46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZAFRAN sedang bersandar di atas katil tetapi matanya melirik setiap pergerakan Hannah dari meja solek ke balkoni apabila menjawab panggilan. Bibirnya melorek satu senyuman. Untuk malam pertama dia bersama Hannah, mereka bermalam di hotel The Majestic.

    "Hahahaha okey. Bye." Hannah memeluk tubuhnya sambil menutup sliding door balkoni. Kemudian, dia bergerak naik ke atas katil dan bersila di hadapan Zafran yang merenungnya sejak tadi.

    "Kenapa pandang aku macam tu?" soal Hannah polos.

    Zafran duduk bersila bertentangan dengan kawan merangkap isterinya. "Hann."

    "Hmm?" Hannah melurutkan rambutnya dengan lembut.

    "Kita tukar panggilan kita?"

    Hannah ketawa kecil, "Eh tadi masa Ayep cakap kemain kau kata mengarutlah apalah. Ni tiba-tiba je." Zafran juling mata ke atas.

    "Tu tadi, ni sekarang. Hann..."

    "Hahahaha okey kita nak tukar kepada apa?" Hannah fokus dengan Zafran. Hatinya sudah berbunga mendengar permintaan sang suami sejak tadi. Haih, begini ke perasaan selepas berkahwin?

    Zafran berfikir. "Tak boleh guna aku-kau dah. So, mulai sekarang I will call you love."

    "Eww... cringe gila!" Hannah ketawa menutup rasa yang semakin berdebar di hatinya.

    "Ah peduli cringe ke apa. Tak kisah. Now what will you calling me, love?"

    Jari telunjuk diletakkan pada dagu seolah memikir panggilan buat Zafran. Panggilan manja, huh? "Hmm tak tahulah. Okeylah nak tidur."

    Zafran menarik lengan Hannah dari membaringkan tubuh. "No until you decide it. Hannah!"

    Hannah melepaskan tawanya. "Hahahahaha okey. Bae."

    "Huh?"

    "Bae."

    "Be? Be apa? Berak?"

    Semakin kuat tawa Hannah di setiap ruang suite yang ditempah oleh mereka. Berak? What the...

    "Eee aku cakap Bae! Nak ke aku panggil kau berak? Berak oi! Sini kau berak!" Zafran ketawa besar. Dia fikirkan berak tadi. Aduhai.

    "Okey. But, no aku-kau," tegas Zafran sekali lagi.

    "Then?"

    "I-you?"

    "Kenapa tak nak guna saya-awak?"

    Zafran terdiam. Hannah baru tersedar. Ah, itu sudah jadi kebiasaan antara Rihanna dengan Zafran. Urgh, perempuan tak guna itu harus dihapuskan secepat yang mungkin!

    "Alright we use I-you better." Hannah berkata lalu membaringkan tubuhnya. Berbual dengan Zafran menghilangkan penatnya serba sedikit. Zafran turut baring. Lampu bilik dimatikan. Gelap gelita.

    Masing-masing merenung siling yang kosong mendengar hembusan nafas satu sama lain.

    "You are my wife now."

    "And you are my husband."

    Siapa sangka hanya dari rancangan keji Hannah sudah bertukar satu mimpi ngeri buat mereka dan membawa mereka ke alam perkahwinan. Hannah senyum lebar. Dia sudah mendapatkan Zafran kini misinya cuma tinggal satu.

    Hapuskan Rihanna.


RIHANNA melihat kereta yang amat dia kenali parkir masuk dalam di perkarangan rumah Zafran. Zafran matikan ejin lalu keluar dan berlari ke arah pintu penumpang di sebelah pemandu. Kemudian, Hannah keluar dengan penuh bergaya bersama cermin mata hitam tersangkut pada pucuk hidungnya.

    "Assalamualaikum," ucap Zafran.

    Rihanna simpul senyum lalu mendekati Zafran untuk menyalami tangan suaminya, "Waalaikumsalam." Hannah yang melihat momen itu hanya menjeling.

    "Bae."

    "Jap, I nak ambil beg you." Zafran berlalu ke arah bonet kereta. Setelah seminggu mereka pergi bercuti atau ia seperti bulan madu di Pulau Langkawi kerana percutian itu langsung Rihanna tidak ketahui. Dan, mereka berdua sudah terbiasa dengan panggilan yang telah mereka tukarkan.

    "Look at him... He really looks so lovely with me."

    Rihanna menahan rasa.

    Hannah menjeling lalu bisik sesuatu pada telingan Rihanna, "Round two will begin now, Rihanna. And I'm pretty sure this will be the last round, loser."

    "Jom masuk." Zafran menarik tangan Hannah dengan lembut. Hannah menghadiahkan senyum sinis buat Rihanna.

    "Bilik kita yang mana? Jangan cakap I kena duduk bilik yang kecil. You know me so well right, Zaf?"

    "Hahahaha of course I know. Master bedroom. I asked Rihanna to clean up her things and I pay interior designer to make over our room." Zafran membawa isterinya ke bilik utama rumah agam itu. Dia bertekad untuk membawa Hannah tinggal sebumbung dengannya bersama Rihanna. Hannah tidak peduli dan dia hanya setuju tetapi semua itu langsung dilakukan tanpa persetujuan dari Rihanna.

    Rihanna memandang pasangan itu sudah menghilangkan diri ke dalam bilik. Satu keluhan dilepaskan. Hatinya semakin rasa sakit apabila mendapat tahu bahawa madunya akan duduk di bawah bumbung yang sama dengannya. Dan yang paling teruk dia diarahkan oleh Zafran untuk berpindah ke bilik lain.

    Langkahnya di bawa ke dapur. Dia harus menyiapkan makan malam sebelum pasangan pengantin baru itu turun ke bawah. Di hadapan singki, Rihanna cuba menahan tangisannya.

    "Ya Allah, dugaan apa yang bakal aku hadapi selepas ini?"

    Bisikan Hannah sebentar tadi kerap berulang di telinganya.

    Hannah Nadhirah.

    Madunya itu akan melakukan sesuatu. Dan dia pasti dia akan tewas tanpa berlawan. Atau... dia harus berlawan dengan Hannah demi Zafran?

    "Zaf, saya rindukan awak."





Well, so far rancangan Hannah berjalan dengan lancar.
Rihanna, are you okay?

Picit star ⭐️ kat bawah okies! Thanks <3


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro