56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HUBUNGAN mereka semakin dingin sejak kematian Rihanna. Zafran yang sibuk dengan kerjanya dan Hannah pula merajuk dengan kedinginan Zafran. Dia langsung tidak membuat apa-apa kesalahan tetapi terpalit dengan kedinginan suaminya itu.

    Kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan diusap perlahan. Hari ini dia bekerja dari rumah saja memandangkan kakinya semakin sakit dan dia mudah letih.

    Sedang Hannah asyik menonton drama Korea kegemarannya tiba-tiba pelakon itu sedang menikmati ayam goreng pedas. Gulp! Terliur di melihat. Tak boleh jadi ni. Dia mesti dapatkan ayam goreng tu. Tapi macam mana...

    "Hah, K-Fry!"

    Jam ditilik, sepatutnya sekarang Zafran sudah pulang. Hannah mencapai telefonnya kemudian menghantar mesej kepada Zafran untuk membeli ayam K-Fry sebelum pulang ke rumah. Selepas itu, Hannah terus masuk ke dapur untuk masak makan malam.

    Zafran yang baru keluar dari pejabat menyeluk poket seluarnya lalu melihat satu notifikasi Whatsapp dari Hannah. Tanpa membaca, dia terus meletakkan kembali dalam poket.




HANNAH dengan teruja membuka pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya atau lebih tepat ayam K-Fry yang dia nanti-nantikan sejak tadi. "Assalamualaikum," ucap Zafran.

    "Waalaikumsalam," jawab Hannah lalu mengambil briefcase suaminya lalu membuntuti Zafran hingga ke sofa. Lelaki itu merehatkan tubuhnya disitu.

    Hannah memandang kedua-dua tangan Zafran, tiada sebarang plastik bungkusan K-Fry. Briefcase Zafran diletakkan ke atas meja. "You."

    "Hmmm."

    "Mana ayam goreng K-Fry I?" tanya Hannah sambil meneguk liurnya.

    "Ayam goreng?"

    Hannah angguk laju.

    "Bila you suruh beli?"

    Hannah berkerut, "I dah hantar mesej tadi. Tak baca ke?"

    Zafran mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi Whatsapp. Ah, tadi dia sengaja mengabaikan mesej dari Hannah semasa keluar dari pejabat. Tak sangka pula Hannah meminta makanan ketika itu.

    "You tak beli ke?"

    "Tak," jawab Zafran sepatah.

    Hannah memuncung. Wajahnya yang ceria bertukar muram. Kali ini sudah termasuk kali ketiga Zafran terlupa membeli makanan yang mengidam.

    "You naiklah mandi. Lepas tu turun makan. I dah siap masak," ujar Hannah. Mendatar. Kemudian, dia menghilangkan diri ke dapur.





SATU figura dicari namun dia masih tidak ketemui. "Mana pula Hannah ni?" gumam Zafran. Di dapur tiada, ruang tamu pun tiada, bilik lagilah tak ada orang. Kemudian, dia membawa langkahnya ke laman rumah.

    Kelihatan satu figura dikenali sedang duduk di buaian sambil merenung dada langit yang penuh dengan kerlipan bintang dan sang purnama. Perlahan dia melangkah ke arah Hannah yang tidak sedar kehadirannya disitu.

    Hannah mengeluh sedikit. "Kalau aku keluar kejap beli K-Fry okey tak? Aku craving teruk ni. Tapi, Zaf bagi ke aku bawa kereta malam-malam macam ni?"

    Perasaan bersalah mula menghurungi diri Zafran apabila mendengar omelan Hannah. "Tapi, tak salah kan aku pergi? Yalah, dia pun sekarang ni bukannya layan aku sangat. Aku nak beli K-Fry tu kejap je," sambung Hannah lagi. Kali ini, dia mengusap perutnya pula.

    "Sabar ya, baby. Kejap lagi mommy keluar cari K-Fry."

    "Love."

    Tangan Hannah yang mengusap perut itu terus terhenti kemudian menoleh sebelah kanannya. Zafran sudah duduk di sebelahnya. Macam mana dia boleh tak sedar?

    "Buat apa kat sini?" Tergagap Hannah menanya.

    "Cari you."

    "Ohh... okey." Hannah kembali merenung langit malam.

    Zafran mengawal riak wajahnya dan sebak yang bertandang. "Sorry."

    "Huh? For?" Terangkat kening Hannah.

    Zafran mengenggam kedua tangan Hannah. "Sorry sebab abaikan you sejak kebelakangan ni dan tak tunaikan permintaan you. I'm so sorry. I..."

    "Tak apa, I tak kisah. I tahu you sibuk dan fikirkan tentang arwah Rihanna," sampuk Hannah laju. Hannah sudah berdiri lalu dia berkata, "I nak masuk dalam dululah. Sejuk kat luar ni."

    Zafran menggapai pergelangan tangan Hannah.

    "Kita pergi makan K-Fry, nak?"

    Hannah yang baru mahu merajuk terus bercahaya matanya apabila mendengar ajakan suaminya. "Nak, nak!"

    Zafran sengih, "Pergi bersiap. I tunggu."

    "Okey!" Hannah baru sahaja mahu berlari terus dihalang oleh Zafran, "Don't run, love. You tu mengandung." Hannah sengih lalu berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.

    Argh, K-Fry! Tak sabar!




SETELAH memastikan isterinya dibuai dengan mimpi indah. Zafran buka telefonnya apabila satu notifikasi masuk. Ting!

        Unknown Number

        Kau percaya isteri yang ada dengan kau sekarang ni baik?

        Rihanna menderita gara-gara isteri sebelah kau.

        Banyak lagi Rihanna rahsiakan perkara dari kau.

   
    Zafran memandang ke arah Hannah yang pulas tidur. Hannah?

    Kemudian, dia menuruni katil dan menuju ke bilik tidur arwah Rihanna. Bilik itu hampir kosong. Saat dia menghalau Rihanna keluar dari rumah ini, Rihanna hanya sempat mengambil pakaiannya sahaja.

    Almari dibuka. Satu gaun berwarna putih tergantung rapi di dalam almari tersebut. Itu ialah gaun pengantin Rihanna. Beberapa helai pakaian Rihanna disentuh dengan lembut. Kemudian, sebuah kotak yang tersorok dalam almari dicapai.

    Kotak itu diambil lalu dibawa ke atas katil. Perlahan dia membuka penutup kotak tersebut. Ada beberapa keping gambar Rihanna dengan dirinya dan lelaki lain. Lelaki-lelaki ini ke Rihanna tiduri dulu? Tidak mahu sakit hati, sebuah buku yang agak lama ditarik keluar.

    Beberapa coretan di dalam buku itu membuatkan dia berasa pelik. Semakin banyak helaian dia selak, semakin terbakar hatinya. Sehinggalah ke satu helaian yang membuat dia terhenti.

Kerana cinta, aku sanggup abaikan ugutan Hannah. Aku tahu Hannah benci aku kerana aku bercinta dengan Zafran. Tapi aku tak peduli... Aku rela Hannah bunuh aku asalkan aku dapat cinta Zafran. Mungkin aku perempuan keji dan bekas pelacur tapi sejak bertemu dengan Zafran, aku mula berubah.

Aku sayang Zafran. Berkali-kali aku disakiti, dihina, dicaci oleh Hannah. Aku tetap bertekad untuk berkahwin dengan Zafran. Pelbagai ugutan Hannah beri sehingga mengugut ayah aku juga untuk memastikan syarikat keluarga kami lingkup.

Aku tak beritahu Zafran tentang ini sebab aku hormati persahabatan Zafran dengan Hannah. Aku tahu Hannah sayangkan Zafran tapi aku masih seorang perempuan yang cemburu bila Zafran melebihkan Hannah dari aku. Aku hanya insan tersakiti oleh Hannah. Nyawa aku dalam cengkamannya...

    Setitis demi setitis air mata Zafran jatuh. Dia ketepikan amarahnya terhadap Rihanna yang menipunya tentang rahsia perempuan itu. Kini, amarahnya berubah kepada Hannah semakin kuat. Selama ini, di sebalik senyuman manis Hannah... perempuan itu menyakiti Rihanna?

    Mengapa? Rihanna menderita dengan amaran, ugutan, cacian dari Hannah. Hannah berubah menjadi perempuan kejam apabila di hadapan Rihanna lalu bertukar menjadi bibidari yang naif di hadapan dia? Macam mana dia langsung tidak sedar selama ini?

    "Maafkan abang, sayang..."

    "Abang langsung tak tahu apa yang Hannah lakukan terhadap sayang di belakang abang. Abang minta maaf. Abang biarkan Hannah sakitkan sayang selama ini. Abang..."

    "Abang rindu sayang."





Orang dah tak ada, baru nak rindu
Yang dah pergi, biarkan pergi...
yang masih hidup ni?

Bila tahu apa yang jadi, baru nak marah? For real, Zaf? Rihanna dah mati kut. Sekarang giliran Hannah pula ke?

Vote & Comments




To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro