CHAPTER 8 - [q a y s ?]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AKU menatap Aiman yang fokus meletakkan ubat dengan penuh berhati-hati pada telapak kali aku. Setiap inci pelusuk wajahnya aku amati.

Hidung yang mancung, bulu mata yang melentik, kulit sawo matang, muka yang bersih daripada sebarang bakteria jahat mahupun jerawat, warna bibir yang cukup cerah, anak mata berwarna coklat pekat... semuanya hampir sempurna.

Aku menilik lagi wajahnya. Kali ini dengan lebih dekat.

Mungkin terasa semacam, terus mengangkat mukanya. Tidak sampai tiga inci pun jarak wajah aku dan wajahnya sekarang ini.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Dapat aku lihat warna telinganya berubah warna. Aku tersengih nakal.

"Malu ke cik abang?" Aiman menjeling aku tajam. Dia berdehem sebelum membetulkan kedudukan tubuhnya kepada asal.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Aiman bertanya tanpa memandang ke arah aku. Tangannya kembali bergerak pada kaki aku.

"Muka kau... nampak awam." Dia pandang aku. Dahinya berkerut.

"Maksud kau?"

"Entah, aku rasa macam pernah jumpa kau. Rasa familiar sangat." Serta merta tangan lelaki itu berhenti bergerak. Dia menundukkan kepala.

"Aiman?" Aku mencucuk bahunya menggunakan jari telunjuk memandangkan tubuhnya langsung tidak bergerak.

Telinga aku dapat mendengar keluhan daripada Aiman. "Mawar."

Matanya kembali bertembung dengan mataku. Pandangan yang dia berikan seakan sedang cuba untuk berkomunikasi dengan aku.

"Y-ya?"

" Aku..."

"Man." Pintu bilik terkuak dari luar. Serentak aku dan Aiman menoleh ke arah belakang. Gerangan tersebut memandang ke arah kami dengan wajah terkejut.

"Bunga?" Mulut aku terkunci rapat. Nama panggilan itu... yang sering aku dengar 'dia' memanggil aku sebelum ini. Mungkin...?

"Qays, kau buat apa dekat sini." Laju kepala aku menoleh memandang Aiman pula. Nama itu... tidak salah lagi.

"Awak Qays?" Lelaki bernama Qays itu memandang aku dan Aiman secara bergilir-gilir. Dia mengangguk ragu-ragu.

"Awak kenal saya kan? Tahu banyak pasal saya?" Aku tersenyum suka. Laju sahaja hendak turun dari katil namun pantas dicegah oleh Aiman.

Lelaki itu memandang aku tajam.

"Duduk diam-diam, Mawar. Aku belum habis rawat kaki kau lagi." Mendatar lelaki itu memberi amaran namun aku abaikan. Aku tetap turun dari katil walaupun Aiman memandang garang.

Aku berjalan menghampiri pintu, tempat di mana lelaki itu termenung keliru melihat drama di depan mata.

Aku berdiri tepat di hadapannya. Dengan beraninya aku mulakan bicara.

"Apa jadi dekat saya dulu? Apa kaitan awak dengan saya? Mana keluarga saya yang lain?" Terkelip-kelip mata lelaki itu apabila diterjah tiga soalan sekaligus.

"Ahh..." Lelaki itu memandang Aiman. Kepala digaru walaupun tidak gatal.

"Bukan dia yang kau cari, Mawar. Kau salah orang." Aku memusingkan kepala memandang Aiman. Lelaki itu menyilangkan tangan di dada. Wajahnya persis singa yang sedang menunggu masa saja hendak menyerang mangsanya.

Aku mengecilkan mata, membalas renungan matanya yang menyakitkan hati.

"Apa yang kau tahu tentang aku? Kau tak tahu apa-apa. Aku dah jumpa orang yang tepat untuk aku tanya dan kau senang-senang je kata yang aku dah salah orang? Semua petunjuk tu ada dekat dia." Jari telunjuk aku dihalakan tepat pada batang hidung lelaki yang aku belakangi. Jelas sekali dia terkejut.

'Apa dosa aku sampai kena hadap benda ni?' keluh lelaki itu. Mata tetap setia memandang drama tujuh malam di depannya.

"Kalau aku kata salah, maksudnya kau salah, Mawar." Aiman menahan suaranya daripada terus menaik. Dia masih cuba untuk berlembut.

"Go to hell! Kau siapa untuk tentukan aku betul atau salah? Kau orang yang penting ke dalam hidup aku? Atau kau punca semua benda ni jadi?"

'PRANG!'

Semua ubat dan barang di atas katil dibaling pada dinding. Terhinjut bahu aku apabila hampir sahaja satu bekas ubat mengenai wajah aku namun sempat ditepis oleh jejaka 'Qays' tersebut.

"Man! Behave Aiman Al-Qays!" Aku terjeda. Mulut terkunci rapat melihat lelaki itu memegang kedua-dua bahu Aiman yang sedang meraup wajahnya dengan cukup kasar.

"Bunga, kau turun dulu." Tegas arahan yang lelaki itu berikan tanpa memandang aku.

"Tapi..."

"PERGI!" jerkahnya. Sungguh, sekarang ini rasa nak menangis saja. Dengan berat hati, aku mula melangkah keluar dari bilik sebelum pintu bilik itu dikatup rapat.

Aku membawa diri menuruni tangga dan menunggu di ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Tidak lama selepas itu, keluhan berat terlepas.

"Apa kau dah buat ni Mawar... apa kau dah buat ni..." Aku mengetuk kepala beberapa kali.

"Kau dahlah menumpang, lepas tu biadap." Aku mengutuk diri sendiri. Kepala tidak henti mengetuk kepala sendiri.

'TOK TOK TOK!'

Bunyi ketukan yang maha keras mengejutkan aku. Terhenti perbuatan mengetuk diri sendiri. Pandangan dihalakan pada pintu utama yang tertutup rapat. Aku sempat ragu-ragu untuk membuka sebelum ketukan keras itu kembali bergema.

Aku mendekati pintu utama. Perlahan-lahan tangan mula membuka kunci pintu dengan bunyi ketukan yang masih kuat. Buka sahaja pintu, aku seakan berhenti bernafas.

Wajah kak Kaseh yang merah padam merenung ke arah aku dengan cukup bengis. Dadanya turun naik dengan laju. Refleks aku berundur setapak ke belakang.

"Akak..."

"Kau larikan diri dari aku? Kau dah ingat semua benda?" Kak Kaseh perlahan-lahan menghampiri aku.

Semakin dekat kak Kaseh, semakin jauh aku cuba larikan diri. Tapi terasa lambat setiap langkah aku berundur.

"A-akak, Ma-Mawar minta maaf keluar tanpa izin. Mawar memang nak balik semalam, t-tapi..."

PRANG!

Pinggan kaca mendarat tepat pada kepala aku sebelum jatuh berderai di atas lantai. Aku terduduk lemah. Kepala yang sememangnya kerap sakit kebelakangan ini menjadi semakin sakit. Darah mula menitis mengenai lantai.

Aku mengangkat kepala untuk memandang wajah kak Kaseh walaupun mata aku kian mengabur dengan air mata.

"Akak..."

"Aku tanggung kau, aku jaga kau, aku mula sayangkan kau, tapi lepas tahu kebenaran..." Kak Kaseh tergelak sinis. Air matanya yang turut mengalir diseka.

"...kau buang aku macam kucing kurap, kan? Tak berguna sangat ke aku dekat mata kau? Benci sangat ke kau dengan aku sampai aku..." Dia menghampiri tubuh aku yang tersandar lemah pada dinding sebelum muka aku dicengkam. Kak Kaseh dongakkan kepala aku untuk memandangnya.

"...yang lahirkan kau ni, kau tak sanggup terima dah?"

DUG!

Aku terpempam. Mulut aku terkunci rapat namun air mata semakin laju menuruni pipi. Sakit.

Bukan kerana sakit akibat kuku kak Kaseh yang menekan kuat pipi aku, tetapi sakit dengan kebenaran yang aku baru sahaja dengar.

Seseorang yang mengaku sebagai kakak, rupanya mak aku sendiri? Aku memejam mata.

"Sekarang, kau benci pula nak tengok muka aku? Pandang aku, Mawar. Pandang." Aku hiraukan arahan itu. Dada aku mulai sesak.

"Pandang ibu, Mawar sayang." Semakin deras air mata mengalir.

"AKU KATA PANDANG AKU!"

Aku tersentak apabila terasa seseorang merentap kuat kak Kaseh yang mula menggila di hadapan aku tadi. Mata terus membulat memandang ke arah sosok lelaki yang menjauhkan kak Kaseh dari aku.

"Mawar." Orang yang memegang kedua-dua belah bahu aku itu langsung tidak dihiraukan. Mata masih setia memandang ke arah lelaki yang bernama Qays itu sedang berlawan vokal suara dengan kak Kaseh.

"Mawar Alanna!" Nafas aku semakin lama semakin memendek, lagi-lagi apabila mendengar suara jeritan dan pekikan bergabung menjadi satu.

Tiba-tiba semua suara itu hilang. Pandangan aku terus beralih ke arah orang di hadapan aku. Aiman menekup kedua-dua belah telinga aku.

"Hiraukan diorang. Ikut cakap aku. Tarik nafas... hembus." Walaupun tersekat-sekat, aku aku mengikut arahan pernafasan yang dia ajarkan.

Apabila aku boleh menghirup udara seperti biasa semula, barulah Aiman mengambil nafas lega. Namun tidak lama selepas itu, bunyi kaca pecah dan barang berjatuhan menyebabkan aku cepat memanjangkan kepala untuk melihat tetapi segera dicegah oleh Aiman. Dia menghalang pandangan aku menggunakan tubuhnya.

"Shh, ignore it," katanya sembari menyentuh luka di dahi aku dengan lembut. Walaupun sudah cukup perlahan, namun aku tetap mendesis sakit.

"Qays! Pulangkan anak aku baliklah jantan tak guna! Kau pergunakan dia!"

Aiman menghela nafas kasar. Dia tersenyum segaris ke arah aku sebelum berkata,"Duduk sini, jangan bergerak. Takut sesak nafas balik."

Dia bangkit dan menghampiri kak Kaseh yang sudah tercabut tudungnya entah ke mana. Jejaka 'Qays' tersebut sudah terduduk bersandarkan dinding seperti aku namun lukanya nampak sedikit lebih parah daripada aku.

"Macam mana kau tahu yang aku pergunakan dia? Apa yang kau tahu tentang aku dan dia?" Kak Kaseh tersenyum sinis sebelum mengilai. Serta merta bulu roma aku menegak.

Tiba-tiba dia berhenti mengilai dan memandang bengis ke arah Aiman.

"Kau ingat aku bodoh? Aku mak dia, aku yang lahirkan dia! Aku tahu apa yang kau rancang, Qays. Aku tahu apa yang satu family kau rancang." Aiman tidak membalas. Wajahnya mendatar.

"Kau kahwin dengan anak aku sebab nak pergunakan dia. Aku tahu, Qays. Aku tahu. Kau jantan tak guna. Kerja tak berguna. Suami tak berguna yang mempergunakan anak aku untuk kerja kau." Aku mengernyit tidak faham. Apa yang mereka bualkan?

"Aku, Aiman Al-Qays, kahwin dengan Mawar Alanna ikhlas. Aku cintakan dia. Aku tak ada rancangan lain selain itu. Dan kau, sebagai seseorang yang dah 'buang' dia, boleh pergi. Aku boleh jaga isteri aku." Jantung aku seakan terhenti buat keseribu kalinya hari ini. Aku isteri orang?

"Baik, aku akan pergi. Tapi kau kena ingat, Qays. Aku akan datang balik untuk rebut apa yang sepatutnya jadi milik aku. Dan kau, tak akan selamat dengan rancangan kau." Kak Kaseh memberi amaran keras. Dia mengerling ke arah aku sebelum kembali memandang Aiman. Bengis sekali wajahnya sebelum menghilangkan diri disebalik pintu utama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro