Bet Me! (29)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dalam kelas Perakaunan, Hali sedang termenung di luar jendela kelas tersebut sambil memandang langit yang biru dan gumpalan awan yang putih gebu. Iris rubynya melihat awan-awan tersebut bergerak ditiup angin sepoi dengan lembut.

BAAAMM!!

Hali: OIMAK!! (terkejut)

Gempa: Aku dah tahu jalan penyelesaiannya!!! 😆

Hali menatap ke arah manusia yang berada di sebelahnya. Atau lebih tepatnya ialah Gempa. Kelihatan di atas meja Hali ada beberapa buah buku yang sederhana tebal dan juga buku nota serta pen.

Hali kembali menoleh ke arah Gempa yang masih setia tersenyum. Terdetik di dalam hatinya akan situasi mereka sekarang.

"Dah kenapa Lyubov aku ni semangat semacam ni? Salah makan DNA Taufan ke apa? "

Keluh Hali dalam hati. Namun dia tidak terus mengabaikan Gempa. Ditatapnya insan yang disayanginya itu dengan penuh tanda tanya.

Hali: Gem, apa ni?

Gempa: Hm? Oh, ini aku ada buat research untuk tips macam mana nak buatkan kau dan yang lain berbaik semula. Aku pun ada tanya pendapat pelajar sekolah ni tau! Cikgu-cikgu pun aku ada minta! Semua tips diorang adalah berjumlah 1256 dan bagi aku ia amat bermakna! Tapi aku highlight yang penting sahaja dan jumlahnya hanya lebih kurang 1/7 dari jumlah yang aku cari. Lebih kurang 20-30 lebih?

Panjang lebar Gempa berucap di hadapan Hali sambik mengetuk-ngetuk dagu kecilnya. Hali hanya memandang wajah Gempa dengan pandangan datar walaupun di dalam hatinya sudah menangis terharu atas usaha keras Gempa.

Hali: Gem, kau begitu kuat sekali berusaha untuk rapatkan kitorang. Kau tak payahlah sampai macam ni. Lama-lama diorang ok lah tu...

Gempa: Dan sepanjang menunggu tu kita berdua takkan dapat bersama? Tak nak! Aku masih nak berusaha baikkan korang! Aku nak keluarga kita bersatu semula!

Gempa mengangkat buku notanya. Di belek-belek helaian buku tersebut dan dengan wajah yang tiba-tiba kemerehan Gempa berkata lembut,

Gempa: Dan aku juga... Nak bersama dengan Halilintar... ////// (blush)

Hali: (blush) U-ugh... S-suka hatilah.../////

Hali mengalihkan pandangannya dari menatap Gempa dan melihat ke luar tingkap semula. Sudu topi dinonya diturunkan sedikit bagi menyembunyikan wajah merahnya yang sudah malu sewaktu mendengar kata-kata Gempa tadi.

Gempa yang perasan akan respon Hali tersenyum senang diselang ketawa kecilnya. Terasa hangat di dalam hatinya apabila dia menerima tindak balas positif dari kekasihnya.

Gempa duduk tidak jauh dari Hali. Buku nota yang ada di tangannya di belek-belek sambil mencari beberapa maklumat yang sering dicarinya. Maklumat untuk menyatukan semula saudara-saudaranya.

Gempa: Halilintar, kalau kita cuba buat apa yang mereka suka macam mana?

Gempa mencuba pilihan pertama.

Hali: Masalahnya apa yang mereka suka ialah kita berpisah!

Gempa mengetuk dagunya berfikir.

Gempa: Hmm... Betul juga. Kalau... Kita tunjukkan yang kita boleh saling menjaga antara satu sama lain?

Hali: Haih... Nak dekat berduaan macam ni pun diorang dah siap buat kubu untuk melindungi kau. Apatah lagi kita boleh buktikan?

Gempa menggaru kepalanya yang gatal dan serabut berfikir. Semuanya ditolak mentah-mentah oleh Hali! Dan kalau ikutkan logik betul juga apa yang Hali fikirkan.

"Apsal aku jadi lembap hari ni? "

Gempa mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Namun tangannya masih ligat mencari point penting untuk meneruskan rancangannya.

Hali sempat melirik ke arah Gempa sekilas untuk melihat apa yang sedang Gempa lakukan. Terdetik perasaan terharu di dalam hati Hali apabila melihat kesungguhan Gempa.

Secara perlahan Hali mendekatkan kerusinya menghala ke arah Gempa. Dan untung Gempa masih tidak menyedarinya lagi. Dari jarak yang jauh Hali semakin mendekatkan diri untuk membunuh jarak mereka.

Dan apabila Hali tiba di sebelah Gempa namun Gempa masih tidak menyedari kewujudannya, Hali pun terus meletakkan kepalanya di atas bahu kiri Gempa.

Gempa: Eekk!!  (terkejut)

Pantas Gempa menoleh ke arah kirinya apabila dia merasakan ada sesuatu yang berat menyentuh bahu kirinya. Dan terlihatlah Hali sedang meletakkan kepalanya di atas bahu Gempa. Hali tidak memandang wajah Gempa namun Gempa dapat mengenal pasti bahawa Hali sedang malu. Ini kerana Gempa dapat melihat telinga Hali sedang kemerahan.

Gempa: Halilintar?

Hali: Sst-... Biarkan aku macam ni.

Gempa berkelip-kelip mendengar kata-kata Hali. Dia menoleh kawasan sekeliling kelas dan luar kelasnya. Waktu rehat masih panjang. Dan untungnya tiada sesiapa yang berada di kawasan itu.

Gempa kembali menoleh ke arah Hali. Dia tersenyum apabila dia dapat merasai kehangatan Hali semula. Perasaan yang dirinduinya kini dapat dibuang apabila bersama Hali. Tangan kiri Gempa dilepaskan daripada memegang buku notanya. Dia terus memegang erat tangan kanan Hali.

Walaupun tidak dapat mendengarnya dengan kata-kata melalui mulut Hali sendiri. Tetapi Gempa tahu apa itu dan dia juga turut merasakannya. Mata Gempa dipejam dan mereka menikmati suasana tenang tersebut.

Gempa: Uhm... Aku pun rindu saat kita berdua.

Hali yang mendengarnya kaku seketika. Namun tidak lama itu dia tersenyum dan membalas pegangang Gempa.

"Hubungan kitorang ini sudah lebih dari percakapan. Kami sudah cukup dekat bersama tanpa perlu mengatakannya. "

Hali semakin mengembangkan senyumannya. Dia terharu kerana walaupun dia tidak menyatakan apa yang ada di dalam hatinya, tetapi Gempa sudah mengetahuinya dan siap membalasnya lagi.

Hali turut memejamkan matanya sambil menikmati saat mereka berdua bersama.

.
.
.

???: Psst-!  Psst-!

Taufan yang sedang menikmati minumannya dari mesin air tertoleh ke kiri dan kanan apabila dia terdengar suara seseorang yang seolah-olah sedang memanggilnya. Namun apabila dia memerhati sekeliling, tiada sesiapa pun yang berada di sekitarnya. Taufan mula merinding ketakutan apabila merasakan suasana di sekelilingnya tiba-tiba berubah seram sejuk.

???: Psstt-!! Taufann~!

Taufan: Hik-!?! Ma-macam mana kau tahu nama aku?! Siapa kau?!

???: Taufaann~!! Sini!!

Taufan: W-weyhh... Jangan apa-apa kan aku! Aku tak confess kan lagi cinta aku pada Gempa!

???: Kau mengarut apa ni?! Sini lah!

Taufan: Hwaaaaa!! Jangan apa-apakan aku lah! Aku susah payah tabung duit nak belikan pelamin untuk aku dan Gempa weyyhh!! (;゚д゚)

BHAAMM!

Taufan: Aduh!!

Ani: Apahal kau ni hah?! Orang panggil dia ingat cakap dengan hantu pula!

Taufan: (toleh) Eh? Ani? Lama tak jumpa kau. Apsal ni?

Ani: Hmm... Aku ada budak nak kena jaga. (;ω;) Eh! By the way, aku tengok Mama dan Papa macam...

Ani menjeling ke arah Taufan dengan tatapan curiga. Walaupun belum menghabiskan kata-katanya, Taufan dapat merasakan bahawa Ani membawa maksud yang Taufan sediri memahaminya.

Taufan: Eheheh... (canggung) Yang... Apa? 😅

Ani: Ceh! Jangan nak jadi penipu bersirilah! Cakap cepat! Apa dah jadi pada Mama dan Papa?!

Taufan: Eerr... Itu.. Umm...

Ani: Dan tadi Mama jumpa aku kata yang dia nak minta tips untuk membaiki hubungan persaudaraan. Ha, ni mesti korang punca utama keretakan hubungan Mama dan Papa kan?!

Taufan secara tiba-tiba melutut di hadapan Ani. Air matanya mencurah-curah mengalir turun membasahi pipinya. Kedua tangannya disatukan Dan dikepalnya bagai mahu meminta maaf.

Taufan: Huwaaaa~!! Maafkan kami Ani!! Kami.. Uhuk! Kami kecewa dan marah sangat pada Hali sampai kami halang hubungan mereka berdua!! 😭

Ani: You what?! 💢

Taufan: Aku menyesal Ani!! Aku tak sanggup tengok Gemgem kesayangannya aku sedih tanpa husbandnya di sisi!! 😭

Ani: Oh! Sekarang kau baru nak menyesal ya?! Sudah! Aku takkan maafkan kau semua! Pergi kau dari sini!!

Taufan: Tidak Ani!! Jangan perlakukan aku sebegini!! 😭

Dalam mereka sedang bertikam lidah, mereka tidak perasan yang mereka sedang dipandang pelik oleh pelajar yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Pelajar 1: Kenapa tu?

Pelajar 2: Tengah buat drama ke?

Pelajar 3: Ni drama Ibu Mertuaku ke apa? 😅

.

.

.

Tuk! Tuk!

Gempa: Halilintar~?? Ewwo~ Halilintar~??

Gempa dengan wajah comel (sangat) nya mengetuk permukaan meja milik Hali di dalam kelas. Kini waktu sekolah sudah tamat dan Gempa berniat untuk pulang bersama Hali agar masa mereka berdua akan lebih terluang.

Hali yang sebetulnya sedang tidur di dalam kelas di mejanya tersedar apabila Gempa datang mengejutkannya. Hali mengangkat kepalanya dan merenung Gempa dalam keadaan mamai.

Hali: Urghh.. Gem? Hhh.. Apsal? (mamai)
Gempa: Sudah balik sekolah ni. Jom balik bersama?

Hali mengerdipkan matanya berkali-kali untuk menyedarkan dirinya. Dia melihat jam waktu yang ada di jam kuasanya dan kelihatan sudah pukul 3 petang.

Hali: Pukul 3... Kau takde mesyuarat ke Gem?

Gempa: (geleng) Tak. Yaya kata aku tak perlu terlibat sangat.

Hali: Huh..? (menggeliat) Hnngg~!! Kenapa pulak?

Gempa menjongketkan bahunya menjawab.

Gempa: Entah. Jadi mungkin beberapa hari ni aku dapat balik awal. Jadi jom balik sama-sama? 😄

Hali menggigit bibirnya menahan diri dari bertindak di luar kawal sebaik sahaja dia melihat wajah Gempa yang mempelawanya.

"Haish.. Kalau iman aku tak kuat, dah lama aku terkam dia. "

Hali mengusap wajahnya berkali-kali sambil menghela nafas. Beg sekolanya dipikul lalu Hali berdiri dari tempat duduknya.

Hali: Dah, jom.

Gempa mengekori Hali dari belakang sambil tersenyum senang. Kini tiada sesiapa yang dapat menganggu saat mereka bersama dalam perjalanan pulang memandangkan kembar-kembar yang lain sudah lama pulang ke rumah.

.
.
.

Gempa: Anu... Halilintar?

Hali: Hm?

Gempa melirik ke arah Hali yang berada di sebelah kanannya. Dengan tatapan yang harus mendongakkan kepalanya, Gempa memandang lama wajah Hali yang jauh lebih tinggi darinya.

"Uwah..! Tingginya Halilintar! Ketinggian 180 cm lebih memang tinggi macam ni ke?! Haih... Aku ni cuma 168 cm je.. "

Gempa meratap nasibnya yang begitu hina sekali akan ketinggiannya. Rasa bagaikan satu tamparan yang kuat apabila dia menyedari bahawa hanya dia satu-satunya saudara paling pendek antara saudaranya yang lain. Malah Thorn yang dikenal polos itu pun jauh lebih tinggi darinya. Ais juga yang terkenal malas bersenam itu pun lebih tinggi.

Gempa menggenggam tali begnya tidak puas hati. Pasti susah dan malu jika dia harus berdepan dengan keadaan yang akan melibatkan ketinggiannya di suatu masa akan datang. Tetapi dia juga hairan pada masa yang sama, kenapa tiada sesiapa yang mengejeknya pendek memandangkan saudaranya jauh lebih tinggi darinya?

Oh, Gempa. Seandainya kau tahu bahawa saudara-saudara mu itu sudah memberikan amaran kepada semua pelajar bahawa mereka dilarang sama sekali mengejek Gempa tentang ketinggiannya, pasti kau akan senang.

Seandainya Gempa tahu bahawa, sebelum ini saudara-saudara Gempa pernah memecah masuk ke dalam kawasan dewan di waktu pelajar sedang mengambil ukuran ketinggian, dan kebetulan Gempa pada waktu itu sedang berada di bilik rawatan untuk menghantar dokumen, mereka ber-6 dengan tegasnya memberikan amaran keras.

Taufan: Saya sebagai wakil saudara saya ingin menyatakan bahawa... Barang siapa yang berani mengejek dan menghina ketinggian saudara kami iaitu Gempa, kami akan pastikan bahawa mereka akan mengalami trauma ketinggian selepas ini.

Dengan ceria (menyeramkan) nya Taufan berkata-kata. Hal itu membuatkan semua pelajar bergidik ketakutan dan berita itu mula tersebar dengan baik tanpa pengetahuan Gempa sehingga sekarang. Tidak lupa juga akan berita bahawa saudara-saudara Gempa sangat menyayangi Gempa turut tersebar. Maka seluruh 1 sekolah tahu akan keadaan itu kecuali Gempa sahaja.

Hmm... Melebih-lebih pula diorang ni. Abaikan sajalah diorang. Bukan masuk exam pun. :v

Kembali ke HaliGem, merasakan dirinya cukup kecewa pada diri sendiri. Gempa kembali menundukkan kepalanya ke permukaan jalan. Dia menghela nafas sedih dalam diam.

"Kenapa aku selalu lain dari diorang..? Aku pun nak juga jadi cool, hensem, bergaya, hebat dan disanjung macam mereka. Tapi aku ni selalu tergolong dalam kalangan biasa-biasa saja... "

Gempa menggarukan pipinya yang tidak gatal. Dia tidak sedar akan segala perbuatannya diperhatikan oleh Hali di sebelahnya.

Hali: Apahal kau ni?

Gempa: Huh? (toleh)

Hali: Haih.. Aku tanya. Kau ni dah kenapa? Susah sangat ke nak dengar apa yang aku cakap? Kau ingat aku berbisik ke apa tadi?

Gempa meneguk ludahnya takut. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan bahawa Hali di sebelahnya ini lain perwatakannya.

Gempa: Uhh... Hali. Kenapa kau selalu ubah-ubah perangai eh?

Hali: Huh?

"Haih.. Sedap cakap orang susah nak dengar. Dia dua kali lima je.. "

Gempa: Tak... Kenapa kau ni selalu lain-lain perangai kau eh? Kejap baik, kejap romantik, kejap perver, kejap pelik, kejap dingin, kejap sombong, kejap garang dan kejap macam orang aku tak kenal pun ada. Kau ada masalah ke?

Hali mengalihkan wajahnya dari Gempa. Dia memalingkan wajahnya ke sisi lain yang mana Gempa tak dapat melihatnya. Dalam diam, Hali menggenggam tangannya geram.

"Teruk sangat ke perangai aku ni pada Gempa...?"

Hali: ...kenapa? Kau dah menyampah pada aku ke?

Gempa: Eh? Mana ada! Aku tak pernah terdetik nak menyampah pada kau! Eeerr.. Cuma benci ada lah... 😅

Hali mengetap bibirnya kecewa. Helaan nafas pasrah dikeluarkan. Dia kembali menoleh ke depan lalu menghentikan langkah kakinya. Gempa yang kedepan sedikit juga terhenti dan menatap Hali hairan.

Gempa: Halilintar? Kenapa ni? Aku ada salah cakap ke?

Hali: ...Gem.

Gempa: Ya..?

Hali: Benci sangat ke kau pada aku?

Gempa terkedu apabila dia dipersoalkan sedemikian. Terdetik perasaan bersalah nya pada Hali apabila Hali menyuarakan soalan sebegitu.

Dengan kadar cepat Gempa berlari menghampiri Hali dan berhenti di hadapannya.

Gempa: Ha-Halilintar! Tolong jangan salah faham!! Tadi aku maksudkan dulu je! Sekarang aku tak benci pun pada kau! 💦

Hali merenung iris keemasan Gempa. Manakala Gempa mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan dirinya dari membalas tatapan dingin Hali. Terasa seram sejuk pula bila ditenung sedemikian rupa.

Hali: Haih... Fine. Kalau itu yang kau cakap, aku iyakan saja.

Hali kembali meneruskan perjalanannya yang tertangguh. Panggilan Gempa kepadanya diabaikan dan dibuat tidak dengar sahaja.

Gempa: Halilintar!! Hoi!! Heish, takkan lah merajuk kot?! Ini bukan buku Kimi Ni Todoke nak main pujuk-pujuk bagai. 😣💢

Dengan kadar yang cepat, Gempa berlari mendapatkan Hali yang sudah jauh ke depan berbandingnya. Gempa mengerahkan hampir sepenuh tenaganya untuk berlari sehinggalah dia berhenti tepat di hadapan Hali dan mendepakan kedua belah tangannya untuk menghalang laluan Hali.

Gempa: Nanti!! 😤

Hali: (rolling eyes) Apa lagi, Gem? 😑

Gempa: Hali, janganlah perangai macam budak-budak macam ni! Aku dah cakap kan yang aku dah tak akan tinggalkan kau dan bencikan kau!?

Hali: Jadi? 😑

Gempa: Bet me! Aku akan pastikan yang aku akan perbaiki masalah saudara kita ni! Kau kena janji yang bila semua sudah kembali kepada asal, kau kena mengakuinya dan ikut perintah aku! Faham?!

Hali: Hah?!

Gempa: Faham tak?!

Hali dan Gempa masing-masing saling beradu mata mereka. Hali melihat setiap getaran yang ada pada diri Gempa.

Tangan Gempa terketar-ketar dan mata Gempa juga sedikit berair. Seolah-olah cuba meyakinkan dirinya sendiri untuk membaiki masalah mereka.

Hali menghela nafas.

Hali: Haih... Suka hati kau lah.

Gempa terkejut apabila mendapat respon dari Hali. Perasaan hangat mula menyapa dalam dadanya dan Gempa tersenyum senang. Kedua belah tangannya yang didepakan di jatuhkan semula.

Gempa: B-betul ke?!

Hali: Haish.. Kau ni. Iya.

Gempa: HNNGG-!!  YAAAYY!! AKU AKAN PASTIKAN SEMUANYA BERJALAN LANCAR!! 😆

Gempa melompat keriangan di hadapan Hali dan secara tiba-tiba dia terus memeluk lelaki di hadapannya yang tinggi tersebut. Hali yang menerima pelukan itu kaku seketika dan dia dapat merasakan kehangatan dari Gempa disalur kepadanya.

Secara lembut Hali mula membalas pelukan Gempa. Wajahnya dibenamkan di leher Gempa dan menghirup aroma harum Gempa dengan gembira sekali. Kehangatan Gempa. Hanya kehangatan Gempa yang dapat membuat hati Hali selesa.

"Thanks... Lyubov. "











====================
Ani: Cerita dah masuk ke dalam dasar lauuutttt!!! 😭 Akak!! Macam mana ni?! Ani dah blank ni nak sambung macam mana!!

Zie: Alah, biasalah tu blank nak sambung cerita. Nanti akak tolong Ani ya?

Ani: Hnnggg akaaakk!! 😭 (peluk)

Harru: Aku tak nak peluk?

Ani: Kau bukan muhrim aku woi! 😅

Zie: Lol. Ok guys! Jangan lupa vote dan komen! Dan thanks untuk yang berikan idea! Akhirnya kami dah dapat idea untuk sambung cerita ni. 😆💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro