10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


I'm not a cinderella waiting for the prince charming.


KAPAL terbang yang dari Malaysia mula mendarat di Perth Airport, Australia setelah berada di atas awan selama 5 jam 30 minit. Semua penumpang diminta bersedia untuk menuruni pesawat setelah kapal terbang selamat mendarat.

Dengan manusia yang pelbagai bangsa berpusu-pusu keluar dan mengambil bagasi atau beg mereka. Hanya seorang gadis sahaja menarik bagasinya dengan memakai cermin mata hitam.

"Mrs Hannah!"

Hannah menoleh ke arah gerangan suara yang memanggil namanya. Cermin mata hitam ditolak ke atas kepala. Senyuman tipis terlorek pada wajahnya yang anggun.

Beberapa orang lelaki sasa dan gagah di belakang gadis yang memanggil namanya mula mengambil bagasi serta begnya. Pengawal peribadinya di Perth.

"Mrs Hannah, i think you need some rest. So, i already booking the suite for you. Follow me..." Erica berkata seraya memberi laluan kepada Hannah untuk ke kereta yang sudah sedia untuk mengambil Hannah.

Toyota Alphard berwarna hitam yang berkilat sudah lama menanti tuannya untuk menaiki. Hannah menerobos masuk ke dalam kereta tersebut dan mula merehatkan dirinya. Jet lag masih belum hilang. Mungkin dia perlukan rehat selama sehari sebelum dia mulakan kerja.

Erica pula duduk di bahagian sebelah pemandu kereta. Erica ialah setiausaha Hannah di Perth yang mempunyai pelbagai ragam. Mulut yang becok tapi dialah paling serius bila bekerja.

"Mrs Hannah, you lapar ke?" soal Erica dengan pelatnya. Hannah tersenyum nipis apabila mendengar suara setiausahanya yang pelat berbahasa melayu.

"Yeah."

"So, you nak makan dulu?" Erica tersengih apabila lidahnya berbelit untuk berbahasa melayu.

"Yeah, sure. Wake me up when we already arrive."

"Okay, sure."

Hannah mula melelapkan matanya dan mula terlena. Dia akan berada di Perth selama dua minggu atas projek bersama dengan syarikat dan pelabur luar. Pelbagai urusan rasmi memerlukan dirinya untuk menghadiri.



***



"MRS. HANNAH!"

Hannah menggeliat sebelum membuka matanya. Terlihat Erica sedang mengejut dirinya dari tidur yang lena.

"Yes?"

"Let's eat!" Ceria sahaja suara Erica. Hannah yang masih mamai merapikan rambutnya yang agak serabai dan mengekori langkah setiausahanya yang memasuki ke dalam restoran Lebanese Roasted Chicken and Kebab Express.

"Give me anything." Hannah berkata seraya menutup buku menu. Dia tidak peduli makanan apa asalkan halal dan sedap. Pengawal peribadinya yang lain turut makan tetapi duduk di meja lain.

"Tomorrow you have meeting with Mr. Andrew from Gerald Holding and Mrs. Jasmine from Rex and Co. Yeah, that's all for tomorrow and yeah i think you need to visit our company since there have a little bit problem with our staffs. Mrs. Tiara can't handle it anymore and she's need some rest too."

"Ohh okay. But, who are they?"

"You will know tomorrow, boss."

"Urgh, okay."

Hannah mula menjamu selera apabila pesanannya telah dihidang atas meja. Aromanya yang sedap menyemarakkan lagi nafsu laparnya yang bergelora.

"Mrs. Hannah..."

"Ergh, just call me Hannah when we aren't working, Erica." Hannah memberi peringatan. Dia tidak suka apabila pekerja bawahannya terlalu formal apabila mereka di luar waktu kerja.

"Okay, okay."

"Spill it out."

"I just want to ask something, how about your relationship with your Mr. Crush? Hehehehe..." Erica menayang giginya yang putih tersusun rapi dan cantik.

Seperti yang dikatakan, Erica seorang penyibuk hal peribadi bosnya. Memang tak makan saman.

"Erm... same like before. Friend and just go outing like friends. Haha. So sad..." Hannah senyum nipis.

Erica mula berasa sedih. Dia tidak sangka bosnya masih belum meluahkan cintanya kepada pujaan hatinya.

"I think you should tell him that you love him, Hannah."

"Huh? I'm scared if he don't love me like i love him and i'm sure he just think i'm his sister or friend. Not more than that."

"Pity you..." Erica sudah mengesat air matanya yang menitik sedikit.

"Hey, are you crying? So, funny! Hahahahahahaha!" Hannah ketawa girang apabila melihat Erica menangis kerana cerita bodohnya ini.

"No... i'm not crying!"

Hannah sambung makan ayamnya yang mula sejuk.

"Maybe you have to find new love. Zafran can't see your love so yeah... there have many mans can make you happy." Erica mula bernada serius.

"He always make me happy."

"Yeah, but he make you happy because you are his friend not his girlfriend or what..."

Hannah tersentap. Hatinya mula terusik. Serta merta bayangan Rihanna mula muncul di mindanya. Dia rasa tidak senang sejak Rihanna muncul dalam hubungan dia dengan Zafran. Rihanna...

"Are you done? I want to check-in hotel." Hannah mula mengelap hujung bibirnya yang comot dan memberi kad kredit kepada Erica untuk membayar.

Toyota Alphard berwarna hitam mula menderum pergi dan bergerak laju ke arah destinasi yang seterusnya.

Bangunan Pan Pacific Hotel tersergam gah di tengah-tengah kota Perth. Toyota Alphard berwarna hitam mula berhenti di hadapan lobi. Pekerja hotel menyambut VVIP mereka dan mengangkat barang Hannah.

Erica pula mengambil kunci bilik untuk bosnya di kaunter. Kemudian, dia melangkah ke arah Hannah yang sedia menunggu di ruangan menunggu.

"Your suite key." Erica menghulur kad imbas kepada Hannah.

"Thanks."

Hannah mula mengekori pekerja hotel yang membawa mereka ke arah suite yang berada di tingkat 12.

"Enjoy your holiday, Mrs Hannah. Anything just call our service." Pekerja hotel itu menunduk ke arah Hannah setelah membuka suite dan meletakkan barang Hannah di dalam suite.

"Thank you."

Pekerja itu mula hilang dari pandangannya.

"Hannah, get rest okay? Anything just call me, i'll come." Erica menunduk kemudian berlalu pergi.

Hannah merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk. Pendingin hawa yang mula mendinginkan suasanya suite itu mula membuat dirinya sejuk dengan cuaca di Perth yang sejuk lagi.

Dirinya yang terasa rimas mula membuka baju dan mandi dengan air panas di dalam bathtub.

"Macam mana aku nak luahkan cinta ini kepada kau, Zafran?" Hannah mengeluh perlahan.

Dua puluh tahun dia mengenali Zafran sejak kecil dan mencintai Zafran sejak matanya bertemu dengan Zafran.

Hatinya tidak pernah berhenti berdegup laju saat bertemu Zafran sehingga sekarang.

"Layakkah aku yang kau anggap sebagai adik dan kawan berdamping dengan kau?"

Mutiara jernih mula mengalir dari tubir mata Hannah. Hannah muka bangun dan menyarungkan bathrobe lalu berehat di atas sofa.

"Aku rindu kau."

Telefonnya yang berdering di atas meja menggamit perhatiannya lalu diambil perlahan.

Bae Zaf is calling...

"Baru fikir pasal kau, dah muncul. Oh my bae..."

Dengan pantas Hannah menggesek ikon hijau ke tepi.

"Helo."

"Helo, my cutie pie." Oh romantisnya suara crush aku ni.

"Kau nak apa gila?" Tetapi kenalah jual mahal dan berlagak dengan crush.

"Aku rindu kau sewel." Alamak! Crush rindu kita! Aww, malu!

"Eleh yalah tu rindu. Tak sampai sehari aku kat sini dah rindu. Apa daaa?"

Kedengaran tawa halus Zafran di hujung talian membuatkan Hannah tersenyum senang.

"Nak rindu pun tak boleh ke?"

"Tak."

"Kedekut!" Suara comel Zafran meletuskan tawa Hannah.

"Gila punya orang. Aku bagitahu Mama Qey!"

"Asyik-asyik Mama Qey! Aku ada Mama Nani!"

"Emangnya gue kesah?" Sudah! Mula keluar bahasa indonya yang agak merapu merepek.

Lalu, kedua-dua melepaskan tawa bahagia.

"Zaf..."

"Hann..."

Serentak mereka memanggil.

"Kau cakap dulu."

"Hah kau cakaplah."

"Kau dulu..." Hannah mendesak.

"Tak apa, kau dulu."

Hannah memegang dadanya. Meluahkan cinta? Tidak sama sekali. Ini bukan masanya. Dia perlukan sedikit masa lagi untuk meluahkan kepada Zafran.

"Aku lupa nak cakap apa. Hah, kau cakaplah..."

"Erm... tadi aku lunch dengan Rihanna..."

Hannah terdiam. Tidakkah Zafran tahu bahawa dia amat benci Rihanna? Kenapa dia perlu menceritakan tentang Rihanna dengan dirinya.

Api benci terhadap Rihanna semakin membara kuat!

"Kau okey ke aku cerita pasal Rihanna?" soal Zafran.

Hannah hanya mendiamkan dirinya. Hatinya terlalu sakit. Sakit sangat. Bagai belati menusuk tangkai jantungnya.









Takut you alls rindu Hannah and Zafran, so yeah... last update from me. Next update, tak sure. Sebab macam i cakap kat MB, busy and busy.

Btw, abaikan error grammar/english speaking and typo kalau ada.

Enjoy your reading...













To be continued...












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro