Festival Day! (32)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dalam bilik sakit yang disediakan dalam sekolah, kelihatan Gempa dengan wajahnya yang suram dan penuh kerisauan sedang memandang Hali yang masih lagi belum sedar dari pengsannya.

Tok tok tok!

Yaya: (intai) Gempa? Kau tak nak keluar makan sikit dulu ke?

Gempa menoleh ke arah kanan dan mendapati Yaya serta Fang dan Ying sedang melangkah masuk ke dalam bilik sakit tempat Gempa berada.

Gempa: Hm, takpe. Aku nak tunggu Halilintar sedar dulu. Korang kalau nak balik korang balik la.

Fang: Takpe ke? Kalau Hali tak sedar macam mana?

Gempa tersenyum lalu menoleh ke arah Hali semula. Diusapnya wajah kekasihnya yang masih tidak terbuka matanya itu dengan lembut seperti membelai sebuah harta yang bermakna.

Gempa: Takpe. Halilintar ni kuat. Aku yakin tak lama lagi dia akan sedar dari pengsannya.

Ketiga-tiga sahabat Gempa saling memandang antara satu sama lain sebelum akhirnya mereka terpaksa mengangguk pasrah.

Ying: Ok lah kalau macam tu. Kau dah bagitau yang lain ke belum?

Gempa: (angguk) Dah. Aku suruh diorang bertenang dan tunggu dekat rumah je. Apa-apa aku akan hubungi diorang jadi korang jangan risau.

Yaya: Ok lah kalau macam tu. Kitorang balik dulu, ya? Bye.

Gempa: Bye.

Sebaik sahaja melihat kawan-kawannya hilang dari pandangan, Gempa pun mengalihkan tumpuannya kepada Hali semula. Ditatapnya wajah yang tenang itu seolah-olah dia tidak pengsan sama sekali dan hanya lena dibuai mimpi yang lama.

Gempa: Haih... susah betul kalau sehari tak risaukan aku, hm?

Gempa mengusap-usap kepala Hali dengan lembut manakala wajahnya bertongkat dengan tangan yang satu lagi.

Hali: Urgh...

Apabila terdengar suara erangan daripada Hali, Gempa cepat-cepat bangun dari tempat duduknya dan mendekatkan dirinya pada Hali untuk melihat keadaannya.

Gempa: Halilintar? Halilintar, buka mata.

Hali: Uuhh...

Beberapa kerlipan mata dilakukan sebelum mata Hali akhirnya sepenuhnya terbuka. Iris rubynya melilau melihat keadaan sekelilingnya yang serba putih dan dihuni dengan aroma menyengat dari ubat.

Gempa: Halilintar, kau ok? Ada sakit mana-mana tak?

Hali: Uuhh... aku kat mana ni?

Gempa: Kau ada dekat bilik sakit sekolah sekarang. Kau ingat tak apa yang jadi tadi?

Hali terdiam seketika. Matanya mengerling dan memandang wajah Gempa yang nampak tenang namun masih mempunyai bait kerisauan pada masa yang sama. Hali merenung wajah Gempa lama.

Gempa: Halilintar?

Hali: ...siapa ya?

Mata Gempa membutang. Mulutnya terbuka dan badannya tiba-tiba menjadi kaku.

Tunggu. Adakah Hali-

Hali: Pfft- HAHAHAHAHAAH!!

Bagai tersedar dari hipnosis, mata Gempa kembali terkebil-kebil memandang kekasihnya. Wajah Gempa kini sungguh sukar ditafsirkan kerana perasaannya sekarang bercampur-baur dengan rasa keliru, hairan, sedih, marah dan tertanya-tanya.

Hali: Hahahahaah! Aduh, aduh sakit perut gelak! Gem patut tengok muka Gem tadi! Kelakar betul!

Gempa: H-huh...?

Melihat kekasihnya itu masih lagi belum sedar sepenuhnya akan jenakanya tadi, maka Hali pun terus mengurangkan rasa ketawanya dan cuba untuk bertenang.

Hali: Ahh... kenapa? Kau ingat aku hilang ingatan ke? Aduh... tak la. Saja je gurau tadi.

Gempa: Gurau? Tadi... cuma bergurau?

Hali tersenyum sambil mengangguk.

Gempa: Hmph! Apa ni! Orang terkejut tau ingat dia tiba-tiba hilang ingatan ke apa! Tau-tau bergurau je!

Sebagai lempias daripada kemarahannya, maka Gempa pun memukul-mukul bahu Hali dengan kasar dan bertubi-tubi. Namun berbanding mengaduh kesakitan, Hali hanya mampu ketawa semula kerana puas hati dapat mengusik kekasihnya tadi.

.
.
.

Keesokan harinya, hari yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah akhirnya tiba. Iaitu Hari Festival Akademi Pulau Rintis.

Di dalam kawasan sekolah, bermula dari kawasan pagar masuk utama lagi sudah dapat dilihat begitu ramai sekali para pelajar dan pengunjung luar yang datang ke sana. Setiap ruang dan tempat sudah diisi dengan pelbagai jenis booth serta kedai-kedai kecil yang menjual dan mempamerkan pelbagai benda.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, dan pengunjung sudah semakin ramai memenuhi seluruh kawasan sekolah. Ada yang sedang menghabiskan wang mereka dengan membeli pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak, ada yang teruja mengenali dan menambah ilmu baharu dengan melihat booth pameran mengenai pelbagai benda dan ada juga yang sekadar melihat-lihat suasana yang ramai itu dengan tangan kosong bersama-sama rakan-rakan.

Taufan: Fuh, hasil kerja keras yang amat membanggakan!

Taufan berkata seraya menatap bangga akan suasana riuh-rendah yang sedang berlaku di hadapannya. Sungguh terasa senang sekali kerana selama ini dia dan rakan-rakan setugas telah bertungkus-lumus serta bermandi peluh bagi menyiapkan setiap tempat untuk dijadikan tempat meniaga dan pertunjukan. Jadi apabila dapat melihat penat lelahnya berjaya, mereka semua dapat menarik nafas lega.

Blaze: Eh, nanti pukul 1 akan ada pertunjukan drama kan?

Taufan: Huh? Oh, ya! Betul jugak! Kelab aku ada mintak pihak sekolah untuk benarkan kitorang buat satu pentas lakonan untuk kasi meriah lagi festival ni!

Thorn: Woah! Macam best je bunyinya! Taufan terlibat sekali tak?

Taufan: Hehe! Aku jadi pembaca latar je! Tapi pelakon-pelakon semua aku gerenti best-best!

Ais: Mesti kau ada rancang sesuatu di luar pengetahuan kitorang kan...?

Taufan hanya tersengih kambing. Sudah tentu tepat sekali dengan apa yang dipersoalkan oleh Ais sebentar tadi! Dia sudah lama merancang perkara ini dan terima kasih juga kepada rakan-rakan satu kelabnya yang lain kerana turut memberi kerjasama di sepanjang aktiviti persiapan itu dilakukan selama ini.

Taufan: (smirk) Sekarang, tinggal cari dan sediakan pelakon utama je...

.
.
.

Jam sudah menunjukkan tepat 6.45 petang. Dan suasana dalam akademi tersebut kelihatannya sudah beransur reda kerana sebilangan besar pengunjung dan orang luar telah pulang dan meninggalkan saki-baki pelajar yang selebihnya di sana.

Sesuai dengan jadual perancangan terakhir mereka iaitu mengakhiri festival dengan nyalaan unggun api beserta festa tarian dan bunga api, kini sebilangan besar para pelajar sudahpun berkumpul di tapak arena sukan akademi yang luas bagi merayakan upacara penutupan dengan gilang gemilangnya.

Tidak terkecuali juga, Gempa bersama-sama saudara-saudaranya yang lain turut berada di antara keramaian itu baik sedang bergurau senda mahupun berbual biasa sahaja dengan pelajar-pelajar yang lain. Sedangkan Gempa, selaku ketua perwakilan pelajar harus berada di atas pentas bagi mewakili pengetua akademi mereka untuk merasmikan upacara penutupan pada hari itu.

Gempa: Aahh... test, test. Semua boleh dengar?

All: Boleh!!

Gempa: (senyum) Baik, terima kasih. Uhm, baiklah semua. Saya sendiri pun tak nak cakap banyak sebab saya pasti kamu semua pun mesti dah tak sabar-sabar nak menari dan tengok bunga api sempena upacara penutupan hari ni.

Kesemua pelajar yang ada di situ mengangguk dan berkata setuju. Jelas kelihatan di wajah masing-masing perasaan dan jiwa berkobar di dalam hati.

Gempa: Ok, sebelum saya merasmikan upacara, terlebih dahulu saya nak beritahu, eh bukan. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab anda semua telah berjaya menjayakan festival kita pada hari ini. Berikan tepukan gemuruh pada diri masing-masing!

Pak! Pak! Pak! Pak! Seluruh kawasan tersebut dapat dengan dengan jelas bunyi tepukan gemuruh yang dihasilkan oleh pelajar di sana. Masing-masing tersenyum antara satu sama lain dan turut memasangkan wajah bangga terhadap diri sendiri atas apa yang diucapkan oleh Gempa sebentar tadi.

Gempa: Saya yakin, semua dah berikan 120% usaha sendiri untuk hari ini. Dan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kamu semua, kerana tanpa bantuan kamu semua, saya juga tak mampu lakukannya sendirian. Terutama para ahli jabatan perwakilan pelajar dan rakan-rakan terdekat yang memang tidak pernah mengeluh dalam menolong saya selama ini. Terima kasih semua!

Sekali lagi kawasan itu dimeriahkan dengan bunyi tepukan gemuruh para pelajar. Sehingga ada yang bersorak riang kerana saking gembiranya.

Gempa: Baiklah, tanpa membuang masa lagi... dengan ini, saya merasmikan upacara penutupan festival ini. Tahniah semua!

All: Woooo!!! (tepuk tangan)

Setelah selesai berucap, Gempa pun segera turun dari kawasan pentas untuk pergi jauh dari kawasan dataran yang sudah kecoh dengan para pelajar yang sedang sibuk bersiap-siap untuk menari. Setelah berpamitan dengan rakan-rakannya yang akan menguruskan upacara penutup, Gempa pun terus mempercepatkan langkah menuju ke kawasan pokok yang sudah tidak asing dalam memorinya.

Gempa: Halilintar...

Gempa tersenyum. Menemui sosok seseorang yang amat dikenalinya yang kini sedang berdiri membelakanginya.

Gempa berjalan mendekati insan tersebut dan kemudian merangkul sebelah tangannya untuk dipeluk di samping dia juga turut mendaratkan wajahnya pada bahu lelaki itu.

Hali: Kata kejap...

Gempa: Hehe! Halilintar cemburu ya?

Hali: Ceh, lewat 3 minit je. Lagipun asal kau datang, aku dah gembira.

Gempa tersenyum sambil tersipu-sipu malu. Seterusnya, mereka berdua pun berubah tempat dari berdiri kepada duduk bersandar pada batang pokok yang menjadi tempat teduh mereka di samping menjadi tempat strategik untuk melihat bunga api yang akan dinyalakan tidak lama lagi.

Gempa: Halilintar...

Hali: Hm?

Gempa: Tak lama lagi kita semua akan lulus. Adakah kita akan bersama lagi?

Hali diam untuk berfikir. Wajahnya tidak kelihatan cemberut, resah mahupun terlalu gembira. Namun apa yang pasti, dia kelihatan cukup tenang sekali.

Hali: I don't think so.

Gempa terkejut mendengar jawapan tersebut. Pelukan dan sandarannya terhadap Hali terus terputus dengan dirinya menatap Hali dengan kening yang berkerut.

Gempa: K-kenapa? Halilintar dan bosan ke dengan aku?

Hali tertawa. Dia kemudian mencubit lembut pipi gebu Gempa sebelum seterusnya dia pun mencium dahi Gempa.

Hali: No, Lyubov. I will never leave you or break up with you. Not even make you hurt. Maksud aku, kita takkan bersama macam biasa dah. Sebab lepasni aku akan masuk kem tentera dan Gempa akan fokus dekat syarikat ayah.

Gempa: A-ah... betul juga. Jadi... ldr?

Hali: (angguk) Yes. Ldr. Tapi jangan risau. Hati aku hanya untuk kau sorang.

Gempa: (blush) Mulut manis ya sekarang?

Hali: Only with you.

Mereka berdua pun akhirnya tertawa bersama dengan menyatukan dahi masing-masing dan kekal dekat antara satu sama lain. Setelah berhenti, mata mereka saling menatap antara satu sama lain sebelum kemudiannya, kelopak mata mereka tertutup dan bibir mereka pula yang bersatu dengan lembut.

Piieewww... POW!!

Mata mereka terbuka semula namun ciuman masih tidak putus. Sebaliknya, mereka terus memperdalamkan ciuman mereka dan membunuh jarak antara satu sama lain dengan saling memeluk tubuh masing-masing. Seolah-olah ingin menyalurkan segala macam perasaan dengan tautan bibir yang hangat.

Setelah puas bercium, akhirnya bibir mereka terpisah dan mereka saling menatap antara satu sama lain dengan lama.

Hali: I love you, Lyubov.

Gempa: Love you so much too, Mio Marito.

Mereka tersenyum. Dan kemudiannya kembali saling bersandar antara satu sama lain untuk melihat dan menikmati suasana pemandangan indah warna-warni bunga api yang menghiasi langit kian menjelma malam.

Sesungguhnya, mereka tidak tahu apa yang akan jadi kedepannya, tetapi apa yang mereka pasti ialah mereka berdua akan tetap bersama hingga ke akhirnya. Halilintar untuk Gempa dan Gempa untuk Halilintar. Saling melengkapi antara satu sama lain. Sehingga ke akhirnya.











-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro