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang. Senyumannya dilemparkan kepada Gempa yang berada di kanannya.

Wajah Gempa sedikit merona kemerahan.

Gempa: Aa... uhhmm.. j-jadi... k-kau nak pilih yang mana..? /////

Hali: Hmm... mungkin aku ambil yang ni sebagai lockscreen aku. Yang ni pula sebagai wallpaper aku.

Hali menunjukkan hasil keputusannya kepada Gempa.

(Lockscreen)

(Wallpaper)

Gempa: Eh?? Apsal kau ambil 2 gambar ni??

Hali: Sebab aku sukalah~ apa lagi~?? (smirk)

Gempa: ....

DISH!!

Gempa: Hmph! Ingat aku tak tahu?? Kau ada pikir benda pelik-pelik kan?!

Hali: (kepala benjol) Aduuh... kalau ya pun salah ke Lyubov oi~?? ;;^;;

Gempa hanya membiarkan Hali meringis kesakitan di sebelahnya. Hali hanya sekadar menerima nasib malangnya. Salah ke nak letak gambar orang disayangi sendiri di wallpaper??

Seketika kemudian, secara tiba-tiba kepala Hali menerima 1 tepukan lembut dan gosokkan kepala yang menenangkan.

Hali menjeling ke arah pemilik tangan itu. Kelihatan pemilik iris emas sedang tersenyum manis kepadanya. Yang membuatkan hati Hali berdegup kencang dan kian menghangat.

Gempa: Mm! Aku sukakan keputusan kau ni! 😄

Hali: ... O-ok.. ////// (max blush)

Hali menyorokkan wajahnya ke meja yang didudukinya. Wajahnya merona kemerahan kerana senyuman Gempa tadi. Daripada menyesal, kini Hali bahagia di hatinya melihat Gempa tidak lagi seperti dahulu yang malu-malu untuk mengakui segalanya.

Secara perlahan, hubungan mereka kian bercambah. 💕

===============
Ani: Maaf, Ani kena re-publish berulang kali sebab masalah teknikal. :'D Apapun~ Nah, night snack untuk korang. Uwu

Zie: Haih~ sukanya tengok HaliGem sweet moment ni. Keduanya tenang saja~ simple dalam hubungan mereka, tetapi membawa kebahagiaan kepada keduanya~ 💕

Ani: Setuju! Inilah hubungan HaliGem yang kami sentiasa sayangi~ xD

Hali: Sisi aku yang tidak ditunjukkan kepada sesiapa kecuali Gempa.

Gempa: Dan aku yang sudah tak perlu ragu-ragu dalam jujur kepada Halilintar.

Ani: Hhnngg!! Semoga korang berdua bahagiaaa~!! ;;w;;/ (tabur bunga)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro