17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I'm not juliet lover of heart romeo

RIHANNA merenung sampul berwarna coklat itu dengan lama. Kerjanya semua tergendala gara-gara sampul itu dari seseorang yang sangat digeruni. Nafasnya ditarik untuk kali kesepuluh lalu dilepaskan. Tangannya menggigil mencapai sampul itu lalu dibuka dengan perlahan.

Pesanan pembantu Hannah tadi membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Dia faham sangat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Jantungnya mula mengepam darah dengan lebih laju dari biasa. Satu dokumen tentang syarikatnya dilihat dengan kerutan dahi. Bagaimana penyata kewangan syarikatnya boleh ada pada Hannah?

Telefon pintarnya bergetar meminta dijawab dengan segera. Rihanna terkejut lalu mengusap dadanya, nombor yang tidak dikenali membuatkan dia rasa aneh. Siapa pula telefonnya? Ibu jarinya menggesek ikon hijau.

"Hello, Rihanna. How are you?"

Rihanna terasa menggigil apabila dia mengecam suara pemanggil itu. Matanya kaku di penyata kewangan syarikatnya. Apa maksud semua ini?

"Kau dah bisu ke? Aku sebenarnya tak ingin langsung telefon kau ni. Jijik aku nak dengar suara kau. Baguslah kalau bisu. Hmm, aku saja biar kau menikmati sampul yang aku bagi tu dulu. Mesti kau tak faham kan? Kau rasa siapa je yang boleh pegang financial statement tu? Well, aku tak nak cakap banyak. For your information, syarikat keluarga kau akan jadi milik aku suatu hari nanti. Saja aku beli syer dari syarikat tu sikit. For now, aku cuma pemegang saham kedua tertinggi di syarikat kau. Aku rasa kau faham maksud aku kan?" Hannah tersenyum girang di hujung corong sana walaupun tidak mampu dilihat oleh Rihanna.

Rihanna terdiam buat sekali lagi. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Nampaknya, Hannah benar-benar maksudkan kata-katanya tempoh hati. Bila-bila sahaja syarikat mereka akan dirampas oleh Hannah dan keluarganya bakal hidup merempat.

"Hannah... Jangan buat saya macam ni Hannah! Saya merayu kat awak sangat. Kasihankan ayah dan ibu saya. Saya minta maaf, Hannah. Tolong jangan ambil syarikat kami. Saya merayu sangat kat awak." Rihanna mula menangis sambil mulutnya tidak henti-henti merayu kepada Hannah.

"Haih kau ni. Sudah terlambat untuk kau merayu segala ni. Cuma aku akan bagi kau amaran yang terakhir. Selagi nafas kau di dunia hanya untuk cintakan Zafran, aku akan seksa kau dan keluarga kau akan terkena tempias. Orang macam kau ni, senang je aku nak jatuhkan. Petik jari, sekelip mata kau tidur bawah jambatan. Aku harap kau sentiasa ingat amaran aku. Okeylah bye." Terus talian diputuskan oleh Hannah dengan serta merta.

Tidak lama kemudian, Encik Khalish menghubungi Rihanna untuk masuk ke pejabatnya dengan kadar segera. Pasti Encik Khalish mahu membincangkan soal saham yang dibeli oleh Hannah beberapa minggu lepas. Mengapa mereka langsung tidak sedari semua ini? Hatinya mula berasa tidak enak. Dia harus bersemuka dengan Hannah.

***

KAKINYA pantas berlari tanpa mengendahkan pandangan di sekelilingnya. Air matanya mengalir deras seperti air terjun yang tiada penghujungnya. Apabila melihat lif ramai orang dan lambat, kakinya terus memanjat anak tangga.

"Zaf!" Terjerit-jerit Hannah ketika menaiki tangga dan apabila kakinya sudah tiba di tingkat yang ditempatkan wad Zafran. Hannah meneruskan langkahnya dengan lebih laju. Perlahan-lahan Hannah menolak pintu bilik VIP Zafran.

Ahli keluarga Zafran dan Hannah turut berada di situ. Semua memalingkan wajah ke arah Hannah saat Hannah mendekati katil pesakit dengan linangan air mata. Puan Hanani mengusap belakang tubuh puterinya dengan perlahan.

"Maa..." Hannah memandang Puan Hanani lalu cuba mendekati katil pesakit. Pandangannya terhalang dengan tubuh Puan Qeyla dan Zafirah yang berdiri di sebelah katil tersebut.

"Zaf... Zafran?" Hannah menyebut nama Zafran dengan menggigil. Puan Qeyla memeluk tubuh Hannah dengan erat sekali. Bibirnya tersenyum indah. Hannah tertanya-tanya lalu pelukan itu dileraikan. Kemudian, semua berlalu pergi dari bilik itu meninggalkan dia dengan Zafran sendirian.

"Hann? Kenapa berdiri kat situ?" tegur Zafran dengan senyuman nipis. Dia pasti Hannah terlalu terkejut melihat dia sudah sedar dari koma.

Hannah mendekati Zafran lalu duduk di birai katil. Jari jemarinya mula menyentuh wajah Zafran bersama air mata mula menitis. Mata, hidung, pipi, bibir Zafran semua Hannah usap dengan perlahan. Dia masih tidak percaya akan semua ini.

"Hann..."

"Aku rindu kau, Zaf!" Hannah memeluk tubuh Zafran dengan erat. Zafran yang tidak bersedia menerima pelukan yang kuat itu terkejut lalu tersenyum dan membalas pelukan sahabatnya itu. Kemudian, tangisan Hannah semakin kuat. Zafran memujuk sambil mengusap kepala Hannah dengan lembut.

"Aku dah bangun ni. Kau janganlah nangis. Hann..."

"Kau yang buat aku nangis. Kau kejam, Zaf! Aku benci kau. Kenapa kau biarkan diri kau terlantar atas katil ni selama sebulan? Aku takut aku akan kehilangan kau." Hannah menekup wajahnya dengan kedua tangannya lalu melepaskan tangisannya sekali lagi.

"Aku minta maaf. Okey?" Zafran menarik tangan Hannah dari terus menutup wajahnya yang sembab. Bibir Zafran melorek sengihan lebar.

Hannah pelik melihat Zafran yang tersengih lebar sambil merenung dirinya. Dah kenapa? Bangun dari koma terus sewel ke? Otak dia tersangkut kat mana-mana ke? Berkerut dahi Hannah melihat Zafran.

"Kau nampak macam Harley Quin, comotnya makeup kau bila nangis. Hahahahahahaha." Zafran ketawa besar setelah menyatakan kata-kata itu. Satu cubitan ketam singgah di lengan Zafran.

Zafrah yang masih tidak berhenti dari ketawa membuatkan Hannah berasa geram lalu bertindak dengan memukul dada Zafran bertalu-talu. Akhirnya, tangan Hannah ditangkap dengan Zafran membuatkan Hannah kaku tak bergerak.

"Makin ganas kawan aku ni." Zafran hanya senyum lalu melepaskan tangan Hannah. Hannah mencebik sekejap lalu mukanya dibasuh di tandas wad Zafran.

Beberapa seketika...

Keluarga Hannah sudah pulang manakala keluarga Zafran yang baru sahaja membeli makanan buat Zafran dan Hannah masuk ke dalam wad kembali. Zafirah berbual dengan Hannah manakala Puan Qeyla sibuk menjaga Zafran untuk makan.

"Ma, masa Zaf kemalangan... bukan ke ada Rihanna? Mana dia?" Tiba-tiba Zafran mempersoalkan keberadaan Rihanna. Baru dia teringat kemalangan dia bukan melibatkan nyawa dia seorang sahaja malah nyawa gadis yang dia cintai juga. Suasana wad tersebut serta merta sunyi tanpa sebarang suara. Hannah menggenggam penumbuknya erat untuk mengawal amarahnya dari meletus. Mengapa Zafran perlu sibuk tanya tentang Rihanna? Perempuan acah suci seperti itu layak mati.

Puan Qeyla tidak mengendahkan soalan Zafran dan hanya menyuakan segelas air kosong kepada Zafran. Zafran hanya turuti namun soalan yang sama tetap diutarakan juga. Dia risau akan Rihanna.

"Kenapa semua senyap? Zaf tanya, mana Rihanna? Hann?" Zafran menoleh ke arah Hannah yang membelakanginya.

"Kenapa kamu perlu tanya tentang dia? Dah, habiskan makanan kamu." Puan Qeyla jawab pantas. Zafran menggeleng kepalanya perlahan.

"No. Rihanna tu pun terlibat dalam kemalangan bersama Zaf. Zaf perlu tahu sama ada dia okey ke tak? Maa, paa... please tell me about her!" Zafran tetap degil malah merayu kepada kedua ibu bapanya. Encik Zulfan mengeluh lalu keluar dari wad itu. Puan Qeyla memandang sayu kepada Zafran.

"Kamu tak perlu risau tentang dia. Dia okey saja." Puan Qeyla berkata dengan nada mendatar. Zafirah mengusap tangan Hannah untuk memberi semangat.

"Alhamdulillah. Baguslah macam itu. Dia kat mana sekarang?"

"Zaf, lupakan tentang dia, ya? Mama tak suka kamu berkawan dengan dia," ujar Puan Qeyla lalu melangkah keluar dari wad itu. Tak sanggup dia mendengar soalan tentang Rihanna dari Zafran lagi.

Zafirah mendekati katil Zafran dengan perlahan, "Kenapa abang sibuk tentang Rihanna? Abang tahu tak, dia punca kemalangan semua ini? Dia punca abang koma dan buat kami semua menangis atas semua yang berlaku? She doesn't care about you, abang. Dia tu cedera ringan lepas tu blah macam tu je. Sedangkan abang, baring macam mayat atas katil ni selama sebulan lebih!"

"Irah. Kenapa Irah cakap macam tu?" Zafran seakan marah akan percakapan adiknya itu. Salah Rihanna? Tak mungkin, walauapapun yang jadi, bukan salah Rihanna atau dia.

"Cukuplah. Rihanna punca segalanya! Keluarga dia langsung tidak rasa bersalah atas apa yang jadi kat abang malah mereka suruh mama untuk tidak saman keluarga mereka. Memang dasar tak tahu malu! Betul cakap mama, abang perlu lupakan dia. Irah tak suka Rihanna!" Seketika Zafirah pula melangkah keluar dari wad itu. Zafran cuba menghadam kata-kata yang dihamburkan oleh adiknya.

"Hann." Zafran cuba memanggil Hannah yang masih membelakanginya. Mengapa semua benci akan Rihanna? Hannah mengesat air mata di tubir matanya lalu berpaling menghadap Zafran.

"Kau rehatlah. Kau masih belum sembuh sepenuhnya. Jangan fikirkan apa-apa mahupun tentang Rihanna. Nanti kepala kau sakit sebab luka kat kepala kau pun masih belum sembuh. Aku tak nak kau sakit lagi," kata Hannah lembut sambil bantu Zafran untuk baring dari terus duduk bersandar. Zafran mengangguk kepalanya perlahan. Benar kata Hannah, dia perlu rehat secukupnya untuk sembuh dari sakit ini. Tapi...

Hannah menurunkan suhu pendingin hawa untuk memastikan keadaan Zafran selesa. Bekas makanan dibuang dalam tong sampah dan mula mengemas. Zafran hanya memerhati tingkah laku Hannah dari katil.

"Hann."

"Hmm?" Hannah berdiri di tepi tingkap membelakangi Zafran sekali lagi.

"Kau akan sentiasa dengan aku walauapapun terjadi kan? Kau akan sentiasa faham dan sokong setiap keputusan aku. Kan?"

Suasana kembali sunyi hanya bunyi dari pendingin hawa sahaja. Lama Zafran menunggu jawapan dari sahabat baiknya itu. Mengapa Hannah diam sahaja?

"Zaf, aku sentiasa ada dengan kau dan kau pun kena sentiasa ada dengan aku. Kita kan ZXH. Dahlah kau ni, kalah aku sebagai perempuan. Cepat sikit sembuh tu, tak adalah Papa Zul stres nak handle syarikat tu seorang diri." Hannah ketawa kecil. Zafran tersenyum indah. Alhamdulillah dia mempunyai sahabat yang sentiasa ada dengannya sejak kecil lagi.

Tanpa Zafran sedari, Hannah menitiskan setitis demi setitis air mata dari tubir matanya. Hatinya seakan dicengkam dengan kuat sekali. Aku sayang kau, Zaf.

***

PANG!

Terteleng kepala Rihanna akibat mendapat tamparan dari Hannah. Matanya mula berair apabila pipinya mula berasa kebas dan sakit. Tepi bibirnya mula berdarah serta pipinya kemerahan.

"Kau memang perempuan sial! Dasar sundal! Muka kau ni memang layak duduk kat lorong jual badan lagi bagus! Apa yang kau dah buat kat Zafran? Kau bomoh dia? Hah? Apa bagus sangat cinta tahi kau tu? Puih!" Hannah melepaskan amarahnya terhadap Rihanna. Staf di luar pejabat Rihanna terkejut akan jeritan Hannah. Terlalu kuat sehingga mereka pula berasa gerun.

"Apa yang awak cakapkan ni, Hannah? Saya tak faham." Rihanna cuba membalas setiap kata-kata Hannah dengan baik.

"Hey, perempuan! Kau tak payah nak tunjuk baik depan aku. Dah hati hitam tu, hitam jelah! Tudung kau ni nak tutup segala keburukan kau? Pergi mampus!" Hannah menolak Rihanna sehingga Rihanna jatuh terlentang. Kesakitan yang dialami oleh Rihanna cuba ditahan dengan sebaik mungkin.

Hannah membongkok lalu tangannya mencengkam dagu Rihanna dengan kasar. Matanya mencerlung tajam ke arah Rihanna seakan-akan boleh tembus saja. Rihanna cuba melarikan pandangannya dari menghadap Hannah.

"Disebabkan kau dan cinta bodoh kau tu, Zafran tergila-gilakan kau! Sampai dia sedar dari koma pun dia tetap tanya pasal kau! Kau memang guna ilmu hitam ke apa? Dasar perempuan kampung!" Hannah mencengkam pipi Rihanna dengan lebih kuat sehingga kukunya mula terbenam ke kulit wajah Rihanna. Darah mula mengalir sedikit demi sedikit.

"Argh! Sakit, Hannah! Sssaya tak tahu apa-apa. Betul ke Zaf dah sedar?" Rihanna cuba menolak tangan Hannah namun kekuatannya tidak sekuat Hannah.

Hannah tersenyum sinis lalu melepaskan cengkamannya, "Ya, dia dah sedar. Dan, aku akan pastikan dia lupa tentang kau buat selama-lamanya. Nafas kau, cinta kau terhadap dia pun aku akan hapuskan. Kau jangan sesekali muncul depan dia. Faham?!" Jari Hannah menunjal kepala Rihanna sehingga ke belakang.

"Saya cintakan dia." Rihanna menyatakan kata cinta itu. Sejak kemalangan itu, Rihanna tidak dapat buang rasa cinta yang sudah lama bertandang di hatinya. Dia terlalu cintakan Zafran sehingga alpa akan amaran gadis di hadapannya kini. Hannah ketawa halus.

"Cinta? Kau? Cinta bodoh kau tu boleh tanam kat kubur orang cina. Zafran Anaqi tu milik aku! Dari dulu sehingga kini hanya aku boleh cintakan dia. Forever! Kau cuma penghalang cinta aku dengan dia. Tudung kau ni boleh buang dah! Entah-entah kau ni tiap-tiap malam pergi clubbing lepastu acah suci depan Zaf." Sinis Hannah dalam berkata-kata.

"Astaghfirullah al azim, Hannah. Saya tak pernah jejak kaki kat tempat yang Allah murkai. Sekalipun awak bencikan saya, janganlah awak fitnah saya begitu," sayu Rihanna meluahkan rasanya dari hati.

Hannah ketawa dan semakin lama semakin kuat. Rihanna memandang Hannah dengan sejita kerutan di dahi. Ada perkara yang lucu ke? Dengan sekelip mata segala barang atau kertas kerja Rihanna di atas meja kerja ditolak kasar oleh Hannah sehingga semuanya jatuh ke atas lantai. Barang kaca mula hancur berderai.

"Sucinya kau ni. Malangnya, hati tu buruk sehitam arang. Busuk tu tak terkata. Kau boleh berpura baik depan Zafran tapi bukan aku. Dahlah, aku menyampah cakap dengan perempuan macam kau ni. Murah sangat. Jangan muncul depan Zafran. Okey? Bayang kau depan dia, kau jangan terkejut kalau syarikat kau ni bankrap dan kau dengan keluarga kau merempat bawah jambatan." Sinis sekali senyuman yang diberi oleh Hannah. Rihanna meneguk liurnya. Amaran yang buat tersepit antara cinta dan keluarga.

Tombol pintu dipulas lalu ditarik. Staf Rihanna menunduk di tempat masing-masing. Gerun untuk bertatapan mata dengan sepasang mata yang sungguh tajam dan penuh dengan kebencian itu.

Tanpa berpaling Hannah berkata, "Aku takut kau lupa amaran aku ni sebab mabuk cinta bodoh kau tu. Jadi, aku dah batalkan projek baru kau dengan syarikat Dato' Jamal. Itu salah satu projek besar yang kau dapat kan?" Hannah memakai cermin mata hitamnya lalu melangkah dengan penuh elegan melintasi para pekerja Rihanna dan menaiki lif.

Rihanna masih terduduk di atas lantai dengan muka sememeh. Pipinya yang calar akibat cengkaman Hannah membuatkan wajah yang cantik itu akan berparut tidak lama lagi. Perlahan-lahan Rihanna menekup wajahnya ke lutut dan menghamburkan tangisannya. Dia mahu bahagia dengan cintanya. Salah ke?








Starting from now, every chapter i'll write 2000+ words. Chapter sebelum ini i akan edit and tambahkan dengan secukupnya. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat cerita Hannah Nadhirah.

Wish us luck.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro