11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I'm not juliet lover of heart romeo

SEORANG gadis yang berbaju kebaya bercorak bunga dipakai bersama bawal berwarna hitam melangkah masuk ke dalam hotel yang gah di Kuala Lumpur.

Sedang dia leka mencari seseorang yang ingin ditemuinya, ada seorang lelaki mula melambai tangan ke arahnya.

"Rihanna..."

Rihanna tersenyum lalu mula melangkah dan merapati meja yang telah ditempah oleh lelaki itu.

"Awak apa khabar?" soal Rihanna kepada lelaki tersebutm

"Baik cuma tu la bosan."

"Bosan?"

"Ya, bosan. Hannah takde teman saya buat masa ni," luah Zafran. Rihanna yang dengar hanya senyum sahaja.

"Dia pergi mana?"

"Kerja."

"Ohh." Tidak lama kemudian, pelayan datang sambil menghidangkan makanan ke atas meja.

"Saya main order je. Harap awak suka," tutur Zafran lembut.

"Takpe. Saya makan je apa yang awak pesankan." Mereka berdua mula menjamah makanan masing-masing.

Bunyi detingan garpu dan pisau berlaga dengan pinggan membuatkan suasana tidak kesepian walaupun tanpa sebarang suara dari mereka.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Rihanna lalu mencapai gelas jus epalnya dan menyedut.

"Saja, nak kenangkan masa zaman universiti. Rindu dengan budak fakulti kita." Zafran masih ingat lagi setiap kenangan manis dia bersama budak fakultinya pada zaman universiti mereka. Rindu...

Rihanna tersenyum nipis. Dia turut rindu akan kenangan mereka pada zaman universiti. Kalaulah dia dapat putarkan masa, pasti dia akan dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama Zafran.

"Zaf..."

"Ya?"

"Awak tak nak ke cari pasangan hidup awak?"

"Kenapa tanya?" Zafran masih menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Saja... saya tengok awak ni kuat sangat bekerja. And, i think you need someone yang boleh jaga dan urus diri awak."

Zafran hanya tersenyum lalu menghela nafas.

"Its not easy to find someone yang boleh berdamping dengan saya."

"Ia susah apabila awak yang cerewet!" Rihanna ketawa perlahan dengan pertuturannya diikuti Zafran.

"Maybe... Cerewet!"

Rihanna menggeleng kepalanya perlahan. Zafran... Zafran... tak pernah berubah.

"Tapi, kalau jumpa orang macam awak... saya takkan cerewet," kata Zafran perlahan.

"Apa?" Rihanna menyoal kerana suara Zafran terlalu perlahan di pendengarannya. Zafran merenung sepasang mata cantik milik Rihanna.

"Macam mana kalau saya suka awak?" ujar Zafran tanpa dia sedari akan percakapannya.

"Hahahaha what? Awak ni kelakarlah, Zaf! Mustahil untuk awak suka perempuan macam saya ni!" Ketawa Rihanna semakin kuat apabila melihat mimik muka Zafran. Gila ke lelaki di hadapannya ini?

Tapi, jantung Rihanna berdegup kuat dan semakin kuat apabila Zafran berkata sebegitu. Zaf, hanya main-main saja kan? Dia tidak serius...

"Yeah, betul tu. Buat apa saya suka dengan perempuan macam awak, kan?" Zafran tersengih lalu sambung menjamah makanan yang masih bersisa lagi.

Dan, ketika itulah satu hati mula retak menanti belah. Sakitnya... sakit sangat!

***

BEG tangan dicampak ke atas lantai lalu tubuhnya dilayang ke atas katil. Tudungnya sudah dicabut awal-awal ketika masuk ke dalam bilik.

"Arghhh!" Tangannya mengenggam penumbuk lalu menumbuk bantal beberapa kali untuk melepaskan rasa sakit hati.

"Saya suka awak, Zaf! Awak tak nampak ke cinta saya pada awak?" luah Rihanna setelah penat menumbuk bantalnya. Air matanya mula mengalir ke pipi.

"Dua tahun, Zaf... dua tahun saya pendamkan perasaan ini."

Tangannya membuka laci di sebelah katil lalu mencapai sekeping gambar. Terlihat gambar dia bersama Zafran di universiti dulu.

"Its hurt when i keep this feeling by myself. Its very hurt. I can't express this feeling and love to you because i'm scared... I'm not perfect to you." Tangisan Rihanna semakin menjadi-jadi. Dia tak sempurna. Dia tak layak untuk Zafran. Kerana itu, dia tak berani untuk meluahkan kata-kata cinta kepada lelaki itu.

Siapa dia untuk mencintai lelaki sehebat itu? Siapa dia untuk berdamping di sisi lelaki itu? Dan, siapakah dia untuk dipimpin oleh lelaki itu ke syurga?

Itu hanyalah angan-angan yang tidak akan kesampaian. Satu impian di alam mimpi dan bukan di realiti.

Satu kertas yang berlipat di dalam laci diambil dengan perlahan. Kertas itu dibuka dan sekali lagi tangisan Rihanna mula berlagu di segenap ruang bilik beradunya itu.

Salahkah dia untuk menggapai cintanya?

"Arghhhhh!"

Tok! Tok! Tok!

"Ri? Aulia! Buka pintu ni!" Ketukan bertalu-talu pada pintu biliknya dibiarkan saja.

"Buka Aulia! Kau jangan takutkan aku! Rihanna Aulia!"

"Pergi, Rey! Pergi!" jerit Rihanna dari dalam bilik. Hatinya sudah punah. Zafran...

Reyha mengeluh di luar pintu bilik. Dia semakin risau dengan keadaan sahabatnya sejak kebelakangan ini.

"Au..."

Klak!

"Rey..."

Wajah basah Rihanna yang penuh dengan air mata membuatkan Reyha semakin risau. Terlalu sakit matanya melihat sahabatnya dalam keadaan sebegini.

Reyha mengeluh lalu menarik tubuh Rihanna ke dalam dakapannya.

"Enough Aulia!"

***

DIA tak boleh simpan semua ni lagi. Perjumpaan kali ini adalah perjumpaan paling penting buat Rihanna.

"Rasanya semua dah okey. Oh ya, saya nak keselamatan kawasan tapak pembinaan dikawal dengan ketat akibat kes tumpahan simen minggu lepas. Sebarang masalah sila inform saya dengan segera." Zafran berkata sambil tangannya bermain dengan pen.

"Bersurai."

Semua yang terlibat dalam mesyuarat terus mengangkat punggung dan keluar dari bilik mesyuarat seorang demi seorang.

"Cik Rihanna, awak tak nak balik?" soal Zafran apabila melihat hanya Rihanna sahaja yang tinggal termasuk dirinya.

"Errr..."

"Awak ada nak cakap sesuatu ke?" soal Zafran sambil menolak kerusi ke bawah meja. Kakinya mula mengorak langkah untuk pergi.

"Zaf! Aw... awak free tak petang ni?" Rihanna mengemam bibirnya.

"Petang ni? Tak pastilah. Kenapa ya?"

"Sssaa... saya..."

Zafran memanggil setiausahanya untuk menyoal jadualnya pada hari ini. Usai itu Zafran kembali menghadap Rihanna.

"Klien dari Bangsar cancel appointment petang ni. So, saya free."

Rihanna tersenyum manis. Tuhan memudahkan urusannya kini.

"Petang ni saya jumpa awak. Bye." Terus Rihanna melangkah pergi meninggalkan Zafran yang terpinga-pinga.

Zafran hanya mengangkat bahu lalu membuka langkah ke bilik pejabatnya semula.

***

TASIK yang luas terbentang di hadapannya kita menarik perhatiannya. Kenangan lama mula terimbau kembali. Rumput yang menghijau, angin yang sepoi-sepoi bahasa.

"Coffee." Zafran menyambut huluran Rihanna.

"Thanks."

Rihanna hanya balas dengan senyuman nipis. Dia mengambil tempat di sebelah Zafran.

"Teringat masa zaman kolej. Suka lepak kat sini atau buat assignmen," luah Zafran. Kenangan itu masih segar di ingatannya walaupun sudah lama berlalu.

"Kan? Awak ingat lagi tak, masa kita buat assignment in a group dulu... awak dengan boys lain siap bawa pemanggang nak bakar daging konon. Pastu kena marah dengan orang awam. Hahahaha."

"Uish! Tu paling tak boleh lupa. Nasib tak berkelas masa tu."

"Tapi memang niat awak semua juga kan nak ala-ala barbeque, alih-alih kena marah. Serius kelakar gila masa tu." Rihanna ketawa perlahan. Ayunya.

Zafran menghela nafas. Namun, itu semua hanya tinggal kenangan. Mereka semua mula berpisah apabila ada kerjaya masing-masing dan ada cita-cita yang perlu dicapai.

Zafran menyandarkan badannya pada bangku.

"Awak nak cakap apa sampai bawa saya mengimbau kenangan kat sini?" soal Zafran. Matanya tidak lepas menatap wajah cantik Rihanna yang bertudung ayu.

Rihanna gugup. Tangannya mula rasa berpeluh. Jantungnya berdetak hebat!

"Sss... sa... saya..."

Zafran masih menanti kata-kata yang bakal meluncur keluar dari mulut Rihanna.

"Awak apa?" Pandangan Zafran kini tertumpu ke arah suasana di tasik yang kelihatan tenang sahaja.

"Saya nak cakap yang saya..."

"Hmm? Teruskan. Saya dengar." Zafran berasa aneh apabila tiba-tiba sahaja Rihanna gagap dan takut nak katakan sesuatu. Tadi okey saja.

"Saya nak cakap yang saya suka awak."

"Lebih dari seorang sahabat," tambah Rihanna lagi.

Zafran terkejut. Terus kepalanya berpaling ke arah Rihanna.

"Zaf, saya cintakan awak."





















Tak lambat nak cakap yang cerita ni menang THE WATTYS AWARD 2019!

Congratulations Hannah Nadhirah! 💕

Thank you yang support!






To be continued...











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro