1 ♡ tuan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1 ♡ tuan

❝ I'm here missing you, always ❞

DENGARKANLAH kisah cintaku yang menyedihkan.

Dunia ini begitu kejam untukku. Manusia yang membuat dunia ini tidak begitu indah bagiku. Kutahan air mata derita ini, aku harap aku mati sahaja. Kenapa malaikat masih tidak mencabut nyawaku?

Apa salahku? Aku tidak minta hidup begini. Aku hanya ingin punya keluarga yang sentiasa ada, punya kawan-kawan yang ikhlas dan kekasih yang tulus mencintaiku. Hidup bahagia selamanya seperti cerita dongeng.

Apa keinginanku berlebihan?

Saat aku ingin putus asa, aku fikir hidupku berakhir setelah dijual. Ya, aku ialah 'budak'. Mereka manusia yang kejam, menjual anak perempuan yang masih kecil untuk mendapatkan keuntungan.

Aku salah satunya. Ibu ayahku mati dibunuh.

"Angkat kepala kau." Aku menggigil ketakutan, teragak-agak aku ingin memandang seorang lelaki di hadapanku.

Dia berpakaian serba hitam. Mata birunya... indah.

"Mulai hari ni aku tuan kau."

Tuan? Ah, aku kan dah dijual. Tetapi kenapa lelaki ini membeliku? Dia lelaki yang kelihatan lebih tinggi daripadaku, mana mungkin aku dapat mencapainya. Lelaki itu tatap aku buat aku tidak sedar menelan liur.

Aku takut.

"Kau sekarang milik aku, gadis kecil. Jadi akan aku berikan nama. Iliana, apa kau suka?" Lelaki yang bergelar Tuan itu memandangku.

Iliana? Tidak buruk juga. Aku cuba menatap Tuan yang juga memandangku. Apa dia jahat atau baik?

"Apa kau bisu? Tapi orang tua tu kata kau pandai bercakap, menulis dan membaca." Tuan tahu semua tentangku. Aku masih tidak berani ingin bercakap, lagi-lagi di depan lelaki ini.

Aku takut dengan manusia. Mereka kejam.

"Kau benar-benar bisu? Hah, menyusahkan." Terasa aku mendengarnya. Tangan besarnya menarik tangan kecilku buat aku tersipu malu. Hangat. Tuan mengenggam tangan kecilku.

Apa Tuan sebenarnya orang baik?

Tuan mula berhenti melangkah di hadapan kedai kek. Aku tertanya-tanya, kenapa Tuan membawaku ke sini? Tuan menatapku buat aku meneguk liur. Haish, aku benar-benar tidak boleh dengan tatapan indahnya.

"Kau suka kek apa? Aku belikan." Tergamam aku mendengarnya.

Tuan mula mengurut dahi sendiri.

"Ah, aku lupa kau bisu." Aku tak bisu tau!

Aku masuk ke dalam kedai kek bersama Tuan. Erat aku menggenggam pergelangan tangan Tuan, tubuhku menggigil ketakutan. Aku takut dengan tatapan manusia yang memandangku.

Tuan yang sedar tubuh kecilku menggigil, berpaling menatapku.

"Apa kau nak makan kek kat rumah?"

Aku angkat kepala memandang Tuan. Apa maksudnya? Tatapan Tuan, begitu datar.

"Aku lupa beritahu, ya? Kita akan tinggal berdua."

[♡]

"YANA, kau ialah anak aku dan aku ialah ayah kau. Bila ada orang tanya, katakan dekat mereka yang kita berdua anak dan ayah."

Aku mendiam tidak membalas. Aku kan bisu, mana dapat memberitahu mereka. Tuan bodoh, ya? Tapi sebenarnya aku tidak bisu, jadi aku rahsiakan dulu.

"Aku lupa lagi yang kau bisu." Tuan mengurut dahi lagi.

Ternyata ini rumah Tuan. Aku duduk di atas kerusi besar, kakiku dihayunkan beberapa kali. Aku yang masih kecil ini, pasti banyak menyusahkan Tuan. Tuan mula duduk di sebelah aku buat kedua-dua bahuku ternaik.

Kek strawberi dikeluarkan Tuan. Ini pertama kali aku melihat kek secantik itu, keluargaku miskin jadi kami hanya mampu beli roti keras dan makan sisa makanan yang ada.

Aku berharap arwah ibu dan ayahku juga boleh makan makanan lazat. Tiba-tiba mataku berkaca-kaca, mana boleh aku makan kek ini? Ini terlalu berlebihan untukku. Jika aku memakannya, aku seperti melakukan dosa besar.

"Kenapa kau tak makan?" soalnya. Laju aku menggeleng. Dia perasan air mataku yang mula mengalir laju.

Mesti Tuan anggap aku budak cengeng.

Terkedu aku tatkala kepalaku ditutupi dengan kain hitam yang tadi menutupi tubuh dan wajah Tuan. Aku mula memunculkan kepalaku dari terus ditutupi kain hitam, angkat kepala memandang Tuan yang sedang menatapku.

Ah, apa di hadapanku ini betul-betul manusia?

Rambut hitam dengan sepasang iris biru menawan itu. Wajah Tuan, aku melihatnya. Yang tadi wajahnya ditutup, kini jelas di mataku.

"Aku tahu apa yang kau fikirkan, tapi membazir tak baik. Aku belikan kek ni untuk kau makan."

Aku merasakan manusia begitu kejam, mereka sanggup melakukan apapun bahkan sampai membunuh demi keuntungan. Setelah ibu dan ayahku meninggal, aku kira tiada lagi manusia baik. Namun ternyata salah, Tuan baik kepadaku.

Bibirku bergetar hebat, membiarkan sahaja air mataku mengalir. Sedangkan aku masih anak kecil, kenapa begini? Aku tidak minta hidup begini.

Tuan menyinari hidupku yang gelap tanpa cahaya.

"Makan, biar aku suapkan."

Ini kisahku, yang penuh air mata.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^

Tyy sudi singgah karya baru rain, selamat berjuang bersama hanamaru ! 🐰💖 btw rain ceritakan dulu masa lalu mereka berdua. Kalau ada kekurangan dalam cerita ni, saya menyusun sepuluh jari :)

Finished on Wednesday, 28 February 2024
Published on Friday, 22 March 2024

714 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro