05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hayden bersiap-siap untuk ke tempat kerja seperti biasa. Hidupnya sangatlah membosankan kerana selalu sangat menghadap kerja. Kemeja berwarna biru gelap ditubuh tegap miliknya di kemaskan dengan rapi. Mata masih lagi melekat pada cermin untuk menilik penampilan sendiri.

Hayden mengambil minyak wangi kegemarannya lalu disembur di pergelangan tangan. Haruman maskulin itu memenuhi segenap bilik. Senyuman tipis diukir kerana puas dengan penampilan sendiri.

Kaki melangkah keluar dari bilik dan di atur ke ruang makan. Rasanya dia hanya mahu membeli kopi kegemaran di Cafe Melody sahaja. Tak sempat rasanya nak bersarapan di rumah.

"Hay, sarapan dulu." Tegur Tengku Aryna apabila melihat susuk tubuh Hayden ingin melintasi ruang makan.

"Tak apa ma, Hay nak terus ke pejabat sebab kejap lagi ada meeting penting. Hay tak nak makan berat sangat pagi ni." Ujar Hayden kepada Tengku Aryna lalu terus mencium pipi sebelum Hayden tergesa-gesa untuk memakai kasut.

Tengku Aryna menggeleng kepala melihat perangai Hayden yang sangat kelam-kabut. Dia membiarkan sahaja Hayden pergi kerana jika dipaksa mula lah nak buat perangai.

Sampai sahaja di Cafe Melody, Hayden terus berjalan menuju ke pintu masuk dengan gaya yang tenang. Kyle pula sekadar mengekori jejak langkah Hayden. Faham sangat dengan sikap Hayden yang merupakan penggemar kopi.

Tak boleh hidup agaknya tanpa kopi sehari. Kyle kurang gemar dengan kopi kerana rasanya pahit dan aroma kopi yang kuat akan membuatkan dia pening. Ada ke orang macam tu?

Sedang Hayden ralit memerhati sekitar Cafe, seorang perempuan bertudung tidak sengaja melanggar bahunya sehingga kek yang dipegang olehnya terjatuh. Mujur tidak terkena pada kemeja Hayden.

"Minta maaf, encik. Saya tak sengaja." Ujar perempuan itu perlahan tanpa memandang Hayden. Dalam hati perempuan itu sudah membara apabila kek kegemaran sudah selamat jatuh ke lantai.

"Kek kau lagi menarik ke sampai minta maaf pun tak pandang aku?" Sinis saja nada suara Hayden menegur perempuan yang sudah melanggarnya.

Terkebil-kebil Hana memandang wajah yang dingin tanpa sebarang riak. Ini manusia ke patung? Bercakap bukan main dingin kalah kutub ais.

Sedikit gerun dengan wajah garang lelaki di hadapannya namun Hana beranikan diri untuk membalas renungan tajam itu. Mana tidaknya, terlalu dingin sehingga Hana dapat rasakan degupan jantung yang laju.

"Dah puas tenung? Aku tahu aku ada rupa yang kacak tapi jangan nak usha lebih-lebih." Selamba Hayden memerli Hana yang belum puas merenung dirinya tidak lepas. Hana terus mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Merah padam wajah Hana akibat malu. Kena perli depan-depan mana tak malu. Banyak mata yang masih memandang mereka mungkin mereka ingat akan ada drama mereka bergaduh.

"Mana ada. Jangan nak perasan bagus sangat. Muka macam badak air ada hati nak puji diri sendiri hensem." Sembur Hana perlahan namun Hayden masih lagi dengar dengan jelas kutukan dari Hana.

Kyle yang melihat drama mereka menahan tawa dari pecah. Kalau tidak mati dia kena belasah dengan Hayden. Sumpah dia rasa nak ketawa kuat-kuat. Boleh pulak perempuan ni cari pasal. Sudah la Hayden paling pantang orang memanggilnya begitu.

"Apa kau cakap!? Muka aku macam badak air!?" Tertahan suara Hayden memarahi Hana yang selamba mengutuk di hadapan orang ramai. Nasib suara perempuan ni perlahan kalau tidak memang habis jatuh air muka.

"Kenapa? Salah ke? Saya cakap benda yang betul. Sebaiknya jangan lah riak dengan apa yang kita ada, encik. Nanti muka encik jadi macam badak air baru tahu." Hana masih lagi membidas kata-kata Hayden. Hayden mula bengang dengan sikap selamba perempuan di hadapannya.

Kenapa kena samakan dia dengan badak air!? Tak ada benda lain ke nak di samakan dengan dirinya. Kyle masih berusaha menahan tawanya dari pecah. Sumpah ini kelakar.

Malas nak menghadap perangai sewel perempuan itu Hayden terus melangkah keluar dari Cafe diikuti Kyle tanpa menghiraukan mata-mata yang masih memandang ke arahnya.

•••

"Adwa, kek aku jatuh." Adu Hana kepada Adwa setelah dia menemui Adwa sedang melukis di taman kawasan universiti mereka.

Riak wajah Hana sangat kecewa dan sedih apabila teringatkan kek yang sudah selamat mencium lantai. Adwa memandang aneh dengan kelakuan Hana. Pasal kek pun boleh sedih?

"Apa dah jadi? Tadi bukan ke kau beria sangat nak beli kek dekat Cafe kegemaran kau tu." Soal Adwa yang masih menanti jawapan dari Hana.

"Kek aku jatuh. Ada badak air langgar." Jawab Hana polos dengan riak wajah yang masih kecewa dengan perkara yang baru berlaku tadi.

"Hah? Badak air?" Nak tersedak Adwa mendengar jawapan dari Hana. Apa pelik sangat Hana ni. Hana masih lagi dengan wajah yang sedih.

Adwa terus menolak bahu Hana sehingga menyebabkan Hana hampir terjatuh dari kerusi. Terkejut Hana dengan tindakan Adwa yang kasar tapi dia sudah terbiasa.

"Apa kau ni!" Marah Hana dengan wajah cemberut memandang Adwa yang tidak bersalah menolak dia tadi.

"Aku tanya siapa badak air? Tak akan dekat Cafe tu ada badak air?" Hana menjeling Adwa kerana tidak faham dengan apa yang dia beritahu.

"Ish, cakap dengan kau buat aku stres tau tak. Cerita dia macam ni, tadi aku pergi beli kek dekat Cafe Melody tiba-tiba ada seorang lelaki ni langgar aku. Aku tak sempat nak elak dari dia tiba-tiba aku tengok kek aku dah selamat mendarat dekat lantai. Hancur hati aku, Adwa tengok kek yang dah lama aku craving jatuh macam tu je." Cerita Hana kepada Adwa yang tekun mendengar kisah sedih Hana dan sebiji kek.

"Habis kenapa kau panggil dia badak air?" Soal Adwa pelik dengan panggilan itu. Bukan main berani Hana mengutuk orang depan-depan.

"Dia perasan bagus dan hensem dekat aku sebab aku pandang dia lama-lama. Aku pun saja panggil dia badak air." Jawab Hana menyampah apabila teringatkan wajah yang dingin dan menjengkelkan tadi. Dah la tak minta maaf lepastu keluar macam tu je.

Adwa tepuk dahi dengan karenah Hana seperti budak-budak. Nampak saja Hana ni macam seorang yang lemah lembut dan sopan santun tetapi lawan mulut jangan. Hana power bab-bab nak balas semula.

"Kau tak takut ke kalau dia saman kau?" Soal Adwa sekadar bertanya. Mana lah tahu lelaki yang langgar Hana mengambil tindakan. Teruk Hana kena nanti. Senyuman Hana mula memudar.

"Tak mungkin lah." Hana sekadar menyedapkan hati walaupun hati kembali berdebar. Kenapa baru sekarang dia terfikir pasal hal itu. Tak terlintas langsung sewaktu dia sibuk melawan percakapan lelaki dingin itu.

"Lantak kau, Hana. Aku malas masuk campur urusan kau dan lelaki badak air." Jawapan Adwa membuatkan Hana tertawa lucu. Awalnya, tidak terfikir dek akal untuk memanggil lelaki itu dengan panggilan badak air tapi lelaki itu perasan bagus sampaikan Hana naik menyampah.

Jarang Hana ingin berbual atau mengutuk lelaki secara depan-depan kerana Hana bukan sejenis mesra dengan lelaki. Hana akan bercakap dengan lelaki apabila ada hal mustahak sahaja dan tidak lebih.

"Tapi kenapa badak air? Kau tak ada panggilan elok sikit ke nak panggil dia?" Hana memandang Adwa yang sudah kembali menghadap lukisan namun masih lagi sibuk bertanya.

"Entah, aku rasa panggilan tu comel mungkin." Jawab Hana tersenyum manis apabila teringat akan wajah yang dingin kerana geram dengan sikapnya.

"Lain macam kau ni. Kau jangan macam-macam, ingat kau dah berpunya." Nasihat Adwa apabila melihat Hana sudah tersenyum manis. Adwa terus menyambung lukisan yang tergendala kerana Hana.

"Ish, kau ni. Mana ada aku terfikir sampai macam tu sekali." Jawab Hana perlahan lalu memandang pemandangan pokok-pokok hijau di hadapan. Udara yang sangat nyaman dan segar.

Mana mungkin dia akan curang dari Qalish untuk lelaki lain. Langsung tidak terfikir oleh akal kerana Hana sepatutnya rasa beruntung kerana Qalish sanggup menerima diri Hana yang langsung tiada apa-apa jika nak di bandingkan dengan Qalish yang memiliki segalanya.

To be continued

Maaf menghilang macam chipsmore :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro