👊 Te Amor ⚡ Part 5 💕 (24)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa: Halilintar!

Hali menoleh ke belakang. Kelihatan Gempa sedang berlari menghampirinya. Hali hanya diam menunggu kehadiran Gempa dalam mendekatinya. Sebaik sahaja Gempa tiba di sebelah Hali, mereka pun mula berjalan menuju ke sekolah seriringan.

Gempa: Awal betul kau sejak dua menjak ni. Kau sempat sarapan tak?

Hali: Hn.

Hali hanya jawab bersahaja. Namun dia dalam diam sempat melirik ke arah Gempa. Melihat senyuman manis Gempa di pagi hari. Ooohh~ bahagianya~

Gempa: Kau ada dapat hadiah apa-apa tak dari kawan-kawan kita?

Gempa berpaling ke arah Hali. Hali hanya mendengus.

Hali: Tak.

Gempa: O-Ohh...

Sunyi.

Namun Gempa tetap bersikeras mahu teruskan perbualan. Dia kembali memandang ke arah Hali.

Gempa: Hey, aku ada dapat hadiah dari Fang Dan Yaya tempoh hari! 😄

Gempa menyeluk saku seluar sekolahnya lalu mengeluarkan seutas rantai perak yang mempunyai logo tanah.

Gempa: Tengok! Yaya bagikan aku logo tanah ni. Fang pula rantai ni. Cantik kan?

Gempa tersenyum senang sambil menunjukkan rantai tadi kepada Hali. Hali hanya sekadar melirik kearahnya. Tak kuasa pula nak tengok rantai tu.

Hali: Oh... Jadi?

Gempa: Eerr... Ehehe... 😅

???: Gempa!

Tidak lama mereka berjalan, kedengaran seseorang memanggil Gempa dari belakang. Serentak Hali dan Gempa berpusing badan dan ternampak Taufan sedang berlari menghampiri Gempa dengan senyuman mesranya. Fang juga turut berada di sisi Taufan.

Gempa: Taufan! Awalnya kau bangun pagi hari ni!

Taufan: Eheheeh! Aku dah janji dengan Fang nak jalan sama-sama hari ni. Tak sangka pula kebetulan kita berjumpa. 😆

Gempa dan Taufan sama-sama tertawa mesra. Manakala Hali dan Fang hanya memandang mereka berdua.

Taufan ternampak tangan kanan Gempa sedang memegang rantai yang pernah Gempa pakai tempoh hari.

Taufan: Eh, ini ke hadiah yang Gempa cakap Fang dan Yaya bagi?

Gempa: Oh? Ha'a! Yang nilah! Kan Fang? 😄

Fang hanya mengangguk sambil tersenyum. Lalu mereka bertiga pun berjalan seiringan menuju ke sekolah. Tidak sedar pula yang mereka sudah melupakan seseorang.

Hali merenung mereka bertiga sambil berpeluk tubuh. Di dalam hatinya dia seolah-olah dapat merasakan 1 kehangatan dan kesakitan. Iris rubynya merenung mereka bertiga dengan penuh amarah.

Hali: Tsk, rantai je pun.

.

.

.

Taufan: Yaya~!! Selamat pagi! 😆

Yaya yang kebetulan sedang menjalankan tugasnya iaitu menjaga pagar sekolah. Taufan melompat-lompat kegembiraan sambil mengheret Gempa bersamanya menghampiri Yaya.

Yaya: Selamat pagi Boboiboy, Fang. 😊

Fang: Pagi.

Taufan: Yaya! Kau kan yang buat logo tanah ni?

Taufan menyuakan logo tanah kepada Yaya. Yaya tertawa kecil sebelum mengangguk mengiyakan pertanyaan Taufan.

Yaya: Mestilah. Aku buat ni selama 1 minggu kot.

TauGem: Waaahh!! Terbaiklah Yaya!

Gempa: Tak menyusahkan kau ke kena buat semua ni, Yaya?

Yaya tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

Yaya: (geleng kepala) Tak pun lah. Lagipun aku gunakan skill kimia yang cikgu ajar tahun lepas.

Taufan: Tahun lepas?

Yaya: Alah, yang gunakan besi untuk melentur segala tu. Aku cuba ingat balik apa yang cikgu ajar, lepastu buat logo tanah ni secara DIY.

Taufan: Waaah! Memang terbaiklah Yaya!

Yaya: (senyum) Eh, baik korang masuk cepat. Nanti terlambat pula.

Gempa: Eh, ha'a lah! Jom! Jom!

Gempa segera berlari menuju ke kawasan bangunan kelas mereka dan diikuti Taufan dan Fang dari belakang. Yaya hanya menggelengkan kepalanya melihat mereka bertiga sebelum dia tersedar ada element lain yang baru masuk ke dalam kawasan sekolah.

Yaya: U-uuhh... Selamat p-pagi Hali.

Hali: Tsk!

Hali sempat menjeling ke arah Yaya sebelum dia mengabaikan Yaya dan sapaannya lalu berjalan masuk menuju ke kawasan kelasnya. Yaya meneguk ludahnya seram.

Yaya: Hiieee... Macam mana diorang boleh pasangkan dia ni dengan Gempa? Macam langit dengan bumi kot diorang berdua ni.

Yaya hanya menggelengkan kepalanya. Dia melihat jam tangannya sebelum dia mula menyambung kembali tugasannya.

.

.

.

Hali berjalan melewati setiap kelas menuju ke kelasnya. Banyak mata-mata yang memandangnya. Seperti biasa. Peminat.

Girl 1: Selamat pagi Hali-kun!

Girl 2: AAAAAA~!! HENSEMNYA HALI HARI NI!! MACAM SELALU!!!

Other girls: (fangirling)

Hali hanya memekakkan telinganya. Setiap minggu kena hadap jeritan dan suara yang sama, naik bingit pula sebab setiap hari kena hadap benda yang sama. Hidupnya macam kosong pula.

Hali berjalan menghampiri kelasnya. Atau lebih tepat kelasnya bersama saudara lainnya. Dari luar dia terdengar suara-suara riang oleh rakan sekelasnya dan bunyi kekekan tawa mereka. Sebaik sahaja Hali membuka pintu, dia ternampak begitu ramai classmatenya sedang berkumpul di meja Gempa.

Gopal: Ada makan sedap-sedap tak??

Gempa: Mestilah ada! 😄

Ying: Haiyo! Itu saja ka yang lu fikir??

Fang: Ha'a! Takde benda lain ke?

Gopal: Apa? Salah ke aku nak tanya? Dah dijemput, mestilah tanya kan?

Gempa bersama yang lain kecuali Ying, Fang dan Gopal tertawa kecil melihat telatah 3 orang ini. Hali pula? Dia hanya berjalan menuju ke tempat duduknya. Mengabaikan bunyi-bunyi yang mengganggu itu. Sempat juga dia melirik ke arah Gempa dalam diam.

Seketika sebelum Hali duduk, kedengaran bunyi derapan langkah kaki dan suara riang dari luar kelas. Tidak lama menunggu, Blaze dan Thorn muncul diikuti Ais dan Solar dari belakang.

Blaze: Wuuoohhh~!! Pagi-pagi lagi dah buat mesyuarat tingkap!

Gopal: Dhey, bukan mesyuarat tingkap lah.

Blaze hanya tertawa lalu melompat-lompat mendekati yang lain dan ikut berkumpul bersama. Tidak lupa juga element lain. Manakala Taufan pula sudah awal-awal chop tempat duduknya berhadapan Gempa.

Solar: Korang bincang apa ni?

Taufan: Ni hah, Gempa nak buat party untuk kita. Dah lah tak bagitahu.

Taufan menjeling geram pada Gempa dan mendapat kekekan kecil darinya. Solar dan Ais tersenyum dan mengusap kepala Gempa lembut.

Ais: Patutlah kau makin sibuk sejak dua menjak ni.

Gempa: Ehehe... Maaflah. Tapi aku tak nak susahkan korang.

Solar: Susahkan apa bendanya? Kesian kau kena buat seorang diri. Kitorang kan ada? Patutnya kau minta je tolong kitorang.

Solar memaparkan senyuman khasnya kepada Gempa. Gempa juga turut membalas senyuman Gempa. Yang lain juga turut merasakan kehangatan suasana itu. Kecuali yang 1 ini.

Dia merenung Solar geram. Melihat element yang lain juga memberikan kehangatan pada Gempa termasuk Ais.

"Huh! Menjengkelkan!"

Hali memusingkan kepalanya keluar tingkap. Dia merenung setiap pemandangan di luar tingkap itu. Tidak akan teragak-agak andai kata kaca tingkap itu akan pecah kerana renungan mautnya.

Gempa: Alah, sebab korang kan dah selalu tolong aku. Jadi anggap sajalah ini salah satu dari hadiah aku.

Blaze: Hadiah?

Thorn: Waahh!! Mama sediakan hadiah ke untuk kitorang?? 😆

Gempa: Yup! Sebab aku happy sangat dapat hadiah rantai ni.

Gempa mengeluarkan hadiah rantainya kepada semua. Mereka terus terpegun melihat keunikan rantai tersebut. Hali yang mendengar perkataan rantai tadi terus berdecih kesal.

"Ceh! Rantai tu lagi..."

Hali menggepalkan tangannya kuat. Namun pandangannya masih tidak beralih.

Taufan: Baiklah, kami pun akan sediakan hadiah untuk kau! Kan semua?

Taufan memandang kawan-kawan sekelasnya dan kembarannya dengan senyuman surianya. Yang lain turut mengangguk.

Gempa: Eh! Tak payahlah! /////// Buat susah je... 😅

Solar: Tak susah pun lah. Kan Hali?

Solar memandang ke arah Hali yang berada di belakang mereka semua. Mata-mata yang lain juga turut memandang. Hali yang menyedari dirinya dipandang terus menoleh.

Hali: Apa?

Blaze: Kau akan join kan? Kita sama-sama buat hadiah untuk Gempa!

Hali mengerutkan wajahnya. Dia memandang mereka yang sedang memandangnya dengan pandangan yang dingin.

Hali: Dah kenapa aku pun kena terlibat hah?

Ais: Kau tak nak join ke?

Solar: Dah kenapa kau ni? Gempa penat selama ni tolong kita semua. Takkan berikan hadiah untik dia pun kau nak berkira?

Hali bangun dari duduknya. Dia menjeling ke arah Solar dengan amarah.

Hali: Dah tu? Suka hati dialah! Yang korang nak sibuk apahal?!

Taufan: Oi! Kau dah kenapa hah?! Tiba-tiba marah melulu!

Gempa: Eh?! S-sabar semua!

Hali: Peduli apa aku?! Korang kalau nak sangat sambut party tu sambut jelah!! Ish! Menyakitkan hati betul cakap dengan orang macam korang ni!

Hali terus beredar keluar dari kelas itu. Dihempasnya pintu kelas itu dengan kuat sehingga penghuni kelas itu terhinjut bahu kerana terkejut. Ada yang sampai melatah kecil.

Blaze: Hish! Entah apa-apa dia tu!

Taufan: Entahnya! Abaikanlah dia!

Graanng!

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi kuat dari kerusi. Semua mata tertumpu pada bunyi asal tersebut. Kelihatan Gempa sedang berdiri dari tempat duduknya sambil menunduk.

Thorn mendekati Gempa dan menepuk bahu Gempa.

Thorn: Mama? K-kenapa ni?

Gempa: Aku perlu kejar Halilintar.

Blaze: Eh?! Apsal pula?! Biarkan jelah dia tu. Bukannya penting sangat pun dia ada ke tak dalam rancangan kita.

Gempa: Aku masih tak boleh biarkan! Halilintar takkan marah tanpa sebab! Aku kena cari tahu sebabnya!

Sebaik sahaja habis berkata demikian, Gempa terus berlari keluar dari kelas itu melalui pintu hadapan. Menghiraukan panggilan oleh rakan-rakan sekelasnya.

Taufan: Eh?! Gem! Tunggu Gem!

Gopal: Dhey!! Kelas dah nak start lah!

Gempa meninggalkan mereka tanpa sebarang balasan. Taufan dan yang lain menghela nafas kecewa.

.

.

.

Gempa berlari-lari di sekeliling sekolah. Di setiap blok bangunan. Dia melihat di setiap kelas dan masih tidak menemui Hali. Gempa kini berada di sebelah dewan. Dia menghela nafas lelah.

Gempa: Huff.. Huff.. Mana Halilintar ni..?

Gempa mengelap peluhnya yang mengalir turun dari pipi gebunya. Dia berjalan menyelusuri dewan. Sekejap lagi dia akan tiba di sebuah taman diantara dewan dan perpustakaan.

Seketika kemudian, Gempa terdengar seseorang menyanyi. Gempa tertanya akan suara itu. Seperti familiar untuknya.

"Suara siapa tu?"

Kerana tertanya, Gempa terus berjalan mendekati suara itu. Sehingga dia ternampak seseorang di dalam sebuah pondok di dalam taman itu. Gempa semakin menghampiri pondok itu. Sehinggalah dia mendapati yang menyanyi itu ialah Hali.

"Halilintar... Menyanyi?"

Semakin Gempa menghampiri, semakin jelas suara Hali sedang mendendangkan lagu yang Gempa tak pasti lagu apa itu.

Hali yang memakai earphone di telinganya tidak menyadari langsung bahawa Gempa sedang menghampirinya. Sebaliknya dia terus menyanyi.

https://www.youtube.com/watch?v=P-qH9pKEfxg

( Ini ialah lagu Ungu - Tercipta Untukku. Korang boleh dengarkan lagu ni kalau korang nak memahami apa perasaan Hali sekarang. 😄)

Sebaik sahaja lagu habis dimainkan. Hali berhenti menyanyi. Hali termenung.

Hali: Tercipta Untukku... Gempa...

Gempa: Ya?

Hali tersontak kaget.

"Macam pernah dengar je suara ni-"

Sebaik sahaja Hali menoleh, dia mendapati wajahnya dan Gempa cukup dekat. Ruby bertemu Gold.

Hali: AAARRRGHHH!!! G-Gempa?!!! S-SEJAK BILA KAU ADA KAT SITU?!! 😨💦

Hali terkejut sangat sampai dia berpindah tempat ke bangku berhadapannya. Jantungnya berdegup kencang sekali.

Gempa sweatdrop melihat reaksi Hali. Bukan ke Hali panggil nama dia ke tadi? Takkan tak perasan? Terus Gempa tersedar dari lamunannya.

Gempa: Ah! M-maaf Halilintar! Aku ingatkan kau sedar aku ada di belakang kau sepanjang masa tadi?? 😫

"DI-DIA ADA KAT SITU SEJAK AWAL LAGI?!!!"

Hali: (max blush) K-kau dengar ke aku menyanyi tadi...? ////////

Gempa mengangguk dan tersenyum. Dia berjalan masuk ke dalam pondok tempat Hali duduk. Dia duduk bertentangan dengan Hali iaitu di tempat Hali duduk tadi sebelum Hali berpindah ke tempat duduk lain kerana terkejut akan kehadiran Gempa.

Gempa: Aku tak tahu pun kau pandai menyanyi. Terbaiklah suara kau. 😄

Hali menghela nafas lega. Nampaknya Gempa tak sedar bahawa nyanyian lagu tadi ditujukan kepadanya. Hali membetulkan posisi duduknya. Dia merenung wajah Gempa.

Hali: Jadi... Apa yang kau buat dekat sini?

Gempa: ...aku kejar kau tadi.

Hali terkedu seketika. Tak sangka Gempa mengejarnya ke sini.

Hali: B-buat apa kau kejar aku..?

Gempa: Kau kan marah tadi. Aku risaukan kau.

Hali diam dengan wajah yang kemerahan. Dia tak dapat nak pendam bahawa dia sungguh bahagia kerana Gempa sudi mengejarnya hingga ke sini.

Gempa: Halilintar...

Hali mendongak memandang Gempa. Kelihatan wajah Gempa amat serius sekali. Hali meneguk ludah. Entah kenapa hatinya cukup rasa tidak sedap hati.

Gempa: Aku sudah tahu Halilintar.

Hali: H-huh?! 😲

Gempa: Aku tahu apa yang kau rasakan sekarang Halilintar.

Hali: A-apa?! Kau tahu?! Siapa yang bagitahu kau?! (max blush)

"Gempa sudah tahu aku sukakan dia?! Sejak bila?!"

Gempa menghela nafas dan menggelengkan kepalanya.

Gempa: Tiada siapa yang beritahu aku. Aku sendiri yang tahu.

Hali kaku. Bagaimana Gempa boleh tahu? Jantung Hali berdegup kencang. Wajahnya bertukar kemerahan. Bibirnya terketar-ketar berkata-kata.

Gempa menatap Hali.

Gempa: Betul ke sangkaan aku ini Halilintar?

Hali: H-Huh....?

Gempa: Jujurlah pada aku Halilintar. Aku takkan sebarkan hal ini.

Hali semakin berdebar jadinya. Mendengar dan melihat Gempa yang memaparkan segala kebenaran melalui matanya. Hali mengetap bibirnya dan mengangguk.

Hali: Y-Ya! Aku... Aku akuinya. Aku tak dapat tahan diri aku... ///////

Gempa tersenyum senang. Dia tertawa kecil mendengar pengakuan Hali. Manakala Hali sudah mengalihkan pandangannya dari Gempa dan menunduk sambil geram pada diri sendiri.

"Tsk- aku tak sempat luahkan perasaan pada dia, dia sudah tahu segalanya. Kau loser Hali."

Gempa: Hehehe! Kan bagus macam ni? Lain kali cakaplah yang kau nak hadiah. Tak payah gaduh-gaduh dengan diorang dah.

...

...

...

Hali: H-huh..? Hadiah..? 😦

Gempa: Kan? Kau marah-marah diorang sebab kau nak hadiah kan? Aku tahu, sebab pagi tadi sebaik sahaja kita bahaskan tentang rantai yang aku dapat ni kau terus masam muka dan diam.

"WHAT?!"

Hali blank. Mulutnya terlopong tidak percaya. Manakala Gempa masih lagi berkata-kata tidak putus.

Gempa: Aku tahu kau nak hadiah juga kan? Kalau boleh nak kitorang bagi juga kan? Hmm... Aku rasa aku boleh belikan hadiah untuk kau. Tapi aku perlu belikan untuk yang lain juga.

Hali: K-kejap! Jangan cakap yang kau ingat aku marah selama ni sebab aku nak-... Hadiah semata-mata?!

Gempa: Betullah, kan? Kau nak rantai macam ni juga tak? Aku boleh minta tolong Yaya dan Fang buatkan.

Hali menyandarkan dirinya pada kerusi bangku yang didudukinya. Dia menghela nafas lega. Walaupun lega tapi masih hatinya terasa sakit.

"Salah faham huh..?"

Hali menunduk kecewa. Gempa yang menyadari keadaan Hali yang sedemikian terus memandang pelik.

Gempa: Halilintar? Kenapa ni?

Hali: T-tak. Takde apa. Terima kasih, Gem.

Gempa tersenyum senang. Hali membalas senyuman Gempa dengan penuh kepalsuan. Di dalam hatinya bagai mahu dibuka lalu mengeluarkannya kerana terlalu sakit.

Gempa bangun dari duduknya.

Gempa: Baiklah. Nanti kita bincangkan hal hadiah ni, ya? Jom, masuk kelas!

Hali: Ah, ya. Kau pergi lah dulu.

Gempa: Jangan risau Halilintar. Kau pasti akan dapat rantai yang sama macam aku punya ni! 😄

Gempa mengeluarkan rantai di dalam poket seluarnya. Hali melirik ke arah rantai itu. Tiba-tiba api amarahnya membara.

Gempa menyimpan balik rantai itu di dalam poket.

Gempa: Baiklah, aku pergi dulu ya? Jangan lambat! Bye! 👋😄

Gempa sempat melambaikan tangannya pada Hali sebelum dia mula berlari menuju ke kelas. Hali tidak membalas lambaian tangan Gempa. Sebaliknya kedua tangannya digenggam erat.

Pandangan iris Hali berubah seram. Suara Hali tiba-tiba menjadi seram dan menakutkan.

Hali: Sampah tu... Mesti dibuang.

.

.

.

Waktu Pembelajaran

Gempa mengehela nafas sewaktu memikirkan hadiah apa yang harus dibelikan kepada kembar saudara elementnya.

"Geng Trio tu tak lah susah sangat nak belikan hadiah. Kalau Solar dan Ais pun senang je nak belikan hadiah. Tapi... Halilintar..."

Gempa sekali lagi menghela nafas. Hari ini dia langsung tak dapat fokuskan diri dalam kelas. Dia hanya memandang wajah gurunya yang sedang mengajar sehingga habisnya waktu pembelajaran dan digantikan dengan waktu rehat.

KRRIIINNNG~🔔

Cikgu: Baiklah semua. Itu sahaja untuk hari ini. Jangan lupa minggu depan kamu semua mesti siapkan tugasan sejarah ini ya?

All class: Baik cikgu!!

Sebaik sahaja Cikgu Sejarah kelas itu keluar, kebanyakkan murid-murid terus keluar dari kelas dan masih ada beberapa orang pelajar yang sedang berbual dengan rakannya. Ada juga yang kelas sebelah datang menjemput.

Thorn: Korang, jom makan dekat taman sains! 😆

Thorn datang ke arah kembaran elementnya sambil memeluk sebekas bekal makanannya. Yang lain hanya mengangguk setuju.

Taufan: Baiklah, jom. Aku pun ada tempah nasi untuk kita makan di kantin.

Solar: Kita ambil nasi dulu lepastu baru ke taman. Ok Thorn?

Thorn: Ok! 😄

Lalu mereka mula melangkah untuk keluar dari kelas. Taufan perasan akan Gempa yang masih belum berganjak dark tempat duduknya. Dia melihat Gempa masih belum bangun dari situ.

Taufan: Gem? Tak nak rehat ke? Jomlah.

Gempa: Eh? Uuhh.. Uhmm.. Baiklah.

Gempa bangun dari duduknya lalu menyimpankan rantainya di bawah mejanya. Dia mengeluarkan bekal makanannya dari bawah meja lalu segera berlari mendapatkan Taufan dan yang lain.

Sebelum keluar, Gempa sempat menoleh ke arah 1 tempat duduk yang kosong.

"Halilintar... Masih belum masuk ke kelas sejak tadi lagi..."

Gempa menghela nafas kecewa. Di dalam kepalanya risau jika kata-katanya tadi telah mengecewakan Hali kerana rahsia Hali sudah diketahui. Oh, Gempa. Kenapa kau boleh berfikir demikian?

.
.
.

Setelah 15 minit berlalu, kelas yang sunyi itu tiba-tiba pintu belakangnya dibuka dan seseorang memasuki kelas itu. Derapan langkah kakinya tidak kedengaran dan wajahnya tersorok dengan topi yang dipakainya.

Irisnya yang merah menyala memandang 1 tempat duduk yang kemas dan bersih berbanding meja yang lain. Dia semakin menghampiri meja itu sehingga akhirnya dia tiba di situ. Di atas meja itu terdapat sebuah buku tulis yang ada nama di atasnya - Gempa.

Tanpa mengambil masa yang lama, orang yang bertopi hitam itu terus memasukkan tangannya di dalam ruang bawah meja milik Gempa. Dia sedang mencari sesuatu.

"Aku yakin dia letakkannya di sini. Dia takkan bawa sampah tu ke mana-mana."

Setelah beberapa minit mencari, akhirnya dia menemuinya. Ditariknya sesuatu dari dalam meja itu dan dia melihat apa habuan di tangannya.

Seutas rantai yang mempunyai logo tanah.

Dia tersenyum. Bukan senyuman biasa, tapi senyuman dendam.

Dia menyimpan rantai itu di dalam poket seluarnya. Lalu dia segera beredar dari kelas itu setelah menutup pintu belakang kelas itu dengan rapat. Perlahan dia beredar dari situ tanpa sebarang jejak.

.

.

.

Tinggal lagi beberapa minit sebelum waktu rehat tamat, kumpulan elemental brothers sedang berjalan menuju ke kelas mereka. Sambil-sambil berjalan, mereka berbual bersama dengan tenang.

Dan yang paling rancak berbual ialah Blaze yang sedang bercerita kepada geng Trio Trouble Makersnya.

Blaze: Lepastukan! Kacang tu datanglah pada monyet tu lepastu dia cakap, "Monyet! Kau ni sama je macam aku sebenarnya!"

Thorn: Eh? Lepastu apa yang monyet tu jawab?

Blaze: Ha, dengar lah apa aku nak cerita ni. Lepastu monyet tu tanya lah, "Eh? Apsal pula?" Lepastu korang nak tahu apa kacang tu jawab?

Taufan: Ha? Apa dia?

Blaze: Kacang tu pun jawablah, "Kau dan aku sama je! Sebab aku kan Bagaikan Kacang Lupakan Kulit, kau pula Bagai Monyet Dapat Bunga. Sama-sama tak kenang jasa dan dipandang hina di mata orang~ Sedih kan?" Dan pengakhirannya, kacang tu dimakan oleh monyet tu. Sedih tak?

Taufan: Amende kau ni?! 😂

Thorn: Sniff... Kesiannya kacang tu. 😢

Blaze dan Taufan mentertawakan Thorn. Adui.. Boleh pula kesiankan makhluk tak bernyawa tu. Walaupun fiksyen semata-mata tapi imaginasi trio ni boleh tahan!

Solar: Haizz.. Diorang ni. 😑

Gempa tertawa kecil melihat telatah saudaranya manakala Ais menguap sambil tersenyum. Mengantuknyaa... Bila boleh sampai kelas dan tidur ya? 😴

Sebaik sahaja tawa trio itu habis, mereka pun tiba di kelas mereka. Masing-masing menuju ke tempat duduk masing-masing. Taufan dan Blaze duduk bersama, Thorn bersama Solar, Ais seorang diri, Gempa dan Halilintar juga tempat duduk seorang diri. Ini kerana kelas mereka cukup besar dan sebenarnya masing-masing duduk seorang diri. Cuma nasib baik je dapat duduk sebelah menyebelah masing-masing.

Gempa menyimpan balik bekal makanannya di dalam mejanya sebaik sahaja dia tiba di tempat duduknya. Dan baru sahaja dia mahu mengeluarkan buku, tiba-tiba dia menyedari sesuatu.

"EH?!"

Taufan: Gem?

Taufan datang menyapa Gempa. Gempa cepat-cepat membetulkan kedudukannya dan memandang Taufan dengan senyuman canggung agar Taufan tidak menyedari reaksi Gempa tadi. Namun Gempa tidak tahu, Taufan sedari tadi lagi sudah memandangnya.

Mengimbau kembali sebelum Gempa duduk di tempatnya, Taufan sedang berbual bersama Blaze sebelum Gopal memanggil Blaze dan Blaze mula berbual dengan Gopal. Manakala Taufan terpandang Gempa kerana Gempa berada di hadapan di baris ke-2 setelah tempat duduknya dan Blaze. Taufan ternampak Gempa sedang menyimpan bekalnya dan tiba-tiba kaku. Taufan kerana risau terus bangun lalu menghampiri Gempa.

Taufan: Gem?

Gempa: Huh?! Ta-Taufan!? Y-ya?? 😅

Taufan: Kenapa ni?

Gempa: Ah, uhmm.. Tak.. Takde apa.

Taufan: ...betul ni?

Gempa mengangguk sambil cuba menyorokkan wajah canggungnya daripada Taufan. Taufan hanya menghela nafas. Lalu dia tersenyum.

Taufan: Baiklah kalau macam tu.

Taufan pun segera berlalu pergi meninggalkan Gempa sebaik sahaja Cikgu Papa Zola masuk ke dalam kelas.

Sebaik sahaja Taufan beredar, Gempa menghela nafas lega. Namun hanya ada satu sahaja yang tidak menenangkannya. Raut wajahnya jelas memaparkan kesedihan.

Gempa: Rantai aku... Dah hilang.

.

.

.

Jam 4 Petang

Sekolah Menengah Pulau Rintis sudah kosong sebaik sahaja menjelangnya waktu petang. Semua pelajar sudah pulang dan berada di rumah masing-masing. Ada yang keluar lepak bersama kawan-kawan dahulu, ada juga yang sedang bersiap untuk menuju ke kelas tusyen.

Hali pula? Kini dia sedang memikul beg sekolahnya dan masuk ke dalam gym untuk kelas taekwondonya. Yang lain sudah siap menunggu sebelum kelas dimulai. Bukan kelab taekwondo saja yang ada latihan, para kadet tentera pelatih pun sedang berkawad di padang kawad.

Hali sambil-sambil menuju ke gym sempat memandang para senior yang sedang berlatih berkawad. Entah di matanya kelihatan begitu menarik sekali segala pergerakan kawad itu.

"Next year, Hali. Kau akan berada di situ juga."

Senyuman Hali terukir. Di dalam hatinya sudah berkobar-kobar tidak sabar menantikan tahun hadapan. Tahun yang bermakna baginya.

Hali mempercepatkan langkahnya menuju ke gym lalu terus masuk ke dalam untuk memulakan latihan.

.
.
.

Jam 5 Petang

Kelas taekwondo sudah tamat. Hali berjalan keluar sebaik sahaja dia selesai menyalin pakaian seragamnya. Kini dia sedang memakai baju tshirt merahnya yang mempunyai logo kilat merah di dada bidangnya. Topinya dipakai, sarung tangan hitamnya masih setia di kedua tangannya, dan sehelai tuala putih disangkut di bahunya. Hali berjalan keluar dari gym sambil menikmati air mineral yang dibelinya tadi.

Hali berjalan menuju ke kawasan loker kasut. Sambil-sambil berjalan, dia memeriksa apa-apa mesej yang masuk ke dalam telefonnya. Lebih-lebih lagi kot-kot dapat mesej dari personal. Namun tiada.

"Huh.. Lega. Malas aku nak layan sesiapa hari ni."

Hali menghela nafas lega. Namun kemudian dia ternampak 1 group chat yang mana itu adalah group chat kembar element nya.

Oleh kerana Gempa yang menghantar mesejk dahulu, Hali terus membukakannya.

✨THE AWESOME ELEMENTALS GROUP CHAT✨

[4.30 pm ago]

Gempa 👊💕
Korang, aku ada perjumpaan barisan perwakilan pelajar ni. Korang jangan tunggu aku tau. Kalau korang lapar, ada lauk yang sudah aku masak pagi tadi di dalam peti. Panaskan sahaja di atas dapur. Aku serahkannya pada Taufan ya? Kalau tak tahu baca tutorial macam mana nak memanaskan makanan di dapur. Dan aku pun balik pukul 5 ni. Korang makanlah dulu. Nanti balik aku makan ya? 😄

Taufan (Ikan Masin🐟)
Okie dokie Gummy! Hati-hati bila jalan seorang diri waktu balik tu! 😆

Solar Attention Seeker😑
Kalau kau ada masalah nanti terus call kitorang ya, Gem! Pastikan kau balik terus ya!

Ais ❄🐻
Mkaaygemmzzzz....😴

Thorn 🌿
Eh, Ais tidur ke? 😶

Blaze (Kepala Api Batu Api🔥)
Abaikan dia Thorn.. Abaikan je. 😑

Hali menghela nafas. Sekarang pukul 5 tepat. Mungkin dia boleh tunggu Gempa di pintu pagar. Hali terus menukarkan kasut sekolahnya kepada kasut kegeramannya lalu menutup pintu loker kasutnya. Dia membetulkan beg yang disandangnya lalu berjalan menuju ke pintu pagar.

.

.

.

Jam 5.30 Petang

Hali: Tsk! Mana pula dia ni? 💢

Hali mendengus kesal. Dia berjalan mundar-mandir di kawasan pagar sekolah yang besar itu. Matanya tidak berhenti menoleh ke sekeliling sekolah dan bangunan sekolah yang besar itu. Orang yang dicarinya masih belum kelihatan. Padahal sudah 30 minit berlalu.

Hali: Haizz... Takkan ada lebihan masa kot? Perjumpaan apa lama sangat di awal tahun ni? Pembentangan kos sekolah pun tak selama ni.

Hali terus-menerus membebel geram. Dia menepuk-nepuk tanah menggunakan tapak kaki kanannya sambil kedua tangannya disilang memeluk tubuh. Keringat di badannya sudah pun hilang kerana angin petang datang menerpa.

Walaupun badannya kesejukkan kerana dikala petang hari, namun masih hatinya terasa panas.

"Huh.. Siaplah dia balik nanti."

Hali berdecih. Seketika kemudian, baru sahaja dia mahu membuka telefonnya kembali, namanya dipanggil oleh seseorang.

???: Eh? Hali?

Hali terus mendongak. Dan dia ternampak Yaya, Ying dan Fang sedang berjalan menghampirinya.

"Ceh, ingatkan Gempa tadi."

Hali mengeluh dalam diam. Dia menantikan ke-3 kawan baiknya itu datang dekat. Yelah, takkan kes 1 hadiah punya pasal Hali nak aktifkan mode yanderenya? Bunuh kawan baiknya sendiri. Gila ke? Jadi psiko pun ok juga. //eh? :v

Yaya: Kau tunggu siapa ni?

Hali: Tengah tunggu Gempa.

All kec. Hali: Gempa?!

Hali menjeling ke arah mereka bertiga dengan wajah berkerut.

Hali: Apa? Apahal korang terkejut. Pelik ke?

Yaya: Tak! Cuma...

Ying: Lu tak tau ka? Gempa mana ada masuk perjumpaan!

Hali: Hah?! 😦

Fang: Betullah! Sebelum masuk bilik mesyuarat lagi Gempa datang jumpa kitorang yang dia tak dapat masuk sebab dia tiba-tiba sakit perut.

Hali semakin pelik. Dia pun terus membuka group chat antaranya dan saudara kembarnya.

✨THE AWESOME ELEMENTALS GROUP CHAT✨

Oi, Gempa dah balik ke belum?

Solar Attention Seeker😑
Gempa? Tak. Belum lagi.

Thorn🌿
Kenapa Papa? Papa tengah tunggu Mama ke?

Taufan (Ikan Masin🐟)
Dia kata dia balik pukul 5 petang. Sekarang dah pukul 5.30? Jam aku rosak ke?

Blaze (Kepala Api Batu Api🔥)
Tak tahulah rosak ke tak sebab jam aku pun menunjukkan pukul 5.30 lebih ni.

Solar Attention Seeker😑
Gempa hilang ke?!

Taufan (Ikan Masin🐟)
Takkanlah! Gempa takkan hilang macam fi je! 😕

Takpelah!
Aku tunggu dia.
Korang tunggu Gempa kat rumah.
Kalau dia dah balik call aku.

Taufan (Ikan Masin🐟)
Ok bro! 👍

Thorn🌿
Hati-hati Papa! 😄

Hali terus menutup telefonnya. Dia menghela nafas kecewa. Seterusnya, dia memandang ke arah 3 kawan baiknya kembali.

Yaya: Macam mana? Gempa ada dekat rumah?

Hali: Tak. Aku nak cari dia. Mungkin dia ada lagi kat sini.

Ying: Mau kitorang tolong?

Hali: Takpe. Korang balik je dulu. Kot-kot terjumpa dia di tengah jalan, korang call aku.

Ketiganya mengangguk faham. Lalu mereka terus berpecah menuju ke rumah masing-masing. Hali terus stay di situ sambil matanya terus melilau mencari kelibat orang yang ditunggunya sejak tadi.

Hali: Mana kau Gempa..?

.
.
.

Jam 6 Petang.

Kelihatan Hali masih lagi menunggu Gempa walaupun matahari sedang mula terbenam. Hali menunggu Gempa dengan mengecek laman sosialnya dan membalas setiap personal chat yang dia dapat beberapa minggu lalu. Akhirnya dia dapat juga manfaatkan situasi itu dengan melakukan kerja yang tertangguh. Sampai tak sedar 1 jam dah berlalu.

???: Eh, Hali? Kenapa tak balik lagi ni?

Hali mendongak ke atas kerana posisinya sekarang sedang duduk mencangkung dan bersandar pada tiang pagar. Hali dapati yang menegurnya ialah Pak Guard sekolahnya.

Hali: Tunggu seseorang.

Pak Guard: Eh? Setahu pak cik mana ada sesiapa dah di sini. Kan dah lewat pukul 6 dah ni?

Hali: Hah?! Pukul 6?! 😨

Pak Guard itu menganggukkan kepalanya. Pantas Hali bangun dari duduknya dan dia melihat jam di telefonnya.

"Sh*t! Macam mana aku boleh terleka ni?!"

Pak Guard: Kamu tunggu siapa ni?

Hali: Ugh.. Pak cik please jangan tutup lagi pintu pagar ni. Saya kena cari seseorang di dalam sekolah ni.

Pak Guard: Oh, baiklah. Tapi cepat sikit ya?

Hali hanya mengangguk setuju. Nafasnya mula tidak teratur kerana terlalu berdebar. Sebaik sahaja Pak Guard tadi beredar, Hali menghidupkan kembali telefonnya.

Hali: SH*T!! BATERI TINGGAL BERAPA BAR JE LAGI! AARRGH!!

Bhom!

Hali melempiaskan amarahnya dengan menumbuk dinding pagar sekolah. Oi.. Oi.. Kena tangkap baru tahu! Nasib baik Pak Guard tadi dah cau dari situ. 😅

Hali menghela nafas dan mengepalkan tangannya yang sudah bengkak merah kerana menumbuk pagar tadi. Rasa nak menjerit pun ada.

Hali: Aku kena cari dia.. Aku kena cari! Tapi kat mana?!

Hali dah serabut kepalanya. Sebaik sahaja dia menyimpan kembali telefonnya, tangannya tersentuh sesuatu.

Hali menarik benda itu keluar dari sakku poketnya. Dia melihat apa di tangannya.

Seutas rantai.

Hali: J-jangan cakap... Dia cari benda ni?

Wajah Hali sudah memucat. Dia mengetap gigi geram dan mencengkam kuat rantai tu.

Hali: Grr...! Sebab sampah nilah Gempa hilang!

Hali ingin membaling rantai itu, tapi dia kaku seketika. Dia menghela nafas.

Hali: Bukan sekarang Hali. Bukan. Yang penting, cari Gempa dulu!

Sebaik sahaja habis berkata demikian, Hali mula membuka langkah dan berlari masuk kembali ke dalam kawasan sekolah. Meninggalkan beg sekolahnya di pagar itu menandakan dia masih ada di kawasan sekolah.

.
.
.

Hali: Huff! Huff! Mana kau Gempa?!

Hali menggunakan kuasa gerakan kilatnya mencari Gempa di setiap pelusuk sekolah. Bermula dari setiap kelas, di bilik perwakilan pelajar, di makmal-makmal, di bilik kelab, di dewan, di cafe, di perpustakaan, di gym, di garaj basikal, di kantin dan di padang sekolah.

Hali berhenti di hadapan taman yang dia dan Gempa pernah lepak bersama di awal pagi tadi. Hali menarik nafasnya bagaikan tidak cukup oksigen. Walaupun telah menggunakan kuasanya, masih sahaja tenaganya perlu dikerahkan dan dia semakin kelelahan.

Hali: Hhaahh! Hhaahh!! Aarrghh!! (campak topi)

Hali membuka topinya dan membalingnya ke tanah dengan geram. Sudah puas dia mencari di setiap kawasan! Masih tidak menemukan orang yang di carinya!

Hali menggaru kepalanya rimas sehingga rambutnya mula kusut. Tapi dia tidak pedulikan hal itu. Dia hanya mahu mencari dan menemui Gempa.

Hali: Huff.. Huff... Mana lagi aku nak cari dia ni?!

Tap!

Tiba-tiba Hali merasakan ada titisan air dari atas turun mengenainya. Hali mendongak dan menyuakan tapak tangannya. Tidak, hari tidak mendung. Tiada hujan sama sekali.

Namun Hali menemui sesuatu. Membutang besar matanya melihat seseorang sedang berada di tingkat paling atas bangunan kelas iaitu di bumbung sekolah.

Hali: GEMPA?!

Hali cuba memastikan lagi. Betul! Itu Gempa!

Lalu tanpa membuang masa lagi, Hali terus berlari masuk ke dalam bangunan sekolah semula dan terus naik ke tingkat bumbung sekolah. Dia menggunakan kuasa kilatnya agar lebih cepat sampai. Tidak pedulikan sisa tenaganya yang semakin kurang. Dia lebih khawatir andai kata Gempa bakal melakukan perkara yang lebih menakutkan dari apa yang difikirkannya.

.

.

.

Setelah mengambil masa 10 minit untuk menaiki tangga hingga ke tingkat atas. Akhirnya Hali tiba di tingkat paling atas. Nafasnya masih belum berakhir. Masih dia meraup segala oksigen. Hali meneguk ludahnya dan perlahan dia membukakan pintu yang menjadi perantaraan dengan bumbung sekolah.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Hali sudah nampak Gempa tepat berhadapan dengan pintu tempat di mana Hali berada. Hali akhirnya dapat menghela nafas lega.

Hali melihat, Gempa sedang menundukkan kepalanya. Beg sekolah Gempa letakkan di sisinya. Gempa kaku di situ dengan cuaca petang yang amat sejuk.

Angin petang menerpa wajah gebu Gempa dan menerbangkan setiap helaian rambut Gempa yang berwarna hitam keperangan. Iris Gempa kelihatan sayu dan air mata mengalir tanpa henti.

Hali: Hhahh.. Hhaa.. G-Gempa!

Gempa terkejut. Dia merasakan seseorang baru sahaja memanggilnya. Dengan perlahan Gempa menoleh ke belakang. Terlihat Hali menutup pintu dan memandang Gempa dengan pandangan yang amat risau.

Gempa: Ha-Halilintar? A-apa yang kau buat dekat sini?

Hali: Lembap! Aku cari kaulah kau tahu tak?! Kau tahu tak yang kitorang semua risaukan kau?! Kau tahu tak yang aku dah tunggu kau selama berjam dekat bawah?! Kau tahu tak aku-! ... Aku risaukan kau sangat-sangat...?

Gempa terkelu lidahnya apabila melihat wajah Hali seolah mahu menangis. Namun Gempa menunduk kembali. Dia tersenyum sedih.

Gempa: Maaf... Aku sebenarnya.. Sedang cari sesuatu yang... Hilang.

Deg!

Terus hati Hali diterpa rasa bersalah. Melihat senyuman kelam Gempa. Dan wajah yang seperti baru habis menangis. Hali berjalan semakin menghampiri Gempa. Dia memegang kedua bahu Gempa dan dengan kata-kata yang lembut dia bertanya,

Hali: Barang apa yang hilang?

Gempa mengetap bibirnya. Dia memejam eratkan matanya seolah-olah cuba menahan segala tangisannya. Dia tidak mahu menangis di depan Hali. Cukuplah 1 kali itu sahaja sebelum ini dia pernah ditangkap Hali kerana menangis.

Namun Gempa tidak dapat menipu Hali. Hali dapat melihat segalanya dari mata Gempa.

Hali: Gem? Kau cari apa? Barang tu berharga ke?

Gempa: (angguk) Uhmm..! Barang tu.. Aku sayang sangat! Aku... Aku akan kecewakan... Orang yang aku... Sayang...

Suara Gempa terketar-ketar. Hali tahu, Gempa sedang cuba menahan tangisannya. Hali memeluk Gempa erat dan mengusap belakang Gempa.

Hali: Menangislah. Aku tahu kau sedang menahannya. Takpe. Aku ada di sini...

Gempa terkejut dalam getarannya. Namun tidak mengambil masa yang lama, air mata Gempa yang selama ini ditahan akhirnya keluar dengan rela. Gempa membalas pelukan Hali dan mencengkam baju Hali kuat kerana dirinya menahan segala kesedihan yang dia alami.

Gempa: Isk..! Isk! Rantai aku! Rantai aku hilang!! Hwaaaaa!! Aku- isk! Sayang rantai aku! Aku..! Aku sangat sayangkannya!!

Gempa menjerit dan menangis di dalam pelukkan Hali. Hali menepuk belakang Gempa erat. Dan dalam diam dia mengepal tanganya kuat di belakang Gempa. Di wajah Hali jelas kelihatan kekecewaan.

"Maafkan aku Gempa. Aku takkan berikan kembali rantai ni pada kau. Takkan. Aku belum bersedia berdepan dengan kau yang bakal membenci aku. Aku tak nak kita berpisah Gem. Aku tak nak.."

Hali terus membiarkan Gempa menangis di dalam pelukannya. Sehinggalah akhirnya Gempa kelelahan menangis dan mula mengantuk.

Hali mengajak Gempa untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Mereka berjalan keluar dari kawasan sekolah dan Gempa sudah terhuyung-hayang kerana letih, penat dan pening. Hali yang memandang cuba menahan Gempa dan menawarkan Gempa untuk berhenti dan rehat seketika. Tapi Gempa tak nak.

Hali: Atau nak aku gendong kau? (smirk)

Gempa: Eh- eehh!! (max blush)

Hali: Gurau je. 😛

Gempa: ... 😓

Hali terus memimpin Gempa dan mereka bersama-sama berjalan menuju ke rumah.











===============
Ani: AAAARRGHHH!! AKHIRNYA SIAP JUGA CHAPTER NI!!! AAAAAAAAARRGHHHH!!! 😭😭 (meracau)

Zie: Haih.. Ani ni. 😅 Ha, kalau nak tahu kenapa. Ini lah chapter yang hilang hari tu. Ani bersungguh menaip dari pagi sampai ke lewat malam. Dan panjangnya chapter ni ialah... 6000 words.. 😨😅

Harru: Tapi masih tak cukup katanya.. 😑

Ani: Nak panjangkan lagiii!! 😭

Gem: Sudahlah tu. Pergi tidur cepat. Esok sekolah!

Ani: 😢 Nak tidur dengan Mama Gem boleh?? 😆

Hali: HAH?! 💢

Gem: Boleh~ 😄

Hali: WHAT?!! 💢🔥

Ani: Weerkk~ 😜 (peluk Mama Gem)

Hali: CKDFJAODIAKDJSJDIFJSJD 💢🔥💢🔥💢🔥💢🔥

Harru: (pats Hali) Aku faham... 😑

Zie: Uuhh... 😅 J-jangan lupa vote dan komen!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro