AFTER SCHOOL! (20)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ani: (jalan masuk ke dalam scene) Ok! Kepada siapa yang dah baca part Worst.. or Sweet Fever tu korang dah boleh sambung baca part ni!

Harru: Chapter ni adalah sambungan chapter yang lepas tu. Kiranya selepas chapter HaliGem dah berbaiklah.

Ani: Hmm.. kalau dulu Mama asyik mengelat dari Papa, sekarang macam mana?

Harru: Tak payah nak tanya banyak-banyak dah. Layan je.

Ani: Ok! Jom layan! XD

.

.

.

Di bilik rawatan, kelihatan Hali sedang mengemas beg sekolahnya lalu memikulnya di belakangnya dan bersedia untuk pulang ke rumah.

Gempa: Kau betul-betul dah ok?

Gempa berjalan mendekati Hali. Di wajahnya jelas memaparkan kerisauan kepada Hali yang mana di mukanya masih dipenuhi luka dan lebam. Tidak lupa juga yang Hali masih tidak sembuh dari demamnya.

Hali hanya sekadar mengangguk menjawab. Dia melihat sahaja wajah kerisauan Gempa.

Hali: Kau tak payah risaulah. Hari ni pun kelas taekwondo aku dibatalkan. Aku boleh balik rehat.

Gempa: Uhm.. ok. Tapi aku jalan bersama kau, ya?

Hali: Huh?

Gempa: S-sebab... aku masih risau akan keadaan kau. //////

Hali tersenyum mendengar pengakuan dari mulut Gempa. Terlihat juga kemerahan di wajah Gempa yang sudah cukup membahagiakan si pengendali element petir itu.

Hali: Ok.

.
.
.

Di waktu perjalanan pulang, kelihatan Hali dan Gempa sedang berjalan seiringan dalam keadaan senyap. Namun, tangan mereka hangat bergandingan antara satu sama lain. Sedang berpegangan tangan saja sudah cukup sebagai perantaraan komunikasi baharu mereka berdua.

Gempa menjeling ke arah Hali. Kelihatan Hali sedang tersenyum seperti dalam keadaan good mood.

Gempa: Halilintar?

Hali: Hn?

Gempa: Tersenyum, senyum tu... kenapa? 😶

Hali ketawa kecil melihat wajah polos Gempa yang melentokkan kepalanya ke sisi sambil memandangnya. Hali mengusap wajah Gempa dengan tangan kanannya lalu mencubit pipi tembam Gempa kuat. Membuatkan yang dicubit meringis kesakitan.

Gempa: A-aarhh~! Sya-syakhit Hahihinthaaarr~!! QAQ

Hali: Hehehe! Tulah, lain kali jangan tunjuk sangat innocent tu.

Hali melepaskan cubitan 'ketam'nya dari wajah Gempa lalu mengusap sikit bahagian merah di pipi Gempa. Main kasar nampak Hali ni~ >:v

Gempa: Eish... aku tak innocent pun lah!

Hali: Oh? Ok~ kalau macam tu, bagitahu aku, apa sebabnya aku selalu nak tarik kau masuk bilik aku setiap malam?

Gempa: Eh? Uuhh...

Gempa membuat pose sedang berfikir. Jari mulusnya mencubit dagu kecilnya. Iris emasnya pula dijengkilkan menandakan yang dia sedang ligat berfikir. Gempa menggigit bibirnya menahan geram kerana tidak menjumpai jawapan.

Gempa: Hmm.. aku tak tahulah! Aku rasa... kau nak cubit atau pukul aku sebab aku degil dan keras kepala?

Hali: Hm, sedar pun. Tapi tak pun.

Gempa: Eh? Habistu?

Hali: Ade lah... (smirk)

Hali menjeling ke arah Gempa dengan senyuman bermaknanya. Dia melihat Gempa seolah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hali. Jadi Gempa mengembungkan pipinya sambil jari telunjuknya dilipat dan dilekatkan di bibir delimanya.

Hali terseyum melihat wajah Gempa yang ditunggu untuk digigit itu. Tangan kirinya semakin menggenggam erat tangan Gempa. Seolah tidak mahu melepaskannya buat selamanya.

.

.

.

Kini mereka berdua berjalan berhampiran dengan taman. Gempa dapat melihat suasana waktu petang di taman itu dihiasi dan dipenuhi dengan wajah dan sorakan ceria dari kanak-kanak di bawah umur. Kelihatan wajah kanak-kanak itu sungguh suci dan jelas memaparkan keceriaan.

Gempa tersenyum.

Gempa: Seronoknya tengok diorang.

Hali memandang Gempa sekilas sebelum dia memandang ke arah mana Gempa melihat.

Hali: ... memangnya kenapa?

Gempa menggeleng kecil.

Gempa: Saja je. Tengok diorang tersenyum tu, macam semua kesusahan dan kesempitan yang mereka alami selama ni, seperti dilepaskan begitu sahaja sebaik sahaja mereka bermain bola dengan riangnya.

Gempa tersenyum sambil mengucapkan kata-katanya. Iris emasnya masih menangkap wajah ceria kanak-kanak yang sedang seronok bermain permainan dan bola yang telah disediakan oleh pihak taman permainan.

Hali menjeling ke arah Gempa. Melihat wajah Gempa yang sedang tersenyum senang, hati Hali turut merasai ketenangan.

Hali: Hey, ingat tak?

Gempa menoleh ke arah Hali.

Gempa: Hm?

Hali: Taman ni, kau ikut aku untuk cari punca kenapa aku selalu mengelak dari kau.

Gempa: ...

Hali: Taman yang membongkarkan segalanya. Menjadi saksi yang kau sedang menangis.

Gempa menunduk sambil tersenyum kelam. Teringat akan salah faham yang tercetus antara mereka berdua beberapa bulan yang lalu.

Hali: Aku juga ingat, taman ni yang selalu menjadi saksi di saat kita keluar bersama. Lepastu dekat bangku sana tu. Kita makan aiskrim sama-sama.

Gempa menoleh ke arah bangku yang ditunjukkan oleh Hali. Kemudian dia tertawa kecil. Mengimbau kenangan manis dia bersama Halilintar.

Gempa: Masa kecil dulu?

Hali: Heh, mestilah ingat.

Hali menarik tangan Gempa dan mereka berdua masuk ke dalam kawasan taman permainan tersebut. Mereka berdua berjalan melepasi kawasan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak sehingga mereka tiba di sebuah bangku. Tempat yang tidak asing bagi mereka berdua kerana ia berada di hujung padang dan lebih tepat di hujung taman.

Hali menyuruh Gempa untuk duduk dan dia duduk di sebelahnya.

Hali: Hhaaa~ baru best dating.

Gempa: Eh? Kita tengah dating ke sekarang?

Hali: Nak kata honeymoon pun boleh. (smirk)

Gempa: Eh?! K-kita bukannya dah kahwin pun! Mana boleh buat honeymoon! ///////

Hali: Heh, bukan tak boleh. Belum tiba masanya lagi saja.

Hali tersenyum menampakkan gigi taringnya. Gempa terus menutup mukanya yang kemerahan dengan kedua telapak tangannya. Hali hanya memandang sisi kiri Gempa dengan senyumannya yang masih belum lekang.

Hali menyandarkan dirinya di bangku kerusi yang didudukinya. Dia termenung seketika sebelum suara Gempa memecah lamunannya.

Gempa: Halilintar...

Hali kembali menoleh ke arah Gempa.

Gempa: Uhmm... kau memang betul-betul... pasang niat nak kahwin dengan ak-

Hali: Ya.

Gempa: .....

Hali merenung mata Gempa dalam. Menyampaikan segala perasaan di sebalik pandangannya. Gempa juga menatap iris ruby Hali tanpa kata-kata. Entah kenapa hatinya terasa hangat sekali mendengar kata-kata Hali.

Namun, hatinya masih lagi persoalkan sesuatu.

Gempa: Halilintar, aku tak tahu dan tak faham apa yang kau fikirkan tapi... kenapa aku?

Hali menghela nafas sebelum dia semakin mendekati jaraknya antara Gempa.

Hali kembali memandang Gempa tepat di anak mata emas itu.

Hali: Hati aku hanya terdetik untuk kau saja. Aku tahu, kau mesti persoalkan kenapa aku tak pilih yang lain, sedangkan bagi kau sama saja.

Gempa memalingkan wajahnya. Dia mengetap bibirnya. Di dalam fikirannya, benarlah apa yang dikatakan oleh Hali. Nampaknya Hali sudah cukup mengenali dalaman Gempa.

Hali: ...sekarang aku nak tanya. Kenapa kau fikir macam tu?

Hali menatap Gempa dengan pandangan yang tajam. Gempa takut untuk membalas tatapan itu. Seolah tatapan yang tidak suka apabila dipersoalkan sedemikian. Namun Gempa cuba memberanikan diri.

"Dia takkan apa-apa kan aku, kan?"

Gempa: Uuhh... aku cuma tertanya. Kenapa kau tak pilih Taufan, Ais atau Solar ke? D-diorang kan lagi baik?

Hali: Huh, aku dah agak.

Hali menyilangkan tangannya di dada. Kaki kanannya dilipat di atas lutut kaki kiri. Pandangan Hali menjadi dingin serta merta.

Hali: Walaupun hanya dalam buku ni sahaja, biarlah aku menyatakannya secara jujur.

Hali kembali menoleh ke arah Gempa. Kini tatapannya lagi tajam sehingga membuatkan Gempa meremang naik bulu roma.

Hali: Ya, aku memang mahukan personaliti yang macam mereka tu semua. Terutama Taufan.

Deg!

Entah kenapa Gempa merasakan hatinya ditusuk panah berbisa. Hatinya mula pedih dengan luka yang didapatinya.

Hali: Orang yang peramah, mesra dan suka tolong orang. Yang penting dia sedar aku ada di sebelahnya.

Gempa menundukkan kepalanya setelah mengalihkan pandangannya dari Hali. Wajahnya menjadi kelam.

Gempa: O-ohh...

Hali: Lepastu Solar pula, mestilah aku pun nak orang yang bijak dan matang. Hebat dalam berfikir. Dan dikenali ramai. Memang akan selalu buat aku kagumlah, kan?

Gempa hanya mengangguk kecil menjawab. Hali memandang ke hadapan kembali.

Hali: Ais pula, aku ok saja dengan dia. Mungkin kami pun akan jadi pasangan serasi sebab walaupun dia selalu fikirkan diri dia, dia masih fikirkan orang lain. Dan dalam diam, dia lakukan apa yang orang dia sayangi inginkan.

Hali tersenyum. Manakala Gempa? Kedua tangannya sudah menggenggam seluarnya dengan kuat. Dia sedang berusaha untuk menahan air mata untuk keluar.

"K-kenapa hati aku sakit sangat..? Jangan... jangan menangis Gempa!"

Gempa memejamkan matanya untuk menahan aliran air mata keluar. Sungguh perit dan sakitnya rasa apabila mendengar orang yang perlahan kita mahu bukakan hati untuknya akhirnya menyatakan sesuatu yang telah menyakiti hati kita.

Hali menjeling ke arah Gempa. Gempa masih tidak sedar akan Hali sehinggalah Gempa dapat merasakan hembusan nafas hangat menerpa telinga kirinya bersama kata-kata yang mengejutkan Gempa.

Hali: (bisik) Kau masih tak sedar, huh?

Gempa: Eh?!

Gempa menoleh ke arah Hali. Terlihat wajah Hali yang memasangkan wajah kecewa. Gempa tidak sedar, dalam dia sedang perhatikan wajah Hali, air matanya mengalir keluar.

Hali: Kenapa kau slow sangat, hah? Apa yang aku ceritakan tentang diorang, semuanya ada pada kau lah, lembap!

Hali melekatkan dahinya di dahi Gempa. Dia memejamkan matanya dan kedua tangannya mencapai tangan Gempa dan menggenggamnya kuat.

Hali: Kau ni... makin buat aku marah tahu tak? Kau tak sedar ke, hah? Semua personaliti mereka tu ada pada kau?

Gempa: Ada... pada.. aku?

Hali: Lembap. Kau peramah, suka tolong orang dan murah senyum. Kau juga bijak dan matang. Semua orang kenal kau. Lepastu kau walaupun keras kepala tak nak dengar apa orang kata, kau masih hormati apa yang mereka tidak suka dan lakukan apa yang diorang suka. Kau masih tak sedar ke, hah?

Gempa menatap wajah Hali lama. Air matanya mencurah keluar semakin cepat. Wajahnya kemerahan dan tangannya bergetar.

Gempa: Ha-Halilintar...

Hali: Tolong berhenti pasangkan aku dengan yang lain Gem. Aku hanya pandang kau saja.

Hali membuka matanya dan memandang iris emas Gempa tepat. Gempa menjadi kelu lidah menatap iris ruby Hali yang entah kenapa dia rasakan seperti mahu menangis. Gempa menarik tangan Hali lalu mencium kedua tangan Hali. Membiarkan air matanya menitik di atas belakang tapak tangan Hali.

Gempa: Maaf... maafkan aku Halilintar.

Hali melepaskan tangan Gempa. Dia menarik Gempa masuk ke dalam pelukannya. Umbun-umbun Gempa dicium Hali berkali-kali. Melepaskan segalanya di dalam hatinya.

Hali: Aku tak pernah marahkan kau lah. Lembap... kau ingat petir akan menang ke lawan tanah?

Gempa: Eh?

Hali mencium hujung mata kiri Gempa dan memeluknya kembali.

Hali: Takde apa. Cuma kau perlu ingat, takkan pernah ada kesan apa pun kalau kau marahkan aku. Aku selalu maafkan kau.

Gempa yang mendengar kata-kata Hali semakin mencurah keluar air matanya. Dia mengeratkan lagi pelukannya pada Hali. Walaupun dia masih tidak faham keseluruhan maksud kata-kata Hali, namun sebahagian dari kata-kata Hali sudah cukup menenangkan hati Gempa.

Girl (1): Eh, tengok tu. Sweetnya couple tu berpelukan, kan?

Girl (2): Pendeknya rambut girlfriend dia. Lelaki ke?

Girl (3): Mana ada! Kau tengok, badan dia kecil je, kan? Perempuan lah tu!

Girl (2): Hmm... betul juga. Tapi sweet lah diorang. Nanti malam mesti diorang cari 'bilik'.

Girl (1): Eh, shhh! Nanti diorang dengarlah!

Girl (3): Eh, yelah! Eh, jom blah!!

Ke-3 gadis tersebut terus beredar dari jarak mereka yang berada berdekatan dengan HaliGem.

....








....












HaliGem: (max blush) //////// (muka berasap)

"Siot lah minah-minah tadi!! Kacau aku nak peluk Gempa saja!"

"A-apakah?! D-diorang kata aku ni... p-p-perempuan?!"

Keduanya saling membelakangi antara satu sama lain kerana masing-masing sedang melayan perasaan malu kerana terdengar perbualan antara 3 gadis tadi. Tak guna korang! Kacau je HaliGem nak bersweet!! >:v

Gempa menjeling ke arah Hali. Kelihatan wajah Hali kemerahan waktu itu. Dia menggenggam tangannya.

Gempa: Uhmm... H-Halilintar.

Hali melirik ke arah Gempa. Kelihatan Gempa sedang menunduk memandang tanah.

Gempa: Uuhh... k-kalau kita cuba baiki balik 1 kesilapan itu... memori yang pahit tu, boleh dilupakan tak?

Hali memandang Gempa pelik.

Hali: Huh? Apa maksud kau?

Gempa: M-macam ni... a-aku terfikir... kalau... sekolah kita buat balik, festival Hari Koperasi tu.

Hali: Hari Usahawan Sekolah? Kenapa?

Gempa: S-sebab... ///////

Gempa semakin menundukkan kepalanya. Dia menoleh ke arah sisinya membelakangi wajah Hali. Dengan getaran di jiwa dia berkata,

Gempa: A-aku nak... t-tebus balik kesilapan aku yang hari tu punya! (blush)

Hali: ...

Gempa: Aku... aku dah buatkan hari kita berdua jadi teruk tentang pergaduhan kita. J-jadi... aku nak tebus balik.

Hali: ...

Gempa masih membelakangi Hali. Dia tidak sanggup menatap wajah Hali pada waktu itu. Di dalam fikirannya khawatir andai Hali akan benci apabila mengungkit peristiwa yang berlaku beberapa minggu lepas.

"Alamaaakk...!! K-kalau Halilintar akan marah aku nanti macam mana?? Aku dah serba salah ni...!! 😭"

Gempa cuba mengawal dirinya daripada membuat mimik muka yang pelik-pelik. Namun setelah 2 minit berlalu, Gempa mula hairan.

"Hehh..? K-kenapa.."

Gempa menoleh kembali ingin memandang Hali.

"Kenapa.. Halilintar se-senyap ni-"

Gempa: (max blush) 0////////0

Hali: ...kau... betul ke nak tebus balik?

Gempa: E-eh?!

Hali: Tentang apa yang kau cakap tadi.

Gempa's POV

T-t-terkejut aku! Apsal Halilintar tiba-tiba-!!

Hali: Jawab, Gempa.

J-j-jawab?! K-kejap! H-Halilintar tanya apa tadi?!

Gempa: K-Kau tanya apa.. tadi? /////

Hali: Haih... aku tanya. Betul ke kau nak tebus balik atas apa yang kau buat hari tu?

Gulp... m-macam mana aku nak jawab ni? Ah! Salah aku juga! Aku kena tebus balik!

Untuk menjawab soalan Halilintar tadi, aku hanya menangguk sebagai jawapan. Harap-harap itu cukup sebagai menjawab soalannya.

Aku kembali melirik ke arah Halilintar. Kelihatan dia menghela nafas dalam keadaan tersenyum. Tapi aku perasan, senyumannya mesti senyuman tipis.

Hali: Baguslah. Aku pun nak... luangkan masa lebih lama dengan kau.

Hee? A-apa dia cakap tadi? Dia pun nak?
End Gempa's POV

Gempa memandang wajah Hali dengan wajah bersinar. Gempa semakin menghampiri Hali dengan pandangan yang teruja.

Gempa: Halilintar... Halilintar cakap apa tadi?

Hali: Huh?

Gempa: Halilintar pun nak luangkan masa dengan aku juga?? Betul ke??

"Shit! Dekatnya dia!"

Wajah Hali bertukar kemerahan melihat Gempa yang semakin dekat dengannya. Hali mengundur dan Gempa mendekat.

Hali: Uhh... y-ya. /////

Hali memalingkan wajahnya ke sisi lain, tak nak tengok wajah polos Gempa yang cukup dekat dengannya.

Gempa tersenyum senang. Hatinya kian hangat kembali. Dia kembali ke posisi duduknya dengan senyuman.

Gempa: Baiklah. Nanti, aku akan kosongkan jadual aku. 😊

Hali melirik ke arah Gempa. Melihat senyuman manis Gempa, Hali juga tersenyum dalam diam.

Kriiukk~

HaliGem: Eh?

Keduanya melihat perut masing-masing. Bunyi apa tadi tu?

HaliGem: Pfft- Ahahahahaahah!!

Gempa: Halilintar dah lapar ya? 😂

Hali: Pfft- kau pun sama lah... 😂

Gempa: Ahaha! Ok.. ok. Jom balik?

Hali mengangguk setuju. Mereka berdua bangun dari kerusi bangku yang diduduki lalu bersama berjalan seiringan menuju ke rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka berbual antara satu sama lain dan tidak lupa, tangan mereka saling berpegangan erat.











The End :v

==============
Ani: Ok gurau. 😂 Hahahahaah!! Adeh! (kena ketuk kepala)

Harru: Oi! Aku suruh kau rehat, kan?!

Ani: Alaa... bagilah aku update kejap. ;;w;;

Harru: Ckh! Lepastu kalau demam makin teruk macam mana?!

Ani: Hish! Janganlah marah-marah. Iyaaaa... nanti aku rehatlah. Dah, shuh! Aku nak update cerita ni.

Harru: Tsk- degil betul!

Ani: 😛 Ok readers! Maaflah chapter pendek. Dah 2 hari Ani demam ni. Harap-harap cepat sembuh supaya dapat update lagi. ^^ Doakan Ani ya! Jangan lupa vote dan komen! XD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro