Prepairation Day! (30)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TauThorn: YAAAYYYY~!!! HARI FESTIVAL DAH NAK DEKAT!! 😆😆

Blaze: Jom Ais!! Kita pergi tengok persediaan Rumah Hantu!! ✨ (tarik tangan Ais)

Ais: Haa..? Aku malas lah... Bagilah aku rilek kejap... 😩

Blaze: Ah, takde! Takde! Jom cepat!!

Dengan mendukung Ais dengan gaya bridal style, Blaze berlari menuju ke arah bangunan sekolah dengan penuh semangat sekali. Manakala Ais hanya diam sambil menikmati suasana dirinya yang seolah-olah dilayan seperti putera raja. Lol Ais 😅

Thorn: (tarik lengan baju Taufan) Taufan! Taufan! Kita ke cafe dulu jom!!

Taufan: Eh? Eh?? Err... Tapi aku nak pergi jumpa Fang dulu. 💦

Thorn: Alaaa. ..😞

Taufan menggaru-garu tengkuknya canggung. Namun akhirnya dia menghela nafas dan mengangguk setuju. Bahu Thorn ditepuknya lembut.

Taufan: Baiklah, jom Thorn? 😁

Bahu Thorn dirangkul Taufan dengan lembut. Thorn memandang Taufan dengan pandangan tidak percaya. Bersinar-sinar betul wajah Thorn apabila dipelawa oleh Taufan.

Thorn: B-betul ke ni Taufan?!

Taufan: Hahaha! Betullah! Jom!

Thorn: YAAYY!!! JOOMMM!!

Dengan penuh bersemangat mereka berdua berlari dan menuju ke arah belakang sekolah atau lebih tepatnya tempat di mana kedudukan booth tumbuh-tumbuhan.

Duo cute tersebut telah meninggalkan Solar, Hali dan Gempa bersama. Sementara melihat saudaranya beredar, Solar sempat menjeling ke arah Hali yang sedang berbual bersama Gempa tentang peta untuk karnival mereka.

"Dah agak yang diorang akan rapat juga tak kiralah tegas mana kami menghalangnya. Haah... Tak boleh nak dinafikan bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. "

Solar menggaru-garu belakang tengkuknya canggung. Sebenarnya pada awal lagi dia sudah merasa bersalah akan tindakannya bersama yang lain untuk menghalang hubungan Hali dan Gempa. Ini kerana mereka cemburu akan keakraban mereka berdua. Tambahan pula mereka sekarang sudah 'couple' jadi peluang untuk merenggangkan Hali dan Gempa semakin besar mustahilnya.

Solar: Haih... Apa-apa jelah. Sampai masa air pun akan pasang juga.

Solar berlalu meninggalkan mereka berdua bersama tanpa meminta izin terlebih dahulu. Namun begitu, ia sama sekali tidak mengganggu perbualan antara Hali dan Gempa. Mereka kelihatannya sungguh khusyuk sekali melakukan perbincangan bersama.

Gempa: Macam mana Halilintar? Booth makanan ni aku rasa kena letak di antara booth yang lain juga.

Hali: Hmmm... Kenapa kau tak letakkan satu tempat saja?

Gempa: Sebab aku rasa ia lebih sesuai dan sama-sama mengaut keuntungan untuk semua pihak. Cuba bayangkan kalau booth makanan semuanya diletakkan di tempat yang sama? Mesti pelanggan yang datang akan sukar untuk pilih booth mana yang sesuai untuk beli makanan.

Hali: Betul juga tu. Kalau macam tu, setiap 2 booth lain akan ada 1 booth makanan. Macam mana?

Gempa: (senyum) Hm! Yang tu aku setuju!

Gempa melemparkan senyuman manisnya kepada Hali dengan penuh kebanggaan. Manakala Hali yang menerimanya berdehem kecil kerana sedikit malu.

Gempa: Eh? Mana yang lain? 😶

Gempa menoleh ke kawasan sekitarnya apabila dia baru menyedari bahawa tiada kelibat saudaranya yang lain selain hanya dia dan Hali saja. Hali juga mencari kelibat saudaranya namun nampaknya semua telah hilang dari radar.

Hali: Mungkin diorang pergi tengok kawasan yang diorang nak tengok?

Gempa: Mungkin juga. Takpelah. Aku nak pergi naik pejabat dan uruskan segalanya untuk festival ini.

Hali diam seketika apabila dia mendengar kata-kata Gempa. Terdetik di dalam hatinya untuk tidak mahu berenggang dengan Gempa buat sementara. Dan secara tidak sengaja tangannya juga mula bergerak mengekori Gempa yang kian menjauh darinya.

Gempa: Oh ya, aku mungkin balik lambat sikit hari ni.  Jadi kau boleh balik du-...

Gempa menolehkan pandangannya apabila dia mendapati ada sesuatu yang sedang menarik bajunya dari belakang. Dan apabila dia melihat, dia mendapati tangan Hali kini sedang menarik baju Gempa. Suasana menjadi hening seketika di kawasan sekitar mereka berdua.

Gempa memandang Hali pelik. Dia melihat Hali sedang menundukkan wajahnya dan menyembunyikannya di sebalik topi yang dipakainya. Namun melihat dari sisi telinga Hali, Gempa perasan yang Hali kini sedang malu.

Gempa: Halilintar?

Hali diam tidak berkutik. Dia menggigit bibir bawahnya untuk cuba menahan perasaannya yang entah tiba-tiba menyapa. Perasaan yang ingin Gempa untuk tetap berada di situ. Di sisinya.

Hali: G-Gempa... A-aku...

Gempa: Hm?

Hali: Aku... Ikut kau..? /////

Wajah Hali semakin kemerahan apabila dia menyuarakan soalannya kepada Gempa. Gempa pada awalnya terkebil-kebil juga namun tidak lama selepas itu dia tersenyum.

"Aku lupa dia masih memerlukan aku. "

Gempa melepaskan pegangan Hali dan memegang erat tangan Hali. Hali mendongak terkejut dan memandang wajah Gempa. Namun Gempa hanya tersenyum manis ke arahnya dan perlahan Gempa menganggukkan kepalanya.

Gempa: Boleh! Jom.

Gempa menarik tangan Hali dengan senang hati dan membawanya bersama menuju ke bangunan pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang berada di hujung sayap kanan bangunan sekolah. Dalam perjalanan mereka, mereka terlebih dahulu akan melalui sebuah dewan sukan atau gym yang mana ia sering menjadi tempat Hali melakukan latihan Taekwondo, Karate, Judo, Silat dan Muaythai- eh! :v

Gempa melirik ke arah bangunan yang besar itu. Dia kemudian memandang ke arah Hali yang berada di sebelah kirinya.

Gempa: Halilintar?

Hali: Hn?

Gempa: Latihan kokurikulum kau dah habis ke belum?

Hali memandang ke arah Gempa sebelum dia memandang ke arah dewan sukan yang menjadi tempat latihannya. Hali hanya menjuihkan mulutnya ke depan dan sambil itu kedua belah bahunya diangkat.

Hali: Entah. Memandangkan kami tak dapat apa-apa berita tentang perlawanan, kami tak akan buat latihan dalam masa yang terdekat ni.

Gempa: Kenapa? Bukan ke pattern kena selalu ingat? Macam contoh... Taekwondo?

Hali: (angguk) Memanglah. Tapi sekali-sekala kenalah bagi anak-anak buah rehat kan?

Gempa menganggukkan kepalanya setuju. Namun dalam keheningan yang seketika, Gempa terus mendapat idea dan dia berhenti di depan Hali secara tiba-tiba. Pandangan wajah Gempa kelihatan excited sekali.

Gempa: Kalau macam tu... Halilintar!

Hali: (sweatdrop) Y-ya..?

Gempa: Ajar aku Taekwondo!

Hali: H-huh?! 😲💦

Gempa: A-JAR A-KU TAEK-WON-DO!!! PLEEEAASEEEEE!! 🙇💦

Hali: Gem! Tak! Tak! Tak! Kenapa kau tiba-tiba ni?!

Gempa: Sebab! Sebab... Aku pun nak merasai... Latihan yang dilalui Halilintar. Aku pun! Aku pun nak jadi hebat macam Halilintar!! ✨

Kagum Hali apabila dia mendengar kata-kata Gempa. Dia meneguk ludahnya sambil menahan sebolehnya untuk menyembunyikan wajahnya yang malu.

Hali berjalan menghampiri Gempa. Hidung Gempa menjadi mangsa Hali. Dia mencubit hidung Gempa geram.

Gempa: A-aduuhh!! Sakitlah..! 😣 (gosok hidung)

Hali: Lembap. Kau tu dah cukup hebatlah. Jangan tamak boleh tak?

Gempa: (geleng) Tak nak! Tak kira lah apa pun! Aku tetap nak masuk Taekwondo! Aku nak jadi sehebat Halilintar! 😆✨

Selepas hidung, kini kedua belah pipi tembam Gempa dicubit Hali geram. Gempa menangis kesakitan apabila menerima cubitan yang menyakitkan tersebut dan kedua belah tangannya cuba sedaya-upaya untuk menarik tangan besar Hali agar melepaskan pipi tembamnya.

Gempa: Nnnghh!! Haliii!! Sakittt!! 😭

Hali: (lepas) Itulah. Lain kali jangan degil.

Gempa menggosok kedua belah pipi tembamnya yang sudah bengkak dan merah. Sebagai amarahnya kepada Hali, Gempa menggeselkan wajahnya pada dada bidang Hali membuatkan Hali sedikit terundur ke belakang.

Hali: Ah! G-Gem! Kenapa ni?! 💦

Gempa: Sebagai denda sebab buat aku marah! 😤

Hali hampir tergelak apabila melihat wajah geram Gempa. Pinggang kecil Gempa diraihnya dan Hali terus memasukkan Gempa ke dalam pelukannya.

Hali: Lyubov, don't be so cute, please? Aku sabar je dengan kau ni sebab kau tak nak 'main' dengan aku sebelum ni.

Gempa: M-main? Kau nak main apa dengan aku? 😶

Gempa mendongak memandang Hali yang sedang memeluknya erat. Pandangan matanya kepada Hali jelas sekali terpampang wajah kepolosannya ke atas apa yang Hali katakan barusan tadi. Hali menghela nafas kecewa sebelum dia menempelkan dahinya di dahi Gempa.

Hali: Jangan innocent sangat please?

Gempa: (giggles) Heheh, Lintar macam berubah jadi pervert pula sekarang.

Hali: Heh, aku pervert untuk kau je.

Gempa tersenyum senang mendengar kata-kata Hali. Tangan Hali yang merangkul pinggangnya dilepaskan dan Gempa menarik Hali untuk mereka sambung perjalanan mereka menuju ke bangunan Majlis Perwakilan Pelajar.

.
.
.

Kini mereka sudah masuk ke dalam bangunan pejabat Majlis Perwakilan Pelajar. Kelihatannya hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam sana dan beberapa pelajar lain yang sedang menjalankan tugas mereka serta staff yang bekerja sebagai cleaner.

Gempa mempelawa Hali untuk masuk bersama ke dalam pejabatnya dan mereka berdua masuk setelahnya.

Pelajar 1: Uish! Bukan ke itu Ketua Pelajar dan pakwe dia ke?

Pelajar 2: Ha'a lah! Dengar kata diorang ada masalah sekarang. Tapi aku tengok elok je diorang tu.

Pelajar 3: Alah, orang mature tak main lah gaduh lama-lama. Tengok diorang tu. Mesra je.

Pelajar 1: Weyh! Weyh! Entah-entah kan... Diorang nak buat- hhhhhh!!

Pelajar 2: Gila ke buat kat kawasan sekolah?! Eeyyy... Kotor lah kau ni!

Pelajar 3: Entahnya! Kalau buat kat kawasan sekolah mestilah kena tertutup sikit!

Lol.

.
.
.

Di Dalam Pejabat Gempa

Gempa: Kau duduklah dekat kerusi sofa sana kalau nak menunggu. Aku cuma nak kena tandatangan beberapa dokumen dan baca aduan-aduan pelajar saja.

Hali: Huh, habistu bila waktunya kau berehat?

Gempa: Sambil-sambil buat semua tu, aku duduklah.

Hali: Kau memang selalu ke kena buat semua ni?

Gempa berjalan mendekati meja kerjanya. Beberapa dokumen dan fail diambilnya dan dibaca seketika. Seukir senyuman terukir di bibir Gempa lalu dia meletakkannya semula.

Gempa: Selalu juga. Tapi aku suka je buat kerja ni.

Hali merenung Gempa lama. Entah kenapa dia merasakan perasaan kagum kepada Gempa yang serba boleh itu. Terdetik di dalam hatinya jika dia boleh membantu apa-apa yang boleh kepada kekasihnya itu.

Hali: Errr.. Gem, biarlah aku tolong sikit apa yang patut.

Gempa menoleh ke arah Hali. Kelihatannya Hali sedang menundukkan wajahnya sambil bermain-main dengan jarinya. Mungkin nervous.

Gempa: Kau pasti? Aku takut kau letih je nanti.

Hali: Masih awal pagi kot. Aku tak nak kau susah sorang-sorang.

Gempa tersenyum terharu atas keprihatinan Hali kepadanya. Beberapa dokumen dan file diambilnya bersama pen dan sticky note. Gempa membawanya menuju ke arah Hali lalu melabuhkan diri di sebelah Hali di atas sofa. Barang yang dibawa juga diletakkan di atas meja.

Gempa: Kita buat sama-sama, ya? Baru adil, kan? 😄

Hali terkedu seketika namun dia juga tidak kalah memberikan senyumannya kepada Gempa. Hidung Gempa dicuitnya manja.

Hali: Heh, baiklah. Kau nak aku tolong apa?

Gempa: (senyum) Macam ni, aku nak kau bacakan aduan-aduan pelajar ni lepastu kau tolong listkannya di dalam sticky note ni. Mana-mana aduan yang sama kau tak perlu salin semula dan aku nak kau susun aduan ni dalam bentuk point. Kau boleh buat tak? Aku takut kau-

Hali: Kerja senang je. Dah, kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Siapa lambat siap kena tidur dalam bilik yang menang bersama. Amacam? (grin)

Gempa: Eeyy!! Dia ni! (blush) /////💦

Maka bermulalah hari pertama mereka menyiapkan kerja-kerja untuk persediaan hari festival nanti. Karnival ke festival? Ah, lantaklah. :v









=================
Zie: Warm betul hubungan HaliGem ni. 😢💕

Ani: Hm! Soft je diorang tuuu.. 😭✨

Hali: Heh, biasalah~ (flip hair)

Ani: Perasannya!! Eh?! Mama kena culik oleh Uncle Taufan!!

Hali: Hah?! Apa?!

Taufan: (culik Gempa) Errr... Ops? Hehe, adios!! (lari)

Hali: WOOYY!! PRIIT!! PRIITT!! KEMBALIKAN HAK MILIK AKU WAHAI PENCURI BERSIRI!!!















EKSTRA

Pada jam 4 petang, kelihatannya Hali sedang lena terbaring di atas sofa di pejabat Gempa. Segala kerja-kerja yang diberikan Gempa kepadanya dia berjaya melakukannya dan mengerahkan segala tenaganya untuk hal tersebut. Dan sebaik sahaja dia selesai melakukan kerja-kerja tersebut, dia terus terlelap kerana keletihan.

Hali kini sudah sedar. Dia mencelikkan matanya perlahan-lahan dan dia mendapati bawaha dia masih berada di pejabat Gempa. Dia mencari kelibat Gempa dan ternyata Gempa sedang berada di meja kerjanya sambil membaca dokumen dan menaip sesuatu di laptopnya.

Hali tersenyum kecil memandang Gempa.

"Kau memang orang yang selalu berusaha kuat, Gem. Tiada sebab untuk aku bencikan kau. Semua tentang kau aku suka melihatnya.. "

Hali membetulkan posisinya dengan baring secara mengiring. Pandangannya kepada Gempa masih tidak dialihkan lagi. Dan hal itu sama sekali tidak jemu untuk Hali. Malah, sebaliknya dia makin suka memandang wajah Gempa yang sentiasa berusaha.

Hali: Lyubov...

Gempa yang sedang menaip terus terhenti apabila dia mendengar suara sayup-sayup Hali. Dia menoleh ke arah Hali dan mendapati Hali sedang memandang ke arahnya dengan wajah yang nampaknya masih mengantuk.

Gempa: Selamat petang, sleepy boi. (senyum)

Hali: Kau selalu berusaha kuat...

Gempa: Aku tau.

Gempa kembali memfokuskan dirinya pada laptop di hadapannya. Jari-jemari nya masih ligat mengetik di atas papan kekunci laptopnya. Dan Hali, masih memandang Gempa tanpa sedikit pun mahu mengalihkan pandangannya.

Hali: Lyubov...

Gempa: Hm?

Hali: Saranghae~

Gempa: (blush) Eeiii!! Pervertlah kau ni!!! 😣💦 Sudah-sudah lah tu!! //////

Hali: Heheh! Tengok muka blushing kau ni menyenangkan hati aku, Gem~

Gempa: Ish! Suka-suki dia je nak main-main dengan kita!

Gempa kembali fokus pada kerjanya. Asyik-asyik tertangguh saja sebab kena kacau! Sampai bila nak habis?

Hali ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah comel Gempa. Dalam dia sedang menatap wajah Gempa, idea mengusik mula muncul. Haih... Hali... Tak puas lagi kacau Gempa ni.

Hali: Lyubov...

Gempa: Apa dia, Halilintar? Suka kacau orang dia ni... 😤

Hali: Ingat tu, malam ni ke bilik aku ya~ (wink)

Sekali lagi wajah Gempa kemerahan. Teringat balik akan taruhan mereka berdua di awal pagi tadi Dan ternyata akhirnya Gempa kalah. Jadi suka atau tak malam ni Gempa akan tidur di dalam bilik Hali bersama empunya bilik.

Gempa: Heish! Mesti pikir pelik-pelik tu! 💦

Hali: (smirk) Takde benda lain dah untuk aku pikir selain hal-hal yang 'menarik', Lyubov ku~

Gempa: Pervert!!!

Gempa berhenti dari menaipnya. Dia bangun dari tempat duduknya lalu terus meluru ke arah Hali dan mula bergurau senda bersama Hali. Mereka berdua bergelak tawa bersama di dalam pejabat Gempa tanpa sebarang gangguan pada petang yang manis itu.

Hmm~ sweet like honey. 😳

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro