Bab 63 : SERANG!!!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai semua!! Author happy sangat bila dapat tahu bila cerita author Ni dah mencecah 2k. Sebab author tak sangka pula cerita ni boleh dpt sambutan memandangkan cerita pertama kan...

Thank you sangat kepada semua yang membaca dan sudi vote cerita author. Jadi sebagai hadiah. Author akan buat triple update untuk harini. So tunggulah yerr...

Kita mulakan dengan publish Bab ke 63 ni. Happy enjoying!!
___________________________________________

" Mark cari lokasi Erika sekarangni." Arah Xander sedikit panik. Dari tadi dia bermundar mandir di hadapan Xaiden, Alisa dan tidak terlepas Anisa.

Di sebabkan Anisa ni nak sangat call polis, diorang terpaksa bawak dia sekali ke dalam sebuah bilik rahsia yang terletak di dalam rumah Tan Sri Aryan.

" Apa yang korang buat ni?" Soal Anisa hairan. Dah macam perisik pula Ada banyak alat electronic yang canggih dalam bilik tu. Bilik tu memang betul-betul bilik rahsia. Sebab cara nak masuk pun melalui pintu belakang cermin bilik mandi. Hahaha selalunya korang tengok belakang rak buku kan..

" Dia tengah cari koordinat kedudukan akak Erika sekarangni." Jawab Alisa serius. Siapa pula yang berani menempah maut dengan keluarga Vlad ni? Dahlah tak ada sebarang petunjuk tup-tup kena culik.

" Kau agak siapa yang culik Erika?" Soal Xaiden setelah lama berdiam.

" Siapa lagi kalau bukan Gold Roses." Yakin sahaja Xander menjawab manakala semuanya terkejut mendengar nama kumpulan yang pernah menjadi musuh terkuat mereka.

" Kenapa kau yakin sangat pasal ni?"

" Sebab... keluarga Erika dan Tan Sri Zarif ialah keluarga Gold Roses." Jawab Xander dengan keluhan kecil. Yang lain mestilah dah melopong dengar jawapan abang diorang tu. Anisa pula dari tadi meneliti setiap bait bicara mereka bertiga. Somethings fishy..

" Wala! I got it." Akhirnya perkara yang ditunggu-tunggu membuahkan hasil. Mereka terus melihat lokasi tertera pada screen komputer yang berada di hadapan Mark.

" Tapi bukan Gold Roses yang buat."

" Habistu?" Soal Xaiden kepada Mark. Siapa lagi yang nak cari pasal dengan keluarga ni?

" Adrian..." Meremang bulu roma Xander selepas mendengarnya. Takkan dia nak bunuh bekas sahabatnya sendiri? Apa reaksi Erika nanti?

" Kita pergi bertiga jer. Jangan bagitahu yang lain." Ujar Xander serius, setakat nak selamatkan Erika daripada Adrian tu, takkan nak bawak seangkatan tentera pulak kan? Agak-agaklah.

" Bertiga? Tapi kita berlimalah." Soal Anisa tiba-tiba.

" Kau tak payahlah ikut." Xaiden memandang wajah Anisa dingin. Tak pasal-pasal diorang bawak balik mayat si Anisa ni jer.. amboi mulut Xaiden ni kurang ajaq!

" Alisa pulak?" Soal Alisa Xarra pula tidak berpuas hati. Dia boleh fight takkan dia pun tak boleh ikut? Tak acilah camni!!

" Kau pun tak payahlah ikut. Teman mama dekat rumah. Kesian dia aku tengok." Jawab Xaiden lagi. Alisa pula sudah merengus geram. Nak pergi jugak!!

" We ready in fifteen minutes" Arah Xander dingin dan yang lain hanya mengangguk setuju.

...

Xander, Xaiden dan Mark hanya memerhati sebuah rumah usang yang berada di hadapan mereka dari dalam kereta.

" Korang ready?" Soal Xander serius kepada dua orang yang berada di tempat duduk belakang.

" Kalau tak ready camna?" Soal Mark selamba dan mereka berdua memandang Mark tajam.

" Soalan apa kau tanya ni mangkuk?! Aku rasa tulah soalan paling bodoh aku pernah dengar sebelum pergi serang orang. " Xaiden menunjal kepala Mark kasar.

" Lah...aku cakap kalau jer. Dah Xander tanya." Jawab Mark tanpa berselindung. Xander pula mendengus geram. Apasal nama dia pulak kena petik?

" Ish korangni. Kan aku kata bodoh tu tinggal kat rumah. Time-time nilah nak menjadi-jadi perangai tu." Sebal Xander masih cuba untuk fokus meneliti segenap ruang rumah itu.

" Mark nilah. Kalau ada Damian lagi senang buat kerja. Dia tak selalu bawak bodoh tu masa buat kerja." Mark pula memandang Xaiden tajam kali ini. Jangan bandingkan aku dengan orang lain eh! Ada yang kena timbus malamni dengan si Damian tu.

Di suatu tempat Damian yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya sambil meneguk segelas jus oren tersedak teruk. " Ada yang mengata aku ker?" Gumamnya sendiri.

" Diamlah korang. Sekarang kita fokus nak selamatkan bini aku." Arah Xander masih dingin. Dia tak boleh nak melawak pada saat genting sekarangni. Risau tahap babun ni! Kesian binatang tu jadi mangsa...

" Sekarang aku dah tahu berapa orang yang ada kat luar. Semua yang berjaga kat luar lapan orang, tiga dekat pintu depan, tiga ada kat pintu belakang. Yang selebihnya mengawal di sekeliling rumah. Tapi pengawal dekat dalam tu aku tak pasti." Terang Xander tekun kepada pengikutnya.

" Xaiden settled belah kanan, Mark belah kiri dan aku jaga dekat tengah. Ingat, buat kerja secara senyap dan pantas. Habis semua kita kumpul dekat depan pintu." Arah Xander serius. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga segera mencapai dua bilah pisau dan dua pucuk pistol. Seperti yang diarahkan Xander tadi, mereka terus mengatur langkah ke tempat yang telah ditetapkan.

Xaiden hanya memerhati seorang lelaki yang sedang bermundar-mandir di hadapannya sambil membawa selaras senapang.

Xaiden mengambil sebiji batu dan dibaling ke arah hadapan bagi mengalihkan perhatian pengawal itu. Sebaik sahaja dia beralih ke arah bunyi tersebut, dengan pantasnya Xaiden menyepak belakang lutut lelaki tersebut sehingga dia terduduk lalu tengkuknya dipulas kasar.

Dengan pantasnya Xaiden menarik mayat pengawal itu masuk ke dalam semak. Bukan lelaki itu sorang sahaja, sudah ada dua orang lagi mayat yang bergelempangan di sebalik semak setelah diserang oleh Xaiden secara senyap.

" Laluan belakang clean." Ujar Xaiden melalui alat pendengaran yang dihubungkan kepada mereka bertiga.

Di bahagian tengah pula, Xander dengan perlahan-lahan menyelinap masuk dari bahagian belakang yang sudah tiada pengawal. Dengan berhati-hati dia menyandar sehingga berada di belakang dua orang lelaki yang sedang berkawal di hadapan pintu. Mujurlah Mark dah hack dan menutup cctv di luar rumah kosong itu selama 10 minit. Jadi mereka semua mesti bertindak pantas supaya tidak dapat dikesan.

" Hai korang.." panggil Xander dari belakang membuatkan mereka berdua beralih. Sebaik sahaja kedua pengawal tersebut melihat kehadiran Xander, cepat-cepat pistol dikeluarkan dari sharing masing-masing. Namun Xander lebih tangkas bertindak.

Dengan sepantas kilat, Xander menyepak kedua-dua tangan pengawal itu menyebabkan pistol mereka terpelanting.

" Dia kemudiannya menembak sebelah kaki mereka berdua hingga jatuh terduduk sambil menyeringai kesakitan.

" Baru kaki.." Kata Xander bongkak. Mujur dia menggunakan silencer, jadi bunyi tembakan yang dihasilkan adalah perlahan. Selepas itu, kepala mereka berdua ditetak kuat menggunakan belakang bahagian pistol sehingga mereka pengsan tidak sedarkan diri. Relaks semuaa...kan Xander ni jenis tak bunuh orang.

" Lagi dua settled." Beritahu Xander kepada yang lain. Kini tunggu giliran Mark sahaja untuk menyelesaikan yang lain.

Tinggal seorang sahaja lagi pengawal yang harus diselesaikan oleh Mark. Yang lagi dua sudah kembali ke tempat asalnya setelah ditikam dan ditembak oleh Mark. Dia dah terbiasa menggunakan senjata...

" Eh, Mana yang lain?" Soal seorang pengawal apabila mendapati tiada siapa yang kelihatan. Pengawal yang berasa curiga itu terus berlari untuk mengkhabarkan situasi aneh itu.

Namun, sebaik sahaja dia muncul disebalik tiang mulutnya ditekup dan ditarik ke sebalik sebuah dinding. Pengawal yang berasa panik itu terus bertindak menggigit tapak tangan orang yang sedang menekup mulutnya.

" Adoii!!" Jerit Mark setelah menerima serangan tak bertauliah dari pengawal yang ditekupnya itu.

Dengan hati yang membara Mark terus mengelar lelaki itu kasar dan akhirnya si dia jatuh mengelupur bersama darah pekat yang keluar dari tengkuknya. Senjata milik pengawal itu terus dirampasnya kasar lalu beredar dari situ.

" Pehal kau jerit bodoh?!" Maki Xaiden geram setelah Mark menyertai mereka di tempat berkumpul.

" Ish! Si anjing tu boleh gigit tangan aku masa aku tekup mulut dia! Sakit siot! Memang cari nahaslah." Jawab Mark melihat tapak tangannya yang sakit berbisa. Raja bersiung ker apa dia tu?

" Dahlah! Jom masuk sebelum ada orang dapat tahu."

To be continued...

So macam mana bab kalini? Takpe, kita chill dulu makan Oreo. Tunggu update lepasni okay...lagi 2. Bye Sayonara!!

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro