16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


I'm not a cinderella waiting for the prince charming

PUAN Hanani mengusap bahu sahabat karibnya Puan Qeyla dengan lembut. Cuba memberi kekuatan kepada sahabatnya agar terus sentiasa kuat hadapi dugaan yang Allah telah beri kepada anak lelakinya.

"Sabar, Qey. Semua ni dah ditentukan oleh Allah. Kalau kau lemah macam ni, mesti Zafran tu sedih. Kuat demi keluarga kau terutama sekali Zafran. Kau kena sentiasa ada di sampingnya."

Puan Qeyla menarik nafas lalu hembus dengan perlahan. Air matanya mengalir buat sekian kalinya. Setiap hari dia menunggu anaknya pulang tapi masih terlantar di atas katil hospital berminggu.

"Aku tahu ini semua qada' dan qadar yang aku sendiri tak boleh halang. Tapi Nani, hati aku ni sakit bila tahu punca kemalangan tu. Hati mak mana yang tak sakit Nani? Kau mesti faham aku kan? Perempuan tu puncanya, Nani!"

"Sudahlah, Qey. Semuanya dah berlalu. Aku tahu susah untuk kau hilang sakit dan benci itu. Tapi, aku harap kau dapatlah maafkan perempuan tu. InsyaAllah kau akan tenang nanti." Puan Hanani masih cuba menasihatkan Puan Qeyla.

"Berkata-kata memang mudah Nani tapi semudah itu. Aku risau aku tak ikhlas maafkan dia. Lagipun Nani, anak kau sendiri turut merana. Kau tak kasihan ke kat anak kau? Setiap hari tunggu Zafran tu sedar dan sihat seperti dulu." Puan Qeyla mengambil sehelai tisu lalu mengesat air matanya.

Puan Hanani diam terkutik. Benar kata sahabatnya itu, Hannah sudah berubah sejak Zafran kemalangan. Perubahan secara mendadak, makan pun jarang malah kerap duduk di hospital menemani Zafran. Namun, tak pernah dia lihat anaknya menangis, kali terakhir ialah saat anaknya tiba di Malaysia.

"Aku tahu anak aku kuat, Qey. Walaupun dia sudah berubah, dia tidak ceria seperti dulu... aku tahu hati dia hiba atas apa yang terjadi. Zafran tu sahabat baiknya sejak kecil lagi. Kau tak perlulah risau tentang anak aku, kau jaga diri kau dan sentiasa berada di samping anak kau, ya?" Walaupun berkata begitu namun, Puan Hanani masih risau tentang Hannah. Ya Allah, Engkau lindungilah anakku walau di mana dia berada. Engkau hilangkanlah rasa sedih itu dari anakku.

Dari jauh Encik Zulfan memerhati kesedihan yang dialami isterinya. Walaupun Encik Zulfan sentiasa beriak tenang dan tidak memberi sebarang ekspresi muka namun jauh di sudut hati seorang ayah, dia merindui anak lelakinya.

"Zul, apa tindakan kau tentang kemalangan anak kau?" soal Encik Nadhim sambil menghirup kopi panas yang disediakan oleh Puan Hanani.

Encik Zulfan melepaskan keluhan kecil. Pelipisnya dipicit perlahan. Encik Nadhim hanya menunggu jawapan dari sahabatnya itu.

"Aku ikut keputusan isteri aku iaitu saman perempuan yang jadi punca atas kemalangan Zafran. Peritlah juga, Dhim apabila keluarga perempuan tu minta pertolongan agar tidak saman mereka namun... ini soal nyawa anak aku. Anak aku masih terlantar atas katil dengan koma yang kita tak pasti sampai bila, Dhim. Anak aku sedang bertarung kat hospital tu. Aku..."

"Aku faham. Aku rasa diorang pun melampau juga bila minta perkara macam ni. Kita sebagai ayah, kita utamakan keselamatan anak-anak kita dulu. Mereka bukan siapa-siapa untuk kita pedulikan. Tindakan kau tu betul, Zul. Jangan kau rasa bersalah dengan tindakan itu. Tentang anak kau, kita berdoa sajalah kepada Allah agar sembuhkan Zafran secepat yang mungkin." Encik Nadhim menyokong tindakan Encil Zulfan.

"Terima kasih, Dhim. Bila aku tengok isteri aku dan Zafirah tu, aku rasa merekalah kekuatan aku. Aku tak boleh nampak lemah kerana mereka masih perlukan aku. Ayah mana yang tidak sedih bila lihat anak mereka terlantar atas katil hospital dengan wayar dicucuk sana sini." Encik Zulfan meraup wajahnya cuba menahan tangisan yang dipendam.

Encik Nadhim hanya menepuk perlahan bahu sahabatnya itu. Tak sangka begitu berat ujian yang ditanggung oleh keluarga sahabatnya itu.

"Tapi Dhim, aku risau Zafran akan marah dengan semua ni."

"Kenapa pula?" soal Encik Nadhim dengan kerutan di dahi. Encik Zulfan senyum sikit.

"Perempuan yang disaman itu bukankah ada hubungan intim dengan anak aku? Aku minta maaf, Dhim. Sepatutnya anak aku milik Hannah." Encik Zulfan luah rasa di hati.

Encik Nadhim senyum dengan keluhan dilepaskan. Sedikit sebanyak hatinya agak tercalar apabila tahu situasi sebenar dan lagi pilu pabila melihat puteri tunggalnya menahan sedih dengan kebenaran tersingkap.

"Mungkin tiada jodoh di antara mereka. Aku redha, Zul. Semuanya audah ditentukannya oleh Dia Yang Maha Berkuasa. Aku cuma doa anak aku dan anak kau bahagia dengan takdir mereka. Janji kita sentiasa bersahabat tanpa ada persengketaan."

"Kau sahabat yang baik, Dhim. Aku janji, aku akan satukan anak-anak kita seperti yang kita rancang dahulu."

Encik Nadhim hanya tersenyum nipis. Usah berjanji kerana takdir bukan manusia yang tentukan. Hanya Dia yang layak menentukan. Kita hanya hamba yang menurut setiap takdir itu.

***

KERTAS kerja berlimpangan di atas meja kerja miliknya. Hannah kembali bekerja setelah hampir sebulan menjaga Zafran di hospital. Syarikatnya memerlukan dia pada waktu genting. Banyak projek memerlukan pemerhatiannya termasuk di Australia.

Sedang Hannah menyemak projek di Kuala Kangsar, Perak pintu bilik pejabatnya diketuk perlahan. Satu arahan sudah cukup untuk si ketuk pintu masuk dengan berhati-hati.

"Cik Hannah." Terketar-ketar tangan Tania untuk menghidangkan segelas jus oren untuk Hannah. Setelah letak di tepi, kakinya mengatur melangkah pergi.

"Wait." Hannah menahan sambil menyedut jus orennya yang masih segar itu.

"Ya?"

"Aku ada kerja untuk kau." Senyuman sinis mula terukir indah di wajah Hannah yang jelita. Tania yang dengar terasa aneh. Kerja apa?

"Kerja apa tu, Cik?"

"Pergi syarikat TnT dan hantar dokumen ini kepada Nur Rihanna yang menjawat jawatan kedua tertinggi."

Satu sampul bersaiz A4 berwarna coklat diambil dalam laci yang berkunci lalu dilemparkan ke atas meja kerjanya. Tania dengan perlahan mengambil sampul itu dengan wajah tertanya-tanya kerana tidak pernah dengar syarikat dikendalikan oleh bosnya ini ada projek bersama dengan syarikat TnT yang baru sahaja bangun beberapa tahun yang lalu. Baru sahaja mulutnya ingin melontarkan persoalan yang terlintas...

"I'm one of the shareholder in that company. So, please remind her what i said before. Then, get out from the hell." Hannah sambung kerjanya yang tergendala. Bulu roma Tania mula meremang. Terasa sesuatu yang seram sejuk.

"Kau tunggu apa lagi? Pergi sekarang." Dengan nada tegas dan mendatar sahaja kata-kata Hannah. Kelam kabut Tania melangkah keluar dari bilik pejabat Hannah itu.

Sementara itu, Hannah yang sedang menyedut jus oren tersenyum senang lalu kerusinya dipusingkan menghadap cermin yang memaparkan suasana hiruk pikuk bandar Kuala Lumpur. Satu persatu terlayar di fikiran Hannah. Dan yang paling perit apabila teringat akan sahabatnya atau lebih tepat buah hatinya yang sudah lama dia sayangi terlantar atas katil selama sebulan lebih.

"Welcome to the hell, Nur Rihanna Aulia."

***

ZAFIRAH berdiri di tepi melihat doktor yang merawat abangnya memeriksa keadaan Zafran. Steteskop sibuk mendengar kadar denyutan jantung pesakit. Mata disuluh lalu satu suntikan dicucuk dengan perlahan. Doktor Wafiy mendekati Zafirah dengan perlahan.

"Macam mana dengan abang saya?"

"Alhamdulillah, keadaan dia semakin stabil dan baik."

"Agak-agak bila abang saya akan sedar, doktor?" Zafirah merenung abang tunggalnya yang masih terbaring. Jasadmu ada namun dimanakah roh kamu?

Doktor Wafiy turut melihat pesakitnya yang sudah lama koma selepas insiden itu. Tidak sangka dia akan terima pesakit koma.

"Dia perlukan dorongan orang sekeliling dia lagi-lagi yang rapat dengan dia seperti keluarga dan kawan. Sentiasa beri dia semangat walaupun dia tak sedar depan mata kita tapi percayalah dia dengar setiap butir yang kita bisikkan. InsyaAllah, Allah akan beri dia kesembuhan dan sedar seperti biasa." Doktor Wafiy berkata lebar. Satu senyuman dihadiahkan buat Zafirah.

"Baiklah, terima kasih." Zafirah menunduk sedikit atas tanda hormatnya. Doktor Wafiy hanya senyum dan membalas lalu meinta diri untuk kembali bertugas.

Pintu wad Zafran ditutup rapat. Zafirah duduk di atas kerusi bersebelahan katil pesakit. Lengan Zafran dibelai dengan kasih sayang. Perlahan-lahan setitis demi setitis air mata mula mengalir.

"I really miss you, abang. Walaupun apa yang doktor katakan tadi yang abang cuba pulih namun Irah tetap sedih. Abang kesayangan Irah masih terbaring kaku atas katil ni. Please abang, Irah merayu sangat-sangat... tolong kembali seperti dulu. Irah pernah cakap yang Irah tak nak jumpa abang masa kita gaduh dulu tapi sungguh Irah tak ada niat. Irah rindu abang Irah yang suka menyakat Irah setiap kali Irah belajar, makan, tengok drama dan tidur."

Zafirah tersedu sedan. Habis air matanya merembes keluar bagai air terjun yang tiada penghujungnya.

"Abang ingat lagi tak tahun lepas yang keluarga kita bercuti dengan keluarga Kak Hannah? Abang nampak happy sangat dengan Kak Hannah. Kauorang main pasir kalah Irah yang masih muda ni. Irah masih simpan lagi gambar dan video abang usik Kak Hannah sampai kena hempas dengan ombak." Zafirah tersenyum apabila kenangan manis itu mula terlayar.

"Tapi semuanya dah hilang. Kak Hannah tak happy macam dulu lagi walaupun dia sentiasa senyum dan gelak depan Irah. Why, abang? Why you chose that girl than Kak Hannah? Is it true that you and Kak Hannah just friends? Apa yang tak cukup pada Kak Hannah sampai abang pilih perempuan yang buat abang sakit macam ni? Apa yang bagus sangat? Irah nak abang dan Kak Hannah yang dulu. I miss old both of you."

Air mata dikesat kasar dengan lengan. Kedua tangannya menekup wajah menahan tangisan agar berhenti mengalir.

"Irah cuma nak abang Irah balik je. Kenapa susah sangat abang nak bangun?" Kelam kabut Zafirah berlari masuk ke tandas untuk membasuh mukanya.

Dalam diam, Zafran mengalirkan air mata. Di luar wad Zafran, Doktor Wafiy mendengar segalanya. Keluhannya dilepaskan. Apa yang terjadi kepada keluarga ini?

Doktor Wafiy melangkah ke kaunter yang ditempatkan jururawat bekerja. Fail di tangannya diletakkan atas meja. Pen di koceknya diambil lalu mencatat perkara penting tentang kesihatan pesakitnya.

"Hi, Doktor Wafiy." Salah seorang jururawat menyapa lalu menyambung kerjanya.

"Hi."

Seketika Doktor Wafiy memandang kembali jururawat bernama Deeja itu. Badannya dirapatkan dengan meja agar dapat mendekati Deeja.

"Deeja." Doktor Wafiy memanggil jururawat wanita itu dengan nada perlahan. Deeja yang sedar terus memberi tumpuan kepada doktornya manalah tahu doktor itu memerlukan sebarang presepsi untuk pesakitnya.

"Ya?"

"Awak jaga pesakit yang dalam wad tu kan?" Doktor Wafiy menunjuk ke arah wad yang ditempatkan Zafran.

"Oh yang lelaki koma itu? Ya, saya jaga. Kenapa, Doktor?"

"Awak tahu tentang pesakit itu? Maksud saya tentang kemalangan itu?" Doktor Wafiy cuba mengorek rahsia. Deeja beriak seperti mengingat sesuatu.

"Saya kurang pasti sebab tu bukan hal saya... Tapi..."

"Tapi?"

"Haritu masa hari pertama pesakit itu selepas pembedahan, ada seorang perempuan ni tak silap saya nama dia Hannah kut. Dia ahli perniagaan yang tersohor di dunia. Saya pernah baca majalah tentang dia. Fuh, muda-muda dah jutawan." Deeja tersenyum lebar. Kagum dengan Hannah sebagai ahli perniagaan yang berjaya sehingga terkenal di persada dunia.

"Okey teruskan."

"Hehehe maaf. Cik tu seperti mengamuk lepas keluar dari wad dan terjah bilik mangsa kedua. Dengarnya mangsa itu punca kemalangan mereka. Seram tau doktor! Saya dengar diorang bergaduh besar! Semua nurse tak berani nak masuk tegur. Saya rasalah kan, Cik Hannah tu mesti kekasih pesakit kita tu. Fuh, macam drama!" Deeja dengan teruja bercerita. Doktor Wafiy hanya mengangguk kepalanya perlahan. Mungkin dia sudah faham sedikit perihal pesakitnya yang koma itu.

"Okeylah. Sambung kerja awak. Maaf, ganggu." Doktor Wafiy terus melangkah pergi. Deeja pula meneruskan kerjanya yang tergendala gara-gara doktor muda itu yang ingin bergosip.







To be continued...









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro