👊 Te Amor ⚡ Part 10💕 (27)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•♥◆◇Waktu Sekarang◇◆♥•°•<<

Thorn: Waahh~ tahniah Mama dan Papa dah bersama~ 😄 (tepuk tangan)

Gempa: Eheh... Err... T-terima kasih.

Hali: ...

Taufan dan Solar saling mengerling antara satu sama lain apabila mereka berdua perasan yang Hali hanya diam sahaja. Masing-masing berprasangkakan sesuatu yang mereka yakin ada makna disebaliknya dan itu merupakan salah satu dari kebenaran.

Solar: Hali, apsal kau diam je?

Hali: Takde apa.

Blaze: Hmm... Ais kata korang ada gaduh. Jadi apa yang menyebabkan korang berdua bergaduh?

Serentak Hali dan Gempa diam bersama. Gempa menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir manakala Hali hanya diam tidak berkelip dari pandangan dinginnya.

Solar: Apsal diam? Woi, Hali. Kau seharusnya tahu kan tentang semua ni?

Hali: Apsal kau asyik tanya aku je hah?

Solar: Sebab kau yang seksa Gempa, kan?

Hali: Itu bukan seksa lah!!

Solar: Habis tu apa?! Ais sendiri kata kau pukul Gempa kan!?

Hali: Kalau ya pun apa kaitannya dengan kau?!

Solar: Itu sebab-!!

Solar terhenti dari berkata-kata. Dia nyaris terlepas sesuatu yang dia takuti. Hali mengerutkan dahinya tidak faham apa yang ingin Solar sampaikan namun Taufan mengerti. Dia menepuk bahu Solar lembut.

Taufan: Maksud Solar ialah itu sebab Gempa adalah saudara kami yang kami sayang. Kami juga tertanya... (silangkan kaki) ... Apa salah Gempa yang baik dan suci ni di mata kau sampai kau sanggup pukul dan deritakan dia?

Taufan melemparkan pandangan dingin dan sinis ke arah Hali dan hanya Hali yang menyedarinya. Hali mula menggenggamkan kedua belah tangannya geram. Giginya diketap menahan diri dari amarah yang kian membangkit.

Hali: Kau ingat aku boleh kawal ke diri aku pada waktu tu?

Ais: Kenapa? Kau cemburu buta lagi?

Hali menundukkan kepalanya kesal setelah mendengar suara dan pertanyaan sinis Ais. Jika diikutkan hati, mahu saja dia aktifkan kuasa halilintarnya dan menyerang Taufan, Ais dan Solar yang seolah-olah tidak habis-habis memperendahkannya.

Hali: I-itu aku...

Gempa: Maafkan Halilintar korang. Tapi aku tak rasa kesemuanya salah Halilintar. Aku yang banyak buat silap dan membuatkan Halilintar marah.

Semua mata tertumpu pada Gempa. Gempa menundukkan kepalanya dari terus bertentang mata kepada yang lain.

Gempa: Aku patut tahu... Yang aku dan Halilintar ni bersama. Tetapi aku hanya mengabaikan sahaja perasaan Halilintar dan terus layan semua sama rata.

Taufan: Apa maksud kau..?

Gempa: Selepas kejadian malam tu, aku semakin banyak terlibat dalam hal Majlis Perwakilan Pelajar. Dan aku juga kerap balik lambat. Paling teruk... A-aku selalu banyak luangkan masa dengan korang dan kawan-kawan kita dan Halilintar... Aku tidak pedulikan dia langsung.

Solar: Apa yang kau mengarut ni? Waktu tu kau layan kitorang sebab kitorang perlukan kau. Kitorang yang cari dan heret kau bersama.

Gempa: Tapi aku tak sepatutnya mengabaikan Halilintar.

Hali tersenyum dalam diam sambil melirik ke arah Gempa yang berada di sebelahnya. Namun kemudian dia kembali memandang ke arah element yang lain semula. Pandangan wajahnya kembali serius.

Hali: Baiklah, aku akan teruskan ke arah bahagian yang korang sentiasa tunggukan selama ni.

Continue Flashback

Semuanya hanya seperti biasa. Hali dan Gempa menjalani kehidupan mereka seperti biasa namun masih ada sesuatu saat bahawa mereka akan meluangkan masa bersama.

Namun seperti yang Gempa katakan, dia tidak terlalu meluangkan masa bersama Hali terlalu banyak. Hal ini kerana Gempa semakin sibuk dengan hal Majlis Perwakilan pelajar dan dia terpaksa sentiasa balik lewat dari sekolah kerana mesyuarat dan mengisi dokumen-dokumen yang harus dia isikan.

Dan di suatu hari, Gempa menghantarkan mesej kepada saudaranya melalui group whassap. Sekali lagi.

Hali yang kebetulan baru selesai latihan karatenya menjadi orang pertama yang melihat mesej tersebut.

"Sudah jam 5 petang. Dan kau masih tak boleh balik?"

Hali mendengus kesal. Dia menyimpan kembali telefonnya di dalam poket seluar dan membatalkan niatnya untuk menukar pakaiannya. Dia hanya membuka uniform karatenya dan memakai baju t-shirt merahnya dan berseluar uniform karatenya. Tanpa membuang masa, sebaik sahaja keluar dari bangunan gelanggang, dia terus berjalan menuju ke bangunan Perwakilan Pelajar yang hanya berada di sebelah bangunan latihannya.

.
.
.

Hali berjalan mendekati bangunan yang tingginya 2 tingkat itu. Dia mendongak melihat tingkat atas iaitu tingkat ke-2. Dia kemudian menoleh ke sekelilingnya. Sunyi.

Hali: Dah sunyi. Tapi dia ni masih tak fikir nak balik lagi?

Hali sekali lagi mendengus kesal. Dia terus berjalan masuk ke dalam bangunan yang tingginya 2 tingkat itu dan terus menaiki tangga untuk menuju ke tingkat 2.

.
.
.

Hali kini sudah melangkah masuk ke dalam pejabat Majlis Perwakilan Pelajar. Sunyi. Dia mahu menuju ke pejabat Gempa sebelum dia terhenti kerana terdengar bunyi.

???: KYAAA!!

THUM!

"Huh? Bunyi apa tu? "

Terdetak hati Hali apabila terdengar suara seperti suara perempuan. Dan dia pasti ia asal dari dalam pejabat Gempa. Dengan perasan ingin tahu Hali terus mempercepatkan langkahnya menuju ke arah pintu pejabat Gempa.

Kini Hali sudah berada di depan pejabat Majlis Perwakilan pelajar. Dia melangkah masuk dan terlihat ada Yaya yang baru keluar dari sebuah bilik.

Yaya perasan akan kehadiran Hali dan terus membetulkan tudungnya. Hali memandangnya hairan. Kenapa wajah Yaya serabut dan selekeh semacam tu?

Yaya: Err... Hali. Kau nak cari Gempa ke?

Hali: Habis? Takkan aku nak cari orang lain pula.

Monolog Hali sendiri. Kemudian, Hali bertindak mahu terus mahu berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Gempa namun belum sempat dia menghampiri Yaya terus menghentikannya.

Yaya: Eh, kejap Hali! Gempa masih sibuk!

Hali: Apahal kau nak hentikan aku? Aku ada hak kot nak jumpa dia.

Yaya: Tak! Se-sebab... (bisik) Gempa tak sedia lagi.

Hali: Huh? Apa kau cakap?

Yaya: Eh?! Takde! Takde!

Hali menjeling Yaya dengan curiga. Melihat wajah Yaya yang seperti serabut dan kusut semua. Tudung yang dipakainya ada senget sedikit. Nafas Yaya juga agak tidak teratur.

"Jangan cakap dia dan Gempa..."

Hali pantas menggelengkan kepalanya dan cuba mengetepikan segala yang dia cuba fikirkan.

Hali: Yang kau ni. Tak balik lagi dan habis selekeh ni apsal?

Yaya: Eh?! (blush) Be-betul ke?! Maaf! Maaf!

Cepat-cepat Yaya beredar dari situ dan menuju ke tempat duduk kerjanya. Hali sudah mula merasakan perasaan tidak sedap hati apabila melihat reaksi terkejut Yaya. Ditambah pula wajahnya yang kemerahan.

Hali: Pelik betik betul. Huh, apsal betik pula? Ah, abaikan.

Hali terus melupakan apa yang berlaku tadi diantara dirinya dan Yaya dan dia terus memulas tombol pintu pejabat Gempa. Dari situ dia sudah nampak Gempa yang sedang membetulkan necktie nya. Gempa yang kebetulan perasan akan kehadiran Hali terus memandang Hali dan tersenyum canggung.

Gempa: Ah, Ha-Halilintar. Kenapa ni..?

Hali mengerutkan dahinya hairan dengan tingkah laku aneh Gempa. Kenapa Yaya dan Gempa berkelakuan aneh hari ni? Seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu. Namun Hali masih cuba menenangkan dirinya. Dia tak nak overthinking sekarang.

Hali: Aku datang nak jemput kau balik lah. Jom balik.

Gempa: Huh? Aaa... T-tapi.. Kerja aku banyak lagi.

Hali memandang meja kerja Gempa yang sering menjadi tempat Gempa 'lepak' setiap kali Gempa masuk ke dalam pejabatnya. Kosong. Tiada kertas atau dokumen yang perlu diisikan. Dan kelihatannya laptop kerja Gempa juga tidak terbuka. Hali mengangkat alisnya.

Hali: Kerja apa yang masih ada tu? Aku tengok meja kau dah tersusun kemas dan laptop kau pun tertutup.

Gempa clueless seketika kerana alasannya untuk terus stay di situ nampaknya tidak kukuh di mata Hali. Dan tambahan pula mejanya sekarang langsung tiada apa-apa yang boleh digunakan sebagai alasan.

Hali semakin curiga dengan tingkah laku Gempa. Dan ditambah pula perasaan tidak sedap hatinya semakin membuak-buak jadinya.

Hali: Gempa, kau ada sembunyikan sesuatu ke dari aku?

Dengan dingin Hali bertanya. Pandangannya juga tidak lepas dari memandang Gempa yang seolah-olah sudah berpeluh satu badan. Gempa semakin panik. Namun dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya dan tersenyum walaupun di mata Hali ia kelihatan seolah-olah senyuman yang canggung.

Gempa: T-tak! A-aku tak sembunyikan apa-apa pun.

Hali: Habis? (berjalan mendekati Gempa) Kau punya perangai hari ni lain macam. Buat aku curiga... (pandang Gempa)

Gempa terundur ke belakang. Entah kenapa dirinya mula terasa takut untuk berdepan dengan Hali. Dan tanpa Gempa sedari, Hali terkejut dengan tindakan spontan Gempa yang terundur itu. Hatinya mula terasa satu kesakitan.

Tok! Tok! Tok!

Yaya: (buka pintu) Gempa? Ini dokumen yang kau minta tadi.

Gempa: Huh? Oh! Uhh... K-kau letak je dekat meja kau. E-esok aku ambil.

Yaya memandang pelik ke arah situasi Gempa dan Hali sekarang. Seorang sedang berdiri canggung dan seorang lagi sedang berdiri kaku.

Yaya: Uuhh... Ok. A-aku balik dulu ya?

Gempa: Ok! Hati-hati!

Yaya sempat mengerling ke arah Hali yang sedang memandangnya sebelum dia menutup pintu untuk beredar. Hali yang perasan akan pandangan Yaya mula timbul perasaan pelik.

Hali: Oi, Gempa.

Gempa: Y-ya?

Hali: Kau ada apa-apa hubungan ke hah dengan Yaya? (jeling Gempa)

Sontak Gempa terkejut mendengar pertanyaan Hali. Wajahnya mula pucat dan berpeluh.

Gempa: H-hubungan.. D-dengan Yaya...?

Hali: Ada hubungan lain ke yang kau sorok selain dari hubungan kita hah? Ke kau dah- (terkejut)

Agak membutang sedikit mata Hali apabila melihat Gempa tiba-tiba kemerahan. Kata-katanya terpotong akibat reaksi tiba-tiba Gempa.

Hali: K-kau..!

Gempa: Aarrghh! K-kita dah lewat ni! J-jom balik cepat!! 😅💦

Gempa terus mengemaskan barang-barangnya dengan cepat dan memikul beg sekolahnya. Tangan Hali dicapai lalu menatik Hali keluar bersama.

Dan pada hari itu, Hali terpaksa membatalkan niatnya untuk terus bertanya kerana nampaknya Gempa seolah-olah mahu mengelak dari ditanya.

END FLASHBACK

.

.

.

Taufan: Apa yang terjadi sebenarnya, Gempa?

Solar: Ha'a. Kenapa kau seperti sedang sembunyikan sesuatu?

Semua memandang Gempa dengan pandangan curiga. Namun Hali terkecuali kerana dia sedang minum air yang diberikan oleh Gempa.

Gempa: Uhmm... Se-sebenarnya itu salah faham. Halilintar... Tersilap sangka ingat aku dan Yaya ada apa-apa hubungan tersembunyi.

Ais: Adakah itu bermaksud... Korang takde apa-apa hubungan?

Gempa: (angguk) Langsung takde.

Blaze: Habistu bunyi suara Yaya tu apa? Dia pun bertingkah laku pelik.

Gempa: Eerr.. S-sebenarnya...

FLASHBACK
.
.
.

Sebelum Hali tiba di pejabat, Yaya baru sahaya masuk ke dalam pejabat Gempa dan menyerahkan dokumen kepada Gempa.

Yaya: Nah Gempa. Cuba tengok kalau-kalau ada sesuatu yang tak kena dalam dokumen itu.

Gempa menerima pemberian Yaya lalu, memeriksanya. Yaya sempat tersenyum-senyum ke arah Gempa. Gempa memandang Yaya pelik.

Gempa: Kenapa kau tiba-tiba tersenyum ni?

Yaya: Hehehe.. Takdelah. Aku nampak kau makin bahagia sekarang bersama Hali. Yelah, sudah couple kan? (grin)

Gempa: (blush) K-kami bukan couple lah! Ha-Halilintar hanya meluahkan perasaan dia pada aku... I-itu saja.

Gempa bermain-main dengan pen kerjanya sambil menggigit-gigit bibirnya menahan malu. Yaya tertawa kecil.

Yaya: Hahaha! Terima sajalah Hali tu Gempa. Dia nampak macam betul-betul ikhlas cintakan kau.

Gempa: A-aku tahu tapi...

Dalam Gempa sedang menenangkan dirinya, tiba-tiba dia teringatkan situasi Hali mencium dirinya pada malam Hali meluahkan perasaan kepadanya.

Poom!

Wajah Gempa meletus kemerahan! Yaya yang melihat perubahan pada wajah Gempa terus tersembur ketawa kuat di dalam pejabat Gempa. Nasib baik sudah takde sesiapa dekat kawasan tu kalau tak naya Yaya kena tuduh kena hasut. Lmao-

Yaya: Pfft- Ahahahahahaahahahahahahaaaa!!

Gempa: Ya-Yayaaaa!! Jangan lah gelak! Aku cuma malu je!! (max blush)

Yaya: Eheheheh! Maafkan aku Gem! Cuma muka kau memang selalu jelas terpancar dengan apa yang kau fikirkan.

Gempa: I-ini pertama kali aku dengan Halilintar... j-jadi...

Gempa menunduk sambil bermain-main dengan jari-jemarinya yang mulus itu. Hatinya mula berdebar-debar dan ditambah wajah mereka yang kian kemerahan.

Yaya cuba menahan sedaya upaya untuk tidak terus ketawakan Gempa. Dia mengelap air matanya kerana ketawa tadi dan memandang ke arah Gempa dengan senyuman.

Yaya: Hehehe, maaf ya Gempa? Umm... tapi kan. Aku nak tanya sesuatu boleh?

Gempa: (dongak) Apa dia?

Yaya: Aku tengok hubungan kau dengan Hali... kenapa macam agak merenggang sikit ya?

Gempa: Ma-maksud kau...?

Yaya: Kalau sebelum ni kan, kau baik ke dengan dia. Tapi lepas korang boleh dikatakan 'couple' ni, macam kau selalu mengelak je dari dia?

Gempa sedikit menundukkan kepalanya. Dia menggaru-garukan pipi chubbynya dengan canggung.

Gempa: Uuhh... sebenarnya, aku agak malu bila bersama Halilintar.

Yaya: Malu? Kenapa?

Gempa: D-dia kadang-kadang bila bersama.... nak....

Perlahan wajah Gempa yang semakin reda kembali kemerahan. Lidahnya menjadi kelu untuk meneruskan ucapannya dan hatinya semakin berdegup kencang. Ni kalau test denyutan jantung confirm macam kena heart attack ni. :v

Yaya terkebil-kebil memandang perubahan wajah Gempa namun kemudian dia baru tersedar sesuatu. Perasaan teruja mula memuncak.

Yaya: Eh!! K-korang pernah b-buat ke?!!

Gempa terkejut dengan pertanyaan Yaya
Seolah-olah dapat mengerti apa yang di fikiran Yaya, terus Gempa menggelengkan kepalanya cepat.

Gempa: T-Taaaakkk!!! TAK!! TAK KAMI TAK BUAT BENDA TU!! //////

Yaya terus mempamerkan wajah kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Gempa tadi. Alaa... ingatkan diorang buat. :'3

Yaya: Hmm... takpelah. Aku nak balik dah ni. Kau tak nak balik lagi ke?

Gempa: Err... ah kejap lagi kot.

Gempa membelek-belek modul laporan yang diberikan oleh Yaya tadi. Dia tersenyum melihat hasil kerja Yaya sebelum tiba-tiba dia terhenti.

Gempa: Err... Yaya?

Yaya: Hm?

Gempa: (blush) A-apa ni?

Gempa terus mengangkat modul yang dilihatnya tadi dan menunjukkan atau lebih tepatnya memberikannya kembali kepada Yaya. Yaya memandang ke arah muka modul yang diberikan oleh Gempa dengan pandangan hairan.

...

...

...

Yaya: HHHHH-!!!! (shock)

Gempa: (blush) I-ini... a-aku dan Halilintar... ke? //////

Yaya: Aaa- eerr... eheheheh... m-maaf Gempa. W-waktu aku semak modul ni... aku tengah melamun seketika. Le-lepastu aku ter-b-bayangkan kau dan Hali...

Gempa: Buat 'ni'?

Yaya menganggukkan kepalanya jujur. Gempa menghela nafas dan menutup kedua wajahnya dengan kedua belah tangannya. Dia sudah cukup malu hari ini kerana sejak pagi lagi, sebaik sahaja berita tentang dirinya dan Hali tersebar pada beberapa minggu yang lalu, dia sering diusik oleh rakan-rakannya dan boleh dikatakan 1 sekolah mengusiknya termasuk cikgu dan pengetua sekolah. Tukang kebun pun siap join kelab 'HaliGem F♡rever' dan ia amat mengejutkan Gempa.

Walaupun ia sudah berlalu beberapa minggu, namun ia masih menjadi topik hangat di sekolah itu. Dan ia akan bertambah hangat andai Hali dan Gempa bersama. Walaupun ia hanya sekadar mereka berjalan bersama. Ni dah parah ni...

Gempa: Yaya... tak kira apa pun, yang pasti aku dan Halilintar masih belum buat semua tu. Ok?

Yaya: Maafkan aku Gempa! Cuma... waktu tu aku terdetik, kenapa hubungan korang macam merenggang. I-itu saja.

Gempa: ....kau nak tahu ke kenapa?

Yaya: Ah, takpe! Takpe! A-aku rasa tak payah kot sebab... i-itu privasi korang. Eh, aku patut betulkan balik modul ni. Nanti aku bawa masuk balik. Eheheh... ke-kejap ya??

Yaya dengan tergesa-gesa berjalan laju menuju ke pintu pejabat Gempa untuk keluar dari situ namun tanpa dia duga, tali kasut sekolahnya terlonggar dari ikatan dan dia secara tidak sengaja terpijaknya. Auch. :v

Yaya: KYAAA!!!

THUM!!

Sementara di luar,

Hali terhenti seketika dari langkah kakinya apabila dia tiba-tiba terdengar suara seorang gadis dan bunyi sesuau yang kuat jatuh ke lantai.

Kembali ke dalam pejabat,

Gempa: Yaya-!! K-kau ok tak?! (bangun)

Yaya: (tiba-tiba bangun) Ya!! Yayayaya!! Aku ok! Aku ok! A-aku minta diri dulu! ////

Dengan tergesa-gesa Yaya melangkaj keluar dari pejabat Gempa. Belum sempat membetulkan tudung dan dirinya yang sudah selekeh kerana terjatuh tadi. Gempa yang memandang hanya terkebil-kebil sebelum dia menghela nafas dan cuba menenangkan dirinya.

Gempa: Huhh... banyak aku kena fikirkan hari ni.

Gempa menatap di luar jendela di belakangnya. Kelihatan keadaan langit sedang hampir berwarna jingga. Gempa melihat jam tangan kuasanya yang sering dipakainya walau dimana sahaja.

"Sudah lewat ni. Mungkin aku patut balik sebelum Halilintar datang cari aku."

Gempa mengemas meja dan begnya dengan rapi. Laptop ditutup dan segala dokumen penting disimpan di dalam laci mejanya. Gempa membetulkan sedikit tali lehernya sebelum dia bersedia untuk pulang.

Namun sebaik sahaja Gempa mahu memperbetulkannya, tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka kembali dan Gempa melihat orang di muka pintu itu. Bukan Yaya. Sebaliknya ialah orang yang paling Gempa mahu elak. Halilintar.

Orang yang sering membuat dirinya berdebar dan kemerahan. Orang yang sering buat Gempa mudah panik dan secara tidak sengajanya menunjukkan sisi Gempa yang lain. Tiada yang lain. Hanya Halilintar seorang.

"Alamak... kenapa dia kena ada dekat sini..?"

Gempa hanya cuba mempamerkan senyumannya walaupun dia tahu itu adalah senyuman canggung.

Gempa: Ah, Ha-Halilintar. Kenapa ni...?

END FLASHBACK

.

.

.

Trio: Oohhh... (angguk kepala serentak)

Taufan: Jadi selama ni kau mengelak dari Hali kes kau malu bila bersama dia lah?

Gempa tertawa canggung lalu mengangguk perlahan. Segan pula apabila ditanya direct macam tu. Lebih-lebih lagi apabila ada Hali pula dalam situasi sebegitu.

Gempa: Le-lebih kuranglah... /////

Kelihatan yang lain menghela nafas namun tersenyum selepas mendengar jawapan dari Gempa. Hali hanya memandang sahaja mereka dengan reaksi curiga. Kenapa helaan nafas tadi seolah-olah seperti bunyi kecewa?

Hali: Ha, korang dah tahu kan apa cerita sebenarnya? Jadi kitorang boleh relaks lah kan?

Hali menarik bahu Gempa dan mendekatkan jarak mereka. Pandangan Hali kepada semua saudaranya (kecuali Thorn) seperti pandangan amaran. Namun Blaze mendecih geram.

Blaze: Ceh, kau tak ceritakan lagi situasi kau tampar Gempa tu!

Hali: Dah sah-sah aku tampar dia sebab aku tak puas hati kan dengan layanan dia terhadap aku dulu? Nak cerita apa lagi?

Solar: Kenapa? Kau takut nak menyatakan kebenaran yang kau dah lukai dan sakiti Gempa?

Taufan: Atau kau nak sembunyi dari segala salah silap kau selama ini?

Ais: Atau kau... nak lari dan mengelak?

Taufan, Blaze, Ais dan Solar memberikan tatapan dingin dan kurang menyenangkan kepada Hali. Manakala Hali mengetap giginya geram.

Hali: Korang ni sebenarnya memang tak puas hati kan dengan hubungan aku dan Gempa!?

Taufan: Heh, tahu pun. Kau ingat kitorang ni senang-senang saja nak lepaskan Gempa?

Hali: Apa lagi yang aku buat bagi korang ia tak cukup hah?!

Solar: Tengok cara kau layan Gempa lah. Sanggup kau berkasar dengan dia?

Hali mengetap giginya dan mengepal kedua belah tangannya geram. Situasi di kawasan ruang tamu itu mula menjadi dingin. Pancaran kuasa yang ada pada Hali, Taufan, Blaze, Ais dan Solar mula dapat dilihat.

Gempa: (gasp) Tunggu!! Korang, stop!!

All kec. Gem: Huh?! (pandang Gempa)

Gempa: Korang... korang semua ni...

Blaze: Alamak, kita terlupa Mama Gem ada dekat sini lah!

Taufan: Habislah...

Gempa: Apa yang korang semua cakapkan ni..? Aku tak fahamlah. 😟

All kec. Gem: Erk?! Kau tak tahu ke...?

Gempa: Aa... aku memang tak faham dari awal lagi. Kenapa korang cakap yang korang sayang aku sampai macam tu sekali? Aku pun sayangkan koranglah. Janganlah gaduh-gaduh... 😅

Hali kembali duduk di atas sofa dan menghelakan nafasnya buat kesekian kalinya. Dan yang lain juga melakukan hal yang sama. Tiba-tiba sahaja situasi tegang tadi kian reda.

Hali: Hhaa... baiklah. Kalau korang nak tahu sangat, aku akan ceritakan kejadian aku pukul Gempa dulu...











================
Ani: Hush! Muncul-muncul je terus ke arah situasi mendebarkan! X,D

Zie: Hahahah! Maaf ya korang sebab kami lama hiatus. Ani sibuk dengan exam dia manakala akak fly ke KL untuk beberapa hari. ^^

Ani: And also sebab Ani rasa Ani baik so Ani publish jelah- :v //slap! Btw... Thanks guys sudi menunggu! Ha, Ani nak tanya korang ni. Next chapter which is the last chapter sudah siap di draft, korang pilih, nak Ani publishnya sekarang atau tunggu esok? ^^ Pilih je yang mana korang nak. Vote paling banyak Ani akan lakukannya. X3

Sekarang?

Esok?

Ani: Ambil esok lah :v Kang tak tido pulak. Dah..dah. Pergi tidur. Uwu //slap!

Harru: Kau ni Ani.... =_='

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro