42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



"KAU pasti ke?"

Tanpa menjawab soalan Rania, "Aku nak balik dan aku nak kau buat apa yang patut kau buat sekarang." Matanya tajam merenung tepat ke arah Iqbal.

"Aku tahulah. Kau tak perlu risau tentang tu."

"Good. Malam esok, jangan lupa datang ke hotel dan bawa benda ni." Kali ini Hannah memandang Rania pula. Rania mengangguk faham walau hatinya gusar dengan rancangan sahabatnya namun dia tetap menyokong mungkin ini sahaja jalan untuk Hannah dapatkan Zafran.

Iqbal berdiri, "Okey, cuma jangan lupa payment aku."

Hannah mendekatkan wajahnya dengan Iqbal sehingga tinggal beberapa inci sahaja menjarakkan mereka. "Aku tak miskin untuk bayar kau. Don't worry about the payment, do your work properly and I will pay more," bisik Hannah pada telinga Iqbal lalu tangannya mengusap lembut pipi Iqbal.

Iqbal langsung tidak memberi sebarang reaksi. Lelaki itu memang dingin sejak awal lagi atau mungkin sejak perkara silam?

Hannah berlalu pergi meninggalkan Rania dan Iqbal berduaan di pejabat Rania.

"Iqbal."

Iqbal memandang Rania sebagai balasan. "Kau tolong booking bilik hotel tu. Lepas ni aku ada hal and aku tak nak guna nama aku so..."

"Okay, I'm understand. Anything else?"

Rania merenung Iqbal dengan lama. Dia mahu berkata sesuatu tapia da sesuatu yang menyekat kerongkongnya membuatkan kata-kata yang cuba disampaikan tidak terluah. Iqbal yang melihat kebisuan Rania terus mempamit diri. "Aku pergi dulu. Apa-apa call."

Bayangan Iqbal sudah hilang.

"Kau tak ingat aku ke?"



API dapur ditutup setelah memastikan sup ayamnya sudah mendidih dan dimasak dengan baik. Kemudian, dia mula memasukkan sup ayam ke dalam mangkuk dan dihidang ke atas meja bersama lauk sampingan yang lain.

Setelah berpuas hati, dia menaiki tangga menuju ke bilik untuk memanggil suaminya makan malam bersama. "Abang."

Berkerut dahi Rihanna apabila melihat Zafran sudah bersiap seakan mahu keluar. "Nak pergi mana?"

"Oh sayang, lupa nak cakap. Abang ada hal kejap. Malam ni awak makan seorang, ya?"

"Hal apa? Saya baru je siap masak ni." Dalam minggu ini sudah hampir tiga kali suaminya makan malam di luar. Katanya berjumpa dengan klienlah apalah. Semburan minyak wangi Zafran menusuk rongga hidung Rihanna.

"Adalah sikit dengan kawan. Okeylah, abang pergi dulu. Bye." Tergesa-gesa Zafran melangkah pergi meninggalkan isterinya sendirian di dalam bilik.

Rihanna mengeluh, "Dia pergi mana eh? Takkan pergi jumpa kawan nak pakai perfume wangi semacam?"




PUAN Hanani melihat anak daranya sedang memakai kasut. "Nak pergi mana?"

"Hann nak pergi makan malam dengan Zaf, ma."

"Dengan Zaf je?"

Hannah angguk laju, "Yalah dengan dia je. Kenapa? Mama nak join ke?"

Puan Hanani ketawa kecil, "Kalau mama join, merajuklah papa kamu tu nanti. Maksud mama, isteri dia tak ikut sekali ke?" Hannah hela nafas.

"Tak kut. Lagipun, better dia tak ada. Menganggu je," jawab Hannah dengan perasaan menyampah. Kalau si Rihanna tu ikut, habis hancur rancangannya malam ini.

"Hmm yalah. Tapi, Hann kena tahu Zaf tu dah berkahwin tau. Mesti isteri dia terasa bila tahu suami dia makan malam dengan perempuan lain."

"Ma, stop please. Perempuan lain tu Hann tau. Hann ni kawan baik Zaf bukannya skandal dia pun. Salah ke Hann nak keluar dengan Zaf? And mama tak perlu risau sangat, Nia ada temankan Hann malam ni." Hannah tidak mahu Puan Hanani membuka tazkirah sekarang kerana dia sudah lewat untuk bertemu dengan Zafran.

"Mama nak tanya kamu."

"Hmm tanyalah tapi nanti eh? Hann dah lambat ni." Dengan gesa Hnanah mencium tangan Puan Hanani lalu menerobos masuk ke dalam kereta. Kalau dia berlama disitu memang sampai ke subuh dia tidak bergerak.

Puan Hanani hanya mengeluh melihat kereta yang dipandu oleh anaknya menjalar keluar dari perkarangan rumahnya ini. "Anak mama masih cintakan Zaf." Sejak dia bertentang mata dengan puteri kesayangannya itu dia dapat merasakan Hannah masih mencintai Zafran namun gadis itu langsung tidak mengucap atau berbual perkara tiga tahun yang lalu.

Hannah memandu selama tiga puluh minit sehinggalah keretanya mula berhenti di hadapan sebuah bangunan hotel bertaraf lima bintang yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Kunci kereta diberi kepada pekerja hotel tersebut untuk memarkir keretanya di tempat VIP.

Bunyi notifikasi mesej baru masuk menarik perhatian Hannah. Rania dan Iqbal sudah tiba di hotel dan menantinya dengan Zafran di Thirthy8 yang terletak di dalam bangunan Hotel Grand Hyatt. 

Hannah melangkah masuk ke dalam hotel dan menaiki lif menuju ke aras 38. Perlahan-lahan kakinya mengorak langkah mencari meja yang telah ditempah awal. Kelihatan figura Zafran sedang menanti kehadirannya. Hujung bibir ditarik ke atas lalu menyapa bahu lelaki itu.

"Hai, Zaf."

Zafran memandang Hannah dari atas ke bawah berkali-kali. Entah mengapa, malam ini Hannah kelihatan sungguh menawan. Tanpa dia sedar jantungnya mula meracau.

"Kenapa tenung aku macam tu?" soal Hannah apabilampelayan mula menghidangkan hidangan ke atas meja.

"Saja. Kau nampak cantik."

Hannah menyelak rambutnya yang terurai panjang ke belakang. "Haih, isteri kau kat rumah tu tak cukup cantik ke?"

"Dia lain, kau lain."

Hannah menjeling ke arah suatu meja yang tidak jauh dari mejanya. Kelihatan Rania dan Iqbal sedang menikmati makanan sambil berbual. "Apa yang lain?"

"Nothing. Jom, makan."




MEREKA berdua berbual sehingga tidak sedar masa sangat pantas berlalu pergi. Kemudian, Zafran mengangkat tangan meminta pelayan air kosong ke dalam gelasnya. Beberapa minit kemudian, pelayan lain tiba untuk menuang air kosong ke dalam gelas Zafran.

"Kau tak nak tambah air ke? Lama sangat borak sampai kosong dah gelas kita ni."

"Eh, tak apalah. Aku tak haus pun." Hannah senyum lalu memberi isyarat kepada pelayan di tepi meja mereka agar berlalu pergi.

Hannah merenung saja gelas Zafran yang penuh dengan air kosong itu yang masih belum diusik oleh lelaki itu. "Kau nak tahu tak, Hann?"

Kepalanya diangkat mencari wajah Zafran, "Tahu apa?"

"Aku teringin sangat nak ada anak," ujar Zafran sambil merenung ke arah sebuah keluarga kecil yang duduk dua selang dari meja mereka. Melihat saja keluarga itu, Zafran mula berasa cemburu kerana toga tahun berkahwin namun dia masih tidak mempunyai anak dengan Rihanna.

"Aku nak tanya kau something boleh?"

"Apa dia?"

"Aku harap kau tak terasa atau marahlah. Kau dengan Rihanna memang tak berusaha ke nak ada anak? Aku bukan apa, tiga tahun kut kau dengan dia berkahwin takkan tak lekat langsung? Kau pun teringin nak ada anak kan?" Soalan Hanna menarik perhatian Zafran dari terus mencuri pandang ke arah sebuah keluarga kecil.

Zafran menghela nafas panjang, "Berusaha? Sentuh dia pun aku tak pernah."

"Apa maksud kau?"

Zafran tersedar yang dia sudah terlepas cakap rahsia antara dia dengan Rihanna. "Tak ada apalah, Hann."

Hannah mengenggam tangan Zafran yang berada di atas meja. "Kau ada masalah ke dengan isteri kau? Cuba kau cerita kat aku. Lagipun aku ni bukan orang asing, kawan kau juga kan?" Hannah cuba memujuk lelaki itu menceritakan hubungan pasangan suami isteri itu.

Lama Zafran berdiam diri hinggalah dia mengeluh. "Aku tak pernah sentuh dia."

"Why?" Muka saja mempamerkan riak tertanya-tanya walhal hati sudah melonjak gembira. Jadi, betullah Zafran tidak pernah sentuh Rihanna? Makin menarik.

"Dia kata dia belum bersedia untuk jalankan tanggungjawab dia dan aku tak naklak memaksa jadi aku hormat dengan keputusan dia," balas Zafran.

"Nonsense. Takkan tak bersedia lagi lepas tiga tahun? Kalau macam tu baik tak payah kahwin je kalau tak boleh layan kau. Kau pun satu ikut sangat cakap dia tu." Hannah membebel dengan nada menyampah. Walaunpun dia gembira Zafran tidak pernah menyentuh Rihanna namun dia berasa kasihan terhadap lelaki itu kerana tidak mendapat haknya sebagai seorang suami.

"Tak apalah, Hann. Aku akan bagi dia masa."

"Sampai bila? Sampai ke tua kau takkan ada anak kalau ada isteri macam tu. Baik kau kahwin lain je."

Zafran terdiam. "Kahwin lain?" Gelas yang berisi air kosong itu dicapai lalu diteguk hingga licin. Hannah membulatkan matanya namun cuba mengawal air wajahnya.

"Kahwin lain untuk dapatkan anak. Nak tunggu isteri kau tu sampai kau masuk enam kaki ke bawah belum tentu ada anak," sarkastik kata-kata Hannah membuatkan Zafran ketawa.

"Ada-ada jelah kau ni."

Hannah koyak sengih lalu meminta pelayan yang lalu di sebelah meja mereka untuk menuang air kosong untuknya. Sebaik saja gelasnya penuh, Hannah meneguk laju. Telefonnya bergetar di dalam beg tangan dikeluarkan. Matanya menjeling ke arah Rania yang memberi isyarat agar bawa Zafran naik ke bilik hotel dengan segera.

"Hann, aku rasa nak baliklah." Suara Zafran yang perlahan itu menyapa gegendang telinganya. Zafran memicit pelipisnya yang tiba-tiba sahaja berasa berdenyut.

"Kau okey tak?" soal Hannah.

Zafran angguk kepalanya berkali-kali. "Kepala aku tiba-tiba rasa sakit." Hannah terus bangkit dan berdiri di sebelah lelaki itu. "Aku bawa kau."

Hannah menjeling ke arah Rania dan Iqbal yang sudah bersiap sedia untuk langkah seterusnya. Hannah memapah Zafran sehinggalah di hadapan lif. Tiba-tiba Zafran hilang keseimbangan dan Hannah sempat menahan.

"Kau boleh drive tak ni?"

"Kepala aku sakit sangat."

"Hmmm kau bermalam jelah kat hotel." Tanpa menunggu balasan dari lelaki itu Hannah terus memberi isyarat kepada Iqbal yang berpakaian seperti pekerja hotel untuk membantunya memapah Zafran naik ke bilik.

Setibanya mereka di bilik yang telah ditempah awal oleh Iqbal tubuh Zafran dibaringkan ke atas katil. Hannah di luar bersama Rania berbual sedikit. "Kau guna peluang ni betul-betul tau. Apa-apa terus call aku."

"Okey." Figura Iqbal mula keluar dari bilik itu.

"Aku masuk dulu."

Rania mengangguk, "Enjoy!"

Iqbal dan Rania sudah berlalu pergi kemudian Hannah menutup pintu bilik itu dengan rapat. Tubuh Zafran yang kaku di atas katil dipandang bersama senyuman sinis.

"Well, aku dah dapat dia Rihanna."

Baru sahaja Hannah mahu memanjat katil mendekati Zafran tiba-tiba tubuhnya ditarik kuat hingga menghempap tubuh Zafran. Mata Hannah terbuntang luas melihat lelaki itu seperti separa sedar.

"Zaf."



I pernah bagitahu, Hannah villain :)


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro