03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hayden memandang kosong ke arah sepupunya yang sedang tersengih memandangnya. Nael gerun dengan pandangan itu namun dia hanya mengabaikan. Tahu sangat dengan perangai Hayden. Gila kerja.

"Ada apa kau datang sini." Soal Hayden dingin memandang sepupunya. Nael meneguk liur gerun melihat wajah menyinga itu. Asal beku sangat. Boleh terkentut aku dekat sini.

"Saja. Tak boleh?"

Jawapan dari sepupunya itu seperti menempah maut. Hayden paling tidak suka kalau ada yang datang mengganggu ketika dia sedang bekerja.

Tak kerja ke mamat ni?

"Kau dah lama tak makan kaki ke Nael?" Senyuman sinis mula terukir dibibir Hayden kepada sepupunya. Nael mula cuak dengan kata-kata Hayden. Kata-kata dari Hayden bukan boleh dibuat main.

"Aduh kau ni, tak syok la asyik serius je memanjang. Cuba enjoy sekali sekala." Ujar Nael sambil memandang wajah sepupu kesayangannya.

Dulu riak wajah itu sangat ceria dan mudah tertawa namun sekarang riak wajah beku dan dingin yang ada pada lelaki itu. Hayden sudah banyak berubah. Nael tersenyum kelat.

"Hay, aku tahu kau masih lagi terkesan dengan kejadian dulu tapi aku nak sangat tengok Hayden yang ceria. Aku tahu kau sakit dengan semua ni. Aku faham. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Hayder mesti sedih bila tengok kau macam ni." Nada suara Nael mula perlahan. Keluhan dilepaskan.

Bukan niat untuk menyibuk tapi dia sebagai sepupu dan juga sahabat perlu memberi kata-kata semangat kepada Hayden. Hayden perlu hidup seperti orang lain. Bukan terikat dengan trauma.

Hayden mula mengeras apabila nama Hayder diungkit. Sudah lama nama itu tidak meniti dibibir sesiapa. Perasaan sebak mula menghurung diri Hayden.

Perlahan-lahan Nael mendekati Hayden lalu menarik Hayden ke dalam pelukannya. Dia tahu Hayden akan mudah menangis jika nama kembarnya disebut.

"Hay, aku minta maaf sebab ungkit pasal Hayder tapi aku tak nak kau terus terikat dengan semua ni. Lupakan apa yang jadi dan teruskan hidup kau yang baru." Nasihat Nael sambil erat memeluk Hayden. Memberi semangat kepada lelaki itu.

Hayden masih diam tidak berkata apa-apa. Mulutnya terkunci rapat dari membalas setiap nasihat yang diberikan oleh Nael. Nael meleraikan pelukan mereka. Air mata yang keluar dilap dengan hujung baju.

Dia pula yang melebih-lebih menangis. Sedih dengan keadaan Hayden yang sekarang.

"Dahla cakap pasal ni, air mata aku yang keluar bukan kau." Ketawa Nael perlahan cuba menceriakan suasana. Hayden hanya memandang wajah Nael. Bukan tidak sedih cuma hatinya sakit bila teringat tragedi dulu.

"Jom, aku belanja kau lunch. Anak aku tu bising asyik tanya bila dapat keluar dengan uncle Hay." Ujar Nael memandang wajah Hayden. Harap-harap Hayden setuju nak keluar lunch dengan dia dan anak lelakinya.

Nael sudah selamat mendirikan rumah tangga tahun lepas dan sekarang dia dikurniakan seorang anak lelaki. Kalau orang tengok rupa dia mesti ingat dia tak kahwin lagi padahal dia dah berkahwin dan sudah ada anak.

Perangai pun tak macam bapak orang.

"Hmm."

Mereka mula berjalan keluar dari pejabat Hayden. Nael berjalan mendekati meja pekerja Hayden iaitu Syasya untuk mengambil anaknya. Dia bawa anaknya dan tinggalkan pada Syasya sementara dia berjumpa Hayden.

"Uncle Hay! I miss you so much!" Seorang kanak-kanak lelaki segera menghampiri Hayden dan terus memeluk erat kaki lelaki itu. Hayden terus mengangkat kanak-kanak itu dan mencium pipi bulat itu.

Nael yang melihat aksi itu turut tersenyum melihat keakraban Hayden dan anaknya. Kalau orang tengok mesti ingat itu anak Hayden.

Mereka mula melangkah keluar dari pejabat Hayden dan berjalan ke kereta untuk makan tengah hari.

•••

Hayden tersenyum nipis memandang telatah Naqeel yang sedang makan. Budak ini boleh dikatakan cerewet kalau bab-bab makan. Nael pula sibuk melayan karenah Naqeel yang tidak mahu makan kecuali mengasingkan makanan itu.

"Papa! Naqeel tak nak tomato!"

Pertengkaran dua beranak itu membuatkan Hayden menggeleng kepala. Anak dengan bapak sama saja. Dua-dua tak nak mengalah.

"Naqeel, tomato ni baik untuk kesihatan. Makan lah kalau tak papa bagitahu mama." Nael masih setia memujuk anak lelakinya itu. Naqeel paling susah nak makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Naik pening kepala dengan karenah anak lelakinya yang seorang ni. Baru seorang belum tambah lagi.

Muka Naqeel mula cemberut apabila papanya mengugut untuk memberitahu mamanya. Hayden masih lagi memandang pertengkaran mereka. Minuman disedut bagi membasahkan tekak.

"Naqeel, eat your foods. Kata nak jadi kuat? Kalau nak jadi kuat kena banyak makan sayur dan buah baru bakteria tak boleh kacau Naqeel." Ujar Hayden dengan nada memujuk sambil memandang Naqeel. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mula makan makanan tersebut dan sudah tidak memilih.

Hayden melemparkan senyuman sinis kepada Nael kerana dia sudah berjaya memujuk Naqeel. Nael menjeling tidak puas hati dengan Hayden.

"Apa plan kau lepas ni?" Soal Nael kepada Hayden seraya menyuap makanan ke dalam mulut. Wajah Hayden dipandang untuk jawapan.

"Plan apa?" Berkerut dahi lelaki itu tidak faham dengan soalan Nael.

"Kahwin?"

"Kenapa pula dengan kahwin? Aku elok je macam ni." Jawab Hayden mendatar. Tidak suka jika ada yang menyoal tentang topik kahwin. Kalau mamat depan dia ni memang tak makan saman.

"Hay, umur kau tu semakin tua bukan semakin muda. Tak kan kau tak nak kahwin. Kau kan suka budak-budak. Tak teringin nak cari calon isteri?" Nael yang sudah selesai makan mengelap mulutnya. Wajah Hayden masih tidak berperasaan.

"Tak payah sibuk hal aku. Aku tahu apa aku buat. Yang penting aku tak rosakkan anak dara orang sudah." Jawab Hayden mendatar. Pandangan dialihkan keluar melihat pantulan di luar dengan ragam manusia yang berbagai-bagai.

"Susah cakap dengan kau ni. Aku bukan apa, nak jugak tengok kau bahagia dengan perempuan yang kau cinta." Ujar Nael sambil mengelap mulut comot Naqeel. Hayden menghela nafas perlahan. Bukan tak nak bercinta cuma dia masih tak jumpa perempuan yang menepati citarasa dia.

"Kau jangan nak ambil alih tugas mama aku. Sibuk tanya jodoh orang. Kenapa? Kau nak tambah satu lagi ke?" Membuntang matanya dengan soalan Hayden. Gila nak kahwin lagi. Mahu mengamuk isteri tercinta di rumah. Belum apa-apa tak sempat kahwin dah arwah.

"Jangan cakap macam tu depan anak aku la. Kalau dia bagitahu bini aku masak aku." Hayden tersenyum sinis melihat riak wajah Nael yang sudah kecut. Itu la, sibuk sangat hal orang lain. Dia tak minta pun Nael mencari jodoh untuknya.

"Tahu takut." Ugutan Hayden sangat menakutkan. Bukan dia tidak kenal dengan isteri sepupunya yang garang. Nael tak terfikir pun nak kahwin lain. Cukup isterinya dan Naqeel mengisi hidupnya.

"Uncle, Naqeel dah nak masuk sekolah tau." Ujar Naqeel dengan nada gembira kepada Hayden. Senyuman kanak-kanak itu mula melebar. Naqeel sangat gembira kerana dia akan dapat ramai kawan.

"Dah masuk sekolah belajar rajin-rajin tau. Jadi anak yang dapat banggakan mama dan papa Naqeel." Nasihat Hayden kepada Naqeel yang masih tersenyum. Naqeel mengangguk setuju dengan Hayden.

"Dah, jom balik."

Naqeel sudah turun dari kerusi dan terus memaut tangan Hayden. Senyuman comel dihadiahkan kepada Hayden membuatkan lelaki itu tersenyum juga. Nael yang melihat tersenyum senang.

Sekurang-kurangnya Naqeel dapat menceriakan Hayden. Mereka mula melangkah keluar dari kedai makan selepas Hayden selesai membayar.

"Semoga Hayden terus tabah dan kuat hadapi dugaan yang diberi."

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro