2 ♡ klip rambut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 ♡ klip rambut

DAH setahun aku tinggal bersama Tuan. Bagiku baru semalam Tuan membeliku. Aku turun dari katil, langkah kecilku keluar dari kamar. Tanganku menggosok mata, pandanganku samar-samar.

Apa yang aku lihat setelah bangun tidur, ada Tuan yang sedang menyiapkan kek strawberi. Aku berlari kecil mendekatinya.

Tuan!

"Kau dah bangun, Yana?" Tuan mengusap lembut kepalaku. Aku angguk kecil seraya memeluk pergelangan tangannya.

Hatiku riang apabila melihat Tuan. Andai Tuan tahu isi hatiku sekarang. Aku tersentak apabila Tuan mengangkat tubuh kecilku duduk di atas kerusi yang tinggi. Aku cuma tinggi pergelangan tangan Tuan.

Merona merah wajahku. Tuan mengangkatku.

"Kau masih belum pandai makan sendiri?" soal Tuan. Laju aku menggeleng, sebenarnya aku pandai je. Tapi aku nak Tuan suap aku setiap hari!

Kalau Tuan tahu, mesti Tuan tak nak suap aku lagi.

Tuan mengeluh kecil. Tangannya yang sedang memegang sudu berisikan potongan kek disuakan ke dalam mulut aku, aku dengan bahagia memakannya. Sesekali mata coklatku menatap Tuan yang turut memakan kek.

Tuan menggunakan sudu bekas mulutku! Membahang wajahku.

"Mulut kau comot, Yana." Ibu jari Tuan mula menyentuh hujung bibirku. Mengelap sisa kek strawberi.

Jantungku bagai mahu meletup. Ternaik-naik kedua bahuku apabila Tuan mendekat tiba-tiba, rambutku disentuh Tuan.

"Kan aku dah pesan banyak kali ikat rambut bila makan." Memerah wajahku. Membiarkan sahaja Tuan mengikat rambutku.

Wangi tubuh Tuan boleh buat aku gila. Aku masih berusia lapan tahun, tapi aku merasakan debaran aneh ini. Apabila di dekat Tuan, aku berasa tidak keruan. Tapi senang bila Tuan melayanku bagai puteri raja.

Aku ingin Tuan melayan aku lebih daripada ini.

Usai makan, Tuan mengajakku berjalan-jalan. Aku memeluk erat pergelangan tangan Tuan, aku masih belum terbiasa dengan manusia lainnya. Tetapi tidak apa! Tuan ada bersamaku. Aku berasa selamat jika Tuan ada.

"Kau tunggu sini. Aku nak belikan sesuatu."

Tuan? Aku mula melihat kiri dan kananku, Tuan menghilang. Baru sahaja tadi dia pesan kepadaku, aku sudah kehilangan jejaknya.

Kaki kecilku mula berlari walaupun sedang sesak dengan manusia, aku terpaksa berhimpit semata-mata ingin mencari Tuan. Mataku sudah berkaca-kaca, apa Tuan meninggalkan aku? Di tempat penuh manusia ini?

Aku takut manusia selain Tuan.

"Hei, adik manis. Nak ikut abang tak?" soal seorang lelaki berbadan gempal, dia kelihatan sedang mabuk.

Aku takut. Sekarang aku dah terlepas daripada manusia yang ramai, kenapa aku jadi terperangkap dekat lorong? Sedangkan aku ingin mencari Tuan.

Lelaki itu menarik tangan kecilku, aku cuba melepaskan tanganku.

"Lepaskan saya!" pintaku. Lelaki itu makin menyeringai.

"Nak lari mana, cik adik? Meh ikut abang, adik akan suka bila ikut abang."

"Tak nak!" balasku. Semakin kuat lelaki itu menarik tanganku.

Hei, hei, boleh putus tangan kecilku tau!

"Jangan degil!" marah lelaki itu buat aku tertelan liur tanpa sedar.

Berkaca-kaca mataku apabila lelaki itu tetap mendesakku. Aku takut, apa tiada siapa yang ingin menyelamatkanku? Tubuh kecil ini tiada apa-apanya, aku tidak dapat melakukan apapun.

Andai sahaja aku dapat putarkan kembali masa, aku seharusnya jadi anak yang baik untuk Tuan.

Tuan...

Shrak!

"Yana!" Automatik aku angkat kepala saat namaku dipanggil. Laju mataku ditutup dengan kain hitam, namun telingaku jelas mendengar lelaki yang mengangguku tadi mengerang sakit.

Apa yang berlaku? Aku tidak dapat melihat apa-apa. Ini jelas-jelas bau Tuan. Tiada lagi kedengaran erangan sakit, dapat dirasakan tubuh kecilku digendong lalu pergi dari sini. Apa aku sudah boleh membuka mataku?

Perlahan-lahan aku mencelikkan mataku, melirik ke arah Tuan. Benar ini Tuan. Dia sedang mengangkat tubuh kecilku. Tuan perlahan-lahan menghentikan langkah apabila mereka sudah jauh, diturunkan tubuhku ke bawah.

"Kau okey? Kenapa kau tak tunggu macam yang aku suruh? Jangan berkeliaran bila tiada aku!" Ternaik kedua-dua bahuku. Ini pertama kali Tuan memarahiku.

Aku takut, apa Tuan akan memukulku? Aku seharusnya jadi anak yang baik, bukan menyusahkan Tuan.

Tuan hanya berdecit kesal melihat wajahku yang ketakutan. Dia menundukkan sedikit tubuhnya agar menyamai ketinggian aku. Tuan mula mengeluarkan sesuatu lalu klip rambut dengan bentuk bunga aster merah jambu disepitkan pada rambutku.

Aku tergamam.

Bunga aster merah jambu, menyatakan perasaan sayang dan mengambil berat terhadap seseorang.

"Aku tak terlalu tahu makna bunga, tapi klip bunga ni lebih sesuai untuk kau. Jaga baik-baik. Dahlah, mari balik." Tuan berdiri semula, tangan kecilku ditariknya. Aku hanya mengikuti langkah Tuan.

Tanganku mula menyentuh klip rambut yang dihadiahkan Tuan. Hatiku perlahan-lahan berasa senang.

Finished on Friday, 8 March 2024
Published on Sunday, 24 March 2024

714 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro