12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


I'm not a heroin in this story

HANNAH mencampak beg tangannya ke lantai lalu menghempas tubuhnya ke atas katil. Telefon pintar di tangannya kembali direnung. Keluhan dilepaskan buat kesepuluh kali.

"Apasal tak jawab call aku, Zaf? Aku rindu." Hannah meniarap sambil jarinya menari-nari di skrin telefon. Satu persatu gambar dia bersama Zafran terpapar di skrin telefon.

"Esok aku balik. Kau janji nak pick-up aku kan? Harap kau tak lupa," gumam Hannah sendirian.

Hannah membawa diri ke tandas untuk mandi apabila terasa badannya melekit.

Pancuran air yang keluar membuatkan Hannah berasa tenang. Segala keserabutan tentang kerja hilang begitu sahaja. Zafran. Entah mengapa fikirannya menewarang tentang Zafran. Sudah dua hari dia tidak berhubung dengan Zafran dan Zafran langsung tidak menganggunya atau lebih tepat mengusiknya dua malam ini.

Mungkin Zafran sibuk. Hannah cuba menyedapkan hatinya tetapi... pelik. Hatinya tak tenang. Jiwanya gelisah. Ada sesuatu yang terjadi terhadap Zafran ke? Kalau ada, mesti mama Qeyla telefon. Hannah mencuci rambutnya yang penuh dengan buih syampu.

Rihanna Aulia. Satu nama mula timbul di benak fikiran Hannah. Dia tak akan berani ganggu Zafran. No. Tak akan. Tapi...

Dengan pantas Hannah menutup pili air dan memakai bathrobe serta rambutnya ditekup dengan tuala kering.

Hannah mencapai telefon pintarnya di atas katil. Nombor seseorang didail.

"Jawablah..." Hannah berjalan ke hulu ke hilir di balkoni rumah apartmentnya.

"Hello, Hann."

"Raina! Kau kena tolong aku!"

"Kenapa ni? Kau okey tak?" Raina di hujung corong talian mula gelabah. Kerjanya terus tertangguh.

"Zaf... Zaf!" Hannah meraup wajahnya. Zafran tak boleh bersama Rihanna.

"Kenapa dengan Zaf? Hann?"

Senyuman manis Rihanna mula terlayar di kotak fikirannya. Bayangan Rihanna yang merenung Zafran dengan penuh rasa cinta itu mula menggugat jiwanya.

"Hann! Kenapa dengan Zaf? Kau okey tak?" Suara Raina membawa Hannah kembali ke realiti.

"Raina, tolong tengokkan Zaf. Dddia... dia ada dengan siapa sekarang?"

"Ya Allah, Hann. Kau kenapa ni? Aku bukan mak dia nak kena jaga dia."

"Rihanna."

Berkerut dahi Raina mendengar nama itu dari bibir sahabatnya sendiri.

"Hann."

"Tak apalah Rai. Mungkin aku terlampau penat dan otak aku pula fikir benda tak masuk akal. Hmm kat sini dah malam, so aku tidur dululah. Good night, assalamualaikum." Hannah memutuskan talian tanpa sempat mendengar balasan dari Raina.

Tangan kanan naik mengusap dada. Risau akan sesuatu terjadi.

"Argh! Sakit kepala aku!" Hannah terus menyelimuti dirinya hingga menutup seluruh tubuhnya.

***

RAINA pelik melihat Hannah terus sahaja putuskan talian. Skrin telefonnya kini gelap.

"Ada yang tak kena ke?" Tangan Raina mula mencapai sebuah buku sketch.

"Zaf? Rihanna?" Kata-kata Hannah mula terngiang-ngiang di kotak fikiran Raina. Apa yang berlaku?

Pensel HB diambil untuk sambung melakar rekaan baharu. Memandangkan Raina seorang pereka fesyen dan memiliki sebuah butik yang agak terkenal dalam golongan orang atasan.

Raina mencampak pensel dan bukunya ke atas meja kerja.

"Ahh!" Kepalanya masih kusut dengan keadaan sahabatnya. Raina dan Hannah berkawan sejak mereka sekolah menengah bersama-sama dengan Zafran. Jika tiada Zafran atau perkara yang tidak boleh diketahui oleh Zafran, Hannah akan menceritakan kepada dirinya. Hubungannya dengan Hannah terlalu akrab tetapi tidak boleh dibandingi hubungan Hannah dengan Zafran yang lebih akrab sejak kecil.

"Hann, apa yang kau risaukan sangat ni? Rihanna... apa yang kau dah buat?"

Tanpa melengahkan masa, Raina menukar pakaian dengan segera dan mencapai begnya.

"Aku kena siasat. No. Aku kena tolong Hann."

Kereta Honda Civic dipandu dengan laju. Pedal minyak ditekan dengan kuat. Entah ke mana destinasi Raina tetapi yang pasti... Zafran atau Rihanna.

***

LOUIS mengejar langkah Hannah yang laju meninggalkan syarikat.

"Miss. Miss Nadhirah!" Di cawangan syarikatnya di Australia, semua pekerja panggil dia Miss Nadhirah kecuali Erica.

Kaki Hannah berhenti melangkah. Tubuhnya mengeras dengan wajah beku sebekunya. Louis yang berdiri di hadapan Hannah menghalang jalan berasa gentar melihat wajah majikannya. Pelik. Semalam Hannah okey sahaja tetapi hari ini, semua orang dia nak marah.

"Miss please. We have five more meeting and one more project to settle it. Please, miss. We all at here need your help. Why so sudden you want to go back?" Louis memegang tangan Hannah. Hannah dengan pantas menepis tangan Louis.

"Don't touch me, Mr. Louis! Who are you to give instructions to me? You do your job, and i'll go back to Malaysia! That's it!" Hannah rimas dengan suasana di sini. Hatinya masih tidak tenang.

Hannah sambung melangkah keluar dari cawangan syarikatnya di Canberra. Kata-kata pekerjanya langsung tidak diambil peduli. Hatinya terlalu sakit. Bagaimana mahu fokus bekerja kalau sentiasa berasa gundah gelisah?

"Is it because of love? You aren't Miss Nadhirah that i known before. Miss Nadhirah that i know, she is a proffesional person. She won't mix her personal matter with her work. Are you a real Miss Nadhirah?" Louis berkata sambil memandang belakang tubuh majikannya.

Langkah Hannah mati. Tubuhnya kaku berdiri disitu. Kata-kata Louis menyentap tangkai hatinya. Kusut.

"Miss! Fuhh penat i kejar you." Nafas Erica tercungap-cungap kerana mengejar bosnya.

"Miss, we aren't done yet. There have one big project need your help. Pleaseeee!" Erica merayu sambil menjeling Louis untuk pergi jauh dari situ. Louis yang sedar jelingan dari Erica terus membuka langkah besar.

Hannah menghela nafas.

"Coffee."

"Huh? You want coffee? Let's go to our Chillax Cafe! I pun nak minum Americano! Let's go!" Erica yang ceria terus memeluk lengan Hannah dan bawa Hannah ke kafe syarikatnya.

Sementara Erica membeli kopi, Hannah duduk di atas bangku kafe Chillax yang bertemakan vintage. Rekaan dalaman kafe yang elegan dan kelihatan simple but nice. Meja dan kerusi yang berbentuk bulat yang disusun dengan kreatif. Dua rak buku yang tinggi penuh dengan novel-novel berbahasa Inggeris. Ia untuk para pelanggan meluangkan masa dengan membaca sambil minum kopi disini.

Selain itu, ada juga kawasan khas untuk pelanggan yang ingin sendirian atau kerja sebagai penulis. Semua ini hasil idea kakitangan syarikat Hannah dan Hannah sendiri untuk menjaga kebajikan pekerja dan memudahkan pekerja yang ingin menenangkan fikiran dari tekanan kerja. That's why we call this cafe is Chillax Cafe.

"Miss." Erica meletakkan secawan kopi Espresso di hadapan Hannah.

"Thanks."

"Welcome."

Hannah mencicip sedikit kopi lalu meletakkannya kembali ke atas meja. Fikirannya melayang memikirkan Zafran yang sudah tidak jawab panggilannya mahupun membalas mesej darinya. Zafran sakit?

Mahu telefon Puan Qeyla, tetapi risau Zafran okey sahaja dan bimbang Puan Qeyla akan memarahi Zafran kerana dirinya. Dia tidak begitu kejam lagi untuk mengadu perbuatan Zafran kepada Puan Qeyla. Zafran sahabatnya... bukan, Zafran ialah cinta hatinya.

"Miss? Miss Hannah?" Erica melambaikan tangannya di hadapan wajah Hannah. Hannah terus tersedar dan kembali ke realiti.

"Are you okay?"

"Hmm? Yeah, i'm fine." Senyuman nipis cuba dilorekkan buat Erica.

"You aren't okay. Mind to share with me?" Erica menyoal dengan senyuman. Mungkin majikannya memerlukan seseorang untuk diluahkan. Yalah, di Malaysia hanya Raina sahaja tempat Hannah luahkan tentang perasaannya tetapi sekarang Raina tiada dan yang ada hanyalah Erica merangkap sahabat dan pembantu peribadinya di Australia.

"Erica, i don't know..."

Air mata mula bertakung di tubir mata Hannah. Rasa sedih mula merajai.

"Hannah." Erica mula bertukar bahasa kerana kini mereka berbual hal peribadi.

Kelam kabut Erica mengubah tempat duduknya dari hadapan Hannah terus ke sisi Hannah. Tubuh Hannah dipeluk.

"I'm so freaking scared. For a few days, he don't pick up my calls and reply all my messages." Air mata Hannah mula gugur dari tubir mata.

"Maybe he is sick or busy with his work? We don't know, right?" Erica cuba menyedapkan hati Hannah.

"No, Erica. I should go back Malaysia yesterday but there's more meeting and project that need me to handle it. I... i..." Hannah menekup wajahnya. Dia sepatutnya pulang ke Malaysia semalam tetapi tiba-tiba sahaja ada klien mahu jumpa hari ini dan projek di Perth memerlukan bantuannya.

"Its okay. I can handle it for you, Hannah. You may go back to Malaysia as soon as possible. You can't concentrate with work if your emotion aren't stable." Erica berkata seraya memeluk Hannah.

"Thank you. I'm sorry but i love you, Erica. I promise, i will help you when you need my help."

"You are welcome." Hannah mengesat air matanya. Gosokan Erica di belakang tubuhnya membuat dia semakin tenang. Zafran, where are you?

Tiba-tiba telefon Hannah berdering minta dijawab. Lagu Let It Go in Frozen.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Tu
rn away and slam the door

"Hello?" Hannah menjawab tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello, Hann. Aku rasa kau perlu balik Malaysia sekarang." Suara Raina bergema di hujung corong telefon. Hannah rasa tidak sedap hati.

"Ke... kenapa?"

"Zaf... Zafran dan Rihanna..."

Hannah memejam matanya. Nama Rihanna sudah membuat jantungnya terkocak hebat. Hatinya seakan mula mendidih. Dan, dia tidak sanggup mendengar kata-kata dari Raina yang seterusnya.







To be continued...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro