Bab 64 : BERADU KEKUATAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu rumah yang menjadi tempat penyembunyian Erika dirempuh kasar. Seperti yang dijangka. Makin ramai pengawal yang berada di dalam bangunan tersebut. Kini hampir 30 orang  yang memenuhi tingkat bawah.

Mereka bertiga hanya tersenyum sinis melihat wajah bengis yang terpamer pada wajah para musuh.

" Tak delah ramai sangat..." Sinis Xaiden berbicara dan yang lain hanya tersenyum mengejek.

" Aku nak naik cari Erika." Ujar Xander kepada Mark dan Xaiden yang berada di sisinya. Mereka berdua hanya mengangguk dan membuka langkah bersedia untuk menyerang.

" Serang!!" Sebut salah seorang musuh yang berada di hadapan dan menuju ke arah mereka bertiga.

Bermulalah sesi perlawanan antara tiga orang jejaka kacak dengan berpuluh-puluh orang musuh mereka.

Setelah beberapa orang dikalahkan oleh Xander, akhirnya dia dapat melepaskan diri, anak tangga terus didaki untuk ke tingkat atas. Dia tahu Xaiden dan Mark boleh uruskan semua dekat bawah.

Sesampainya dia di tingkat atas, Xander berasa agak hairan apabila melihat keadaan yang agak lengang dan sunyi. Dekat bawah bukan main ramai pengawal.

Baru sahaja Xander hendak melangkah, dia terdengar derapan kaki seseorang berjalan dari belakang.

Bangg!!

Tembakan yang dilepaskan ke arah Xander sempat dielak. Dengan pantas dia memulas tangan lelaki itu sehingga pistolnya dilepaskan dan dia mengunci tengkuk dan tangan lelaki itu sehingga si dia tidak mampu bergerak. Seperti biasa, Xander akan memukul belakang kepala mereka sehingga pengsan. Dia tak ada masa nak beraksi lebih-lebih, misinya adalah untuk menyelamatkan Erika Airien dan mereka boleh bersama semula. Ceh..

Kemudian, Xander dengan berhati-hati nya menolak setiap daun pintu bilik yang berada di tingkat tersebut. Memang banyak sungguh bilik dia.

Sehinggalah Xander tiba di sebuah bilik yang terletak paling hujung. Dengan perlahan pintu itu dibuka dan terpacul susuk seseorang yang amat dikenalinya.

" Sayang." Panggil Xander sayu melihat wajah Erika yang basah dek air mata yang mengalir tanpa henti.

Erika menggeleng laju apabila Xander semakin mendekatinya. Seperti ada yang sesuatu yang ingin dia katakan dalam keadaan mulutnya diikat dengan kain. Setelah dia masuk ke dalam bilik, baru dia sedar bahawa ada orang di sebalik pintu yang sedang menanti dan-

Pakk!!

...

" Apa yang terjadi sekarangni? siapa korang semua sebenarnya?" Soal Anisa runsing sambil bermundar-mandir di ruang tamu.

" Nanti Alisa ceritakan dekat kak Anisa. Sekarang kita bertenang dulu yer... Kita sekarangni tak boleh buat apa-apa kecuali bersabar." Jawab Alisa sambil mendampingi mamanya Puan Sri Melissa yang turut risau dengan kejadian yang sedang menimpa menantu kesayangannya itu.

Tan Sri Aryan tiada di Malaysia kerana ke outstation bagi menguruskan salah sebuah syarikat mereka di luar negara.

Kini lima orang sedang berada di rumah Tan Sri Aryan termasuk Ryan dan Aaron yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi kaum wanita yang berada di rumah. Takut juga kalau mereka turut menjadi sasaran.

" Siapa yang culik Erika? Xander tak inform kami apa-apapun." Soal Ryan tidak berpuas hati. Xander hanya suruh diorang berjaga di rumah. Itupun Xaiden melalui Xaiden sebagai posmen.

" Tulah... Tak silap aku kita ada masalah dengan kumpulan Gold Roses. Tapi bukan ker kumpulan tu ialah keluarga Erika jugak? " Aaron pula bersuara sambil memproses kelogikkan tentang apa yang sedang berlaku.

" Ish! Bukan kumpulan Gold Roses yang culik Erika." Alisa menjawab malas. Macam-macam pula soalan mangkuk berdua ni.

" Habistu?" Soal Ryan dan Aaron serentak. Namun soalan itu tidak terus dijawab mengundang keraguan antara mereka.

" Siapa?" Desak Aaron.

" Adrian." Jawab Anisa setelah lama berdiam.

Mendengar jawapan Anisa terus membuatkan semua terkedu. Alisa memandang Anisa tidak percaya. Xander dah kata jangan bagitahu! Disebabkan itu Ryan dan Aaron pula yang berubah riak.

...

Pakk!!

Terkejut Erika dibuatnya, Retak kawasan dinding akibat hentaman kayu yang dipukul kuat oleh Adrian.

" Dia memang nekad nak bunuh aku ker?" Gumam Xander dengan dada yang berombak. Mujur dia pantas mengelak, kalau tidak pecah kepala dibuatnya!

" Kenapa kau buat macamni Adrian? Kau dah gila?!" Xander mengetap giginya menahan marah.

" Ya! Aku gilakan Erika. Kenapa lepas kau hilang ingatan pun mesti bersama dengan Erika? Sebab kau, rosak semua rancangan aku!" Tengking Adrian tidak mahu kalah.

" Malangnya kau terlambat. Dan sekarangni dia milik aku. Kalau kau nak dia langkah mayat aku dulu!" Keras Xander bersuara dengan pandangan yang tajam.

" Baiklah kalau itu yang kau nak. Kita bersaing cara adil. Macam dulu..." Sinis Adrian membuatkan Erika menggeleng laju. Tangisannya pula semakin kuat namun tidak jelas kedengaran kerana mulut yang masih tertutup.

" Fine, without weapons." Jawab Xander membuang senjata yang terselit di badannya. Adrian juga melakukan perkara yang sama.

Mereka berganjak ke suatu tempat yang luas di dalam bilik itu. Sejurus selepas itu, Adrian maju ke hadapan lalu melayangkan tumbukan tepat pada wajah Xander. Seperti yang dijangka, Xander pantas mengelak dan memulas kuat tangan Adrian dan memusingkan tangannya ke belakang.

Bagi melepaskan diri, Adrian terus menyiku perut Xander kuat sehingga lelaki itu terbatuk kuat dan tertolak ke belakang.

" Kau memang kuat Adrian. Tapi tak sekuat aku." Sinis Xander membuatkan Adrian mengetap giginya geram.

" Aku akan buktikan yang kau salah!" Adrian menyerangnya dengan membuat sepakan pada kaki Xander namun pantas Xander menahan menggunakan kedua-dua tangannya.

Dengan kesempatan itu, kaki Adrian ditarik ke arahnya lalu tumbukan padu dilayangkan ke arah Adrian sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Erika yang tidak mampu berbuat apa-apa masih meronta-ronta agar pergaduhan itu berhenti. Dia tidak mahu Adrian dan Xander membunuh sesama sendiri disebabkannya.

Adrian merengus geram lalu melayangkan tendangan kuat ke arah kepala Xander. Mujur sahaja Xander pantas mengelak. Di pulangkan paku berasnya apa bila Xander menumbuk dagu Adrian sehingga tersembur darah dari mulut Adrian.

Dengan masa yang ada, Xander terus menyerang Adrian secara bertubi-tubi sehingga Adrian tidak mampu membalas serangan dan akhirnya terpelanting jauh.

Adrian hanya tergelak jahat seperti tidak terkesan dengan serangan Xander yang kuat tadi. Darah yang memenuhi hampir separuh wajah wajahnya dikesat kasar. Dia susah tidak dapat bertahan, dia mesti menghapuskan Xander untuk memiliki Erika.

Adrian yang tadi jatuh terduduk kini menarik sesuatu dari belakang kasutnya. Erika yang melihat pisau ditangan Adrian terus cuba menyepak Adrian yang kebetulan berdekatan dengannya ketika itu.

Adrian yang geram dengan kelakuan perempuan yang berada di sisinya itu terus menampar wajah Erika kuat. Dia sendiri tidak sedar dengan kelakuannya yang kasar kepada Erika akibat terlalu marah. Terbuntang mata Xander melihat isteri kesayangannya diperlakukan sebegitu.

" Jangan sentuh bini akulah bodoh!" Dengan dada yang berombak menahan amarah, Xander terus menyerang Adrian  dengan sepakan pada bahagian kaki sehingga Adrian tersembam ke lantai buat Kali yang kedua.

Adrian terus melayangkan pisau pada perut Xander. Malangnya perut lelaki itu terhiris sedikit kerana tidak sempat mengelak.

Sebagai balasan, tangan Adrian yang sedang memegang pisau itu digenggam dan dihentak kuat dan ditangkis ke bawah lalu dihalakan ke udara.

Xander terus menghadiahkan sepakan pada bahagian pinggang Adrian sehingga si dia lelaki menjerit kesakitan. Rasa macam nak patah dah tulang dia tu.

Adrian sekali lagi menyerang Xander sehingga mereka berdua terbaring di atas lantai. Kini, mata pisau itu terarah pada wajah Xander namun kuat ditahan menggunakan tangannya.

Mereka mengubah posisi pula pada kali ini dan Xander sedaya upaya mengubah haluan mata pisau itu ke arah wajah Adrian.

Namun setelah lama bertahan, akhirnya Xander bertindak menarik pisau itu lalu dilempar jauh dari mereka. Dengan kelebihan Xander yang kini berada di atas Adrian, dia terus menumbuk wajah kacak Adrian bertubi-tubi sehingga hampir berkecai dan si dia mula menjadi lemah.

Xander terus berlari ke arah Erika lalu membuka seluruh ikatan pada Erika untuk melepaskan diri.

Tiba-tiba, kepala Xander disepak oleh seseorang membuatkan dia bertambah marah. Xander terus menolak Adrian kuat ke dinding lalu dicekeknya tanpa rasa bersalah.

" Tak ada sesiapa boleh rampas Erika dari aku!" Erika yang sudah terlepas terus memberanikan diri untuk menghalang Xander daripada terus membunuh Adrian. Xander yang kini bagaikan sudah dirasuk terus menepis kasar Erika sehingga isterinya terjatuh dan terhentak pada kerusi, akhirnya Erika juga tidak menyedarkan diri.

To be continued...

Fuhh, susah betul nak buat cerita Bab ni sebab semuanya action. Jadi maaf kalau ada yang kurang. Dan maaf sekali lagi sebab lambat update Bab yang kedua ni. Ada problem semalam. Tapi yang pastinya author akan habiskan update yang ketiga harini juga. Maaf sekali lagi yer...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro