CHAPTER 7 - [b i l i k]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AKU menghempaskan badan di atas katil. Telekung masih belum ditanggalkan. Aku mengeluh perlahan.

Fikiran menerawang memikirkan setiap satu perkara yang berlaku pada tahun ini. Sedikit sebanyak, aku mula mempersoalkan tentang masa lalu.

'Betul ke kak Kaseh kakak aku?'

'Mana mak dengan ayah?'

'Aku kerja apa sebenarnya sebelum ni?'

'Dah ada kekasih ke belum?'

Aku menjerit sepuas hati sebelum berguling-guling di atas katil seperti orang gila.

"Bunga, abang dah datang sayang."

Gulingan aku terhenti. Badan seakan kaku. Cepat-cepat aku duduk dari pembaringan dan memandang sekeliling.

Kosong...

Aku memegang kepala. Jantung berdegup kencang sebelum tangan memukul pada bahagian itu berkali-kali. Tanpa sedar, aku menangis.

Menangisi semua kehilangan yang aku sendiri tidak pasti bagaimana hendak aku temui.

"Kenapa... kenapa setiap kali suara kau datang, dekat sini..." Aku menepuk dada. Semakin lebat tangisan aku. Suara menjadi semakin serak.

"...dekat sini sakit. Sakit sangat. Kau siapa... tolonglah. Tolong bantu aku ingat semula siapa aku sebenarnya. Tolong..." Aku meraung. Tangan naik menutup muka.

"Sakit ya Allah, sakit..."

"Bahu aku ada untuk kau menangis, bunga."

"Tak ada, kau tak ada sekarang. Aku perlukan kau..." Semakin lebat air mata yang gugur. Sesak dan sakit kepala bercampur. Dengan tangisan yang masih belum mereda, aku mula terbatuk-batuk. Dada ditepuk semakin kuat.

Sesak tidak terkata. Sedikit udara pun aku tak mampu hirup waktu ini. Semakin aku mencuba untuk bernafas, semakin sakit kepala aku. Dalam satu masa, suara dari pelbagai situasi kedengaran.

"What if I called you bunga? Mawar dan bunga. Gorgeous."

"Panggillah aku abang. A-B-A-N-G."

"I love your lips, bunga. Rasa strawberi."

"I'll protect you until my last breath. Me, as your knight, will always be by your side."

"Kau jangan degil bunga. Makan ubat tu."

"Kau cantik macam bunga api. Apa-apa yang berkaitan dengan bunga, will always reminds me about you."

"Diamlah penipu, DIAM!" Aku menekup kedua-dua belah telinga. Mata aku kian memberat. Nafas aku mula menjadi perlahan namun suara itu tetap bergema. Aku tak mampu mendengar apa-apa lagi yang suara itu bicarakan tetapi sebelum mata tertutup sepenuhnya, 'dia' berbicara lagi.

"Sleep well, Mrs. Qays."

𝙚 𝙩 𝙚 𝙧 𝙣 𝙖 𝙡 𝙢 𝙚 𝙢 𝙤 𝙧 𝙞 𝙚 𝙨 || 𝙝 𝙚 𝙧 𝙝 𝙪 𝙨 𝙗 𝙖 𝙣 𝙙

Buka sahaja mata, cahaya terang menembusi kornea mata aku. Perlahan-lahan aku cuba bangkit dari pembaringan. Mata meliar memandang sekeliling. Masih dalam bilik yang sama dengan posisi yang sama serta... bertelekung.

Aku memegang kepala seraya mengeluh berat. Pening. Mata mengerling ke arah jam dinding.

8.09 pagi.

Mata aku terbeliak. Aku terus melompat turun dari katil dan berlari menuju ke arah bilik air.

Subuh gajah mak!

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat subuh, aku termenung memandang almari. Semua baju yang ada, semuanya pakaian untuk wanita. Baju semalam yang aku pakai selepas mandi tadi aku pandang.

Nak tukar ke tidak?

Pada akhirnya, aku memilih jubah hitam paras buku lali. Jujur, rasa macam pakai baju kelawar berlengan panjang. Cukup selesa.

Aku terus membuka langkah untuk keluar dari bilik.
Tudung sarung semalam aku pakai. Nasib baiklah aku pilih tudung sarung waktu nak lari keluar. Kalau shawl, berbelit jugalah nak pakai dalam rumah je sekarang ni.

Aku berjalan santai. Aku sendiri tidak tahu arah tujuan aku kini. Yang pasti, aku terasa hendak keluar berjalan-jalan. Dari atas, aku boleh lihat ruang tamu tingkat bawah. Lampu mewah yang tergantung pada siling menampakkan lagi tema elegant rumah ini.

Kaki aku terhenti pada pintu sebuah bilik yang tertulis 'Her Library'. Kening sebelah aku terjongket. Wah, ada perpustakaan.

Aku cuba pusingkan tombol pintu tersebut secara perlahan-lahan sebelum akhirnya aku tersengih. Yes, tak kunci!

Pintu bilik tersebut aku buka sebelum ternganga besar. Mata aku terbuntang luas melihat ruang bilik itu.

"Banyaknya buku!" Aku berlari anak mengelilingi setiap penjuru bilik itu. Warna setiap buku diikut mengikut susunan. Aku menilik satu persatu tajuk yang tersusun pada setiap rak. Fuh, ada yang limited sekali!

Belum sempat aku menarik sebuah buku dari rak, suara itu kembali bersuara.

"This is all yours, bunga. Tapi janji dengan abang, semua hero yang bunga baca, kena bayangkan muka abang."

Buku itu terlepas dari tangan. Badan aku terasa terhuyung-hayang. Rasa sakit yang menyerang kepala ketika ini bukan main. Sampai ke otak!

"Mawar!" Belakang badan aku terasa ditahan. Perlahan-paham tubuh aku didudukkan di atas lantai. Kepala yang masih berpusing itu aku picit.

Apabila pening kian mereda, barulah aku membuka mata sedikit demi sedikit. Wajah Aiman yang jelas terpancar kerisauan memenuhi kornea mata aku.

"Terima kasih." Entah dia dengar ataupun tidak ucapan aku. Hanya seluar itu yang mampu aku cakap. Nanti cakap kuat-kuat, termuntah lagi, naya!

"You're most welcome, Mawar. Jom, kita pergi klinik?" Aku menolak pelawaan itu. Sedaya upaya senyuman aku ukir di bibir.

"No need. Aku dah okey." Aku cuba bangkit dari lantai dengan bantuan daripada Aiman. Lengan dah baju aku dipegangnya dengan kemas agar aku tidak jatuh.

"Betul tak nak pergi klinik?" Aku menggeleng. Lelaki itu hanya mengeluh perlahan.

"Aku papah kau sampai dalam bilik. Nanti kalau aku dukung, mahu menggelupur kau nanti." Aku nak menolak namun dengan cepat dia menutup mulut aku dengan buku yang aku terjatuhkan tadi.

"Tak payah nak banyak songeh. Ikut je."

Sampai sahaja di dalam bilik, aku didudukkan di atas katil. Aku pandang Aiman yang sedang bercakap dengan aku namun satu patah perkataan pun tidak dengar. Tidak lama selepas itu, suara itu kembali bergema.

Tetapi dengan suara yang berbeza.

Suara aku sendiri.

"Qays, may Allah take a good care of you, dear." Nafas aku kian memberat. Tidak sedar air mata gugur mengenai pipi.

"Mawar..." Suara Aiman kembali kedengaran.

"Aku penat Aiman, aku penat. Kenapa dia tak nak bantu aku untuk ingat semula siapa dia? Kenapa dia selalu buat aku rasa sakit? Sesak, dada ni sesak sangat setiap kali dengar suara dia," serak suara aku meluah. Dada ditepuk beberapa kali.

"Bagitahu aku Mawar, siapa dia?" Aku mengangkat kepala. Mata aku yang kabur disebabkan air mata, bertemu dengan matanya yang redup memandang ke arah aku.

"Qays." Aiman kaku. Matanya memandang aku dengan pandangan kurang percaya. Tapi setelah itu dia mengalihkan pandangan memandang ke arah lain.

"Aim-"

"Aku pergi ambilkan sarapan dengan bawah sekejap. Aku beli tadi. Lepas tu nanti aku tolong cucikan luka dekat kaki kau sebelum pergi kerja. Aku pergi sekejap." Sosok itu terus bangkit dan menghilangkan diri dari dalam bilik. 

Aku mengetap bibir dengan kuat. Wajah diraup kasar.

'Qays, siapa kau sebenarnya?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro