43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PUAN Hanani yang baru sahaja selesai sarapan bersama suaminya berasa pelik apabila melihat kelibat anaknya sedang menaiki anak tangga. "Hann tidur mana semalam?" Malam semalam dia menunggu anak daranya pulang sehingga terlena di atas sofa.

Hannah menjawab tanpa menoleh ke arah mamanya, "Hann tidur kat rumah Nia semalam. Ada benda nak bincang dengan dia lagipun dia ajak Hann teman since parents dia tak ada kat rumah."

Puan Hanani percaya. "Hann masuk bilik dulu." Hannah terus memanjat anak tangga lalu meluru masuk ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci dari dalam. Nafasnya hela panjang. Tidak sanggup dia memandang wajah Puan Hanani dengan pembohongannya sebentar tadi. "Maafkan Hann mama..."

Pintu tandas dituju dengan perlahan sambil mencapai tuala yang tersidai. Selesai saja mandi, dia berdiri di hadapan cermin dengan tubuh berbalut dengan tuala. Peristiwa malam tadi mula terlayar di kotak fikirannya. Hannah menggeleng kepala laju cuba menghilangkan peristiwa yang tidak dijangka itu dari fikirannya.

Namun, peristiwa pagi tadi pula menjelma. Dia dan Zafran sama-sama bangun dan terkejut dengan keadaan mereka yang tidak memakai hatta seurat benang sekalipun. Tubuhnya menggigil kerana ini bukan rancangannya. Dia mahu perangkap lelaki itu bertujuan menangkap gambar untuk memaksa Zafran menikahinya namun lain pula terjadi apabila Zafran tiba-tiba saja bertindak dengan agresif.

"Tak tak tak. Ni bukan salah aku."

Perbualan antara dia dengan Zafran mula terngiang-ngiang di pemdengarannya.

"Aku tak tahu apa dah jadi semalam. Sumpah Hann, aku tak sedar langsung dan kepala aku sakit sangat. Aku..."

"Kau tak sedar? Kau tahu tak kau yang paksa aku semalam?" Hannah mula menangis semahu-mahunya. Ya, ini salah satu dari rancangannya tetapi ia menjadi nyata kerana ia benar-benar terjadi. Kesuciannya sudah diambil oleh lelaki yang dia sayang selama ini tanpa kerelaannya.

Zafran menundukkan kepalanya seakan berfikir tentang sesuatu. "Apa aku nak cakap dengan mama dan papa aku kalau aku pregnant?"

"Hannah."

"Ni semua salah kau!" Hannah menampar dada Zafran berkali-kali bersama tangisannya. Dia cuma mahu menangkap gambar dengan Zafran saja bukannya dara dia diragut oleh Zafran sendiri. Langsung tiada dalam rancangannya.

Zafran menangkap tangan kecil Hannah. "Calm down, Hann."

"Macam mana aku nak bertenang Zaf? Kau nak ke bertanggungjawab semua ni? Tak kan?"

"Kita kahwin."




ZAFRAN melangkah masuk ke rumahnya kemudian berbaring di atas sofa. Rihanna mendekati suaminya. "Abang tidur mana semalam? Ri call, mesej tak jawab pun."

Sepi.

"Abang."

"Abang tidur mana semalam? Abang dengan Hannah keluar ke mana semalam? Abang tak berdua je kan dengan Hannah semalam?" soal Rihanna bertubi-tubi.

Zafran berdengus. Dia terus berdiri lalu menjeling ke arah isterinya, "Boleh diam tak? Memekak jelah kau ni!"

Rihanna terkedu.

Zafran sudah hilang ke dalam bilik dengan hempasan pintu. Terhinjut bahu Rihanna lalu air matanya mengalir. Ini kali pertama dia melihat Zafran meninggikan suara terhadapnya sepanjang perkenalan mereka. Salah ke dia cuba bertanya tentang keberadaan suaminya semalam?

Lama Rihanna menenangkan diri yang terasa hati dengan amarah suaminya. Kemudian, dia berjalan naik ke bilik beradunya dengan Zafran. Bunyi pancuran air menandakan Zafran sedang mandi. Rihanna duduk bersandar di atas katil sambil bermain dengan telefon pintar.

Zafran mengeringkan rambut dengan tuala sambil keluar tandas lalu menuju ke ruang wardrobe untuk memakai baju. Tanpa mempedulikan isterinya yang berada di atas katil, Zafran bergerak ke arah pintu.

"Abang nak pergi mana?"

"Ada hal."

"Abang belum jawab lagi soalan saya tadi. Abang tidur mana semalam? Abang dengan Hannah pergi mana sampai lewat malam?" Selagi dia tidak mendapat jawapan selagi itulah dia menanya Zafran.

Zafran berpaling, "Aku tidur mana sekalipun, kau tak perlu tahu. Suka hati akulah. Kau boleh diam tak? Serabut!" Kakinya kembali mengatur langkah dan pintu bilik itu dihempas sekali lagi. Rihanna terduduk. Semalam elok saja suaminya namun hari ini terus berubah 360 darjah.

Hannah. Pasti tentang perempuan itu.




BEBERAPA hari berlalu...

Hannah dan Rania bertemu di sebuah restoran yang terletak di dalam pusat beli belah. "So, macam mana dengan malam tu? Aku tak sempat nak tanya sebab tiba-tiba je aku terima banyak tempahan baju."

"Aku faham."

Rania memandang Hannah. "Ceritalah apa jadi? Plan kau berjaya tak?"

Hannah mengeluh panjang. "Mengeluh je ni. Success or not, babe?"

"Aku rasa ada something wrong. Kau letak pil betul tak malam tu?" tanya Hannah secara tiba-tiba mengundang rasa pelik pada Rania.

"Pil tidur tu kan? Betullah aku letak yang tu. Takkan aku nak letak vitamin orang mengandung pula? Kenapa? Apa dah jadi?" Semakib bertambah kerutan pada dahi Rania.

Hannah memandang sekliling sebelum merendahkan nada suaranya seakan berbisik. "Benda lain jadi, Nia. Kalau aku bagitahu kau, janji jangan buka rahsia ni dekat sesiapa." Walaupun perlahan namun terselit jua nada kerasnya.

Rania angguk berkali-kali. "Kau buat aku saspen la."

"Aku dengan Zaf terlanjur malam tu."

"What?!" Jeritan Rania mengundang pandangan pelanggan lain di restoran itu. Hannah hanya senyum lalu menunduk memohon maaf.

Wajah Rania dijeling tajam, "Diamlah sikit. Jangan jerit kuat sangat."

"Sorry. But, seriously? Kau dengan Zaf dah..."

Kali ini Hannah pula menganggukkan kepalanya. "Ya. Aku..."

"Kau kata kau nak tangkap gambar je kan? Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Kau goda Zaf tu ke apa? Hann, ni bukan plan kau yang sebenar tahu tak? Dah lari teruk ni. Habis tu, apa Zaf cakap? Dia nak bertanggungjawab tak? Kalau dia tak nak, biar aku lempang jantan tu sampai putus telinga." Mulut Rania bagai melepaskan peluru bertubi-tubi kepada Hannah.

Hannah pejam mata menahan perasaan, "Kau ni perlahan sikit tak boleh ke? Pening aku nak jawab."

"Ish, kisah apa aku. Cepat cakap sekarang."

"Aku pun tak nak semua ni jadi tahu tak? Aku cuma nak tangkap gambar dengan Zaf tu je but then... entah macam mana Zaf tu tiba-tiba je macam lain malam tu. Aku fikir dia dah pengsan tapi tiba-tiba dia jadi agresif. And aku tak sempat nak elak dan kepala aku tiba-tiba je rasa berat sangat. Sedar je pagi tu, kitaorang dah..." Hannah tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia mula berasa menyesal.

Rania hela nafas panjang. "Zaf nak bertanggungjawab tak?"

Wajah Hannah yang serabut terus bertukar ceria, "Zaf ajak aku kahwin."

"Seriously? Dia ajak kau kahwin?!"

"Ha'ah, dia kata nak bertanggungjawab. Aku rasa, ni macam jalan pintas untuk aku. Kau sokong tak?"

Rania senyum lebar, "Kau kawan aku, Hann. Apa yang kau buat aku sentiasa sokong. Cuma... kau tak rasa sedih ke yang kau dah tak ada dara lagi?"

Hannah menundukkan kepalanya. Rania mula berasa bersalah berkata sedemikian terus duduk di sebelah sahabatnya. "Sorry kalau kau terasa aku cuma risaukan kau."

"Aku sedih, Nia. Tapi aku harap Zafran kahwin dengan aku secepat yang mungkin. Aku tak nak mengandung anak luar nikah. Walau apapun, maruah aku tak sehina itu," ujar Hannah perlahan. Rania terus memeluk tubuh Hannah dengan erat.

"Jangan risau, kalau Zaf tak jadi kahwin dengan kau... aku sendiri akan belasah dia."

Hannah sekadar koyak sengih sesaat.


Lain yang dirancang, lain yang jadi.


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro