37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HANNAH menunggu seseorang di sebuah restoran yang terletak di dalam The Curve, Mutiara Damansara. Kemudian, seorang lelaki memakai topi menarik kerusi yang bertentangan dengannya. "Hai."

"Tak perlu nak hai sangat. Aku nak kau cepat bagi tahu tentang perempuan tu," ujar Hannah dengan keras.

"Chill, okay? Aku tak lari pun dan aku memang akan bagi kau semua info yang kau cari selama ni. Kita ada matlamat yang sama kan?" Lelaki itu koyak sengih. Selepas bertahun-tahun dia menanti peluang untuk bertemu perempuan yang berada di hadapannya kini akhirnya tertunai juga. Semakin mudah untuk dia dapatkan apa yang dia mahu selama ini.

Hannah merengus, "Apa maksud kau? Apa matlamat kita yang kau kata sama sejak dulu ni?" Ya, lelaki di hadapannya ini ialah lelaki misteri yang menelefonnya tiga tahun lalu. Selama tiga tahun dia menghilang dia cuba mencari lelaki ini semula dengan bantuan orang upahannya. Dan, siapa sangka lelaki di hadapannya kini mempunyai rahsia yang tersimpan rapi oleh Rihanna?

Iqbal mendekatkan mukanya ke hadapan lalu merenung wajah Hannah yang beku itu, "Apa yang kau nak selama ni ialah Zafran kan? Sama juga macam aku... aku nak Rihanna. Matlamat kita sama dan niat kita cuma satu... dapatkan hak kita semula."

"Kau dengan perempuan tu ada hubungan ke sebelum ni?"

Iqbal bersandar bersama anggukan, "Lebih dari tu."

"What do you mean? Lebih dari tu?" Hannah tidak mengerti. Hubungan apa yang lebih dari itu? Mereka berdua pernah berkahwin ke?

Iqbal memberi satu sampul lalu berkata, "Dalam ni akan menjelaskan segalanya. Benda ni kau boleh guna untuk jatuhkan Rihanna dan dapatkan Zafran."

Hannah terus membuka sampul itu lalu mengeluarkan beberapa keping gambar. Matanya terbuntang luas apabila meneliti setiap gambar di tangannya itu, "Ini... Rihanna?"

"Kau tak ada masalah penglihatan lagi kan? Yes, tu Nur Rihanna Aulia." Gambar-gambar di tangan Hannah penuh dengan gambar Rihanna yang seksi menari di kelab malam, berfoya-foya dengan lelaki setiap malam dengan minum arak serta gambar Rihanna sedang bercumbuan dengan lelaki di kelab malam serta di hotel seperti pelacur.

"Siang bertudung, malam terbuka. Tiada siapa akan cam dia sebab siang dia jadi Rihanna dan malam dia jadi Aulia. Bijak tak dia?" ujar Iqbal. Sememangnya dia cintakan Rihanna namun terselit satu dendam di hatinya membuatkan dia semakin mahu mendapatkan gadis itu.

Hannah tersengih jahat, "So, dia ni pelacur murahan atau atasan?"

"Well... dia hanya layan orang yang kaya dan rupa yang menarik. So, aku consider dia pelacur atasan?" Jawapan Iqbal membuatkan Hannah semakin melebar senyum. Maklumat ini sudah cukup untuk dia memulakan rancangannya untuk menghancurkan rumahtangga Rihanna dengan Zafran.

"Kejap, apa kau akan buat once kau dapat Rihanna?"

Iqbal senyum kelat, "Dendam. Aku nak balas dendam apa yang dia dah buat lima tahun lalu." Serta merta peristiwa lima tahun lalu berlayar di fikirannya membuatkan Iqbal pejam mata cuba untuk hilangkan ia dari fikirannya.

"Dendam apa?"

"Aku rasa cukuplah kau dapat maklumat ni. Kalau kau perlukan bantuan aku untuk jatuhkan Rihanna, bagitahu aku. Aku akan tolong untuk lampiaskan dendam aku juga," ujar Iqbal mendatar. Biarlah dendamnya itu dia simpan sendiri lagipun Hannah tidak berhak untuk ketahui peristiwa yang mengubah hidupnya.

Hannah menjongket bahunya, "Suka hati kaulah nak cakap ke tak. By the way, thanks for this pictures. Aku akan call kau bila aku perlukan kau." Malas dia mahu memaksa Iqbal menceritakan apa yang terjadi antara lelaki tu dengan Rihanna. Apa yang penting Rihanna harus dihapuskan.

"Kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu." Hannah mengangguk lalu Iqbal berlalu pergi dengan pantas. Hannah hela nafas lalu mengukir senyuman yang terselit satu agenda.


TROLI ditolak dengan perlahan sambil matanya melilau di rak mencari barang yang dibeli memandangkan barang dapur di rumah semakin habis. Jadi, sebaik sahaja waktu bekerja tamat dia terus bergegas ke sini sebelum pulang ke rumah.

Rihanna menolak troli tanpa memandang ke hadapan malah matanya menilik beberapa jenis sos yang tersusun di rak. Tanpa dia sedari ada seorang perempuan sedang berbual melalui telefon berjalan ke arahnya. Dan...

"Auch!" Perempuan itu mengaduh kesakitan membuatkan Rihanna berpaling lalu mendekati gadis itu. "Cik okey ke?"

"You ni buta ke apa? Tak nampak ke I jalan kat sini? Mata tu letak kat mana? Lutut?!" Berang Hannah dibuatnya lalu mengibas bajunya dan mengangkat kepala mencari orang yang melanggarnya sebentar tadi dengan troli. Rihanna.

Rihanna terkejut lalu cuba membelakangi tubuhnya dari menghadap perempuan yang sudah hilang tiga tahun itu. "Kau nak pergi mana? Aku belum habis lagi dengan kau."

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja langgar awak tadi," ucap Rihanna tanpa memandang wajah Hannah yang sudah menyinga itu. Wajah itu tidak pernah berubah walau tiga tahun sudah berlalu.

"Perempuan bertudung tapi tak ada adab. Minta maaf tapi langsung tak pandang muka aku. Kau fikir kau bagus sangat ke?"

Rihanna menarik nafas lalu hembus kemudian dia berpaling menghadap Hannah, "Saya minta maaf. Saya rasa luka awak tu sikit je bukannya teruk sangat kan?"

Hannah tersengih dengan perubahan Rihanna. Nampaknya ia semakin menarik apabila Rihanna semakin berani melawan dengan dia. Adakah Rihanna berubah sejak berkahwin dengan Zafran?

Sengaja Hannah mengatakan. "Aku peliklah, tiga tahun kau kahwin tapi... tak ada anak. Kau... mandul eh?"

Berdesing telinga Rihanna mendengar ayat terakhir Hannah lalu menentang sepasang mata milik perempuan itu, "Awak jangan melampau Hannah! Saya ada anak ataupuntidak itu bukan hak awak untuk tahu semuanya."

Hannah menjulingkan matanya ke atas, "Kalau kau tak mandul... mungkin Zafran jijik kut untuk tidur dengan perempuan murah macam kau ni. Macam tidur dengan... sampah." Rihanna mengenggam penumbuknya dengan erat cuba untuk bersabar.

"Jangan ganggu saya, Hannah. Saya dah bahagia dengan Zaf dan awak perlu cari kebahagiaan awak sendiri." Rihanna berpaling untuk pergi bersama trolinya.

"Okey. Nikmatilah kebahagiaan kau tu sepuas yang mungkin. Aku bagi kau masa untuk hidup dengan bahagia bersama Zafran tapi jangan terlalu seronok sebab masa depan kau takkan tahu apa yang berlaku." Hannah senyum sinis seraya menepuk bahu Rihanna dengan perlahan. Kakinya yang panjang itu melangkah pergi jauh dari Rihanna.

Rihanna mula risau. Apa maksud tersirat di sebalik kata-kata Hannah sebentar tadi?


Hannah dah mulakan rancangan dia.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro