36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


TIGA tahun berlalu...

"Sayang, abang nak pergi kerja dah ni." Zafran memakai jam tangan sambil menuruni anak tangga satu persatu. Rihanna yang baru siapkan sarapan terus keluar dari dapur.

"Makanlah dulu."

"Tak sempat ni, abang ada klien pagi ni. Sorry." Kakinya melangkah ke arah rak kasut lalu kasutnya dipakai. Rihanna hanya mengekori dari arah belakang kemudian dia mencium tanga suaminya.

Zafran mengucup dahi isterinya seraya dia membolos ke dalam kereta. Tak lama kemudian, kereta itu berderum keluar dari perkarangan rumahnya. Rihanna menghantar pemergian suaminya lalu menghela nafas pendek. Roti bakar yang disediakan dimasuk ke dalam tupperware kemudian gilirannya pula untuk bertolak pergi ke tempat kerjanya.

Sementara itu, Zafran yang baru sahaja selesai berurusan dengan klien terus bergerak ke syarikat keluarganya. Sempat dia membeli roti sebelum tiba di pejabat untuk jadikan alas perutnya pagi ini. Sedang dia sibuk menghantar e-mel tentang urusannya tangan kanannya cuba mencapai botol mineral namun di mana silapnya dia tertolak satu bingkai gambar hingga terjatuh pecah.

Kelam kabut dia mengutip kaca bingkai gambar itu lalu membuang ke dalam tong sampah di tepi mejanya. Sekeping gambar diambil lalu ditilik. Gambar dia bersama dengan Hannah suatu ketika dulu. Rindu mula bertandang di hati.

"Bila kau nak balik, Hann?"

Sejak pemergian Hannah dia langsung tidak boleh menghubungi gadis kerana Hannah sudah menukar simkad atau cuba mengelak dari dia? Pernah dia berjumpa Puan Hanani dan Encik Nadhim untuk mendapatkan nombor telefon baru gadis itu namun mereka juga tiada. Rania? Susah untuk dia berjumpa kerana gadis itu semakin sibuk dengan dunia fesyen dan butiknya yang semakin terkenal di persada dunia.

"Aku rindukan kau. Baliklah, Hann."

Usia perkahwinannya dengan Rihanna sudah tiga tahun dan selama tiga tahun itu juga dia tidak berhenti menanti kepulangan Hannah. Selama tiga tahun perkahwinannya juga dia tidak mempunyai anak kerana dia dan Rihanna langsung tidak melakukan hubungan intim atas kehendak Rihanna. Kata isterinya, dia masih belum cukup bersedia untuk mempunyai anak. Kerana cinta, dia terima kehendak Rihanna tetapi dia lelaki yang mempunyai nafsu juga.

"Hann, semua orang rindukan kau. Kenapa aku rasa tak lengkap tanpa kau dalam hidup aku selama tiga tahun ni? Kenapa?"

Zafran tersandar lemah.



DARI hujung rambut hingga hujung kaki semua yang menghiasi tubuhnya penuh dengan barang berjenama. Tidak berkelip mata orang sekelilingnya memandang terutama sekali golongan lelaki yang seperti ternampak bidadari jatuh dari langit. Tapi, yang ini bidadari baru turun dari pesawat.

Kakinya tetap melangkah dengan penuh elegan keluar dari balai pelepasan sambil menarik bagasi miliknya. Cermin mata hitam ditolak ke atas lalu kakinya berhenti di tengah-tengah Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Tempat yang sama dia berdiri sebelum menghilangkan diri ke Australia tiga tahun yang lalu.

Satu senyuman sinis atau ia kelihatan senyuman jahat dikoyakkan. Setelah tiga tahun dia merawat hati yang terluka di Perth dengan menyibukkan diri bekerja untuk membesarkan cawangannya di Australia. Kini, kakinya telah menjejak semula ke tanah kelahirannya dengan satu misi atau agenda yang sudah dirancang dengan teliti.

"Aku kembali untuk dapatkan hak aku semula. Rihanna, nikmatilah sisa hidup kau dengan Zafran dengan baik sebelum menangis air mata darah."

Ya, dia kembali dengan sebuah dendam dan penuh dengan agendanya untuk mendapatkan cintanya semula dari Rihanna. Selama tiga tahun ini juga dia telah mengatur rancangan dan yang paling penting dia harus berkahwin dengan Zafran walau apa cara sekalipun. Noktah!

Langkahnya dibawa ke arah teksi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kemudian bagasinya diangkat masuk ke dalam bonet oleh pemandu teksi tersebut. Selepas memberitahu destinasinya, Hannah merenung kota Kuala Lumpur yang sudah lama dia tidak lihat. Tidak banyak yang berubah kecuali bangunan-bangunan yang baru dibina oleh kerajaan dan swasta.

Hampir sejam perjalanannya kerana tersangkut dalam kesesakan lintas dan kini teksi dinaikinya berhenti di hadapan sebuah teratak kediaman keluarganya. Hannah melangkah keluar dan menyambut bagasi yang diangkat oleh pemandu teksi kemudian membayar tambangnya. Selepas teksi tersebut pergi, kaki Hannah bagai melekat di luar pagar.

Banglo ini langsung tidak berubah walau sedikit pun kecuali laman mamanya yang semakin banyak pelbagai jenis pokok bunga. Hannah menekan punat loceng sekali. "Siapa?" Suara Kak Yati yang nyaring di muka pintu utama dipandang.

"Kak Yati."

"Ya Allah! Hannah!" Kak Yati terburu-buru menekan alat kawalan jauh untuk membuka pagar buat anak tuan rumahnya yang sudah tiga tahun menghilangkan diri. Hannah melangkah masuk dengan senyuman, "Kak Yati apa khabar?"

"Baik. Hannah?"

"Alhamdulillah, baik je. Mama dan papa ada kat rumah?"

Kak Yati angguk kepala, "Encik Nadhim baru saja pulang untuk makan tengah hari dengn Puan Hanani."

"Okey, Kak Yati jangan bagitahu Hann dah balik tau. Hann nak terkejutkan diorang. Hehehe..." Kak Yati tersenyum senang lalu mengangguk kepalanya sahaja. Bagasi milik Hannah diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

Hannah mengatur langkah ke arah ruang makan. Kelihatan mama dan papanya sedang menjamah makanan sambil berbual. Perlahan kakinya menjengket agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi lalu mama dan papanya didekati.

"Mama! Papa!"

Puan Hanani dan Encik Nadhim menoleh memandang Hannah dengan pelik. "Abang, saya mimpi ke ni?"

"Abang rasa abang pun mimpi. Khayalan kita kut sebab rindukan anak kita tu," balas Encik Nadhim lalu kembali menjamah nasinya. Namun, Puan Hanani masih merenung ke arah figuran Hannah yang dianggap ia satu khayalannya sahaja.

"Mama! Papa! Jahatnya cakap Hann ni khayalan!" Penat dia cuba beri kejutan namun ini reaksi mama dan papanya? Bibirnya mula muncung sedepa.

Puan Hanani mengerutkan dahinya lalu cuba menyentuh lengan ilusi anaknya itu, "Hannah? Betul ke ni?"

"Betul lah." Tubuh Puan Hanani dipeluk dengan erat menunjukkan bahawa ini buka khayalan atau ilusi mama dan papanya. Ini reality. Dia sudah pulang.

"Ya Allah, anak mama." Puan Hanani emmbalas pelukan itu dengan erat lalu menangis. Sebak. Encik Nadhim tercengang lalu dia cuba mengusap kepala anaknya itu dengan perlahan.

"Hannah?"

Hannah meleraikan pelukannya dengan Puan Hanani lalu memeluk batang tubuh papanya pula. "Ya, ni Hannah. Hann rindu sangat kat papa dan mama. Hann dah balik." Puan Hanani turut memeluk anaknya semula manakala Encik Nadhim memeluk isteri dan anaknya dengan erat. Tuhan, terima kasih kembalikan satu-satunya puteri dia ke pangkuannya semula. Terima kasih.

"Mama dan papa tak rindu Hann ke?" soal Hannah selepas pelukan itu dileraikan. Pelik apabila tiada langsung sebarang ucapan rindu dari kedua-dua mama dan papanya.

"Mestilah mama rindukan anak mama ni. Mama rindu sangat-sangat! Hann dah makan? Kalau belum, jom makan sekali. Nak mama masak lauk kegemaran anak kesayangan mama ni?" Puan Hanani tidak berhenti mengalirkan air matanya sambil mengusap wajah Hannah dengan lembut.

Hannah tersenyum suka, "Hann nak mama suap boleh?"

"Manja. Tak berubah langsung kan?" Puan Hanani mencuit hidung anaknya namun permintaan Hannah tetap diturutkan. Hannah melabuhkan punggung di sebelah Puan Hanani lalu menikmati setiap suapan mamanya. Dia rindu suasana ini. Maafkan Hann sebab tinggalkan mama dan papa...



MATA meneliti satu gaun yang sudah siap dijahit tergantung di hadapannya, "I rasa okey dah cuma macam kurang something. Don't you think that also?" Jari runcingnya menyentuh dagu cuba memikirkan apa yang kurang pada rekaannya kali ini.

"Cik Rania nak tambah apa-apa lagi ke?"

"Hmmm... I'm sot sure yet. It's okay let it be first. Do we have any client today?" soal Rania sambil meminta stafnya yang lain untuk menyimpan rekaan itu di biliknya.

"Tak ada. Tapi, ada orang nak jumpa Cik Rania."

"Who?" Tanpa menjawab soalan bosnya Erra hanya mengukir senyuman melebar sambil memandang seseorang yang berada di belakang Rania. "Saya sambung kerja saya dulu, ya?" Terus Erra pergi dari situ.

Rania berkerut lalu mengangkat bahunya bersahaja dan memusing tubuhnya ke belakang dan... "Surprise!"

Mulutnya ternganga luas lalu fail di tangannya sudah jatuh ke lantai. "Hann... Hannah? Serius ke ni? Hannah kan?"

"Yalah. Aku Hannah Nadhirah perempuan paling kejam yang kau sayang sangat ni. I'm back!" jerit Hannah girang lalu memeluk tubuh Rania bersama ketawanya yang halus. Sudah dijangka pasti Rania terkejut dengan kepulangannya hari ini.

"Weh seriuslah ni kau? Kau dah balik? Kau betul-betul balik?" tanya Rania lagi meminta kepastian lalu membalas pelukan itu dengan erat.

Hannah angguk kepalanya berkali-kali pada bahu sahabatnya itu, "Aku dah balik. Aku dah balik, Nia." Rania tersenyum gembira lalu mereka melepaskan rindu bersama pelukan itu dengan lama. Rindu.

"Jom masuk office aku. Ada banyak benda aku nak tanya and cerita kat kau tau." Rania menarik tangan Hannah agar mengekorinya masuk ke dalam pejabatnya di tingkat atas. Sempat dia meminta stafnya agar membawa minuman dan manisan untuk dia dengan Hannah.

Hannah mengamati segenap ruang pejabat Rania, "Tak banyak berubah lepas toga tahun ni kan?" Rania senyum nipis, "Memanglah sebab pejabat aku ni pun kau yang beria nak hias kan? Takkan aku nak ubah semuanya? Ni kenangan kita tau."

"Thank you, Nia." Dia masih ingat lagi ketika Rania mahu membuka butik dan dia menawarkan diri untuk memilih design bersama-sama dengan sahabatnya itu untuk menghiasi butik Rania.

Rania menarik Hannah agar duduk di atas sofa. Banyak sangat dia mahu berbual dengan gadis itu. "Cepatlah, Hann."

"Apa?"

"Cerita sepanjang tiga tahun kau menghilangkan diri."

"Hahahaha biasa je, Nia."

"Biasa pada kau tapi luar biasa pada aku. Dahlah kau tukar nombor telefon tak bagitahu sesiapa buat semua orang risau je tahu tak? Bila tanya Qisya, dia kata kau tak bagi dia untuk share nombor kat sesiapapun. Sedih tau aku tak dapat call kau tiga tahun ni." Rania memuncung.

Hannah ketawa besar lalu mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu seraya memeluk tubuh itu dari tepi, "Sorry, aku terpaksa buat semua tu untuk diri aku. Aku cuma nak bersendirian untuk aku cari diri aku balik je. Sekarang aku dah balik, kan?" Hannah melagakan bahunya dengan Rania dengan senyuman melebar.

"Tapi aku nak tahu juga apa kau buat selama tiga tahun ni."

"Tak buat apa. Aku cuma kerja, travel and food hunter. Tak ada apa yang menarik pun. Kau pula? Aku ada nampak ada design orang tu sampai Ariana Grande pun beli juga." Rania menyengih apabila Hannah mengutarakan isu rekaannya yang semakin diminati artis luar negara.

"Aku attend satu fashion show kat Paris tahun lepas then ramai kenal aku sejak tulah. Aku rasa bersyukur gila Japheth King jemput aku ke fashion show dia tau. Tak sangka gila yang dia pernah stalk pasal aku dengan butik ni. Rasa macam terawang-awang gittew!" Bagai bulan jatuh ke riba apabila salah seorang pereka fesyen terkenal menjemput dia ke fashion show di Paris dan yang lebih menarik Japheth King tu memperkenalkan dia di hadapan khalayak orang ramai. Rezeki datang bergolek selepas fashion show itu tamat.

Senyuman bangga diberi buat Rania, "Baguslah tu. Kau patut cuba kembangkan jenama kau ni sampai peringkat global tau. Biar satu dunia cari kau untuk dapatkan design exclusive."

"Aku pun terfikir macam tu juga. By the way, thanks for supporting me!"

"Welcome, babe!"



She is back <3
Dengan satu rancangan huehue


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro