👊 Te Amor ⚡ Part 9 💕 (26)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

°•>> WAKTU SEKARANG <<•°

Solar: Jadi kau dah mengaku yang kau curi rantai tu?

Hali hanya mengangguk menjawab. Dia melirik ke arah Gempa. Kelihatan Gempa diam sambil kemerahan wajahnya. Hali mengernyit pelik.

Hali: Gem? Kenapa?

Gempa: Eh? Uuhh... T-tak. Takde apa. ////

Taufan: Si Hali ni ada buat apa-apa ke dekat kau?

Gempa dengan cepat menggelengkan kepalanya. Namun wajahnya terus kekal kemerahan. Gempa menggigit bibir bawahnya.

Ais: Kau teringatkan ciuman kau dengan Hali?

Deg!

Terus wajah Gempa kemerahan seperti udang rebus! Para element yang memandang serentak terkejut plus terkedu. Mudahnya!

Blaze: Kenapa dengan ciuman tu, Gem?

Gempa: Aaa...? T-tak. Takde apa.

Gempa memalingkan wajahnya ke sisi lain sambil cuba menahan malunya. Aarrghh! Kantoi!

Solar: Gem, ceritakanlah pada kitorang.

Taufan: Ha'a. Kami pun nak dengan juga cerita kau. Lebih-lebih lagi selepas malan party hari jadi kita tu.

Gempa: (geleng) A-aku takde apa yang nak diceritakan! 😣💦

Hali tersenyum sinis dalam diam. Tangan kanan Gempa disentuhnya. Menerima sentuhan Hali, Gempa terus memalingkan wajahnya memandang ke arah Hali.

From Ruby to Gold.

Terdapat kata-kata tersirat di sebalik pandangan mereka berdua. Akhirnya Gempa mengeluh kesal.

Gempa: Baiklah. Aku akan ceritakannya...

Trio: Yaayy!! 😆

Gempa: T-tapi sekali ni je!

Taufan: Takpelah! Janji kau pun bercerita!

Gempa: Hhh... Ok. Waktu tu... Aku seorang diri je di sekolah. Lebih tepatnya di dalam kelas kita.

♪♬•°CONTINUE FLASHBACK°•♬♪

Di sekolah, di dalam kelas yang masih sunyi tanpa dihuni oleh para pelajar lain, kelihatan Gempa sedang duduk di tempatnya sambil membenamkan dirinya di dalam tangannya sambil membungkukkan diri. Wajahnya tenggalam di dalam tangannya.

Gempa: Kenapa...? (blush)

Gempa mengangkat sedikit wajahnya. Dapat dilihat dari telinga hingga ke lehernya kemerahan sepenuhnya. Wajahnya usah ditanya, merahnya mengalahkan diletak blusher!

Gempa menggenggam lengan bajunya kuat. Kelihatan dirinya sedang gusar memikirkan sesuatu. Gempa menghela nafas.

Gempa's POV

"Aduh... Serabutnya kepala aku. Kenapa aku asyik teringatkan tentang kejadian semalam ni? Aku... Apa yang Halilintar katakan malam tadi.. Patutkah aku percaya?"

Aku membenamkan lagi wajah aku. Hati aku entah kenapa sentiasa berdegup kencang di saat teringat balik kejadian-kejadian semalam.

Bagaikan putaran video. Dan seperti aku kembali berada di situasi tempat Halilintar bawa aku semalam.

Kehangatan tangan dia memang dapat aku rasai di setiap sentuhannya. Halilintar memegang tangan aku dengan erat, disentuh pula pipi aku. Lepastu...

Gempa: AAAARRGHH!! 😭💢

Aku menghentak-hentakkan kedua belah tangan aku di atas meja belajar aku. Biarlah rasa sakit pun! Otak dan hati aku ni jauh lagi sakit sekarang!

"Tak boleh! Aku tak boleh balas cinta Halilintar! Kami bersaudara! Kami kembar sedarah! Kami superhero! Dan yang lagi penting..."

Gempa: Kami lelaki....

Pandangan aku sedikit kelam. Rasa macam semakin bertambah sakit pula hati aku. Tapi sakit ni... Sakit yang sangat menyakitkan.

Kadang hati aku tertanya, siapakah Halilintar di mata aku?

Maksud aku, aku pernah terdengar budak-budak sekolah ni selalu kata aku dan Halilintar serasi. Tapi aku tak pernah pula nampak apa reaksi Halilintar kalau dia dengar khabar angin tu. Ditambah pula, aku tak pernah anggap Halilintar lebih dari seorang saudara. Paling tak pun kawan baik? Mungkin?

Tapi lebih pelik, kenapa sejak dua menjak ni aku rasa berdebar bila dengan Halilintar? Setiap apa yang dia lakukan aku pastu teringin nak ambil tahu. Kalau pandang dia pun aku akan terus sahaja pandang dia sehingga dia hilang dari pandangan aku.

Bila Halilintar berada di sebelah atau bercakap dengan aku pun aku rasa janggal dan kekok. Apa semua ni?

Ingat balik kata-kata Halilintar semalam...

FLASHBACK

Hali: Aku... Aku s-sukakan kau Gempa!

Gempa: E-eh? Apa yang-

Hali: Aku tak tahu sejak bila lagi perasaan ni ada tapi-! Tapi aku dah sukakan kau! Aku tak boleh sembunyikan perasaan ni!

Gempa: T-Tapi kita-

Hali: Aku tahu! Aku tahu kita kembar sedarah dan bersaudara! Kita pun lelaki! Tapi aku tak dapat dan pendam lagi perasaan aku kepada kau! Aku cintakan kau lebih dari segalanya yang kau fikirkan semala ini!

END FLASHBACK

Aku mengeluh kesal. Semenjak dari malam itu aku tak dapat tidur lena dengan baik dan wajah aku terus kepanasan apabila teringatkan luahan Halilintar.

"Apa patut aku buat sekarang?"

END Gempa's POV

Gempa menggaru-garu kepalanya serabut. Terlalu banyak dia fikirkan sekarang.

Ha, kalau semua nak tahu macam mana kejadian semalam, ayuh kita layan! Alang-alang author malas nak fikir tentang moment di sekolah so kita fullfil kan dengan moment flashback je. Uwu

Another Flashback

Gempa: Con-fession...?

Wajah Gempa mula memaparkan reaksi tidak faham. Hali melirik ke arah Gempa yang berada di sebelah kirinya. Dia menghela nafas. Secara perlahan Hali memusingkan badannya menghadap Gempa.

Hali: Dengar.

Gempa kaku. Pandangannya fokus ke arah Hali.

Hali: Tentang rantai kau... Aku nak minta maaf.

Gempa: E-eh..?

Hali: Aku. Aku lah yang... Ambil rantai kau.

Hali mengalihkan irisnya dari memandang tepat di iris Gempa. Dia menolehkan pandangannya. Tidak mahu bertentang mata dengan Gempa.

Walaupun tidak mahu mengakuinya, tetapi hati Hali meronta sekuat mungkin untuk mengakuinya. Diikutkan hati, Hali mahu sahaja menjerit dan mengakui kesalahannya, tetapi dia terlalu ego.

Gempa: A-apa kau cakap tadi..?

Mendengar Gempa bersoal kembali. Hali menggenggam kedua belah tangannya erat. Dia tidak sanggup. Tidak sanggup untuk mengakuinya buat kali ke-2.

Gempa: Halilintar...?

Hali: Tsk- aku yang curi rantai pemberian Fang dan Yaya kepada kau! Faham?!

Hali menoleh ke arah Gempa dengan wajah yang kesal. Wajah Gempa seolah-olah terkejut, namun tidak lama kemudian ia bertukar tajam.

Gempa: K-kau... Kau yang ambil rantai tu?!

Hali: Bukan salah aku! Kau yang selalu tunjuk-

Gempa: Jadi sekarang kau nak salahkan aku?!

Hali: T-tak!

Gempa: Apa kau tahu?! Aku siang malam menangis semenjak kehilangan rantai tu!! Apa kau tahu?! Aku mana ada dapat hadiah hari jadi aku!! Setakat buku dan pen nak buat apa hah?!! Aku selalu berharap akan ada yang bagi hadiah kepada aku yang lain dari yang lain!! Dan sebaik aku dapat rantai tu- tsk! KAU PULA YANG MENCURINYA?!!

Hali diam terkedu. Dia menatap lama wajah Gempa yang kelihatan cukup bengis itu. Entah kenapa kali ini wajah Gempa lebih bengis dari yang sebelum ini dilihatnya.

Hali: M-maaf-

Gempa: BODOH KE?!! KAU INGAT DENGAN MINTA MAAF MACAM TU AKU MAAFKAN?! WOI LELAKI JENIS APA KAU NI HAH?!!

Gempa mula memberontak. Tangan kanannya seolah ringan untuk hinggap di wajah Halu namun kerana kesedarannya muncul, belum sempat tangan itu menyentuh wajah Hali.

Hali kaku dalam ketakutan. Nafasnya naik turun kerana tidak menyangka Gempa akan marah sedemikian teruk ke atasnya. Untung sudah dibawa jauh dari pandangan orang lain. Dan hanya pokok, angin, bintang, bulan dan suasana malam sahaja menjadi saksi segalanya.

Gempa menurunkan tangannya dan menggenggamnya erat. Giginya diketap geram.

Gempa: Apa yang kau nak sebenarnya hah?! Tergamak kau buat macam ni dekat aku!?

Hali: Itu sebab kau tak pernah dengar apa yang aku nak katakan!!

Hali menggenggam kedua belah bahu Gempa kuat dan membuatkan Gempa terkejut. Amarahnya masih belum reda namun menerima sentuhan sebegitu membuatnya kaku.

Hali menatap wajah Gempa geram.

Hali: Aku... Aku s-sukakan kau Gempa!

Gempa: E-eh? Apa yang-

Hali: Aku tak tahu sejak bila lagi perasaan ni ada tapi-! Tapi aku dah sukakan kau! Aku tak boleh sembunyikan perasaan ni!

Gempa: T-Tapi kita-

Hali: Aku tahu! Aku tahu kita kembar sedarah dan bersaudara! Kita pun lelaki! Tapi aku tak dapat dan pendam lagi perasaan aku kepada kau! Aku cintakan kau lebih dari segalanya yang kau fikirkan selama ini!

Gempa membutangkan matanya. Mulutnya kaku untuk berkata-kata dan tatapan irisnya langsung tidak dapat lari dari pandangan Hali.

Gempa: K-kau ni dah gila ke apa?!

Hali: Ya aku gila! Aku gilakan kau! Baru aku sedar yang selama ni aku tak pernah anggap kau macam saudara aku!

Gempa mengetap bibirnya gugup. Iris emasnya memandang tepat di iris ruby Hali. Hali juga tidak kalah membalas balik pandangan mata iris emas itu.

Hali: Hhh... Aku tahu kau akan berikan respon macam ni. Jadi...

Hali menyeluk saku poketnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil yang bersaiz segi empat sama dan ianya berwarna kuning keemasan. Gempa menatapnya hairan.

Gempa: A-apa ni..?

Hali menyuakan kotak tersebut ke Gempa dan perlahan membukakannya. Mata Gempa membutang dan mulutnya terlopong.

Gempa: I-ini...!

Gempa menatap ke arah Hali tak percaya. Mulutnya terus ditekup oleh kedua tangannya sendiri. Sedangkan kedua tangannya juga sedang bergetar.

Hali: Gempa... I-ini cincin hubungan kita. Ingat lagi kan tentang kedai cincin yang kita pergi tempoh hari?

Gempa menggangguk perlahan. Hali tanpa membuang masa terus mengeluarkan cincin tersebut dari kotaknya dan menyimpan kotak kosong tersebut kembali. Cincin yang dipegangnya kini bersinar dipantuli cahaya bulan purnama.

Tangan kosong Hali yang satu lagi meraih tangan kiri Gempa. Gempa hanya memandang segala apa yang Hali lakukan. Jiwanya terlalu terkejut akan hal ini. Ditambah pula debaran kuat di hatinya.

Secara perlahan, Hali menyarungkan cincin tersebut di jari manis Gempa. Dan ternyata ia muat dengan sempurna!

Hali: From now on... You are mine, Gempa. (senyum)

Hali melemparkan senyuman manisnya kepada Gempa. Wajah Gempa terus merona kemerahan.

Gempa: Ha-Halilintar aku-

Hali: Shhh.. (tutup mulut Gempa)

Gempa diam. Tangannya yang jarinya dihiasi cincin tadi menggenggam dada bajunya kuat. Wajah Gempa masih kemerahan sambil memandang Hali.

Hali: Takde apa yang perlu diungkapkan. Biar semua ini menjadi saksi kita berdua, Gem.

Tangan Hali keduanya mula meraih wajah Gempa. Dan secara perlahan, wajah mereka kian mendekat.

Chu~

Kucupan lembut bersatu. Bibir Hali dan Gempa bersatu dan setiap hembusan dapat dirasai oleh mereka berdua. Mata Gempa masih menatap mata Hali. Mereka saling bertatapan dalam ciuman yang hangat itu.

Secara perlahan Hali melepaskan ciuman tersebut. Jarak wajah mereka kian menjauh dan pandangan Hali masih tidak lari dari iris keemasan Gempa. Hembusan hangat dapat dirasai oleh mereka berdua.

Hali: Gem- eh?!

Terkejut Hali apabila dia melihat Gempa secara tiba-tiba mengalirkan air matanya. Hali terkedu seketika sebelum dia memegang wajah Gempa dan bertanya risau.

Hali: Ge-Gempa!!? K-kau kenapa woi?! Kau nangis ke?!

Gempa: Isk.. A-aku tengah berpeluhlah!

Hali: Ah, maaf. Tertanya soalan bodoh pula. Tak!! Yang kau menangis ni kenapa wooii!!? Aku ada buat salah ke?!! 💦

Gempa: Isk.. Isk...

Gempa memejam eratkan kelopak matanya membiarkan aliran air mata terus turun. Hali semakin kerisauan. Dia khawatir tentang topik rantai tadi yang membuatkan kekasih hatinya itu terluka.

Hali: Gempa, aku minta maaf! Aku cemburu! Kau.. Kau selalu mesra dengan yang lain! Ais dan Solar pun kau rapat bukan main! Tapi dengan aku... Kau langsung tak endahkan! Aku mahukan perhatian kau Gem! Aku mahukan kasih sayang kau!

Dengan bersungguh Hali meluahkan segalanya kepada Gempa. Walaupun pada masa yang sama dia juga turut malu kerana itu kali pertama dia berkata jujur pada seseorang. Namun jujur saja, hanya bersama Gempa sahaja Hali selesa untuk meluahkan segalanya.

Gempa: Uhuk! Sob.. Isk...

Hali: G-Gempa sudahlah... A-aku risau tengok kau macam ni wey..

Gempa: M-maaf... A-aku cuma terkejut...

Gempa cepat-cepat mengusap airmatanya dari terus mengalir. Kedengaran masih ada isakannya namun tidak lama kemudian Gempa berhasil mengawalnya. Hali melepaskan pegangannya pada wajah Gempa. Dibantu juga mengusap airmata Gempa yang masih berbaki.

Gempa: Halilintar...

Hali: Hn?

Gempa: Kenapa kau boleh suka aku, huh?

Hali diam seketika. Dia memandang ke arah iris keemasan Gempa yang bersinar di malam hari itu. Dia kemudian tersenyum dan menggeleng.

Hali: Tiada sebab yang boleh aku katakan untuk aku sukakan kau, Gem.

Gempa: Eh...?

Hali: Aku sukakan kau secara tiba-tiba.

Gempa: Jadi kalau kau dah rasa bencikan aku, kau nak lepaskan aku? Macam tu?

Hali menghinjutkan bahunya sambil mencebikkan bibirnya menjawab. Gempa mengembungkan pipinya geram.

Gempa: Habis hati dan perasaan aku siapa nak jaga?!

Hali tertawa kecil dan menepuk bahu Gempa. Dia mendekatkan wajahnya pada Gempa dan membisikkan sesuatu di telinga Gempa.

Hali: (bisik) Aku suka kau sebab kau ada segalanya yang aku inginkan. Segalanya. Dan selamanya juga. Aku akan mencintai kau. Dan...

Hali mengalihkan wajahnya dari Gempa dan membetulkan posisi berdiriya yang membongkok kerana berbisik kepada Gempa.

Hali: Kalau kau tertanya sebanyak mana aku suka dan cintakan kau, sehingga infiniti. (senyum)

Gempa: I-infiniti? B-bukan ke... Tak terkira jauhnya?

Hali: Heh, kalau itu yang kau fikirkan... Betullah.

Gempa: (max blush)

End Another Flashback

Gempa: AAAAAAAAAA DAH KENAPA DENGAN DIAAAA!!! 😭💢

Gempa menghentamkan kepala dan mukanya di atas permukaan mejanya dengan kuat. Terasa bagaikan terbakar kuat di dalam hatinya apabila mengingatkan kembali apa yang dibualkan oleh dirinya dan Hali.

Seketika kemudian Gempa terdiam. Sakit yang dirasai di kepalanya diabaikan dan fikirannya lebih fokus kepada sesuatu.

Gempa: T-tapi dia...

Perlahan tangan kanan Gempa mendekati wajahnya. Dan jari-jemarinya menyentuh bibir delimanya dengan lembut.

"Dia cium aku..."

Flashback

Gempa: S-sudahlah!! Aku nak balik! Hantar cepat!! //////

Gempa terus beredar berjalan meninggalkan Hali. Hali terkejut dengan Gempa yang tiba-tiba menjauh dan terus meraih tangan Gempa.

Hali: Eh! G-Gempa tunggu!! (tangkap tangan Gempa)

Gempa menoleh geram. Wajahnya sudah cukup kemerahan menahan malu yang ada.

Gempa: Apa lagi?! /////

Hali: Aku tak dengar lagi jawapan kau.

Gempa: Siapa peduli?! Kau nak kita couple ke hah?!

Hali: Kan itu yang sebaiknya!

Gempa: Baik?! Ish! Kau ni dah kenapa hah?! Makan ubat tak hari ni?!

Hali: Cukuplah aku tahan segala perasaan ni Gem!

Gempa: Kau ingat cinta dan suka ni semua boleh dipaksa? Aku anggap kau macam saudara aku saja! Kau tu abang kembar aku Halilintar!

Hali: Aku tak peduli semua tu! Melainkan-!

Hali terdiam seketika. Mulutnya tiba-tiba automatik berhenti berbicara. Gempa yang tidak dapat mendengar kata-kata penuh Hali mengerutkan dahinya hairan.

Gempa: Me...melainkan apa?

Hali memandang Gempa. Dia kemudian tersenyum. Gempa yang melihat senyuman Hali itu mula merinding sejuk. Dan belum sempat Gempa mahu bertanya Hali terlebih dahulu sudah menarik tangan Gempa dan BOOFF!! mereka berdua seolah berpelukkan walaupun Gempa yang berada di dalam pelukan Hali.

Gempa: Eh?! H-Halilintar! Lepaskan! Kau dah kenapa??!

Hali: Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.

Gempa: K-kau ni! Jangan main paksa boleh tak?!

Hali: Kita akan buat secara perlahan-lahan Gem. Takpe, aku akan bantu kau...

Gempa: B-bantu..? Dengan.. Apa?

Hali tersenyum. Dagu kecil Gempa diraihnya menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan Hali mula merangkul pinggang kecil Gempa bagi merapatkan lagi jarak antara mereka berdua. Dan kini, dada dan badan mereka bersentuhan.

Gempa: Halilintar! K-kau nak buat apa ni?!

Hali: Sshhh...

Hali mendiamkan Gempa dan ia berhasil. Dan tanpa membuang masa, Hali menarik wajah Gempa perlahan dan disamping memejamkan matanya sehinggalah bibir mereka bersatu.

Chu~

Kucupan kedua diterima Gempa. Gempa sedikit terkejut plus terkedu akan keadaan yang sedang berlaku pada waktu itu namun di lubuk hatinya tersedar sesuatu.

"Bibir Halilintar... Hangat.."

Gempa memejamkan matanya dan menerima ciuman Hali. Hanya sekadar ciuman biasa dan masih belum agresif kerana mereka masih di permulaan garisan. Jadi seharusnya keduanya masih saling menghormati antara satu sama lain.

End Flashback

Gempa: Hiiiiiiii...!!! Geramnya aku!!! 😭💢 Dia kiss aku 2 kali! 2 kali!!!

???: Ha! Siapa kiss 2 kali?!

Gempa: OPOCOT KATAK MELOMPAT!!!

Terlompat Gempa dari duduknya apabila dirinya tiba-tiba disergah oleh seseorang di sisi kanannya. Dan dari situ dia dapat melihat Fang sedang tersenyum mengusik ke arahnya.

Gempa: Heish! Kau ni Fang! Longgar jantung aku.

Fang: Hahaha! Sorry weyh. By the way apa yang kau sibuk bising-bising sampai terjerit-jerit ni? Budak-budak kelas sebelah pandang kau pelik tahu tak?

Gempa berkeringat dingin apabila menerima tamparan nasib yang tidak disangkakannya. Dia sudah malukan diri sendiri!!

Gempa: Aaa... Uuhh... Eheheh... T-takde apa-apa. 😅

Fang hanya tersenyum ke arah Gempa. Dia tahu apa yang Gempa bising-bisingkan tadi sebab sejak dari awal lagi dia tengok Gempa dengan muka merah dan serabutnya. Dia tak nak ganggu waktu halusinasi Gempa jadi dia biarkan saja dan terus melihat 'lakonan' Gempa yang dia secara diam ketawa melihat telatah kawannya seorang itu.














===============
Ani: Huwaaaaa~ 😭😭 Akhirnya boleh juga update!! AAAAAA Maafkan Ani readers kesayangan Ani sebab Ani dan Kak Zie dah tak dapat nak up-daily macam selalu dah! 😢

Zie: Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Kalau akak, akak ok je sebenarnya cuma Ani lah yang selalu menjadi saluran utama idea. Cuma nampaknya Ani agak sibuk kebelakangan ini.

Ani: Hm! Ani hanya sempat aktif dekat ig je. Itu pun nak update komik Ani yang Ani buat secara random 😂 Tak sangka boleh dapat sambutan pula.

Zie: Haahahah! Baguslah tu! 😂 Ok readers! See you next chap! Jangan lupa vote dan komen!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro