57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sediakan tisu :)

BUAH manga yang sudah dipotong, Hannah nikmati sambil melayan Netflix. Hujan lebat di luar sana langsung tidak menghalangnya untuk menonton movie yang baru saja keluar di Netflix itu.

Zafran menuruni tangga disapa Hannah.

"You jomlah tengok movie ni sama-sama. Hari itu you kata nak tengok movie ni juga kan?"

Zafran senyap.

"Zaf?"

Zafran duduk bersama Hannah di sofa namun dia meninggalkan jarak dengan isterinya itu. "Kenapa duduk jauh sangat? Meh, sini." Hannah cuba menarik tangan suaminya namun pantas Zafran menepis dengan kasar.

Hannah terkelu.

"Bae, kenapa ni?"

Sepi. Zafran jeling Hannah tajam.

"Hey, what's wrong?" tanya Hannah apabila perasan akan jelingan Zafran kepadanya tadi. Hatinya mula berasa tidak sedap. Hmm...

Hannah mendekati Zafran. "Bae..." Lengan Zafran diusap lembut.

"Jangan sentuh aku!"

Hannah tersentak. "Kenapa ni?"

"Aku benci kau," ujar Zafran lalu dia mengambil kunci kereta dan menghempas pintu utama.

Hannah yang tidak mengerti apa-apa mula menangis akibat tiga perkataan yang meluncur keluar dari bibir Zafran.

"Aku benci kau."

Kenapa tiba-tiba saja Zafran berubah?





"JADI kau yang hantar mesej tu?"

"Ya, aku," jawab gadis itu.

"Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa arwah Rihanna hidup dulu?" tanya Zafran lagi.

Gadis itu hanya tersenyum sinis, "Kau rasa kalau aku bagitahu dulu, kau akan percaya ke? Hannah, dia seorang yang berpengaruh dan pandai memanipulasikan keadaan. Lagipun, kau dan dia kawan baik dulu atau lebih tepat sekarang ni dia dah jadi isteri kesayangan kau."

Zafran memandang tajam ke arah kawan baik arwah Rihanna dengan tajam. Reyha.

"Aku tahu dia pelacur. Aku tahu dia ada HIV tapi aku cuba abaikan. Aku tunggu arwah cerita kat aku tapi sampai mati pun dia langsung tak ceritakan apa-apa. Dan aku yakin, dia semakin terseksa bila suami dia sendiri kahwin dengan orang yang dah ugut dia, hina dia. Hannah Nadhirah." Reyha menahan sebak.

"Sehina mana pun Rihanna tu, lagi hina isteri yang kau sayangkan sekarang ni. Perempuan tu dah melampau. Aku tahu dia rancangkan lelaki lain untuk dekat dengan Rihanna dan goda Rihanna," ujar Reyha lagi. Sejak awal lagi dia hanya jadi pemerhati dan mengupah seseorang untuk perhatikan Rihanna dan Hannah.

Sekarang baru dia berkesempatan untuk memberitahu segalanya kepada Zafran. Dia mahu Hannah turut menderita seperti arwah kawan baiknya dulu. Hannah harus menerima nasib yang sama.

"Kau tipu. Hannah takkan buat macam tu."

"Ikut kaulah nak percaya ke tak. Aku ada satu benda lagi nak bagitahu."

"Apa dia?"

"Malam kau dan Hannah terlanjur di hotel. Itu semua rancangan jahat Hannah untuk perangkap kau. Dia perangkap kau supaya kau kahwin dengan dia," kata Reyha lagi menyentakkan Zafran.

Zafran berasa bumi berputar dengan laju. Itu satu perangkap?

"Kalau kau tak percaya, kau tanya Hannah sendiri."

Zafran menggeleng kepalanya laju. Tak mungkin. Hannah tak akan buat perkara sedemikian. Hannah.

"Layak ke Hannah bahagia sedangkan arwah Rihanna mati dalam keadaan menderita?" Air mata Reyha gugur. Zafran turut mengalirkan air matanya.

Rihanna, maafkan abang.




SUDAH beberapa malam Zafran tidur berasingan dengan Hannah. Hannah yang masih tidak tahu apa-apa hanya menangis sahaja setiap malam di dalam bilik. Layanan Zafran terhadapnya semakin dingin dan langsung tidak bertegur sapa.

Zafran hanya pergi kerja pada awal pagi dan pulang lewat malam. Mereka langsung tidak makan bersama-sama, berbual jauh sekali. Hannah terasa dengan perubahan Zafran. Apa salah dia untuk melayan dia sebegini rupa?

Mahu mengadu kepada Rania tetapi gadis itu sibuk dengan fashion show di Paris. Iqbal? Lelaki itu tak akan memahaminya langsung. Maka, dia memendam perasaan ini seorang diri.

Klak!

Hannah mengerling jam, awal suaminya balik. Tak seperti lalu, tengah malam baru nampak batang hidung. "Assalamualaikum," ucap Zafran perlahan.

"Waalaikumsalam," balas Hannah. Pantas dia menyeka air matanya.

Hannah mendekati suaminya bersama secebis senyuman. "You... I ada masak nasi ayam berempah. You suka kan?"

Zafran tidak mempedulikan Hannah lalu menyambung langkahnya semula. Hannah memandang figura itu dengan kosong. Dia tidak dapat menahan semua ini.

"Apa salah I sampai you layan I macam tak wujud?" soal Hannah.

Langkah Zafran terbantut.

"What is my fault, Zaf? Kalau I ada buat salah, cakaplah. I minta maaf. Tapi, jangan ignore I macam ni. I ada hati dan perasaan!" luah Hannah.

Zafran berpaling. "Hati? Perasaan?"

Hannah menanti kata-kata Zafran seterusnya.

"Perempuan keji macam kau ni ada hati dan perasaan juga ke?" sarkastik kata-kata Zafran.

"Apa you cakap ni?"

"Kau tak perlu nak berpura-pura lagi. Aku dah tahu siapa kau sebenarnya, Hannah Nadhirah!" Berpetir suara Zafran. Bahu Hannah terhinjut ke belakang.

Zafran mendekati Hannah dan Hannah berundur beberapa tapak ke belakang. "Selama ni, aku anggap kau kawan aku dan isteri aku. Tapi, orang yang aku percaya dan aku sayang seorang perempuan yang kejam! Rihanna menderita sebab kau. Kau caci dia, hina dia, ugut dia... Kau perempuan yang tiada hati perut!"

"Kenapa Hannah?!"

"Aaa... apa maksud..."

"Jangan berlakon lagi la. Aku tahu semua benda yang kau buat kat arwah Rihanna masa aku tak ada. Apa salah dia sampai kau buat semua tu? Apa?" jerit Zafran.

Hati Hannah mula mendidih. Zafran berubah menjadi dingin kerana semuanya sudah terbongkar? Hannah senyum sinis.

"Ya, aku buat semua tu."

"Why?!"

"Sebab aku sayangkan kau!"

Zafran terkedu.

"Aku benci tengok perempuan lain dekat dengan kau. Aku benci tengok arwah cuba goda kau. Aku benci bila kau layan dia lebih dari aku. Aku benci!" Kini, Hannah mula membalas sehingga Zafran terdiam.

"Aku minta dia jauhkan diri dari kau tapi dia tak nak. Aku terpaksa... aku terpaksa buat semua ni sebab kau! Aku suka kau. Tapi... kau tak nampak semua tu." Panas. Matanya yang merah mula mengalirkan cecair jernih.

"Tapi kau kejam, Hannah. Kejam!"

Hannah terduduk di atas lantai. "Aku kejam?"

"Sampai hati kau buat arwah macam tu..." Zafran cuba menahan air matanya dari tumpah.

Hannah menangis semahu-mahunya di tempatnya. Kejam ke dia?

"Aku benci kau, Hannah. Aku benci. Kau manusia berhatikan binatang!" tengking Zafran lagi.

Tangisan Hannah yang semakin kuat bergema segenap ruang tamu itu dipandang dengan penuh perasaan benci. Hatinya terasa terbakar saat mendengar rintihan itu. Kenangan terindah bersama cinta hatinya iaitu Rihanna mula menjamah mindanya buat seketika.

Hannah yang merintih cuba bangkit berdiri menghadapi Zafran di hadapannya atau lebih tepat suaminya sendiri lalu menatap sepasang mata yang merenung dirinya tajam. Dengan perut yang memboyot membawa kandungan di dalam rahimnya itu dia cuba kuat untuk hadapi amarah jejaka itu.

          "Aku ceraikan kau."

Tiga perkataan yang amat dibenci oleh wanita. Tiga perkataan yang membuatkan hati Hannah rapuh serapuhnya. Luka di hatinya mula bercalar mengalirkan darah tanpa henti. Adakah ini semua mimpi? Tapi mengapa rasa sakit di hati terlalu menyengat?

          "Zafran!" Hannah menjerit lantang saat Zafran melontarkan kata-kata itu tanpa rasa bersalah malah penuh dengan benci.

          "Aku nak kau berambus dari rumah aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Sepatutnya dari dulu aku tak akan kahwin dengan perempuan murahan macam kau ni! Dan anak itu bukan anak aku malah dia anak haram!" tengking Zafran. Terhinjut bahu Hannah akibat ditengking sebegitu rupa oleh suaminya sendiri.

          Pang!

          Satu tamparan kuat hinggap di pipi Zafran sehingga meninggalkan bekas tapak tangan. Pipi Zafran mula berubah rona merah. Zafran mengalihkan pandangan menghadap satu-satunya wanita yang berani menampar dirinya.

           Air mata Hannah gugur buat sekali lagi. Sungguh dia tidak sangka dia akan mendengar kata-kata hina itu dari mulut Zafran. Tangannya tanpa sengaja menampar Zafran. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini air matanya acap kali mengalir tanpa henti. Murah sangatkah air matanya ini?

"Kau boleh hina aku macam-macam. Tapi, bukan anak aku! Kau tak ada hak nak hina anak aku! Sehina-hina aku, hina lagi lelaki dayus macam kau. Kau akan menyesal atas perbuatan kau ni," jerit Hannah dengan penuh lantang.

"Kau berambus dari rumah ni!" Zafran mengheret Hannah yang sedang mengandung itu lalu menolak keluar dari rumahnya. Hannah terdampar di laman rumah Zafran.

Beg Hannah turut dicampak luar rumah tepat ke arah wajah Hannah. Sakitnya diheret, sakitnya apabila dihina dan diceraikan tak sesakit hatinya ini. Guruh mula berdentum kuat tanpa henti serta merta langit yang cerah mula bertukar gelap dan kedengaran kilat saling sambar menyambar. Ya Allah, adakah ini rahmatMu?

"Hina sangat ke aku di mata kau?" soal Hannah dengan linangan air mata. Zafran yang membelakanginya menghentikan langkah.

Hannah menangis di bawah hujan yang lebat sambil memeluk lututnya kerana cuaca terlalu sejuk. Perutnya dilitupi dengan beg agar bayinya sentiasa selamat. Sakit di perutnya langsung tidak dia peduli kerana perasaan dan hatinya kini terlalu sakit.

"Terlalu hina sampai muka kau pun aku tak nak tengok. Jangan kau muncul depan mata aku lagi. Bayang kau pun aku tak nak tengok. Ingat Hannah Nadhirah, aku buang kau dan anak haram tu." Guruh terus berdentum saat Zafran menghabiskan kata-katanya itu.

Bam!

Pintu utama banglo itu dihempas kuat dan tertutup rapat. Air mata Hannah mengalir bersama air hujan yang turut mengalir pada wajahnya. Kenapa sakit ini yang dia harus rentasi? Kenapa jiwa ini terasa kosong dan dikhianati? Mengapa cinta yang dia bina dengan agung sudah hilang dibawa bersama kebencian Zafran?

Setelah lama dihujani di laman banglo Zafran dengan perlahan Hannah cuba berdiri lalu mengangkat begnya. Tubuhnya menghadap tingkap bilik beradu Zafran bersama dirinya namun kini tidak lagi yang ditutup rapat. Dia tiada hak untuk menjejaki kaki ke banglo ini. Kenangan manis dan pahit dia simpan di banglo ini tanpa membawanya bersama

"Selamat tinggal."

Kakinya melangkah pergi dengan perlahan-lahan meredah hujan yang lebat membasahai bumi. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri dari hidup Zafran Anaqi. Dia harus sentiasa kuat untuk meneruskan hidup bersama anak dalam kandungannya itu.  Perutnya yang membuncit diusap dengan penuh kasih sayang.

"Maafkan mommy, sayang."

Air matanya yang mengalir laju itu dikesat kasar dengan lengannya. Senyuman sini mula terukir pada bibir merahnya itu. Penumbuknya digenggam erat sekali apabila mengenangkan segala yang terjadi sebentar tadi. Kehidupannya yang teragung sudah hancur berderai.





Scene yang kita nantikan akhirnya muncul!
Suka la tu kan Hannah terseksaaaa. Kesian Hannah. Diherdik, diceraikan dan dihalau dari rumah tak ubah macam sampah. Bila sayang, bukan main Zaf belai... bila benci, macam tu je dia buang? Seriously, Zaf? Lepas Rihanna mati, kau nak hilang Hannah juga?

Saya yang tulis, saya yang sakit hati.

Vote & Comments
luahkan perasaan anda 😌🤣




To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro