What Happen Next? (14)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hembusan angin bayu di pagi hari menyapa wajah seseorang yang sedang termenung di tingkap koridor sekolah. Dia sedang termenungkan sesuatu yang membuatkan wajahnya sayu. Kadang, dia akan menarik dan menghembus nafas kecewa. Kadang membenamkan wajahnya di tangannya yang dilipat bersama di atas koridor itu. Segala kerunsingannya diperhatikan oleh seseorang.

Orang itu berjalan menghampirinya. Dibetulkan sedikit cermin matanya untuk meyakinkan sedikit dirinya.

Fang: Taufan?

Taufan: Hn?

Taufan menoleh. Dia ternampak Fang sedang berdiri di sebelahnya dengan jarak yang agak jauh. Tak sangka suara panggilan Fang tadi cukup didengari oleh Taufan.

Fang berjalan lebih dekat.

Fang: Uuhh..itu...kau ok?

Taufan memandang Fang lama. Fang sudah kalut sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Malu untuk bercakap lama pada Taufan di hadapannya.

Taufan: (senyum) Aku ok Fang.

Fang memandang Taufan dalam. Adakah betul apa yang dikatakan oleh Taufan?

Fang: Taufan, kalau kau ada masalah share lah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke?

Taufan: Heheh! Terima kasih Fang! Tapi...aku tak rasa kot kau boleh tolong. Lainlah kalau itu masalah aku, kan?

Fang: Huh? Kenapa? Siapa punya masalah?

Taufan: Itu...Hali dan Gempa.

Fang berjalan mendekati Taufan dengan pandangan terkejut. Kenapa? Sebab Hali dan Gempa kan cukup terkenal dengan attitude mereka yang sekiranya tiada yang mencari masalah, mereka tidak akan mulakan apa-apa masalah.

Ditambah pula perwatakan Gempa yang sentiasa tenang dan sabar. Sudah tentu AMATLAH mustahil untuk Gempa bertengkar dengan sesiapa. Paling kuat membuktikan hal itu adalah kerana Halilintar dan Gempa saling menghormati antara satu sama lain. Mereka sering berpendapat yang sama dan bersetuju di tempat yang sama.

Fang: Jadi...macam mana mereka?

Taufan: Macam tulah. Kau faham tak Fang? Ship kau yang kau sayang selama ni dah rosak. Macam nak tenggelam di dasar laut macam tu.

Fang memandang Taufan dengan sweatdrop. Melampau betul dia punya kecewa ni.

Fang: Jangan risaulah. Mesti diorang berbaik semula nanti.

Taufan: Tapi berapa lama ya? Diorang paling lama gaduh pun 3 hari je. Aku takut kalau esok lusa masih di situasi yang sama.

Fang menepuk kepala Taufan sambil tersenyum. Taufan memandang ke arah Fang.

Fang: Jangan risau. Aku yakin pasti ada caranya.

Taufan: (senyum) Terima kasih, Fang! Terbaiklah kau.

Taufan memeluk Fang erat. Fang yang menerima pelukan tersebut terus kemerahan wajahnya. Jantungnya berdegup kencang apabila Taufan berbuat demikian.

.
.
.

Waktu rehat, Solar berjalan bersama Thorn. Itupun disebabkan permintaan Thorn. Kerana Solar tahu, mood Thorn tidak berapa baik sejak 2 menjak ni. Disebabkan hubungan HaliGem yang tiba-tiba dingin, habis semua penghuni rumah di dalam rumah kembar 7 itu tidak ceria seperti biasa.

Solar: Kau...masih risaukan Mama dan Papa?

Thorn memandang Solar. Dia mengangguk kecil.

Thorn: Thorn takut. Kalau Mama dan Papa dah tak bersama macam biasa. Papa pun dah macam asyik mengelak dari duduk rumah.

Solar mengimbas kembali situasi mereka ber-7 saat berada di rumah. Semenjak berlalunya festival koperasi tempoh hari, tiba-tiba hubungan HaliGem menjadi dingin.

Flashback

.
.
.

Solar berjalan menuruni tangga. Dia dapat menghidu bau aroma masakan yang enak dari dalam dapur. Dia menjenguk. Kelihatan Gempa sedang memasak sesuatu. Solar berjalan masuk ke ruang dapur dan menegur Gempa.

Solar: Gem? Kau masak apa?

Gempa: ....udang goreng.

Solar: Ouh. Umm...dah siap?

Gempa: Sikit lagi. Kau tolong panggilkan yang lain, ya?

Gempa menoleh memandang Solar. Solar membalas pandangan Gempa sambil tersenyum dan mengangguk. Pada waktu itu dia tidak perasan lagi akan perubahan pada Gempa.

Namun sebaik sahaja tiba waktu makan.

Trio: Yaaayy!! Makan!!

Gempa tersenyum lalu duduk di atas kerusi. Dia menikmati makanan yang terhidang di atas meja bersama 5 kembarnya. Dan jika dihitung bersama...hanya ada 6 di sana.

Thorn yang perasan akan kehilangan Hali terus memandang Gempa pelik. Gempa tak panggil ke? Bukan ke dia sering memastikan terlebih dahulu semua ada baru mula makan?

Thorn: Mama? Mana Papa?

Gempa: Aa? Uuhh...t-tak tahu.

Solar memandang Gempa dalam diam. Entah kenapa melalui reaksi Gempa tadi seperti bukan reaksi yang selalunya dilihat. Reaksi itu...seperti mahu larikan diri dari menyentuh topik 'Hali'.

Dan tidak lama kemudian, Hali berjalan turun melalui tangga dan melepasi ruang dapur. Blaze yang perasan akan kehadiran Hali terus memanggilnya.

Blaze: Papa? Tak nak makan ke?

Hali: ...tak.

Taufan: Tak pernah kau tak join kitorang makan.

Hali: Suka hatilah.

Suasana hening seketika. Hali memandang mereka ber-6. Dia sempat memandang Gempa yang hanya makan sahaja makanan yang tersedia. Tidak seperti yang lain yang sedang memandang Hali, Gempa malah seperti menganggap Hali tidak wujud di situ.

Hali mendengus kesal. Hatinya terasa sakit dan panas. Dia mengalihkan pandangannya lalu berjalan keluar dari rumah. Entah apa yang difikirkannya tak tahulah.

Klik!

Bunyi pintu tertutup memecahkan suasana sunyi. Yang.lain mula fokus kembali kepada makanan mereka. Tidak perasan pun bahawa ada sesuatu yang pelik di sekitar situ. Gempa tidak tanya pun ke mana Hali mahu pergi. Malah mengajaknya? Memang nampak macam mustahil sangat.

Blaze: Peliklah. Biasanya dia join saja kita makan, kan?

Taufan: Entahnya. Mood tak baiklah tu.

Solar: Atau ada sesiapa bergaduh dengan dia?

Solar menjeling kearah Gempa. Gempa berhenti kaku dari menyuap makanan di dalam mulutnya. Di situ Solar perasan, benarlah tanggapannya. Ada sesuatu yang berlaku antara Hali dan Gempa.

Gempa meletakkan sudu yang digunakannya di atas pinggan.

Gempa: Uuhh...a-aku minta izin untuk naik dulu.

Taufan: Oh, ok!

Gempa bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dari ruang dapur. Dia menaiki tingkat atas dan terus memasuki biliknya setelah itu dikunci dari dalam.

Ais: Apsal diorang 2 ni pelik semacam?

Thorn: Kita nak dapat adik baru ke? 0w0

Blaze: Kalau bolehlah... 😅

Solar: Aku tak rasa macam tu.

Semua pandangan fokus kepada Solar. Solar menghabiskan kunyahan terakhirnya. Dia memandang tepat 4 element di depannya.

Solar: Mereka bergaduh.

Taufan: Bergaduh? Kenapa?

Solar: Tak pasti. Sebab melalui perkara yang terjadi tadi...aku dapat buat kesimpulan yang mereka ada sembunyikan sesuatu dari kita.

Blaze: Contohnya?

Solar mengangkat bahu dan menggelengkan kepalanya.

Solar: Aku tak jumpa klu. Sebab kelmarin kita sibuk dengan festival.

Ais: ...seingat aku Hali bawa Gempa keluar sewaktu kami di café Gempa. Mesti hal itu terjadi waktu tu.

Blaze: Yelah kan? Sebelum tu elok je diorang buat babak romantik depan orang.

Ais: Amboi kau. Macam nak sangat je tengok.

Blaze: 😋

Taufan: Haih...apa pula yang jadi ni?

Kini kesemuanya diam. Thorn menunduk kecewa.

Thorn: Janganlah gaduh. Thorn tak suka bila Papa dan Mama gaduh.

Taufan: Kan bagus kalau kita tahu apa masalahnya.

Solar: Itulah masalahnnya. Kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Mengikut anggaran akulah, bukan sebab festival yang membuatkan mereka berdua bergaduh.

Ais: Maksudnya perkara yang sudah lepas diungkit.semula?

Solar: Boleh diterima.

Taufan: Kalau macam tu..kita kena baikkan mereka berdua semula! Lepas dah baik baru kita tanya. Setuju?

All kec. Tau: Setuju!

.
.
.

End Flashback

"Masalahnya sampai sekarang kami tak jumpa sebabnya..."

Solar mengusap wajahnya geram. Dia menghela nafas. Apa sebenarnya yang terjadi? Jika dulu di buku Happy Family mereka berdua bergaduh kerana perubahan Hali, kali ini apa pula? Gempa takkan berubah seinginnya. Manakala Hali berubah demi kebaikkan semua. Atau lebih tepat untuk Gempa. :v

Thorn: Solar?

Solar:  Hn? Ya, Thorn?

Thorn: Solar takde idea ke idea nak rapatkan balik hubungan Mama dan Papa?

Solar: Hmm...aku pun tak pasti. Kalau pakai cara cemburukan diorang?

Blaze: Cemburu? Macam mana? (muncul sebelah Solar)

Solar: Macam- OI MAK BLAZE KEPALA API!! (terkejut) B-Blaze! Apsal kau tiba-tiba muncul macam tu hah?!

Blaze: Hehehe! Sorry! Ha, cara cemburu macam mana korang nak buat?

Solar: Aku tak pasti...

Taufan: Ha!! (sergah Solar)

Solar: WOAAHH!! (terlompat peluk Thorn)

Thorn: Pfftt- (tahan gelak)

Solar: KORANG NI JANGAN KEJUTKAN AKU MACAM TU BOLEH TAK?!

Blaze: Eh! Eh! Sorry!!

Taufan: Hahahah! Ha, aku tahu macam mana nak cemburukan diorang! Kita kena guna Gempa!

Blaze&Solar: Gempa?

Taufan: Kita kena cari seseorang untuk jadi 'pak sanggup' dalam menjadi boyfriend plasu Gempa.

Thorn: Habistu Papa macam mana?

Taufan: (usap kepala Thorn) Jangan risau. Papa pun ada.

Taufan melemparkan senyuman manis kepada Thorn sambil mengusap kepala Thorn lembut. Manakala Thorn yang memandang senyuman Taufan juga ikut tersenyum. Dia percaya kepada Taufan.

Solar: Hmmm...jadi siapa yang akan jadi?

Ais: Siapa yang tanya...dia lah yang jadi.

Ais datang sambil memeluk bantal putih gebunya. Senyuman nakal dilemparkan ke Solar. Seperti mengejek Solar dan memerangkap Solar.

Solar menayang muka tak percaya.

Solar: Ha?! Aku?! Eish! Tak nak lah aku!!

Taufan: Hahaha! Alah, takde apalah. Jadi boyfriend palsu Gempa je pun. Lagipun bila nak ada peluang bermesra dengan Gempa kan?

Solar: Heish! Mesra tu mestilah aku nak! Tapi kena renjatan elektrik aku tak nak!!

Blaze: Pfft- hahahaah! Kau jadi jelah Solar. Apa masalahnya?

Solar tetap dengan keputusannya. Dia menggeleng-geleng kepalanya laju tanda protes. Manakala Taufan dan Blaze saling berpandangan dan mengangguk. Mata mereka tertumpu kepada Thorn.

Thorn: Hn? 0w0

Taufan memberikan isyarat untuk Thorn pujuk Solar. Dalam diam dia berbisik.

Taufan: Kan Thorn kata nak Mama dan Papa berbaik semula? Ha, suruh Solar jadi boyfriend Mama. Boleh? (bisik)

Thorn: Oh! Boleh! Boleh! Solar~ 😄

Solar startle kejap bila Thorn panggil dia. Ha, ni mesti ada sesuatu ni.

Solar: A-apa..?

Thorn: Solar jadilah boyprend Mama! Nanti Mama happy balik tau!

Solar: T-Thorn..bukan aku tak nak tapi-

Thorn: Alah...boleh lah... QwQ

Thorn menayangkan wajah kawaii-no-jutsu yang mana diturunkan dari gen Gempa kepadanya. Thorn mengerlipkan matanya memandang Solar meminta simpati. Solar yang sudah silau tengok cahaya yang entah dari mana boleh keluar dari balik badan Thorn mula mengangguk putus asa.

Solar: Ish! Yelah! Yelah!

Blaze&Taufan: Yes! (tutup lampu suluh)

Taufan dan Blaze keluar dari balik badan Thorn tempat mereka menyorok dan suluh lampu tadi. Patutlah silau semacam, ada 'belakang tabir' rupanya.

Solar: Haih...ok. Aku akan jadi boyfriend Gempa. Tapi dengan palsu je tau! Dan kalau aku kena serang dengan Hali nanti, aku nak korang 4 orang belanja aku dengan apa yang aku nak! Deal?

All kec. Solar: Deal!

Ais: Aku pun kena...haih. Nasiblah.

.

.

.

Keesokkan harinya, Gempa berjalan menuju ke sekolah berseorangan. Dia mahu tiba awal supaya segala matapelajaran yang dia pelajari malam tadi dapat dia tanya di bahagian dia tak faham pada cikgu nanti. Di tangannya memegang sebuah buku nota yang boleh digunakan sebagai nota ringkas yang padat untuk mudah diingati.

Gempa teruskan tabiat (buruknya) dan membaca sambil berjalan. Tidak sedar yang dia akan ditegur oleh seseorang daro belakang.

???: Gempa.

Gempa tidak dengar. Terlalu khusyuk membaca. Orang itu berjalan mendekati Gempa dan terus memanggil.

???: Gempa?

Masih diam. Wajah Gempa fokus memandang setiap ayat yang tertulis di buku itu. Dia juga menganalisis setiap contoh yang diberikan. Tidak sedar orang di sebelahnya memandangnya. Dan orang itu pun menepuk bahu Gempa lembut.

???: Gempa? (tepuk bahu Gempa)

Gempa: Huh? Hn? Oh...Solar. Awal bangun?

Solar: Patutnya aku yang tanya kau. Awalnya kau bertolak ke sekolah hari ni. Kau sempat sarapan tak?

Gempa: Oh, sempat je. Cuma aku nak cepat sebab aku nak tanya cikgu pasal teras aku ni. Haih...susahnya nak faham bila libatkan pengiraan ni.

Gempa mengeluh kelelahan sambil menatap muka buku yang ia pegang. Tak mahu Solar serba salah, Gempa pun menutup buku tersebut agar perbualan mereka dapat diteruskan lagi.

"Rajinnya dia. Padanlah nombor 1 selalu."

Solar berbisik di dalam hati. Kagum pula dengan diri Gempa yang kadang aneh tetapi itu buktinya berjaya. Solar tersenyum.

Solar: Bak sini buku kau tu.

Gempa: Eh? Tapi kau kan tak ambil teras ni..?

Solar: Jangan risau. Aku akan cuba tolong. Boleh study pasal akaun juga.

Gempa memandang Solar dengan tatapan ragu-ragu. Takpe ke ni? Tak menyusahkan? Namun Gempa hanya tersenyum biasa lalu memberikan Solar buku notanya. Solar mengambilnya lalu membuka di lembar muka surat dan bertanya kepada Gempa bahagian mana yang tidak faham.

Gempa: Di modul 5. Aku masih kurang lagi. Tapi dia bersambung pada modul 6. Aku lemah dalam cipta akaun banyak-banyak.

Solar: (baca) Oh, jadi di modul 5 ni kau belajar tentang lejar? Aku ada study sikit pasal ni. Untuk kau mudah faham, di soalan dia sudah sediakan jadual yang mana kau boleh buka akaun lejar.

Gempa: Err...macam mana tu?

Solar: Macam ni. Contohnya dia berikan petikan Jualan dan RM 1200 dalam soalan. Kau buka Akaun Jualan dan tulis jadualnya. Kau tahu kan macam mana nak tulis jadual?

Gempa menangguk.

Solar: Ok lepastu kau tulis je petikan yang ia katakan dalam jualan tu. Jualan biasanya di kredit. Jadi kau takkan tertukar dengan mudah. Kau hafal tak aset, liabiliti dan ekuiti pemilik?

Gempa: (angguk) Ya! Ya! Aku hafal! Oh, jadi kalau aku ingat formula yang tu aku boleh tahu macam mana nak bezakannya??

Solar tersenyum lalu mengusap kepala Gempa lambut.

Solar: Yup. Dan kalau jualan ni ada lagi di bahagian lain, kau kira saja seperti mana kau kira sebelum ni. Kalau nak aku terangkan, tunggu aku datang ke kelas kau, ya? Aku ajar macam mana nak kirakannya.

Gempa: Waaahh!! Betul ke?? Yay! Terima kasih, Solar!! Kau memang boleh diharap!

Gempa secara tiba-tiba memeluk Solar erat setelah melompat keriangan. Solar yang menerima pelukan dari Gempa terus bertukar wajah kepada kemerahan. Adakah ini sisi Gempa yang sering orang lain suka? Comel.

Gempa melepaskan pelukan mereka. Dia menatap Solar.

Gempa: Uhmm...maaflah sebab menyusahkan kau. Aku akan cuba ulang kaji modul ni banyak-banyak. Jadi takkan menyusahkan kau dah. 😄

Solar: Uuhh..ekehm! Y-ya...takpe. Kalau ada masalah tanya je... apa guna aku kalau tak boleh...tolong kau? //////

Gempa: Hehe! Betul juga. Jom ke sekolah sama-sama?

Solar tersenyum apabila Gempa menawarkan diri untuk berjalan bersama Solar. Solar rasa bahagia dan dadanya terasa hangat di pagi hari yang sejuk itu.

Solar: Jom.

Dan Solar berjalan bersama Gempa. Mereka sambung berbual tentang topik yang mereka bincangkan tadi.

Tanpa sedari langsung ada yang mengekori mereka dan memandang mereka dengan pandangan menyeramkan. Mata merenung mereka atau lebih tepatnya kepada Solar. Hatinya membara dalam kemarahan.








============
Ani: Uh-oh! Peperangan bakal berlakuuu!! :'DD

Zie: Harap-harap tak main pakai kuasa lah kan. ^^'

Ani: Hehe~ kita tengok diorang pakai kuasa ke tak! Jangan lupa teruskan mengikut update kami! Bye! XD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro