02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hana keluar bilik dalam keadaan kelam-kabut. Dia sudah terlambat untuk ke kelas. Dah la bagitahu last minit, memang dia orang paling gelabah. Hana turun ke bawah sambil membelek-belek kertas kerja yang dia baru sahaja selesai siap semuanya.

Tak tidur malam semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tahun ini merupakan tahun terakhir Hana bergelar sebagai pelajar dalam bidang pendidikan sebelum dia mula bekerja sebagai seorang guru.

Itu yang membuatkan Hana bekerja keras untuk semester akhir. Encik Sufian yang melihat Hana dalam keadaan kelam-kabut menggeleng kepala.

"Hana, mari sarapan dulu." Tegur Encik Sufian kepada Hana yang masih sibuk dengan dunianya sendiri. Puan Julia dan anaknya, Safiyyah menjeling tajam Hana. Tidak suka kehadiran Hana yang dikutip oleh suaminya lalu dijadikan sebagai anak angkat.

Hana mengangkat kepala memandang ke arah Encik Sufian. Senyuman dihulur kepada lelaki itu. Namun, senyuman Hana memudar apabila riak wajah Puan Julia dan Saffiyah langsung tidak memandangnya.

Tahu dirinya tidak dianggap seperti keluarga oleh mereka.

"Hana minta maaf ayah. Bukan Hana tak nak sarapan tapi Hana dah lambat. Kelas mula pukul 9. Maaf sangat-sangat ayah." Ujar Hana lembut. Tidak mahu perasaan Encik Sufian tersinggung dengan sikapnya.

"Tak habis-habis menyusahkan orang. Bersyukur sikit orang dah kutip." Belum sempat Encik Sufian menjawab, ada satu suara yang mencelah. Riak wajahnya masam dan tidak suka dengan Hana.

"Jaga sikit mulut awak Julia. Tak ada istilah kutip dalam rumah ni. Hana dan Saffiyah dua-dua anak ayah." Encik Sufian menekan perkataan kutip supaya Puan Julia faham dan tidak bercakap hal itu di hadapan Hana.

Hana menggenggam tangannya. Hatinya sedikit terasa namun riak wajah dikekalkan supaya tidak menimbulkan lagi kebencian mereka kepadanya. Biarlah Puan Julia mengata tentang dirinya.

Dia sudah lali dengan semua sindiran dan cemuhan dari mereka kecuali Encik Sufian. Encik Sufian sahaja yang melayannya dengan baik dari dulu hingga sekarang. Itu pun Hana sudah bersyukur.

"Hana pergi dulu ya ayah. Hana minta maaf sebab tak dapat nak sarapan sama-sama." Hana memandang jam ditangan. Masa semakin berjalan. Dia takut dia akan terlambat. Encik Sufian mengangguk sahaja. Faham dengan situasi Hana. Takkan dia nak memaksa pula.

"Hati-hati. Jangan lupa sarapan." Nasihat Encik Sufian. Hana tersenyum lalu melangkah meninggalkan mereka. Saffiyah memandang Hana dengan pandangan penuh dendam dan benci.

"Abang bela sangat budak tu. Lama-lama dia pijak kepala abang baru tahu." Sengaja Puan Julia berkata begitu. Suaminya terlalu sayangkan Hana. Sakit hatinya melihat Hana dilayan begitu.

Dari dulu lagi Puan Julia langsung tidak berkenan bila suaminya ingin mengambil anak angkat. Namun, suaminya tetap dengan keputusan untuk mengambil Hana sebagai anak angkat.

"Awak cakap lah apa pun. Malas saya nak layan." Encik Sufian terus melangkah meninggalkan dua beranak itu di dapur. Hilang selera makan dengan perangai Puan Julia yang langsung tidak berubah.

Hana bergegas masuk ke dalam dewan. Nasib baik pensyarah mereka tidak datang lagi kalau tidak habis dia kena denda. Tak sanggup kena denda. Sangat memalukan.

"Hana, kenapa kau lambat? Nasib baik Encik Taufiq tak masuk lagi." Tegur Adwa, sahabat baik Hana. Hana meletakkan beg dan melabuhkan duduk. Nafas dihela bagi menghilangkan penat. Adwa sekadar memerhati Hana.

"Aku bangun lambat harini. Kelam-kabut aku bila Encik Taufiq bagitahu tiba-tiba ada kelas." Ujar Hana dengan nada perlahan. Penat berlari tadi pun tak hilang lagi. Adwa sekadar mengangguk. Malas nak tanya lebih-lebih.

Semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing apabila Encik Taufiq sudah tiba. Masing-masing mula mengeluarkan buku nota dan kelas pagi itu berjalan dengan lancar seperti yang diminta.

•••

Hana dan Adwa melangkah keluar dari dewan. Masing-masing teruja untuk pulang setelah hampir beberapa jam mereka menghadap skrin yang ditayangkan. Penat tak usah cakap.

Sakit mata sebab lama sangat menghadap skrin komputer.

"Kau nak balik terus ke, Hana?" Soal Adwa sambil memandang Hana yang jauh termenung. Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiran Hana.

"Tak kut. Aku rasa nak pergi makan lepastu sambung study. Kalau aku balik rumah mesti kena buat macam-macam kerja." Luah Hana dengan nada perlahan. Adwa sangat faham dengan apa yang dilalui Hana.

Namun, Adwa bangga dengan pendirian Hana. Langsung tidak merungut walau macam mana diri Hana diuji. Hana sangatlah gadis yang kuat dan pandai berdikari.

"Okay, nampak gayanya ada orang akan teman kau." Ujar Adwa tersenyum memandang Hana. Ada makna disebalik senyuman itu. Hana memandang pelik dengan tingkah Adwa.

Ini dah kenapa tersenyum macam kerang busuk.

Adwa memuncungkan bibirnya ke satu arah. Hana terus memandang ke tempat yang Adwa tunjuk. Senyuman Hana kian melebar melihat gerangan yang sedang menunggu di satu sudut.

Lelaki itu turut tersenyum dan melambai ke arah Hana.

"Untung buah hati tunggu." Adwa menolak bahu Hana membuatkan Hana tersenyum sendiri. Adwa turut tersenyum melihat Hana yang bahagia.

Lelaki itu menghampiri Hana dan Adwa. Senyuman manis dibibir langsung tidak pudar malah semakin melebar. Adwa pula yang teruja padahal lelaki berbaju kemeja biru cair itu adalah kekasih Hana.

"Dah habis kelas?" Soal lelaki itu kepada Hana. Wajah Hana dipandang dengan senyuman. Manis sungguh senyuman. Ramai gadis selalu terpikat dengan senyumannya, namun Hana satu-satunya wanita yang dia pilih.

"Dah." Jawab Hana turut membalas senyuman lelaki itu. Hana tidak berminat untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki tapi lelaki dihadapannya tidak berputus asa untuk mendekati Hana.

Qalisy Lutfan, seorang lelaki yang baik hati dan sudi berkawan dengan Hana ketika mereka mula berkenalan. Mereka mula berkenalan sejak Qalisy pertama kali melawat rumah anak-anak yatim.

Qalisy yang mula menegurnya. Sejak itu, Hana semakin rapat dengan Qalisy sehingga sekarang.

"Lepas ni awak ada nak pergi mana-mana?" Soal Qalisy memandang wajah manis Hana.

"Saya ingat nak pergi study dekat tempat biasa." Jawab Hana kepada soalan Qalisy.

"Kalau macam tu jom saya teman." Pelawa Qalisy kepada Hana. Lagipun dia tidak terlalu sibuk. Jadi bolehla teman Hana.

"Awak tak busy ke? Saya tak nak susahkan awak." Soal Hana pelik. Selalunya lelaki itu sibuk dengan kerja. Namun, Hana faham dengan kesibukan lelaki itu. Mereka hanya meluangkan masa pada hari minggu sahaja.

"Tak, harini saya nak luangkan masa dengan kekasih hati saya." Ujar Qalisy seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Hana. Hana sudah tertawa kecil dengan sikap Qalisy.

Mereka mula berjalan beriringan menuju ke kereta Honda Civic berwarna hitam milik Qalisy. Qalisy membukakan pintu kereta untuk Hana. Macam mana tak cair dengan sikap Qalisy. Ada saja perkara yang membuatkan Hana tersentuh dengan kelakuan Qalisy.

Awalnya, Hana sukar untuk memberikan peluang kepada Qalisy namun sedikit demi sedikit hatinya mula menerima Qalisy. Bagi Hana, dia tidak layak untuk berganding dengan lelaki seperti Qalisy.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro