04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hayden kembali dengan dunianya untuk menyelesaikan sedikit kerja yang ada. Hayden lebih gemar menghadap kerja daripada melepak sana sini. Lagipun dia sudah lama tidak berhubung dengan kawan-kawan universiti yang lain.

Hayden sudah berubah dari sikap berfoya-foya sewaktu zaman belajar dahulu. Lebih baik dia fokus dengan kerja walaupun Nael selalu menganggap dirinya gila kerja.

Lagipun, dia sudah tidak berminat untuk melepak beramai-ramai. Dia lebih selesa bersendirian sekarang dari bergaul seperti dulu.

Tiba-tiba, sehelai kertas putih yang berlipat kemas jatuh dari dokumen yang dipegang oleh Hayden. Berkerut dahinya memandang pelik kertas yang berlipat telah diselit dalam dokumen miliknya.

Kertas tersebut dicapai dan dibuka dengan perasaan yang sedikit pelik dan curiga. Nak kata surat penting macam bukan. Tak kan main letak surat macam tu saja.

Perlahan-lahan, surat itu dibuka walaupun Hayden tidak yakin untuk membukanya. Takut kalau jadi benda bukan-bukan. Zaman sekarang bukan boleh buat main.

Berkerut dahi Hayden membaca ayat yang tertulis di atas kertas itu seperti surat ugutan. Ada sedikit bau hanyir darah pada kertas. Tulisannya juga berwarna merah atau mungkin ditulis dengan darah?

'Aku akan cari kau sampai dapat. Kau akan mati di tangan aku.'

Hayden menghela nafas kasar. Siapa yang berani mengugut untuk membunuhnya? Mata dipejam rapat untuk menenangkan dirinya yang semakin sesak dengan ugutan itu.

ugutan pada surat tersebut sedikit membuatkan Hayden menjadi gusar. Sudah lama perkara tersebut tidak terjadi selepas kejadian 20 tahun dahulu. Kejadian yang sangat sukar untuk diterima oleh Hayden.

Flashback

Hayden meronta-ronta untuk dilepaskan. Tangannya semakin sakit kerana diikat dengan sangat ketat seolah-olah isinya disiat oleh tali yang kemas terlilit di pergelangan tangan.

"Hay"

lemah suara itu memanggil Hayden yang masih berusah untuk melepaskan diri. Langsung tidak berputus asa untuk melepaskan diri.

Mata bulat Hayden memandang ke arah raut wajah kembarnya yang sangat lemah akibat terlalu teruk dipukul. Langsung tiada belas kasihan.

Hayder masih lagi tersenyum ke arah adiknya walaupun senyumannya sedikit hambar. Tubuh badan terasa sangat sakit dengan dipenuhi luka-luka kerana dipukul.

Sangat kejam mereka menculik lalu memukul kanak-kanak yang masih berusia lima tahun tanpa belas kasihan. Dilakukan seperti binatang tanpa sedikit rasa pun.

"Hay, janji dengan abang yang Hay akan keluar dengan selamat." Ucap Hayder sayu sambil memandang wajah Hayden yang tercalit sedikit darah di dahi. Dia tidak sanggup melihat Hayden menjerit kesakitan dipukul oleh penculik yang menculik mereka.

"Bukan Hay sorang tapi kita. Kenapa!? Abang dah banyak berkorban untuk Hay! Kenapa abang sanggup kena pukul sedangkan Hay yang melawan diorang!" Teresak-esak Hayden menangis dan memarahi Hayder kerana terlalu membelanya. Wajahnya sudah basah lencun dengan air mata.

"Abang nak lindungi adik abang. Hay budak kuat kan. Bertahan sikit saja lagi. Polis mesti akan jumpa kita." Pujuk Hayder kepada Hayden yang masih lagi tidak henti menangis. Hayden tidak sanggup melihat Hayder selalu melindunginya dan menjadi mangsa pukulan manusia yang kejam.

Lamunan Hayden terhenti serta-merta apabila ada orang mengetuk pintu biliknya. Hayden terus menyimpan surat itu di dalam poket. Wajahnya kembali dingin tanpa sebarang perasaan.

Muncul Kyle disebalik pintu bersama ipad di tangan lalu melangkah tenang menghampiri meja Hayden. Kyle membongkokkan sedikit tubuh sebelum memandang wajah dingin Hayden.

•••

Hana berjalan perlahan masuk ke dalam rumah dengan hati yang tidak rela. Dia perlu kuatkan hati sebentar lagi sebelum Puan Julia dan Saffiyah menyuruhnya membuat bermacam-macam kerja.

Hana berjalan melintasi ruang tamu namun dia hairan apabila tiada kelibat seorang pun. Hana terus berjalan menuju ke bilik. Pintu bilik dibuka perlahan namun keadaan bilik Hana sungguh berselerak dengan barang-barang yang dicampak merata-rata.

Hana mendekati almari pakaian dan semua pakaian miliknya berterabur. Hana perasan akan gaun yang berwarna nude bercorak bunga kecil tidak ada di situ.

Baju itu pemberian pertama sempena hari ulang tahun dari ayahnya. Mana mungkin dia akan hilangkan. Dia sayang sangat dengan gaun itu.

Merata-rata tempat Hana cari namun dia tidak jumpa. Air mata Hana mula bergenang mengenangkan baju kesayangannya hilang. Lagipun, Hana jarang memakainya sebab itu dia gantung saja di dalam almari.

Hana berlari keluar dari bilik menuju ke bilik Saffiyah. Pintu bilik dibuka tanpa Hana ketuk dahulu seperti sebelum ini. Dia syak mungkin Saffiyah yang mengambil bajunya.

Puan Julia dan Saffiyah yang seronok ketawa terkejut melihat Hana membuka pintu bilik tanpa meminta izin. Puan Julia mula berang dengan sikap Hana. Saffiyah pula sudah menjeling tajam Hana yang memandang ke arahnya.

"Hei! Kau tak ada adab ke sebelum masuk bilik orang, hah!? Siapa bagi kau keizinan masuk bilik ni tanpa kebenaran!" Suara Puan Julia mula memetir di segenap bilik. Semakin benci melihat wajah Hana yang polos.

"Maaf, mama tapi Saffiyah ambil baju Hana tanpa kebenaran Hana." Ujar Hana lembut kepada Puan Julia yang tajam memandangnya. Saffiyah mencebik dengan kata-kata Hana.

"Kau tak pakai pun baju ni daripada berhabuk dalam almari baik kau bagi aku." Jawab Saffiyah dengan nada mengejek. Dia sangat berkenan dengan gaun Hana kerana sudah lama dia idamkan tapi tidak dapat.

Semakin geram apabila ayahnya senang-senang memberi kepada Hana. Saffiyah sudah lama minta namun ayah selalu memberi alasan katanya baju dia dah berlambak jadi apa salahnya beli dekat Hana satu.

Semakin menebal rasa benci terhadap Hana kerana dapat perhatian lebih dari ayah kandungnya sendiri. Pandangan dihala ke arah lain dari memandang wajah Hana.

"Saffiyah, saya sayang sangat dengan baju tu. Ayah belikan untuk saya. Saya dah janji nak jaga baju ni elok-elok. Tolong pulangkan balik." Rayu Hana kepada Saffiyah yang masih berdegil memakai gaun itu. Namun, Saffiyah sekadar berdecit geram kerana dia tetap mahukan gaun yang tersarung di tubuh.

"Mama, Saffiyah nak baju ni." Rengek Saffiyah kepada Puan Julia yang masih duduk di atas kerusi meja solek. Wajah Saffiyah dipandang sebelum mencerlung ke arah Hana.

"Kau tu menumpang dalam rumah ni! Kau tak layak dapat baju cantik-cantik macam ni." Puan Julia mula menolak Hana keluar dari bilik tidur Saffiyah.

Hana tidak dapat seimbangkan badan lalu jatuh terduduk. Hana mendesis kesakitan apabila tangannya tertindih. Puan Julia menendang Hana supaya keluar dari bilik dengan perasaan yang sebal.

"Mama, jangan buat Hana macam ni. Hana sayang baju yang ayah hadiahkan. Tolong, ma." Rayuan Hana langsung tidak menarik belas ihsan dari Puan Julia. Malah, kepala Hana ditunjal kuat menyebabkan Hana tersembam ke lantai.

Saffiyah puas melihat Puan Julia memukul Hana. Sibuk menangis nak minta simpati. Akhirnya, gaun ini akan jadi milknya. Mesti Hana kalah dengan mama.

"Kau dengar sini, kau tu anak kutip. Kalau ikutkan dah lama aku buang kau tapi suami aku tu baik sangat nak bela budak macam kau ni! Tak tahu asal usul tapi tetap nak jadikan kau anak angkat! Aku akan selalu ingatkan tentang diri kau sampai aku puas!?" Puan Julia masih lagi menunjal kepala Hana yang sudah menangis teresak-esak. Puas hatinya dapat lihat kesengsaraan Hana.

Hana menahan hati dengan segala cacian yang dilontarkan oleh Puan Julia. Tipu jika dia tidak terasa kerana sudah lama dia idamkan untuk mempunyai sebuah keluarga dan dapat hidup bahagia namun semua itu hanya khayalan Hana sejak kecil.

Hana sangat mendambakan kasih sayang dari keluarga namun sejak kecil hidupnya hanya tinggal di rumah anak yatim yang di anggap seperti keluarga.

"Mampus kau!" Terus pintu dihempas meninggalkan Hana yang masih lagi menangis. Bagi mereka, air mata Hana langsung tiada nilai.

Tubuh disandarkan pada dinding bersama hati yang terluka. Sekuat mana dia cuba hadapi namun jiwanya sangat lah rapuh tiada penguat di samping.

To be continued

Maaf sebab lama tak update :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro