Forgive me..? ...nope! (15)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah masuk 1 minggu setelah pergaduhan antara HaliGem. Keduanya masih dalam keadaan yang dingin dan tidak berinteraksi antara satu sama lain sama sekali. Ditambah pula dengan Hali yang sudah mula menggiatkan diri dalam aktiviti berkawad tentera dan bekerja sambilan. Serta Gempa yang jadualnya saban hari semakin sibuk dengan banyak program sehingga Gempa jarang pulang ke rumah.

Taufan menyimpan bukunya di dalam loker bawah mejanya. Wajahnya semakin kerisauan. Mengingat kembali situasi rumah yang semakin lama semakin dingin.

Flashback

Solar: Blaze! Taufan! Kembalikan buku aku!!

Taufan: Sorry, Solar! Kami terpaksa~!!

Solar berhenti dari mengejar 2 makhluk pembikin masalah. Dia bercekak pinggang di samping mendengus kesal dalam kelelahan berlari mengejar duo itu.

Solar: Apa yang korang terpaksa sangat tu hah?!

Blaze: Hehe! Terpaksa pisahkan kau dengan bukulah!

Solar: Hah?! Apsal pulak?!

Taufan: Kan tak elok baca buku selalu? Eh, kau tak tahu ke Solar? Boleh jadi gila tau kalau bijak sangat!

Solar: Teori hipotesis mana kau pakai ha lahanot?!

Blaze: Ish ish ish...inilah manusia. Suka sangat ikut hal ehwal semasa dan viral, tapi tak tahu apa-apa di belakang tabir!

Taufan: Haish~ arwah sinaran 'cahaya' tu bijak orangnya.

Aura Solar semakin membara. Terkesan dengan segala kata-kata Blaze dan Taufan. Manakala Thorn pula sedang asyik bermain pokoknya di sebelah Ais yang sedang tidur sambil air liur meleleh.

Thorn: Mari cik pokok! Kita main pok anai-anai! Tepuk anai-anai-

Ais: Thorn...tepuk amai-amai lah...

Thorn: Eh? Tapi Tok Aba kan ajar kita pok anai-anai?

Ais: Kalau kau bijak kau akan sebut tepuk amai-amai...

Thorn: ...

Ais: ...ops.

Thorn: Ho, jadi Ais nak cakap Thorn bodoh ke? (aura menyeramkan)

Tiba-tiba terasa suasana sekeliling lain semacam. Dingin siot. Ais memandang Thorn dengan keringat dingin. Kelihatannya Thorn sedang memberikan sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsirkan tetapi menyeramkan.

Ais: Uuuhh...s-sorry Thorn....

Thorn: Sorry ya...~??? (smirk)

Ais: Ho boi...matilah akuuuuu~ ;;-;;

Klang!

Bunyi suatu besi terjatuh ke lantai menghentikan suasana atmosfera yang hangat dan dingin itu tadi. Ke-5 manusia yang berada di situ menatap suasana dapur yang jaraknya berdekatan dengan mereka.

Taufan berjalan masuk ke dalam dapur tersebut. Ternampak Gempa sedang membungkuk dan mengangkat sudip yang nyatanya terjatuh tadi.

Taufan: Gem? Kau ok?

Gempa: ...ok je. (senyum)

Taufan berjalan mendekati Gempa. Jelas terpancar wajah kerisauan si pengendali angin itu kepada si pengendali tanah.

Taufan: Gem...kau...masih tak berbaik dengan Hali?

Taufan bertanya risau. Dan dia melihat reaksi Gempa yang semakin kelam. Namun dia perasan yang Gempa sedang menyembunyikannya daripada Taufan.

Gempa pantas menggeleng.

Gempa: Semuanya baik-baik saja.

Dan sekilas pandangan dari dapur, Gempa ternampak Hali yang berjalan melepasi ruang dapur itu tadi. Gempa memandang Hali lama. Namun tidak lama kemudian dia mengalihkan pandangannya dengan sambung memasak. Dan Hali perasan Gempa berada di dapur. Dia berhenti dari berjalan. Menatap belakang Gempa dalam diam.

Hali mengepal tangannya geram. Jiwanya meracau apabila melihat Gempa membelakanginya. Oleh disebabkan tidak mahu memburukkan suasan, Hali hanya berlalu pergi. Keluar dari rumah dalam keadaan hati yang sungguh berat.

Taufan, yang sedari tadi menyaksikan segalanya mula perasan akan suasana 2 orang itu. Dia menghela nafas.

End Flashback

"Sampai macam tu sekali ke diorang bergaduh?"

Taufan termenung. Agak sukar baginya untuk duduk senang apabila memandang situasi Hali dan Gempa. Nampaknya dalam masa 1 minggu hubungan mereka sudah jauh merenggang.

Taufan menongkat dagu. Memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk menyatukan Hali dan Gempa kembali. Risau andai suatu hari nanti salah satu dari mereka akan berpisah jauh.

Taufan: Haih...apa nak buat ni?

.

.

.

Di samping itu,  di pejabat Gempa. Gempa sedang khusyuk membacakan beberapa butiran di sehelai kertas berwarna putih. Dan tidak lama kemudian terdengar bunyi ketukan pintu.

Tok! Tok! Tok!

Gempa: Masuk.

Yaya: (buka pintu) Umm...Gempa?

Gempa mendongak dari kertas yang dibacanya. Dia melihat Yaya di muka pintu sambil memegang sampul surat putih. Wajah Yaya kelihatan gusar.

Gempa: Kenapa, Yaya?

Yaya: Umm...kau kena baca ni.

Yaya berjalan mendekati Gempa di samping menutup pintu pejabat itu rapat. Gempa merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

.

.

.

Fang: Jadi...diorang masih belum berbaik?

Fang menatap 5 orang kembar di hadapannya. Donut lobak merah yang berada di tangannya baru digigit sedikit. Dia memfokuskan dirinya kepada 5 orang itu.

Taufan: Ha'a. Kelmarin kita punya rancangan sudah buat hubungan mereka.makin renggang.

Solar: Tak kira macam mana pun...hanya mereka sahaja yang boleh menyatukan diri sendiri.

Thorn: Solar, apa akan jadi pada Mama dan Papa? Diorang takkan berbaik sampa bila-bila ke?

Solar menepuk kepala Thorn lembut. Sambil tersenyum paksa Solar berkata,

Solar: Aku yakin diorang akan berbaik semula.

Ais: ...apa yang menyebabkan pergaduhan ni?

Solar: Tak pasti. Tapi seperti yang aku kata, mesti perkara yang dah lepas yang kita tak tahu ni.

Taufan: Hmm...takpelah. Apa-apa pun, kita kena tengok dulu apa yang jadi. Jangan sampai berlaku seperti kelmarin.

Yang lain sekadar mengangguk faham. Nampaknya mereka sudah sedar, Hali dan Gempa agak sukar dikawal kerana mereka berdua lebih sering berinteraksi secara diam. Dan ditambah pula mereka berdua jenis yang suka lakukan perkara dengan sendiri.

Dan dalam minda mereka masing-masing, mengimbas kembali perkara yang terjadi kelmarin.

Flashback

.

.

.

Gempa berjalan bersama Solar sehingga akhirnya mereka tiba di depan kelas Gempa. Kelas Solar di tingkat paling atas. Makmal.

Gempa: Oklah Solar. Terima kasih sebab sudi tunjuk ajar. Senanglah aku lepasni dalam kelas.

Solar: Hahaha! Kau ni memang dah pandai Gempa. Aku harap kau dapat score A+ dalam teras utama kau ni.

Gempa mengangguk dengan teruja. Suka apabila Solar memberikannya harapan. Barulah terasa bahawa diri ini wujud di dalam dunia mereka.

Dan tanpa disedari oleh Gempa, Solar memandangnya lama dan tangan Solar secara tiba-tiba menyentuh wajah Gempa. Membuatkan Gempa memandang Solar pelik.

Gempa: Solar...?

Solar: Eh? Aa...s-sorry. Uhh..a-aku pergi ke kelas dulu.

Gempa: Baiklah. Hati-hati, ya?

Solar mengangguk faham lalu melambaikan tangannya kepada Gempa dan ikut dibalas oleh Gempa dengan mesra. Sebaik sahaja Solar hilang dari pandangan, baru sahaja Gempa ingin berpusing masuk ke kelas, terlihat kelibat seseorang sedang berjalan melepasinya dengan kadar yang cepat.

Seperti dalam keadaan slow-mo. Gempa dapat melihat wajah yang melintasi di depan kelasnya. Iris emas Gempa tertacap pada wajah dan iris yang dingin itu. Sinaran iris ruby nya berwarna terang dan bersinar.

"Halilintar..?"

Lalu Hali berjalan dan berlalu pergi sahaja meninggalkan Gempa yang masih tercegat berdiri di depan pintu kelas. Entah kenapa situasi yang tadi nampak macam sedikit canggung. Mereka berdua dah tidak bertegur sapa seperti dulu.

"Padahal aku nak jaga hubungan baik kita semua..."

Gempa menghela nafasnya berat. Dia mempersalahkan dirinya untuk segalanya kerana terlalu egois. Dia masuk ke dalam kelas teras pilihannya. Semoga saja hari ini dia dapat fokus untuk belajar.

.
.
.

Di waktu rehat, kelas perdagangan berakhir. Hali dan Gempa mula mengemas barang mereka berdua. Langsung tidak bertegur sapa walaupun mereka duduk sebelah bersebelahan. Dan itu juga salah satu rancangan yang lain.

Solar: Gempa?

Solar menjenguk dari luar kelas teras perdagangan. Dia mencari kelibat Gempa di dalam kelas itu. Mengabaikan juga renungan dan suara-suara sumbang yang naik gila apabila Solar ada di dalam kelas itu. Tak cukup dengan Hali, ditambah Solar pula semakin suka para siswi kelas itu. Kalau ditambah Ais, sudah pasti ramai yang pengsan terharu. Trio Cool kan~ Uwu

Gempa segera bangun dari duduknya. Dia memikulkan begnya dan membawa bukunya di tangan. Dengan kadar yang segera Gempa terus beredar dari tempat duduknya. Manakala Hali, dia memandang Gempa dan Solar secara bergilir-gilir sebaik sahaja Gempa tiba di tempat Solar berada.

"Tak tahulah aku nak cakap apa, tapi rasa macam nak tumbuk gile muka Solar sekarang."

Hali mendengus marah. Dia pun mencuba untuk mengabaikan perasaan itu. Dia memikulkan begnya lalu ingin keluar dari kelas mengikut pintu belakang. Namun irisnya masih tetap melihat 2 orang itu.

Gempa: Kau tunggu aku ke tadi?

Solar: Ada lah sekejap. Kau baru selesai kelas?

Gempa: (angguk) Maaflah buat kau menunggu..

Solar: Takpe. (pegang bahu Gempa) Asalkan-

SPAM!!!

Solar: OPOCOT! (terkejut)

Mendengar bunyi yang kuat tadi, terus 1 kelas mula mencari tempat asalnya. Dan mereka menjangkakan sesuatu. Mereka pun menoleh ke belakang serentak.

Kelihatan Hali sedang memegang pintu dengan aura yang.... tak dapat ditafsir tapi yang pasti sangat menyeramkan. Rupanya Hali sengaja membukakan pintu dengan kuat (pintu ala kelas Jepun) sebaik sahaja dia melihat Solar menyentuh Gempa.

Hali: Cis, kalau aku dapat kau nanti siap kau. (bisik)

Hali pun berlalu pergi dari kelas itu. Dia meninggalkan suasana yang sunyi sepi di dalamnya.

Gopal: Hiiee~!! Seramnya Hali ni!

Yaya: Entahnya. Dia cemburu lah kot sebab Solar layan Gempa tadi.

Namun hal itu tidak disedari oleh Solar mahupun Gempa. Mereka berdua teruskan giat mereka untuk keluar rehat bersama.

.

.

.

Gempa: Nah, aku bawa bekal ni.

Gempa menghulurkan sebuah bekas tupperwear bersaiz sederhana kepada Solar.

Kini mereka berdua berada di dalam taman mini perpustakaan. Suasana yang tenang dihiasi pokok-pokok dan ada kolam ikan. Taman mini perpustakaan ini dibuat khas untuk pelajar yang mahu ulang kaji pelajaran dan menenangkan diri. Jika di perpustakaan terlalu ramai orang, taman mini ini sentiasa terbuka untuk semua. Ini juga salah satu hasil kerja keras Gempa sewaktu dia menjadi ketua pelajar. (Sekarang pun sama... :3)

Solar: Uuhh..takpe ke?

Gempa: Makanlah. Ini kan cekodok pisang yang kau selalu minta aku buat dulu?

Gempa melemparkan senyuman lebar. Walhal dia mahu menyorokkan tawanya apabila teringat kembali Solar sampai menangis kerana sangat menginginkan cekodok itu sewaktu mereka kecil. Nasib baiklah yang lain ada jadi sewaktu mereka melayan Solar, Gempa terus buatkan cekodok itu bersama Taufan dan Hali.

Mengingat kembali kenangan itu. Semuanya manis-manis belaka. Walaupun ada pahitnya namun mereka dengan mudah menangkisnya. Namun kini, kesemuanya menjadi haru-biru. Tidak terkawal. Melihat keadaan sekarang membuatkan Gempa sedikit suram.

Solar: (tengok Gempa) ...kau ni memang suka berfikir ekk?

Gempa: Eh? Apa?

Solar: Yelah, kau ni asal diam je, macam-macam reaksi muka kau tunjuk. Muka sedih, gembira, marah dan yang pelik pun ada! Apa yang kau selalu fikirkan hah? (ambil cekodok)

Gempa: Uuhh...tak pun. Cuma teringat kenangan lama kita semua. Itu je. Heheh...rindunya.

Solar: Ouh... (makan cekodok)

Solar mengunyah cekodok yang ada di dalam mulutnya. Pandangannya masih tidak lari dari Gempa. Dia sedang fikirkan sesuatu. Patutkah dia tanyakan Gempa sekarang? Tapi jika tidak ditanya, sampai habis buku ini pun belum tentu semuanya akan selesai kan?

Solar: Uuhh...Gempa.

Gempa: Hn? (makan cekodok)

"Alahai...comelnya."

Solar termenung seketika melihat Gempa yang sedang makan cekodok. Memandangkan wajah Gempa juga sama seperti yang lain, pastinya ada mirip Thorn. Jadi bila Gempa makan sesuatu, pipi gebunya yang sudah tembam pasti akan bertambah bulat apabila Gempa sedang makan sesuatu.

Tengok pipi Gempa yang bulat dan gebu itu, mahu saja Solar menampar wajah tu sebab geram sangat.

"Heish...sabar jelah."

Solar menggelengkan kepalanya bersama mengurutkan dadanya. Aduh... cobaan.

Gempa: Kenapa Solar?

Solar: Ah, tak. A-aku nak tanya kau something ni.

Gempa: Hn?

Solar: Uuhh... kau... dan Hali gaduh ya?

...

Gempa berhenti dari mengunyah. Dia menelan kunyahannya lalu menatap meja yang sedang mereka duduki sekarang. Pandangannya berubah.

Solar: Uuhh... betul ke Gempa?

Gempa: ...mm.. kau jangan bagitahu yang lain, ya?

Solar: .... ok.

"Padahal yang lain sudah tahu kot."

Solar mendengus kesal. Mahu tidak mahu dia terpaksa menipu Gempa. Khawatir kalau akan memburukkan keadaan nanti. Takpelah, tipu sunat je.

Gempa: Ha'a. Aku dan Halilintar bergaduh.

Solar: Berapa lama dah korang berdua bergaduh?

Gempa: ...baru je minggu lepas.

Solar: Minggu lepas?! Lamanya! Korang bukan ke selalu gaduh paling lama 3 hari je!?

Gempa diamkan diri. Dia mengepalkan tangannya.

Gempa: K-kali ni lain..

Solar memandang Gempa lama. Entah kenapa dia harus bagaimana lagi untuk membaikkan mereka berdua ini. Sudah seminggu. Kalau dikirakan minggu lepas baru sahaja habis festival.

Solar: Uuhh... boleh aku tahu tak? Sebab apa korang gaduh?

Gempa menatap Solar seketika sebelum dia kembali menunduk. Dia menghela nafas.

Gempa: Sebab...

.

.

.

Solar: Oh, macam tu.. jadi sampai sekarang kau masih simpan perasaan tu?

Gempa meanggukkan kepalanya. Kini dia menompangkan dagunya di atas lengannya sendiri. Wajahnya sayu sebaik sahaja habis bercerita. Walaupun sedikit lega namun masih ia mengganggu fikiran Gempa.

Solar: Gem, last soalan.

Gempa memusingkan kepalanya. Dia menatap Solar dan bersedia untuk menjawab.

Solar: Kau... masih sukakan Hali ke?

Gempa terus duduk dari duduk bongkoknya. Riak wajahnya memaparkan bawah dia sedang terkejut.

Gempa: A-apa Solar?

Solar: Kau, suka Hali lagi tak?

Gempa: I-itu...

Solar: Jawab Gempa. Sama ada suka ataupun tidak. Pilih.

Gempa: A-aku...

Riiingg~~

Deringan telefon yang keluar dari telefon Gempa mengagetkan keduanya di situ. Gempa segera mengeluarkan telefonnya dari dalam saku poketnya lalu melihat layar telefon yang sedang berdering itu.

"Yaya?"

Kerana penasaran Gempa segera menjawab panggilan tersebut. Solar hanya diam dan memerhatikan perbualan itu.

Gempa: Helo, Yaya?

....

Gempa: ...huh? Ada orang nak jumpa aku? Siapa?

...

Gempa: Baiklah. Kau suruh dia tunggu di situ. Aku akan pergi sekarang. Dah uhh... minta Ying panggilkan pengetua juga, ya? Aku ada hal nak bincang.

...

Gempa: Baiklah.

Duutt-

Sebaik sahaja panggilan berakhir, Gempa menyimpan kembali telefonnya di dalam poket seluar lalu menatap Solar yang masih sedang memandangnya.

Solar: Kenapa?

Gempa: Uuhh...Solar. Aku kena pergi ke pejabat sekarang. Yaya call tadi kata ada orang nak jumpa aku.

Solar: Ouh. Ok. Kau pergilah. Hati-hati ya?

Gempa tersenyum apabila mendapat keizinan Solar. Lalu dia bangkit dari duduknya dan meminta diri untuk beredar. Gempa memikul beg dan membawa barang dan bukunya di tangan lalu segera beredar dengan kelajuan yang sederhana cepat.

Solar hanya memandang Gempa berlalu pergi sambil menyambung kunyahannya memakan cekodok. Tidak sedar ada orang sedang menghampirinya dan aura orang itu amat bahaya.

DANG!!

Solar: (gasp) Huh?!

Solar segera mendongak apabila dirinya dikejutkan oleh seseorang yang tiba-tiba datang memukul meja.

Mata Solar membutang apabila melihat wajah orang itu. Manik merahnya menyala terang dan wajah bengisnya jelas kelihatan.

Solar: Huh?! Hali?!

Hali: Aku akan pastikan kau menyesal.

Solar sudah merasakan perasaan tidak sedap hati. Apakah yang akan terjadi kepadanya nanti?

.

.

.

1 jam berlalu, Gempa akhirnya bangun dari tempat duduknya lalu bersalaman dengan seorang lelaki yang berkot kemas dan pengetua sekolahnya.

Gempa: Terima kasih encik kerana sudi membantu saya.

Lelaki itu hanya menangguk lalu segera beredar bersama beg pejabatnya. Sebaik sahaja lelaki itu beredar, pengetua berjalan menghampiri Gempa.

Pengetua: Kamu pasti mahu lakukannya untuk kali ke-2?

Gempa: Ya cikgu.

Pengetua: Baiklah. Kalau itu cadangan kamu saya tiada masalah. Memandangkan kos untuk lakukannya juga tidak terlalu besar. Boleh saya tahu kenapa kamu mahu membuatnya semula?

Gempa tersenyum apabila soalan itu diutarakan kepadanya. Dia menunduk dalam senyumannya. Terlihat wajahnya merona kecil.

Gempa: Saya... nak tebus segalanya.

Pengetua memandang Gempa lama sebelum kemudian dia mengangguk faham. Dia menepuk-nepuk bahu Gempa lalu beredar dan keluar dari pejabat Gempa. Gempa hanya memandang pintu biliknya tertutup sebelum bunyi deringan telefon menghentikan lamunannya.

Riingg~

Gempa segera mengeluarkan telefonnya. Dia melihat nama tertera di situ.

Gempa: Taufan?

Dengan ragu-ragu Gempa menjawabnya dan entah kenapa Gempa tiba-tiba mendengar bunyi dentuman kuat entah dia tak tahu sama ada itu dari dalam telefon atau... di luar bangunan.

[Taufan: GEMPA!! GEMPA CEPAT DATANG KE BELAKANG SEKOLAH!!]

Gempa: Huh?! K-kenapa Taufan?!

[Taufan: HALI DAN SOLAR BERGADUH!! TOLONG GEMPA!!]

Gempa: Hah?! O-okay aku ke sana sekarang!!

Gempa segera menggenggam telefonnya sebaik sahaja telefon ditamatkan. Dia mengetap giginya geram.

"APA LAGI YANG KAU NAK HAH HALILINTAR?!"

Gempa mahu melepaskan amarahnya, namun dia terpaksa membatalkannya dahulu. Dia harus menghabiskan masalah ini dahulu.

.

.

.

DhooOM!!

BOOMM!!

ZHIIINNG-!!

KZZT!!

Blaze: Alamaaaakkk~!! Diorang makin teruk bergaduh ni!!

Taufan: Aku dah telefon Gempa! Harap-harap dia cepatlah!

Blaze: Takde cara lain ke nak hentikan diorang?!

Taufan: Ais! Kau tak boleh ke bekukan diorang?!

Taufan memandang Ais dengan pandangan penuh kerisauan. Risau andai Hali dan Solar tidak dapat dihentikan.

Ais: Tak boleh.. aku perlu sasarkan tepat dekat diorang. Kalau tersalah sasar bahaya takut terkena orang!

Taufan: Heisshh!! Habislah kalau diorang tak berhenti!!

Kerana apa? Hali dan Solar sudah mula bergaduh dan beradu kuasa. Hali menyerang Solar tanpa henti manakala Solar cuba menangkis dan menyerang balas. Terlihat luka dan darah keluar dari setiap badan mereka berdua.

Bukan itu sahaja. Banyak pokok, barang hiasan dan padang rumput yang sudah hancur dan rosak kerana kuasa mereka berdua.

Solar: ISH-!! APSAL KAU SERANG AKU HAH?!

Hali: AKU SERANG KAU SEBAB KAU TAK GUNA! KAU NAK RAMPAS GEMPA AKU YA?!!

Solar: KAU MENGARUT APA HAH?!! KAU YANG BUAT GEMPA TINGGALKAN KAU KAN!!?

Hali: EIII!!! KAU NIIII!! PEDANG HALILINTAR!!

Hali mengeluarkan pedang halilintarnya lalu dengan kecepatan kilat Hali mara ke arah Solar. Solar berkali-kali menangkis setiap serangan Hali namun kadang dia terpaksa menggunakan kuasanya untuk menyerang balas.

Solar: KAU SUDAH MELAMPAU HALI!!

Hali: DIAM!! LAWAN AKU KALAU KAU BERANI!!

Solar: KAU NI MEMANG NAK CABAR AKU!!!

Solar bersiap untuk menggunakan kuasa terkuatnya. Dia menargetkan Hali.

Trio: SOLAR! BERHENTI!!!

Solar: TEMBAKAN..!!

???: TANAH PENCENGKAM!!

GROOOMMH!!

Hali/Solar: HUH?!

Gerakan Hali dan Solar berhenti serentak. Itu kerana tiba-tiba tanah keluar dan mula mencengkam mereka berdua. Kuasa yang Hali dan Solar tidak perlu teka lagi. Segera mereka berdua dan yang lain memandang ke arah bangunan sekolah yang jalannya bersambung dengan belakang sekolah.

Taufan memandang susuk tubuh yang sedang berlari ke arah mereka semua. Dia menghela nafas lega.

Taufan: GEMPA!

Gempa: HENTIKAN SEMUA NI!! APA YANG KORANG BUAT HAH?!!

Gempa segera berlari mendapatkan Taufan dan yang lain.

Gempa: Taufan, apa sudah jadi?!

Taufan: K-kami ternampak Solar dan Hali berjalan menuju ke belakang sekolah. Sebab nak ambil tahu saja. Tapi... tak sangka tiba-tiba mereka bergaduh.

Blaze: Ha'a. Awal-awalnya diorang jerit-jerit beradu mulut dulu. Lepastu Hali terus serang Solar.

Gempa terus terkejut apabila mendengar kata-kata Taufan dan Blaze. Tanpa berkata banyak, Gempa segera berlari mendapatkan Solar dan Hali.

Gempa: Solar! Hali! Apa yang korang lakukan hah?!

Solar: Si Hali ni Gempa! Dia tiba-tiba serang aku! Dah lah kata aku ni nak rampas kau dari dia!

Hali: Oi! Memang betullah kan?! Kalau tak, memang kau takkan rapat lah dengan Gempa tu!

Solar: KAU TU YANG BODOH SANGAT SEBAB CEMBURU BUTA!!

Hali: SUKA HATI AKULAH!!

Gempa: Eh?! B-Berhenti!

Solar: Kau tak payah nak perasan sangatlah! GEMPA BUKANNYA MILIK KAU PUN!

Hali: APA KAU KATA?!!

Kemarahan Hali mula meningkat. Kekuatan kuasa elektrik muncul di sebalik badan-badannya yang terkurung di dalam tanah pencengkam.

Gempa: BERHENTI!!

Hali terus berhenti dari amarahnya. Dia melihat Gempa yang dalam keadaan tercungap-cungap dan termegah kerana berlari dan cuba menenangkan keadaan.

Gempa: Solar, betul ke Halilintar serang kau?

Solar: Ha'a! Memang kurang ajar dia ni!

Hali: Apa kau kata-?!

Gempa: DIAM!

Solar dan Hali terus mendiamkan diri mereka diikuti yang lain. Element yang lain mula berjalan menghampiri mereka ber-3.

Gempa mengabaikan kehadiran mereka. Sebaliknya dia mula menaiki batu-batuan tanah yang mencengkam Hali. Hali memandang Gempa yang sedang menghampirinya.

Hali: G-Gempa aku-!

PANG!!

Trio/Ais/Sol: HAH?!! (gasp)

Hali: ....

Hali diam seribu bahasa apabila dia tiba-tiba merasakan satu aliran hangat yang sedang berada di pipi kirinya. Dia kini sedang memandang ke sisi kanan kerana... telah menerima satu tamparan kuat dari... Gempa.

Gempa: Kau ni... memang dah melampau!!

Hali: G-Gempa aku-

PANG!!

Sekali lagi tamparan kuat hinggap di pipi. Kali ini di sisi kanan pula. Element yang lain sudah terlalu terkejut memandang situasi itu. Apakah yang sudah terjadi?!

Taufan: G-Gempa..!

Gempa: Diam Taufan!

Gempa memandang ke arah Hali kembali. Kedua tangannya yang sudah kebas kerana menampar wajah Hali tadi digenggam kuat menahan perit. Aliran air mata jernih mengalir keluar dari mata Gempa yang hanya Hali melihatnya.

Hali: Gempa..

Gempa: Kau melampau. Kau memang kurang ajar. Biadap. Tak guna! Kalau dah tahu orang bencikan kau buat apa kau nak harapkan lagi hah?!

Hali: SEBAB AKU SUKA KAU LAH!!

Gempa: TAPI AKU PERNAH KE SUKA KAU HAH?!

Hali: Kau dah janji Gempa! Kau dah janji!!

Gempa: Tak semua janji akan ditepati Halilintar!!

Hali: Kau sendiri yang katakan janji harus ditepati! Kau dah janji Gempa!!

Gempa: SUDAH!! Aku tak nak masalah baru akan timbul lagi! Halilintar, kalau kau masih nak tengok muka aku, baik kau diam saja. Jangan sibuk nak ambil tahu pasal hidup aku. Aku menyampah dan rimas!!

Usai berkata sedemikian, Gempa pun turun dari tanah itu lalu berjalan pergi sambil mengusap aliran air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Isakkan tangisannya dibiarkan yang lain mendengarinya. Dia tidak mahu sesiapa mengganggunya sekarang.

Dan yang lain, memandang Hali dengan pandangan bersalah.

Solar: Hali-

Hali: Aku takkan putus asa.

Taufan: Hali, janganlah degil. Kau nak Gempa betul-betul bencikan kau ke?

Hali: Aku kenal Gempa jauh lagi dari korang semua. Aku takkan putus asa.

Taufan menghela nafas. Ah... susahnya mahu nasihat orang yang degil dan keras kepala ni.

Namun sebaliknya, Hali menundukkan wajahnya. Topi yang dipakai di atas kepalanya membantu menyorokkan wajahnya yang tiada siapa tahu bahawa... dia sedang menangis.










==============
Ani: HHHHH-!!! MAKIN TERUK PULA JADINYAAA!! ;;w;;

Zie: Alamak... apa kita dah buat ni Ani? ^=^'

Ani: Uuhh...entah lah kak! Jom kita pikir pula macam mana nak baikkan mereka balik? Ani dah takut dah ni nanti kena serang oleh... gulp. Reader... ;;w;;

Zie: E-elok juga tu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro