👊 Te Amor ⚡ Part 7 💕 (25)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

All: HAPPY BIRTHDAY FOR ELEMENTAL BROTHERS!!! 😆😄😁😘😍😉😝🎉🎉🎉

Di dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis, begitu ramai yang hadir dan merayakan majlis hari lahir kembar Boboiboy bersaudara. Di dewan yang besar itu, ia dihiasi dengan pelbagai corak dan warna yang cantik sempena hari lahir mereka.

Terdapat juga gambar Boboiboy bersaudara itu sebagai kain rentang yang bersaiz sederhana besar di gatung di atas pentas dewan tersebut. Kek yang berada di atas meja dan di depan pentas itu juga dibuat sebanyak 7 lapis dan terdapt 7 anak patung kecil yang berada di bahagian paling atas kek itu. Setiap rupa bentuk anak patung itu serupa dengan wajah-wajah para element.

Murid-murid kebanyakkannya hadir bersama guru-guru dan para pentadbir sekolah dan pekerja serta pekebun sekolah. Kesemua wajah mereka begitu ceria sekali meraikan majlis ulang tahun para element itu.

Sementara itu, para element sedang berjumpa dengan rakan-rakan dan para guru sambil berbual mesra. Aktiviti akan diraikan sehingga lah waktu rehat sebelum mereka semua akan kembali ke kelas untuk memulakan pembelajaran semula.

Gopal: Boboiboy~ sahabatku~ Hepi Beday bro!

Gopal merangkul bahu Blaze dan Taufan dengan mesra.

Taufan: Heheh! Thanks bro!

Ying: Haiyo! Wish birthday pun salah!

Gopal: Erk, salah ke? 😅

Blaze: Alah, takpelah. Janji semua bahagia hari ni! 😆

Mereka berempat tertawa dan berbual dengan begitu gembira sekali.

.
.
.

Di sudut yang lain pula, kelihatan Ais dan Solar sedang berada di penjuru sisi kanan dewan. Solar sedang menikmati jus orange yang dibawa dari cafe manakala Ais sedang menikmati sepotong kek kecil di atas piring.

Solar: Sikitnya makan kek.

Ais: ...

Thorn: (tiba-tiba muncul) Mesti Ais takut berat badan naik balik nanti bila makan kek banyak kan? ●﹏●

Ais: (triggered) Uhuk... Yelah... Aku sedar diri yang dulu aku gemuk... (┳Д┳)

Solar: Oii... Tak baiklah buat macam tu dekat Ais. 😅

Thorn hanya memasang wajah polosnya manakala Ais pula sedang berpundung di penjuru dewan.

Thorn: Solar, Solar! (tarik lengan baju Solar)

Solar: Hm? (pandang Thorn)

Thorn: Kalau Thorn nak anak patung kita semua yang ada dekat atas kek tu boleh tak?

Solar mendongak ke arah lapisan kek yang paling atas. Terdapat 7 buah patung kembaran elemental di atas sana. Dan ketinggiannya agak sukar untuk Solar mengambilnya.

"Kalau aku naik meja semata nak ambil benda tu, jatuhlah saham aku nanti..."

Solar: (sweatdrop) Uuhh... Susahlah aku nak ambil Thorn-

Thorn: Solar tak nak tolong ke?? 😥

Solar: Eerrr... Haizz...

Solar menepuk kepalanya geram. Dia cuba melihat-lihat kawasan sekitar. Harap-harap ada yang dapat membantu.

Dan tidak lama kemudian mata Solar tertacap pada seseorang yang sedang duduk berpundung ria di penjuru dewan. Senyuman nakal mula terukir di bibir Solar.

.
.
.

Ais: Haih... Kenapa lah waktu aku dulu gemuk?? 😢

Ais terus menatap diri yang hina di penjuru dewan sebelum tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang mengangkat badannya. Ais terus terkejut dan memandang seseorang yang sedang mengangkatnya - Solar.

Ais: EHH??!! WOIH!!? APAHAL KAU ANGKAT AKU NI?!!

Solar menghiraukan pertanyaan dan jeritan Ais. Dia terus membawa Ais menuju ke meja makan tempat Thorn berada. Sebaik sahaja tiba, Solar semakin mengangkat Ais lebih tinggi.

Ais: TURUNKAN AKU WOOIIHH!!

Solar: MAAF AIS!!

Ais: HUH?! APA?!!

Solar: LONTARAN POLAR BEAR!!! (campak Ais)

Ais: AAAAAARRGHHHHHH!!!!!! 😨😨

SPRAASHHH!!
KRAK!
BHOOOMMM!!

All: HUH?!! 😨😨😨 (shock)

Kesemua warga dewan memandang ke arah pusat utama bunyi kuat tadi. Alangkah terkejutnya mereka melihat kepulan asap nipis dan meja panjang yang terdapat 7 lapis kek tumbang dan hancur sebegitu sahaja.

Ais yang menjadi tumpuan mereka mula semakin sedarkan dirinya dari pening kepala. Dia melihat sekelilingnya. Semua sedang memandangnya dengan pandangan terkejut dan tidak berkata apa-apa sehingga Gempa muncul di antara para pelajar dan bercekak pinggang melihat ke arah Ais.

Gempa: Ais! Apa semua ni??

Ais: Eh?! Bukan salah aku Gempa! Solar yang tiba-tiba angkat aku lepastu campak aku ke sini!

Ais menudingkan jarinya menunjuk ke arah Solar. Gempa menolehkan kepalanya ke arah kanan tempat Solar dan Thorn berada. Kelihatan Solar sedang bersiul sambil buat-buat tak tahu manakala Thorn memasang wajah gembiranya apabila 7 anak patung element ada di dalam pelukannya.

Gempa: Solar!?

Solar: (shock) Uuhh... S-sorry Gempa. Aku cuma nak tolong Thorn dapatkan anak patung yang dia nak tu... 😅

Gempa: Takkan sampai macam ni sekali?! Kau campaknya Si Ais ni dan sekali gus kau hancurkan meja dan kek yang dah susah payah diorang buat untuk kita!

Solar dan Thorn keduanya menundukkan kepala menyesal. Ais bangun dari jatuhnya sebaik dibantu oleh Taufan dan Blaze. Dia kemudian berjalan menghampiri Gempa dan menepuk bahu Gempa lembut.

Ais: Takpelah Gempa. Aku tak kisah. Lagipun aku ada baju lebih dekat loker.

Gempa menoleh memandang ke arah Ais dengan wajah kerisauan. Dia kemudian menghela nafas. Gempa memandang ke arah Solar dan Thorn dengan tegas.

Gempa: Korang berdua! Ke sini!

Kerana takut akan dihukum Gempa, Solar dan Thorn terus mendekati Gempa dan Ais bersama sambil menundukkan kepala. Gempa menghela nafas lelah.

Gempa: Haih... Aku nak, korang berdua minta maaf dengan Ais.

Thorn/Solar: Maafkan kami, Ais.

Ais: ....hm. (angguk) 😊

Gempa tersenyum senang sebelum dia tiba-tiba terdengar isakkan tangisan. Automatik dia memandang ke arah seseorang yang dia yakin hanya dia yang akan menangis - Thorn.

Gempa: Thorn? Kenapa kau menangis pula ni?

Thorn: Uhuk! Isk! Ukh.. M-Mama Gempa... D-dah tak s-sayang Thorn... L-lagi...! Ukkhh... Uhuk! 😭

Gempa: Eh?! Mana ada!! 😅💦

Dengan paniknya Gempa berjalan menghampiri Thorn lalu mengusap-usap kepala Thorn dengan lembut. Tidak cukup dengan itu, dia menyapu air mata Thorn dan berkali-kali mencuba untuk memujuk Thorn yang sedang menangis. Manakala para penghuni dewan yang melihat hanya tersenyum dan ada yang tertawa kecil melihat telatah comel Mama-n-Son itu.

Gempa: Thoorrnn~ jangan lah nangis! Tak! Gempa tak marah pun lah! 😅

Thorn: Habistu yang tadi apa??? (;′⌒')

Gempa: Uhh.. Gempa-

Blaze: Alah, Gempa marah sikit je pun. Kalau marah banyak ke sikit ke sama je. Marah bermaksud Gempa tak suka kau kan?

Thorn: WHAAAAAAAA!!! 😭😭😭😭

Gempa: AAAHH!! THOORRNN!! 😅💦

Makin kuat pula jadinya tangisan dari Thorn. Yang lain pula dalam diam menahan tawa mereka. Manakala disebaliknya ada seseorang yang sedang ketawa sampai berguling di lantai - Gopal. Dan ada yang menendang di tukang ketawa tu suruh diam - Ying.

Gopal: Bahahahahah!!! Dhey! Kena marah sikit pun dah terasa ke?? 😂

Ying: Aiyo lu ni! Semua orang panik boleh pula ketawa?!

Yaya: Ntahnya! Tak pandai jaga perasaan betul!

Fang: Alah, sekali-sekala terhibur apa salahnya?

Duo Y: (deathglare Fang)

.
.
.

Gempa: Sudahlah tu, Thorn. Aku tak marah lah.

Thorn: Isk..isk..

Blaze: Haih, jangan manja boleh tak?

Taufan: (tepuk kepala Blaze) Kau lah yang buat dia nangis tadi! 😅

Blaze: Alah, aku main cakap je tadi.

Taufan: Daripada kau main cakap je baik duk diam je! Kang makin parah dia nangis nanti!

Blaze: Hmh! Manjakanlah dia tu. 😤

Taufan: Hahaha! Kau jeles ehh?? 😂

Blaze: Ceh! Tak kuasalah!

Taufan mencubit pipi kiri Blaze geram. Alololo~ cumil! Mengaku sajalah yang nak dapat tepukan dan usapan manja Mama Gem juga~ siapa tak nak? Even si tukang author ni pun nak. 😂

Thorn: Mama... Janji takkan marah dan bencikan Thorn?? 😟

Gempa: Iya... Janji! 😅

Thorn: ... Thorn tak yakin...😞

Gempa: Uuhh... Hish! Yelah! Mama janji takkan marahkan Thorn! 😣💦

Dengan menahan malunya Gempa menggunakan perkataan 'Mama' di depan semua orang. Dia kenal sangat dengan telatah manja Thorn ni! Selagi tak akui dengan menggunakan kata-kata azimat itu, sampai bila dia takkan percaya.

Thorn: Yay! Thorn percayakan Mama~ 😆 (peluk Gempa)

Gempa membalas pelukan Thorn (yang jauh lebih tinggi darinya) sambil menahan malu apabila mereka berdua menjadi tatapan orang ramai.

Ais: Alaahh... Nak juga kena peluk! 😩

Solar: Pergi mandi dan tukar baju dulu lah woi. 😑

Ais: Malas ah. 😖

Solar: Pemalas!

.
.
.

Kini hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum masuknya waktu rehat. Gempa yang baru sahaja selesai berbual dengan para guru terus beredar dari tempat mereka. Hatinya semakin gusar sejak tadi lagi.

Ya, sejak awal majlis lagi.

Gempa: Mana dia ni? Aku tak nampak sejak tadi lagi...

Gempa menoleh ke kiri, dia tiada di situ. Ke kanan pula, tiada penampakkan wajahnya. Kemudian Gempa menghela nafas. Ah, susahnya nak cari!

Gempa berjalan ke kawasan yang tidak terlalu ramai orang. Makin lama dia di situ makin sesak pula pernafasannya. Walaupun tidak panas kerana di setiap sisi dan depan belakang dewan mempunyai aircond, tetap sahaja Gempa berasa sedikit lelah. Mungkin kesan fobianya sewaktu kecil iaitu Agrophobia yang dia pernah alami dahulu dan sekarang sisa bakinya masih ada.

Gempa membuat keputusan untuk mengambil angin di luar dewan. Jadi dia berjalan sahaja di lorong jalan kecil sambil membawa 2 potong kek yang masih berjaya diselamatkan sewaktu kejadian kemalangan yang tidak diduga tadi.

Gempa berjalan sehingga dia menuju ke kawasan padang sekolah. Pada awalnya di mahu membelok ke kanan namun dia terlihat susuk tubuh seseorang di sebalik batang pokok jambu. Kelihatan orang itu sedang duduk sambil bersandar pada pokok itu.

Kerana tertanya, Gempa pun berjalan menghampirinya sambil membawa potongan kek tadi.

.
.
.

Semakin hampir Gempa kepadanya, semakin terlintas langsung Gempa akan seseorang yang mungkin itulah orang yang dicari Gempa selama ini. Dan sebaik sahaja Gempa berada di belakang pokok itu, dia secara senyap-senyap mengintai wajah orang itu.

"Halilintar?"

Kelihatan Hali sedang tidur dengan lenanya di bawah pokok jambu yang rendang itu. Kelopak matanya tertutup rapat dan di kedua belah telinganya terdapat sepasang earphone yang Gempa rasa sedang dipasang lagunya. Gempa duduk di sebelah kiri Hali tanpa berniat untuk mengejutkan yang sedang tidur.

Semakin lama, semakin dalam tatapan Gempa kepada Hali. Gempa tersenyum senang melihat wajah ketenangan Hali di saat dia sedang tidur. Terasa seperti si pengendali element petir ini telah melepaskan segala kelelahannya.

Gempa: Alangkah baiknya kalau kau sentiasa tenang seperti ini, Lintar. Tapi... Aku masih tertanya. Siapa insan yang begitu hebat dapat menambat hati kau, ya, Lintar?

Lintar. Itulah nama panggilan rahsia Gempa kepada Hali. Gempa tidak pernah mengatakannya kepada sesiapa mahupun si empunya nama itu sendiri. Bukan kerana panggilan manja atau sekadar suka-suka. Ini kerana Gempa akan memanggilnya demikian dikala Gempa teringatkan perkara yang dia suka kepada Hali.

Salah satunya ialah melihat wajah Hali yang sedang tidur. Terasa begitu tenang sekali jika Gempa dapat berada di sisinya. Seperti sekarang.

Kek yang dibawa Gempa dibiarkan berada di tepinya. Gempa masih terus menatap wajah Hali sambil membenamkan separuh wajahnya di sebalik lengan dan lututnya yang sedang dilipat di hadapannya.

Gempa: Siapa orang yang kau belikan cincin itu, Halilintar? Aku terigin nak tahu... Adakah..-

Hali: Gempa...

"Eh?!"

Deg!

Terasa detakkan jantung Gempa menjadi kuat dikala Hali memotong ayatnya dengan memanggil namanya. Tidak tahu sama ada itu dibuat secara sengaja tapi... Gempa tiba-tiba terasa bahagia dikala mendengarnya.

Dan tanpa Gempa sedari, dia tersenyum sambil masih memandang ke arah Hali. Dan dia juga tidak sedar, secara perlahan kelopak mata Hali semakin terbuka dan perlahan-lahan iris rubynya semakin kelihatan.

Hali: Ugh...- huh?

Hali mengerdipkan matanya di kala dia tersedar bahawa ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Pandangan Hali yang kabur dan tidak jelas semakin pulih dan perlahan-lahan, wajah Gempa muncul di pandangan Hali.

"Gempa?"

Hali tidak pasti sama ada itu mimpi ataupun tidak. Tapi melihat si manis yang sedang tersenyum, ah alangkah manisnya mimpi itu!

Hali: Gem? ...Gempa?

Gempa: Huh? Ah! K-kau dah bangun?? 😅

Panik Gempa apabila dia dapati Hali sudah bangun dari tidurnya. Terasa panas di wajahnya apabila Hali menatapnya dari dekat.

Hali: Ahh... Ya. Maaf aku tak join party tadi. Sudah waktu rehat ke?

Gempa: Ah, belum lagi. Tinggal beberapa minit saja lagi.

Hali hanya mengangguk faham. Dia membuka earphonenya lalu disimpan di dalam poket seluar sekolahnya. Hali menunduk ke hadapan sambil memandang lantai rumput yang menghijau. Gempa juga turut melakukan hal yang sama. Hembusan angin lembut menyapa wajah mereka dan rambut mereka juga sedikit berterbangan walaupun masing-masing sudah memakai topi.

Hali: Jadi... Apa kau buat dekat sini?

Gempa: Uhm... Hanya nak mengelakkan diri dari orang ramai.

Hali: ...fobia tu masih ada pada kau?

Gempa: Mungkin? Tambahan pula yang lain selain kau tak tahu tentang fobia aku ni.

Hali mengangguk setuju. Hanya Hali, hanya dia yang tahu 1001 rahsia Gempa sewaktu kecil. Dan ia dijaga dengan baik.

Gempa secara rahsia melirik ke arah Hali yang berada di sisi kanannya. Dia menghela nafas.

Gempa: Umm... Boleh aku tanya sesuatu?

Hali: Hn. Tanyalah.

Gempa: Maaf kalau bunyinya macam sibuk jaga tepi kain orang tapi... Boleh aku tahu tak siapa bakal pemilik cincin yang kau katakan kepada aku semalam?

Hali membalas lirikkan Gempa. Dia menghela nafas sambil menutup mulutnya yang sedang dalam rahsia tersenyum menggunakan tangan kanannya.

Hali: Nanti kau akan tahu juga.

Gempa: Oh. O-ok...

Kedengaran sedikit seperti bunyi suara kecewa. Hali menjeling ke arah Gempa sekilas sebelum dia berpaling ke arah lain dan diam-diam mengukir senyuman.

.
.
.

Balik Sekolah

Hali berjalan keluar dari pagar sekolah dan langkahnya terhenti apabila dia ternampak Gempa sedang berbual dengan pak cik guard sekolah mereka. Dia pun berjalan menghampiri mereka berdua.

Gempa: Saya serahkan pada pak cik ya? 😄

Pak Guard: Baiklah.

Kemudian pak cik guard itu tadi pun beredar dan secara kebetulan Hali pun tiba di sebelah Gempa.

Hali: Apa yang korang bualkan?

Gempa: Takde apa. Cuma dapat aduan yang ada beberapa orang budak hisap rokok di belakang sekolah setiap kali waktu petang. Jadi aku minta tolong pak cik guard tu tolong tengokkan.

Hali hanya diam tidak menjawab. Dia kemudian menoleh ke arah Gempa dan meniliti posture badan Gempa. Gempa yang terasa di pandang terus toleh ke Hali pelik.

Gempa: Apa?

Hali: Gem, saiz baju kau apa?

Gempa: Eh?? Eerr... E-entah! /////

Gempa kelihatan sedikit malu untuk menjawab soalan tiba-tiba Hali.

"Aku tahulah aku ni lagi pendek dari dia tapi janganlah tanya! Soalan sensitif kot!!"

Hali: Jawab jelah. Bukannya nak gelak pun. 😑

Gempa: Haish...yelah! Saiz aku M.

Hali terkelip-kelip memandang Gempa. Saiz M?

Hali: M? Bukan S?

Gempa: S-?! Ish! Badan aku bukannya kecil macam perempuan!! 😣💢

Hali: Perempuan..? Pfft-!

Gempa: Tengok! Kau gelak juga! 😤

Hali: Heh, apa-apa jelah. By the way aku balik lambat sikit hari ni.

Gempa: Eh? Kenapa? Kau nak pergi mana?

Hali: Somewhere.

Hali terus berjalan menjauhi Gempa dan keluar dari kawasan sekolah. Kelihatan arah tuju Hali menghala ke bandar kerana hanya laluan itu sahaja yang akan menuju ke bandar jika sebaliknya ialah menuju ke kawasan perumahan.

Gempa hanya memandang pemergian Hali dengan perasaan tanda tanya. Dia tak berani untuk bertanya kepada Hali kerana dia rasa itu mungkin privasi Hali?

.
.
.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Gempa baru sahaja habis mesyuarat dan sedang dalam perjalanan untuk pulang. Ini kerana malam nanti akan ada parti hari jadi dia dan kembarnya. Jadi dia perlu cepat menyiapkan segalanya. Untung geng trio nak tolong dia.

Ting!

Gempa menerima 1 mesej. Dia terus membuka telefonnya sambil meneruskan perjalanannya.

"Mesej dari Halilintar?"

Kerana tertanya, Gempa pun terus membuka mesej itu.

Halilintar ⚡

A

pa pendapat kau dengan baju merah dan kuning ni?

Eeh? Uhmm.. Ok je?

...kau suka?

Ah, mungkin? Yang kuning tu cantik.

...ok.

"Ok...? Jadi?"

Gempa terkebil-kebil memandang perbualannya antara Hali. Kenapa setiap kali perbualan dia dan Hali begitu singkat ya?

Gempa menggelengkan kepalanya dan teruskan perjalanannya. Itu tidak penting. Yang penting, party untuk malam ini perlu segera disiapkan!












===================
Ani: Hmm... Cerita Ani makin lama makin bosan lah.

Zie: Jangan cakap macam tu. 😅 Waktu pertengahan cerita mestilah bosan. Tapi makin lama makin best lah tu.

Ani: Hmm.. Mungkin? Atau sebab Ani dah lama tak menaip ya?

Zie: Mungkin juga. Ok readers! Jangan lupa vote and comments! Jangan risau, kesihatan Ani masih di bawah jagaan akak. Jadi dia akan segera istirehat setelah selesai update story ini. 😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro