Prepairation Day! Pt. 2 (31)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hali: Ha- chuumm!!

Hali melepaskan bersinnya ke sisi kirinya. Selepas itu, dia sambung berjalan menuju ke mesin air yang berada di hadapannya.

Klik!
Klang!!

Hali mencapai air yang dibelinya dari peti mesin tersebut lalu membuka penutupnya. Dalam pada dia sedang menikmati air tersebut, dia ternampak kelibat seseorang yang amat dikenalinya sedang berjalan sambil membawa sekotak besar barang yang berisi kertas dan fail.

Hali termenung lama memandang orang itu. Selepas sahaja airnya habis, dia terus membuangnya masuk ke dalam tong sampah lalu mengejar orang tadi.

.
.
.

Hali: Gem!

Hali memanggil Gempa yang sedang berjalan mendahuluinya. Mendengar na dipanggil, Gempa terus menoleh dan melihat Hali sedang berjalan menghampirinya.

Gempa: Hi, Halilintar! Kenapa ni?

Hali: Ah, tak. Kau masih ada kerja lagi ke?

Hali melirik ke arah kotak yang berisi begitu banyak fail dan dan kertas. Setelah itu dia memandang ke arah Gempa semula. Gempa mengangguk kecil sambil mengukirkan senyumannya.
Gempa: Masih ada lagi. Lagipun hari festival kan dah nak dekat. Jadi aku kena banyak tolong kalau tak nak habiskan wang dari meminta tolong pekerja.

Hali terdiam seketika seolah-olah sedang berfikir. Namun seketikan kemudian, terus kotak yang berada di pegangan Gempa diambilnya dan diusunnya.

Gempa: Eh?! Ha-Halilintar kenapa kau ambil kotak aku?

Hali: Biarlah aku angkat. Kang nanti kau yang angkat sakit situ sini pula.

Gempa: Te-tapi..!!

Belum sempat Gempa mahu menghalang Hali, lelaki itu sudah terlebih dahulu berjalan meninggalkan Gempa sendirian. Gempa yang terpinga-pinga terus berlari-lari anak mengejar Hali yang berlalu meninggalkannya.

.
.
.

Yaya: Letakkannya di situ.

Yaya mengarahkan beberapa orang pelajar lelaki lain yang sedang mengusun sebuah meja dibawa ke satu sudut di atas padang sekolah. Di tangannya lengkap dengan senarai aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan sebelum festival mereka berlangsung.

Dalam kesibukan dan keramaian itu, Yaya ternampak Gempa bersama Hali sedang berjalan seiring sejalan bersama-sama mendekatinya. Gempa melambaikan tangannya mesra ke arah Yaya dan dibalas dengan hal yang sama oleh gadis itu.

Gempa: Hi, Yaya. Ini kotak yang kau minta tolong tu. Ada apa-apa lagi yang perlu dilakukan tak?

Yaya: Terima kasih. Hali, kau letak je kat sini.

Hali hanya sekadar akur sahaja dan meletakkan kotak yang diangkatnya di tempat yang Yaya sudah arahkan.

Yaya: Hmmm... Aku rasa dah takde kot. Korang nak masuk ke kelas pun dah boleh dah. Lagipun Gempa perlulah kejar balik apa yang nak dipelajari, kan? Kau dah banyak tertinggal, Gempa. Kesian aku tengok kau.

Gempa: Eheheh... Nak buat macam mana. Dah tanggungjawab aku. Tapi aku tak kisah, sebab aku kan boleh je pinjam nota kau?

Gempa tersenyum senget ke arah Yaya sambil memaparkan senyuman tidak bersalah nya. Yaya yang melihat hanya mampu menggeleng dan tertawa kecil.

Yaya: Ada-ada jelah kau ni. Oklah, aku ada banyak lagi nak kena uruskan ni. Bye!

Dan Yaya pun berlalu pergi selepas melambaikan tangannya kepada Hali dan Gempa. Gempa membalas lambaian Yaya manakala Hali hanya diam bersahaja. Gempa menoleh ke arah Hali.

Gempa: Jom? Masuk kelas.

Hali: Mesranya kau dengan dia, ya?

Hali menjeling ke arah Gempa sambil berkata dingin. Gempa sedikit terkedu dengan kata-kata Hali sebelum dia menghela nafas lalu mengheret Hali berjalan bersamanya.

Gempa: Kau jangan salah faham, Halilintar. Aku dan Yaya takde apa-apa pun lah. Kau suka sangat overthinking macam tu.

Hali: Takdela... Sebab kau tu tak pernah nak tunjuk sisi kau yang macam tu dekat aku. Asyik-asyik dekat yang lain je.

Dengan Gempa, Hali tidak berasa segan pun menunjukkan sisi manjanya. Dia sentiasa mengembangkan pipinya apabila dia merajuk dengan Gempa dan pada waktu itu hanya mereka sahaja bersama. Kalau dengan yang lain, memang lambat lagi. 😅

Gempa ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah Hali. Pipi Hali yang lagi tinggi darinya dicapai lalu dicubit geram dengan lembut.

Gempa: Aku tunjukkan sisi aku yang ini pada kau pun kau tak perasan, kenapa yang lain kau boleh perasan?

Hali: Hmmhh... Sisi apa yang kau tunjuk? Sama je macam yang biasa.

Gempa: Sisi sayang dan peka aku pada kaulah. Takkan itu pun tak perasan?

Gempa mengukirkan senyuman manisnya sambil mendekatkan sedikit jarak antaranya dan Hali. Melihat godaan Gempa itu membuatkan Hali sedikit tersalah tingkah lalu berdehem kuat.

Hali: (blush) EKHEM!! Hmm... Yelah. Yang tu pun boleh la... //////

Gempa: Boleh la je? (•̩̩̩̩_•̩̩̩̩) Haih... Nasib baik aku ada kesabaran yang tinggi.

.
.
.

KRIIINGGGGG

Bunyi loceng terakhir menandakan tamatnya waktu persekolahan bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis. Semua pelajar-pelajar mula berpusu-pusu keluar dari dari kelas masing-masing.

Taufan yang baru sahaja habis dengan kelas matapelajarannya, terus berjalan keluar dari kelasnya bersama beg sekolahnya di belakang. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kelasnya, dia tiba-tiba disapa oleh seseorang.

Blaze: Yo, Taufan!

Taufan menoleh dan terus tersenyum apabila salah seorang dari saudaranya menegurnya.

Taufan: Yo! Kau dah lama habis kelas ke?

Blaze: Lebih kuranglah. Aku tunggu kau tadi. Jom balik sama? Kita tunggu Thorn dekat kelas dia.

Taufan: Ok! Jom!

Mereka berdua pun mula mengubah arah untuk menuju ke kelas Thorn iaitu kelas Botani. Dalam perjalanan mereka sedang menuju ke kelas Thorn yang tidak jauh dari kelas Taufan, mereka berdua terserempak dengan Gempa yang sedang membawa beberapa buah dokumen bersamanya. Taufan melambaikan tangannya ke arah Gempa.

Taufan: Gem! Kau tak siap nak balik lagi ke?

Gempa: Ah? Eerr... Ha'a. Nampaknya aku tak dapat nak balik dengan korang semua lah hari ni. Aku nak kena siapkan semua ni dulu. Maaf, ya?

Taufan: Eh, takpe!

Blaze: Banyaknya kau kena buat Gem. Ada apa-apa yang perlu kami tolong?

Gempa: (geleng) Takpe. Aku boleh selesaikannya sendirian. Korang baliklah dulu. Buat pesanan food delivery. Kalau untuk bahagian aku tu tak perlu lah korang pesan.

Taufan: Habistu kau nak makan waktu bila? Aku tengok kau makin kurus lah sekarang sebab tak cukup makan.

Gempa hanya tertawa canggung sebelum menggelengkan kepalanya.

Gempa: Takpe. Aku akan makan juga nanti. Aku minta diri untuk balik dulu, ya? Hati-hati dalam perjalanan nanti!

Bla/Tau: Baik! Bye!

Mereka berdua melambaikan tangan mereka ke arah Gempa sebelum masing-masing mula beredar menuju ke haluan masing-masing. Tidak lama mereka berjalan untuk menuju ke kelas Thorn, mereka terserempak pula dengan Hali.

Blaze: Hali? Kau tak balik lagi ke?

Hali: Hn. Korang ada nampak Gempa?

Taufan: Dia baru je pergi ke arah sana. Kau tak join balik dengan kitorang ke?

Hali: Untuk hari ni tidak. Aku kena teman Gempa.

Blaze: Eh? Tiba-tiba je? Bukan ke Gempa sorang je yang tak dapat balik dengan kita? Takde pula dia cakap kau join tolong dia sekali?

Hali sedikit terdiam apabila mendengar kata-kata dari Blaze. Namun dia hanya mengabaikannya sahaja. Beg sekolahnya dan milik Gempan di tangannya terus dipegang elok.

Hali: T-tak... Aku tak cakap dekat dia pun. Aku gerak dulu lah.

Taufan: Haih... Yelah. Kau jangan apa-apakan pula Gempa tu. Kau ni bukannya boleh tahan kalau bab 'cemburu buta'.

Hali: Ckh! Aku taulah!

Lalu Hali pun berjalan terus menuju ke arah sama yang Gempa pergi tadi.

Taufan dan Blaze sempat melihat pemergian Hali sebelum mereka saling memandang antara satu sama lain.

Blaze: Sayang betul dia dekat Gemgem.

Taufan: Fuh! Mesti dah trauma dengan ancaman kita tu.

Blaze: Hahaha! Betul tu. Aku harap lepasni dia jaga Gemgem kita baik-baik lah.

Taufan: Yosh! Dah, jom kita pergi kelas Thorn cepat. Kang nangis pulak budak tu.

Blaze: Jom! Siapa lambat dia bengap! (lari)

Taufan: Eh?! Tunggu wooiiii!! (lari)

.

.

.

Hali semakin hampir ke arah padang sekolah. Dia dapat lihat masih ada sebilangan pelajar masih berada di sana dan masing-masing sedang sibuk menyelesaikan tugas mereka untuk esok hari.

Hali tidak terlalu mempedulikan mereka. Di dalam fikirannya hanya ingin menemui Gempa dan menunggunya untuk pulang bersama-sama.

Yaya: Gempa! Kalau kita guna lampu ni untuk pentas macam mana?

Gempa: Mana aku tengok.

Hali terus menoleh apabila dia terdengar seakan-akan suara Gempa masuk ke dalam indra pendengarannya. Dan sebaik sahaja dia menoleh, dia mendapati Gempa sedang melihat lilitan lampu hiasan di tangannya dengan fokus sekali. Manakala Yaya dan Fang yang berada di sebelahnya hanya sekadar menunggu kata putus sahaja daei Gempa.

Gempa: Fang, kalau waktu siang hari ia akan cerah tak?

Fang: Takde masalah kot? By the way, cuba kau check wayar lampu yang tu untuk aku. Aku rasa wayar yang ni macam tak berfungsi lah.

Gempa: Ok.

Gempa berjalan ke arah longgokan wayar yang begitu banyak sekali berada di bahagian belakang pentas. Dan sewaktu Gempa sedang melihat semua jenis wayar untuk dipilih sebelum digunakan, tiba-tiba angin mula bertiup lebih cepat dari biasa. Ada yang sampai membuatkan kertas-kertas dan barang-barang ringan habis bertebaran.

Hali mendekati Gempa untuk memanggilnya, tetapi ia serta-merta terhenti apabila dia ternampak sebuah tiang besar yang berada berdekatan dengan Gempa mula bergoyang. Tiang itu seolah-olah seperti hendak jatuh menimpa ke arah Gempa!

Hali: GEM, HATI-HATI!!!

Dengan menggunakan kelajuannya, Hali pun menolak Gempa menjauh dari tempat tersebut.

Gempa: Aarrgh-!

Gtang!!

Masa bagai terhenti tiba-tiba. Gempa segera menoleh selepas dia terdengar bunyi hentakan yang kuat tadi. Dan di situlah matanya membulat besar.

Gempa: HALILINTAR!!!

Gempa segera mendapatkan Hali. Dia melihat keadaan Hali yang mana kepalanya mula mengeluarkan darah yang banyak. Airmata Gempa mula keluar. Dia cuba menggoyangkan badan Hali tetapi lelaki itu langsung tidak sedarkan diri.

Gempa: Hali!! Bangunlaaahh!! Haliii!!!

Airmata Gempa semakin deras mengalir. Yaya dan Fang yang kebetulan berada dekat dengan tempat kejadian terus mendekati sebaik sahaja mereka terdengar suara Gempa memanggil nama Hali. Dan sebaik sahaja mereka tiba, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan tersebut.

Yaya: Fang!! Kita kena tolong diorang cepat!!

Fang dan Yaya segera mendekati Gempa dan Hali. Dan tidak membuang masa, Fang terus membantu Gempa membawa Hali ke hospital.





===========
Ani: Ayookk!! Apa sudah jadi dekat Papa?!! 😭😭

Ktaaanng!!

Hali: (pegang kuali Gempa) KAU BARU NAK UPDATE BUKU NI, YA?!!

Ani: Aduhh... Sorrylaaa! Aku bukannya sengaja!

Hali: Apa sengaja-sengaja?! Dah lah kau unpublish balik! Kau tahu tak aku suka gila dengan buku ni dan buku pertama tu?!

Gempa: Haiih.. Dah lah, Halilintar. Sekurang-kurangnya Ani publish balik kan cerita ni?

Hali: Ckh!

Ani: Eheehhe... Sorry Papa. 😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro