This is not Normal! (28)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebaik sahaja situasi penceritaan yang mengimbau kembali kisah Hali dan Gempa pada waktu dulu 3 hari lalu tamat, para kembar yang lain semakin naik benci kepada Hali dan terus melarang Gempa untuk bersama dengan Hali.

(Author: Hmm.. ni macam cerita Romeo dan Juliet je ni. Tiberr... :v)

Namun begitu, Gempa masih berpendirian tegas menyatakan bahawa dia masih perlu berada disamping Hali kerana Hali masih terkesan dengan tindakannya dahulu. Gempa khawatir jika dia juga berdiam diri, hubungan mereka tidak dapat dibawa ke mana-mana.

Yang lain kelihatannya tidak dapat membantah dan akhirnya setuju. Namun begitu, mereka juga masih menetapkan syarat bahawa andai kata Hali ingin bertindak atau berkelakuan di luar kawal, Gempa harus segera memanggil saudaranya yang lain. Ini juga demi mengelakkan Hali mula membuat perangainya seperti dahulu.

Walaupun begitu, Gempa tidak mahu perselingkuhan antara keluarganya terus dibiarkan dan akhirnya dia setuju walaupun terpaksa.

"Sekurangnya aku masih dapat menjaga Halilintar..."

Gempa sedang cuba mencari jalan untuk Hali dan yang lain berbaik semula. Tidak sanggup dirinya melihat situasi dikala salah seorang dari saudaranya bertemu dengan Hali, mereka akan mula bertekak dan bergaduh. Paling padah ia dilakukan di sekitar kawasan orang awam dan sehingga di sekolah dibawanya. Mereka tidak peduli apa yang akan orang katakan. Namun Gempa tersangatlah pedulikannya.

Untung Gempa ada Yaya, Ying, Fang dan Gopal yang dapat membantu meleraikan situasi itu jika ia berlaku di luar pengawasan Gempa.

Dan setelah menceritakan segalanya tentang kenapa saudara kembar itu bergaduh, Yaya, Ying, Fang dan Gopal 100% setuju untuk menolong Gempa. Mereka juga cukup merasa kasihan atas tanggungjawab yang disandang Gempa. Terlalu berat dan menyakitkan untuk diuruskan sendirian.

.
.
.

Krriiinngg!!

Jam loceng rehat telah berbunyi dan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari guru untuk keluar rehat, ramai pelajar berlari berpusu-pusu untuk keluar dari kelas. Ada yang membawa bekal dan ada yang berlari-lari anak menuju ke kantin sekolah.

Gempa mengemaskan segala peralatan yang digunakannya dalam kelas Perdagangan tadi. Dia cukup letih dengan sesi kira-kira yang cukup kuat menggunakan kalkulator dan harus mengerah otak dengan kuat untuk menyelesaikan soalan yang sering mencabar minda.

Gempa: Huuhh... kalau terus macam ni, boleh botak kepala aku. Dah lah kena uruskan hal sekolah, hal saudara aku, hal Halilintar, kerja sekolah, belajar, ujian, masa depan, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, Majlis Perwakilan Pelajar, jaga kedai atok pula. Aaahh... boleh pitam aku macam ni!

Gempa menggaru-garu kepalanya yang serabut sehingga ia berserabut dan topi yang dipakainya juga menjadi longgar. Dia mendengus kesal dan meletakkan kepalanya di atas meja belajarnya.

"Bila semua ni nak berakhir...?"

Gempa mengembungkan pipinya yang chubby itu menjadikan wajahnya bulat dan cute. :v

Untung tiada sesiapa di kelas sekarang. Kalau tak habis dia kena dengar jeritan histeria dari pelajar perempuan. Ah, lupa nak cakap. Gempa ni terkenal dengan wajah tembamnya dan sebab itulah ramai yang suka terutamanya budak perempuan di sekolahnya.

Gempa barusan sahaja mahu memejamkan matanya untuk menenangkan fikiran sebelum dia ternampak Hali berjalan melepasi kelasnya.

"Halilintar..? Baru habis berkawad ke?"

Batin Gempa di dalam hati dikala dia melihat Hali yang masih sedang berpakaian tshirt tentera sedang melepasi kelasnya. Gempa termenung seketika buat kesekian kalinya sebelum dia teringatkan sesuatu.

"Bekal!"

Dan Gempa pun terus membetulkan duduknya dan mengeluarkan bekal makanan yang ada di bawah mejanya. Ada 2.

Gempa tersenyum senang kerana bersyukur dia ada bawa 2 bekal. Itu pun kerana waktu pagi tadi sewaktu sarapan, Hali terus bertolak ke sekolah awal kerana tidak mahu bertikam lidah dengan saudaranya di awal pagi dan akhirnya dia meninggalkan Gempa yang tidak kunjung berhenti memanggilnya kerisauan. Namun Hali hanya memekakkan telinganya dan berlalu pergi meninggalkan Gempa sendirian.

Gempa pun terus bangun dari duduknya dan berlari keluar dari kelas. Tanpa membuang masa,  dia terus berjalan  menghala ke arah mana Hali pergi di sepanjang koridor kelas tersebut. Iaitu di kelas tentera Hali.

.
.
.

Hali kini sudah sampai di kelasnya iaitu kelas tenteranya. Ia sama sahaja seperti bilik darjah biasa yang lain kerana sekiranya tiada jadual kawad atau waktu hujan dan panas, kelas tentera akan dijalankan di kelas mereka sendiri dan belajar tentang penerangan ketenteraan.

Oleh kerana tiada sesiapa di kelas itu, Hali bertindak untuk menyalin pakaiannya di situ juga.

"Bukannya ada orang nak masuk pun kelas bosan macam ni. Malas ah aku nak pergi bilik persalinan."

Dan tanpa was-was, Hali pun membuka baju tshirt tenteranya selepas topi tenteranya di buka dan dan letakkan di atas mejanya.

.
.
.

Gempa berjalan sepantas yang boleh sambil membawa 2 bekal yang ada di tangannya dengan berhati-hati. Dia juga sempat mengawasi kawasan sekitarnya agar tiada saudaranya yang lain akan bertembung dengannya. Ini kerana Gempa pasti, jika dia bertembung dengan salah seorang dari mereka, pasti dirinya akan dihalang untuk bertemu Hali dan terpaksa dibawa untuk makan bersama mereka.

Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, Gempa terus menuju ke kelas Hali yang hanya tinggal beberapa meter sahaja jaraknya.

Dan sebaik sahaja tiba, Gempa berhenti di depan pintu kelas yang paling digeruni ramai pelajar di sekolah itu. Kelas Ketenteraan. Gempa menarik dan menghela nafas dan sempat berdoa semoga tiada sesiapa yang akan mengganggu waktunya bersama Hali nanti.

Setelah keberanian yang dikumpulkan sudah cukup, Gempa pun memegang pintu yang boleh di tarik ke tepi itu lalu membukanya.

Gempa: Halilin—... GYAAAHHH!!!! ///// (shock)

Hali: OPOCOTGEMPASAYANGKU!! (shock)

Terkejut kedua belah pihak apabila menerima kejutan budaya yang tidak disangka-sangka pada masa yang sama. Gempa terjelopok jatuh terduduk di atas lantai dengan wajah kemerahan dan kedua belah tangannya cepqt menutup wajahnya manakala Hali secara automatik menutup badannya dengan baju sekolahnya yang barusan sahaja mahu dipakainya.

Hali terkedu seketika apabila dia mendapati gadis (baca: Gempa) yang menjerit tadi ialah Gempa yang kini sudah lemah di atas lantai.

Hali: G-Gempa?!

Gempa: Halilintar?! Halilintar kan?!

Gempa masih dalam keadaan menutup matanya dengan kedua belah tangannya tidak berani membukanya semula untuk mengetahui siapa yang dia 'ter'tengok badannya tadi. Bekal yang dipegangnya tadi sudah terjatuh ke lantai namun nasib baik tidak terbuka atau pecah.

Hali terkebil-kebil apabila dirinya dipersoalkan sebegitu. Namun begitu dia terus tersedar.

Hali: Ah! Y-ya!! Ni aku lah! Kenapa kau terkejut macam nampak hantu ni?!

Gempa: Pakai baju kau cepat!!! /////

Hali: Eh?!!

Hali blank seketika apabila dia tiba-tiba diarahkan sebegitu. Namun kemudian baru dia tersedar bahawa dia sedang dalam keadaan topless. Hali sweatdrop dalam keadaan tersenyum canggung dan kemudian dia memakai sahaja baju sekolahnya sehingga selesai.

Gempa: Dah siap ke belum? /////

Hali: Dah. Aku dah siap.

Gempa melepaskan tangannya dari wajahnya sambil menghela nafas lega. Mahu tercabut jantung rasanya bila mengingat kembali situasi tadi.

Hali berjalan mendekati Gempa lalu duduk mencangkung di hadapan Gempa yang masih setia terduduk sejak dari tadi lagi di atas lantai.

Hali: Oi... apsal kau datang ke sini hah?

Gempa: Eerr... a-aku nak ajak kau makan sama-sama. N-ni bekal aku ada bawakan.

Gempa terus menyuakan bekal makanan Hali yang bekasnya berwarna merah itu di hadapan wajahnya. Hali menatap bekal itu dengan terkebil-kebil sebelum menghela nafas lalu dia pun mengambilnya dari Gempa.

Hali: Apsal kau masih cari aku? Kan kita tak boleh berjumpa sangat sekarang?

Gempa: Betul. Tapi... kalau dibiarkan macam ni sampai bila korang akan berbaik?

Hali: .... kau rasa diorang akan terima ke kalau kita macam ni?

Hali memandang ke arah Gempa dengan pandangan serius. Iris dingin Hali menatap iris emas madu Gempa. Gempa menundukkan wajahnya gusar memikirkan pertanyaan Hali tadi.

Gempa: (bisik) Tapi kalau dibiarkan pula bila pula kita boleh menikmati hubungan kita..?

Hali: Huh? Kau cakap apa tadi?

Gempa: Eh?! Eh??! Tak! Tak! Tak! Takde apa-apa! M-maksud aku ialah, k-kalau kita terus macam ni, b-bila kita dapat makan? Ha! I-itu yang aku cakapkan tadi!  😅💦

Hali berkerut dahi apabila mendengar kata-kata Gempa. Seolah-olah merasakan kekasih hatinya ini sedang menyembunyikan sesuatu. Namun begitu, dia dengar sahaja apa yang dibisikkan Gempa tadi cuma dia berpura-pura tak dengar kerana dia masih tidak mahu persoalkannya sekarang.

Hali bangun dari duduknya dan diikuti Gempa. Dalam diam tidak berkata apa-apa, Hali memusingkan badannya untuk menuju ke mejanya kembali.

Gempa: U-uhhmm.. kau tak nak makan ke..?

Hali: Takde selera.

Gempa diam sambil mengetap bibirnya. Sungguh dia rasa bagai tidak berguna dikala Hali sedang tersepit dalam kesusahan. Yang dia tahu hanyalah memandang Hali yang sedang bersusah payah dan memandangnya sahaja.

Gempa menundukkan wajahnya ke lantai. Pegangannya pada bekal kuning keemasannya digenggam erat.

Gempa: Maaf... Halilintar...

Hali menoleh ke arah Gempa yang sedari tadi lagi berdiri di muka pintu kelasnya. Kelihatan Gempa sedang menundukkan kepalanya sedang kecewakan sesuatu. Hali menghela nafas lalu mengemas beg sekolahnya dan meletakkannya di atas mejanya. Dia membawa kembali bekal makanannya lalu menghampiri Gempa.

Gempa tersedar di saat Hali menghampirinya dan memandang Hali lama. Kini Hali berdiri tepat di hadapan Gempa.

Hali: Sudah, jom makan.

Gempa mula tersenyum senang apabila Hali mengajaknya untuk makan. Dan kini mereka mula meninggalkan kelas Hali dan berjalan seiringan menuju ke arah tangga bangunan sekolah.

.
.
.

Sementara Hali dan Gempa sedang mencari tempat duduk statistik untuk makan bersama, kita menuju pula ke arah Boboiboy bersaudara yang lain yang sedang menikmati makanan mereka di kantin sekolah. Relax, kantin tu jauh dari tempat HaliGem. :v

Taufan, Blaze, Thorn, Solar dan Ais sedang menikmati makanan mereka yang dibawa dari rumah dan dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Gempa.

Dalam mereka sedang menikmati makanan mereka, Thorn mula bersuara.

Thorn: Korang, takpe ke kita biarkan saja Mama dan Papa macam tu..?

Blaze juga terhenti dari makannya apabila Thorn menyuarakan soalannya. Dia juga selama ini khawatirkan hubungan Hali dan Gempa. Dia takut kerana mereka Hali dan Gempa tidak dapat mesra seperti dulu. Dan lebih parah, hubungan persaudaraan mereka juga bakal retak.

Blaze: Aku tak tahu juga Thorn. Itu atas Taufan dan Solar lah.

Kini Thorn dan Blaze serentak memandang ke arah Taufan dan Solar yang masih menikmati makanan mereka tanpa bersuara. Ais yang sejak Thorn bertanya tadi dah mula berhenti makan dan menatap saudara-saudaranya.

Thorn: Taufan, tolonglah katakan sesuatu.

Taufan menelan makanan yang dikunyahnya dan kemudian dia menghela nafas. Ditatapnya wajah saudaranya yang polos itu dengan pandangan kecewa.

Taufan: Maaf, Thorn. Aku tak dapat nak berikan jawapan untuk itu. T-tapi aku yakin semua akan baik-baik saja. Percayalah.

Taufan memandang ke arah Thorn dengan senyuman yang terpaksa dan berharap Thorn akan tenang namun begitu, Thorn menundukkan kepalanya kesal. Taufan terasa sakit di saat melihat respon dari Thorn. Sehinggakan dia juga menundukkan kepalanya kesal.

Solar: Korang tercegang apa lagi? Habiskan makanan korang cepat.

Solar mula bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Element yang lain hanya diam menunduk selepas mendengar apa yang diarahkan Solar. Tiada seorang pun yang berani mengungkit semula soalan Thorn tadi.

.
.
.

Gempa: Nah.

Gempa menghulurkan seketul bebola ikan kepada Hali daripada bekalnya sendiri. Tidak lama mereka mencari tempat untuk makan bekal yang dibawa, akhirnya mereka dapat menikmatinya di bawah pondok yang berada di taman mini sekolah iaitu tempat yang selalu mereka berdua lepak bersama.

Hali memandang bebola ikan yang diberikan oleh Gempa dengan muka datar. Dia menggelengkan kepalanya secara perlahan untuk menolak huluran Gempa tadi. Gempa berkerut memandang reaksi Hali.

Gempa: Halilintar? Kenapa ni? Tak selalunya kau macam ni. Ada sesuatu yang buatkan kau kerisauan ke?

Hali hanya tetap berdiam diri. Ditatapnya bekal makanannya sendiri itu sambil menguis-uis makanan tersebut walaupun langsung tidak dijamahnya lagi.

Gempa meletakkan semula bebola ikan yang barusan ingin diberikan kepada Hali. Gempa menghela nafas setelah ditariknya dalam-dalam. Dia kemudian meletakkan semula bekas bekal makanannya di tepinya.

Wajah Hali ditatap Gempa. Tatapan yang menunjukkan kerisauan dan kekhawatiran.

Gempa: Halilintar, kau ada sesuatu ke nak ceritakan kepada aku?

Hali tetap berdiam diri apabila disoal demikian. Tatapannya masih lagi menunduk ke bawah dan tidak membalas soalan Gempa mahupun memandang wajah insan yang dia sayangi itu.

Gempa mendesah kecewa sekali lagi. Dia juga sudah buntu harus apa sekarang. Sudah 3 hari Hali masih kekal berdiam diri dan tidak terlalu aktif berkata-kata semenjak hari penceritaan kisah silam mereka 3 hari yang lalu.

Kerana kerisauan dan tidak mahu sejarah lama berulang kembali, Gempa sanggup menolak kerja-kerja yang baginya tidak terlalu penting untuk diuruskannya kerana Gempa sedar bahawa Hali masih memerlukan dirinya. Gempa mahu meluangkan lebih banyak masa bersama Hali dan tebus balik kesalahannya.

Namun begitu, sekiranya Hali tidak menyukainya, Gempa terpaksa membiarkannya.

Gempa: Baiklah, aku takkan paksa.

Kini hening menyapa mereka berdua. Tiada seorang pun yang mahu memulakan perbualan sehinggalah Hali perlahan memanggil nama Gempa.

Hali: Gem..

Gempa melirik ke sebelahnya iaitu ke arah Hali. Kelihatan Hali dengan wajah kecewa dan sedihnya sedang menggigit bibir bawahnya. Seolah-olah sedang menahan sesuatu.

Gempa: Ya..?

Hali: Gem... You know what? This is not normal.

Gempa terdiam seketika sambil cuba memahami apa yang sedang diperkatakan oleh Hali. Wajahnya berkerut sambil memandang ke arah Hali.

Gempa: Huh..?

Hali: This is not normal!

Gempa terkedu apabila Hali tiba-tiba melantangkan suaranya kepadanya. Tatapan Gempa ke arah Hali menjadi lebih tegang dan dicampur dengan perasaan terkejut yang teramat.

Gempa: K-kenapa kau kata macam tu..?

Hali: Gempa, kau tak rasa ke kita ni ibarat seorang pengecut?

Gempa: Kenapa?

Hali: Kita seolah-olah sedang lari dari masalah kita. Kita seperti tak nak berdepan dengan kenyataan!

Gempa terdiam. Kunyahan yang dimakannya kini ditelan. Bekas makanan yang berada di tangannya dia meletakkannya di sampingnya. Gempa kembali menatap ke arah Hali.

Gempa: Kenyataan apa yang kau maksudkan ni?

Hali: Kenyataan yang-... kita... Dah tak dapat bersama...

Gempa: ...

Tiada jawapan dari Gempa. Hali menghela nafas sedih. Dia terus bertindak untuk mengemas bekal makanannya untuk beredar dari situ sebelum tangan dia terhenti apabila Gempa mula bersuara.

Gempa: Kau kata pengecut? Kita? Pengecut?

Hali: ...

Gempa: Kita atau... Kau sendiri huh?

Membutang mata Hali apabila Gempa tiba-tiba mengeraskan kata-kata 'kau' itu tadi.

Hali: Apa yang-

Gempa: Engkau tu yang pengecut, Halilintar!

Hali: (shock)

Gempa: Kau tu yang tiba-tiba mula buat perangai seolah-olah nak lari dari masalah kita! Mentang-mentang kau dicabar dan dihalang oleh saudara kita yang lain, kau nak putus asa macam tu saja ke?!

Hali tergamam apabila Gempa terus berdiri di depannya dan mula terjerit-jerit di hadapannya. Kelu lidah Hali untuk membalas kembali kata-kata Gempa.

Gempa: Kau tak tahu! Aku sekarang sedang cuba, Halilintar! Aku sedang cuba untuk perbaiki masalah hubungan kita sekarang! Aku tak nak kita jadi macam dulu! Kedua belah pihak mengalami penyesalan yang tak dapat dilupakan! Kita berdua menyesal pada akhirnya!

Hali terdiam sambil menatap iris emas Gempa dengan tatapan terkejut. Bergetar iris Gempa diikuti sama dengan bibirnya.

Gempa: Hali, kau sendiri katakan yang kita jangan putus asa dalam mengejar apa yang kita suka. Aku sedang berusaha untuk mencari kebahagiaan kita berdua. Aku nak tebus balik kesalahan aku yang dulu.

Hali: Habistu aku? Aku dah seksa kau Gem! Aku dah buat kau merana apabila kau bersama aku!

Gempa: Aku tak peduli dah semua tu! Kau yang dulu tak sama dengan sekarang! Kau yang dulu baru kenal apa maksud yang kau selama ini cari-cari! Tapi sekarang kau dah mengenalinya dan kau pula yang nak lari?!

Hali: Tak, Gem. Aku masih sama... Jangan buat aku jadi hilang kawalan seperti dulu lagi, Gem... Cukup hanya sekali aku menyeksa kau.

Drap!

Secara tiba-tiba Gempa jatuh terduduk di hadapan Hali. Dengan perlahan Gempa meraih kedua belah tangan Hali. Dia memegangnya dengan erat. Hali tergamam apabila dia melihat tindakan Gempa dan yang paling mengejutkan ialah wajah Gempa yang berubah sedih dan iris emasnya mula berkaca-kaca.

Gempa: Halilintar... Macam mana lagi aku nak buktikan yang aku dah maafkan kau? Kau.. Kau berjaya membuktikan yang kau sangat cintakan aku. Tapi kenapa aku begitu payah untuk buktikan yang aku dah maafkan kau? Aku juga... Aku juga sangat cintakan Halilintar. Isk.. Aku tak nak yang lain! Aku nak Halilintar! Isk.. Isk..

Hali tergamam apabila mendengar luahan hati Gempa. Mereka berdua saling bertatapan antara satu sama lain lama di situ.












===============
Ani: Drama... 😐 Ayy.. Buku ni sepatutnya random Ani tentang HaliGem. Ni dah kenapa jadi berchapter pula ni? 😂

Zie: Hmm... Pengaruh rakan sebaya kot? 😅 Tapi celah mana tu tak taulah.

Hali: Apsal watak aku dan Gempa macam terbalik pulak ni? 😑

Gempa: Ala, apa salahnya? Kau kan selalu kena jaga hati aku. Biarlah aku pula yang jaga hati kau! Boleh? 😄

Hali: (nosebleeh) Hshshshshs... Ga salah pilih calon istri... 😭💕

Zie: Amboi kau.. 😅 Ok guys! Jangan lupa vote dan komen! 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro