47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HANNAH menuruni anak tangga dengan berpakaian formal untuk ke pejabat hari ini. Niatnya turun awal ke dapur ialah membuat sarapan untuk Zafran namun langkahnya mati serta merta di hadapan muka pintu dapur. Kelihatan Rihanna lebih awal menyediakan sarapan.

Satu senyuman sinis tersungging pada hujung bibirnya. Dia tak akan kalah. Kakinya terus melangkah ke kabinet dan mencapai tepung untuk membuat penkek. Rihanna yang sedang menggoreng nasi terus mengalihkan perhatian ke arah Hannah.

"Awak buat apa?"

"Breakfast."

"Tapi saya dah masak nasi goreng untuk sarapan."

"Do I care? I don't eat fried rice in the morning." Tanpa mempedulikan Rihanna dia terus membancuh tepung di dalam mangkuk lalu meneruskana langkah memasak penkek.

Rihanna menghela nafas panjang. Nasi goreng di dalam kuali dicedok ke dalam satu mangkuk besar. Setelah hampir dua puluh minit akhirnya Hannah menyiapkan empat keping penkek untuk dirinya dan Zafran.

"Zaf dah bangun?" tanya Rihanna.

"Dah."

"Saya pergi panggil dia turun kejap."

Baru kaki kanan Rihanna mara setapak lengannya ditarik kasar oleh Hannah. "Who are you to call Zafran to come down? Don't you dare to going inside my room." Sepasang mata milik Hannah tajam menikam wajah Rihanna.

"Apa awak ni? Zaf tu suami saya juga."

Hannah senyum senget, "Berangan selagi boleh. Tapi kau kena ingat angan-angan tu akan aku hancurkan." Lengan Rihanna dilepaskan. Rihanna tegur liur.

"Biar aku panggil suami aku turun. Kau duduk sini diam-diam." Hannah membuka apron lalu dicampak ke arah muka madunya. Bilik beradu dia dan Zafran dituju dengan senyuman. Ini ke rasanya memanggil suami untuk sarapan bersama? Auch!

"Bae."

Zafran yang sedang membuntang baju terakhir memandang Hannah. "Hey, love." Percaya atau tidak sudah masuk tiga minggu perkahwinan dia dan Hannah dan semakin hari dia semakin sayangkan Hannah. Pelik rasanya namun entah mengapa dia semakin angau. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan sahabat baiknya sendiri? Tidak mungkin. Tetapi Hannah... bukan sahabatnya lagi.

Hannah senyum lebar lalu mengambil tali leher di atas meja kemudian dia pakaikan untuk suami tercintanya. Zafran memeluk pinggang ramping Hannah agar merapatkan tubuh mereka untuk memudahkan isterinya memakaikan tali leher buatnya. Hannah menepuk dada Zafran perlahan. "Done."

Pelukan Zafran masih tidak dileraikan lalu Hannah merenung sepasang mata milik lelaki itu. "Why? Anything wrong?"

Sesaat kemudian satu kucupan hinggap pada bibir Hannah. Lama mereka dalam keadaan itu sehinggalah...

"Abang... Hannah." Rihanna menolak pintu bilik utama iyang tidak ditutup rapat. Situasi yang terbentang di hadapannya benar-benar mengejutkan diri Rihanna. Zafran terus meleraikan ciuman itu apabila Rihanna sudah membelakangi mereka. Hannah senyum senget namun pada masa yang sama dia geram dengan Rihanna seperti sengaja menganggu mereka.

"Ya?"

"Errr... saya nak ajak awak breakfast."

"I kan dah cakap yang I akan bawa Zaf turun. Tak perlu you susah-susah nak naik atas." Hannah memeluk lengan Zafran lalu menarik lelaki itu untuk turun bersarapan bersama-sama diikuti dengan Rihanna.

Zafran duduk di tengah-tengah seperti ketua keluarga manakala Hannah dan Rihanna duduk di sebelahnya dengan berhadapan satu sama lain. "Abang, saya sediakan nasi goreng." Rihanna baru mahu mencedok nasi goreng ke dalam pinggan suaminya terus dihalang oleh Hannah.

"Bae, try this pancake. I know you love to eat my pancake right?"

"You memang terbaik. Penkek you tak pernah tak sedap macam Mama Nani masa juga." Zafran sudah menadah pinggan menanti Hannah meletakkan dua keping penkek ke pinggannya lalu madu dituang bersama butter.

"Well, masakan I lagi sedap dari mama tau."

Rihanna di tempat duduknya mula berasa cemburu dengan kemesraan Hannah dan Zafran. Mengapa dia rasa dia tidak wujud di sini? Nasi goreng yang ada dalam pinggannya dikuis saja.

"Kenapa tak makan?" tanya Zafran secara tiba-tiba.

"You diet ke? Badan dah kurus pun nak diet?" sampuk Hannah.

Rihanna cuba mengukir senyuman.
"Entah awak ni. Makanlah."

Hannah menjeling Rihanna tajam lalu menghadiahkan senyuman yang penuh beribu maksud. Rihanna memandang suaminya, "Saya tak ada selera pula. Saya pergi kerja dululah."

"Sit down."

"Huh?"

"Duduk dan makan. Jangan membazir nasi ni. Tak tahu ke ramai lagi kat luar sana terpaksa tahan lapar dan awak nak bazirkan makanan?" Kali ini suara Zafran kedengaran sungguh tegas.

Hannah senyum sikit, "Biarlah dia. Mungkin dia tak pernah rasa orang lain tahan lapar." Zafran menarik pergelangan tangan Rihanna dengan kuat agar isteri pertamanya itu duduk dan teruskan makan. "Makan."

Air mata cuba ditahan dari gugur lalu sudu dicapai dan menyuap nasi ke dalam mulut. "Nak makan pun susah ke?"

Hannah mengusap lengan Zafran dengan lembut. "Biarlah kat dia. You cepat makan penkek tu nanti sejuk tak sedap."

Zafran mengangguk lalu meneruskan suapan penkek yang dimasak oleh Hannah. Rasa itu tidak pernah berubah dan terlalu sedap. Dia masih ingat lagi ketika zaman universiti yang Hannah selalu beri bekalan penkek untuknya. Walaupun tika itu Hannah gadis yang lincah namun masih belajar memasak dengan Puan Hanani.





SELEPAS menghantar Hannah ke tempat kerja Zafran memandu ke syarikat keluarganya. Tidak lekang dengan senyuman sejak dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang gah itu. Semua pekerja yang menunduk hormat dan menyapa dia balas dengan senyuman yang semakin lebar. Elfi di mejanya tersu berdiri lalu menyapa bosnya, "Ceria je bos hari ni."

"Hahahaha ketara sangat ke?" tanya Zafran.

"Terlalu ketara, bos. Ada good news ke?"

"Tak adalah. Saja senyum macam ni... tak boleh ke?"

Elfi membalas senyum, "Bukan tak boleh tapi dah lama bos tak senyum macam ni. Sejak Cik Hannah eh silap Puan Hannah datang dan jadi isteri bos kemain senyuman sampai ke belakang tengkuk." Sengaja Elfi mengusik bosnya kerana Zafran tidak pernah senyum lebar macam ni sejak tiga tahun lepas iaitu sejak Hannah menghilangkan dirinya.

"Ada ada je awak ni. Okeylah saya masuk dulu and nanti tolong bawa report yang saya minta semalam kepada saya, ya."

"Baik, bos!"

Zafran ketawa kecil lalu masuk ke dalam pejabatnya. Bingkai gambar perkahwinannya dengan Hannah yang terletak elok di atas meja diambil lalu ditenung lama. Dia masih ingat lagi Hannah sanggup datang ke pejabatnya semata-mata untuk meletakkan bingkai gambar ini di pejabatnya. Kata Hannah, biar dia sentiasa rindu kepada isteri yang baru dikahwininya itu.

"Tak pernah tak lawa."

Bingkai gambar itu diletakkan kembali di tempat asalnya lalu bingkai gambar dia dengan Rihanna pula dipandang sepi. Sepanjang perkahwinan pertamanya dia langsung tidak mendapat haknya sebagai seorang suami dan dia tidak mampu berasa bahagia walaupun Rihanna sentiasa ada dengannya kerana hari perkahwinannya itu ialah hari di mana dia hilang Hannah. Kini, Hannah kembali dan siapa sangka sahabat baiknya sudah menjadi isterinya yang sah?

Takdir yang Allah beri memang penuh dengan kejutan dan indah kan? Zafran senyum lebar. "Aku janji aku akan jaga kau sebaik mungkin, Hannah. Aku akan bahagiakan kau sehingga akhir nafas aku. Dan... aku akan belajar untuk cintakan kau," gumam Zafran.

Deringan telefon menyentakkan Zafran lalu dijawab. "Helo."

"Abang."




RIHANNA memandang figura yang duduk di hadapannya.

"Kau nak apa?"

Lelaki itu senyum senget lalu berdiri dan berjalan sekitar pejabat Rihanna dengan muka serius. "Kau dah berjaya?"

Rihanna mengetap bibirnya, "Itu bukan urusan kau. Aku berjaya sampai ke tahap ni atas kerja keras aku selama ni."

Iqbal menepuk tangan berkali-kali untuk Rihanna lalu berjalan mendekati perempuan bertudung itu. "Kerja keras kau? Kerja apa?"

"Kau cakaplah kau nak apa? Kalau tak ada apa, kau keluar dari sini!"

"Relax lah yang kau nak gelabah sangat ni kenapa? Aku rasa aku faham maksud kerja keras kau," ujar Iqbal dengan menggunakan nada perlahan dan lembut.

Rihanna menarik nafas lalu hembus. "Kau keluar sekarang."

Iqbal semakin mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Rihanna lalu dia menyandarkan badannya pada meja kerja perempuan itu. Dagu Rihanna dipegang dengan kuat. "Tak pernah berubah kan? Ingat, aku datang sini sebab..."

Rihanna menahan rasa apabila wajah Iqbal semakin rapat hingga meningalkan beberapa inci saja, "... aku nak kau."

"Kau dah gila ke? Aku isteri orang."

Ketawa besar dilepaskan oleh Iqbal. "Isteri? Kau pasti ke kau isteri lelaki tu? Dia tahu tak yang kau ni bekas pelacur?"

Pang!

"Sekali lagi kau sebut perkataan tu, aku akan bunuh kau."

"Bunuhlah. Bunuh. Kau kena ingat sekarang ni nyawa kau dalam tangan aku. Kalau kau nak terus jadi isteri kepada Zafran kau kena dengar cakap aku kalau tak rahsia yang kau simpan selama ni akan terbongkar. Pufff!" Iqbal mengusap pipi Rihanna lembut lalu Rihanna mendepi dengan kasar.

"Kau nak duit? Berapa?" Rihanna menarik laci lalu mengeluarkan buku cek.

"Kan aku dah cakap tadi... aku nak kau. Aku akan semakin kerap datang sini dan kalau kau ingkar arahan aku... aku akan pastikan Zafran buang kau dari hidup dia. Ingat Rihanna, nyawa kau dalam tangan aku." Iqbal koyak sengih.

Iqbal menjauhi Rihanna, "Aku akan datang balik esok dan aku nak kau ikut aku. Oh ya, thank you for spend you time with me." Satu kenyitan mata diberikan buat Rihanna. Kemudian, dia melangkah keluar dari pejabat perempuan itu.

Cermin mata hitam disarung kembali. "Aku akan hancurkan kau, Rihanna. Mana mungkin aku akan goda kau tapi... aku mampu buat kau hilang segalanya termasuk Zafran," gumam Iqbal.

Rihanna hela nafas panjang. Zafran tidak boleh tahu rahsia yang dia telah simpan dengan rapi selama ini. Tiada siapa boleh tahu. Pelipisnya dipicit. Rihanan mendengus geram apabila teringat ugutan Iqbal sebentar tadi. Apa lelaki itu mahu? Mengapa saat ini dia harus muncul? Arghhh!

Nombor telefon Zafran didail.



Here we go.
I tak minta banyak, doakan i kekal tenang and positif.
My emotion arent stable :/


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro