BAB 61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syt 61

MATA cuba kupejam biar kantuk terus menyelimuti diri. Lama aku tunggu Ayyan naik ke bilik. Tetapi, hampir lewat malam tiada tanda-tanda dia akan naik.

Hatiku disimbah kerisauan. Entah apalah yang dibualkan oleh Ian dan Ayyan itu. Takkanlah Ian mahu tidur di sini malam ini?

Krekkk

Bunyi pintu terbuka. Debaran singgah tidak tentu arah. Tiba-tiba sahaja.
Cepat-cepat aku tutup muka dengan selimut, bantal peluk kecil aku peluk seeratnya. Seram sejuk pula tubuhku apabila aku dapat rasakan katil ini bergerak dan memberat apabila tubuh dia terbaring di sebelahku.

Aku doa moga-moga dia ingat aku sudah dibuai mimpi. Janganlah dia tegur aku, rasa malu kembali menjajah aku sehingga pipiku kembali berbahang.

"Reen... dah tidur?" Gemersik suaranya sangat dekat di tepi telinga. Selimut aku ditariknya perlahan.

Senyap. Aku kemam bibir, nafas ini aku tahan. Ya Allah, gementarnya. Apa dah jadi pada aku sebenarnya ni?

"Betul-betul tidur ke?" soal Ayyan lagi. Suaranya makin menjerat aku. Aduh, takkan lah aku nak mengaku aku belum tidur. Nanti nak cakap apa dengan dia?
Suasana hening. Tiada lagi suara Ayyan menyapa.

Aku kira dia sedang termenung, menunggu masa mata membawa ke alam mimpi mungkin.

Baru aku ingin tarik semula selimut bagi menutup kembali mukaku, perlahan tangan Ayyan menjalar di bahuku.

"Belum tidur?"

Alamak. Dia belum tidur, ke? Ya Allah. Boleh ke aku pura-pura tidur, sekarang ni?

Aku matikan gerak, diam membisu seolah-olah aku tidur. Tak mahu aku menyahut dia. Segan sangat ni.

"Reen... I need hug..."

Belakang tubuhku rasa hangat sedikit, aku kejungkan badan. Nafas makin sesak, aku cuba kawal. Permintaan dia, sungguh mengacau bilaukan perasaan ini. Tidur ajelah Ayyan? Janganlah tambah nervous, Reen.

"Can I hug you, Reen... I miss you... I really miss you..."

Dup Dap Dup Dap. 

Jantung aku makin laju, aku tahan detak yang makin laju. Apa yang cuba disampaikan oleh Ayyan? Rindu... Rindu aku, kenapa? Bukan ke aku tidak pernah berjauhan dengan dia sejak kami membina mahligai perkahwinan?
Bahuku ditarik perlahan, dan aku terkaku tanpa dapat menahan diri daripada bergerak. Tubuh aku berjaya di pusing menghadap dia.

Aku pejamkan semula mata serapatnya. Gelojak yang semakin meribut hampir pecahkan ruang ketenangan aku. Sungguh, gementar kali ini lebih mengatasi segalanya.

"Takut? Hmm..." Gumam Ayyan perlahan, berbisik halus di tepi telingaku. Gelinya telingaku menerima hembusan nafas halusnya itu. Seram sejuk aku jadinya.

"Reen... kenapa dari dulu tak berterus terang pada Ayyan tentang perasaan Reen?"

Habis bicaranya, aku dengar ada keluhan dilepaskan. Aku diam membisu, tidak mampu menjawabnya. Tak sedarkah kau, Ayyan? Perasaan ini sungguh sukar untuk aku ungkapkan bilamana kau terang-terang beritahu aku ini sekadar kakak angkat kau? Bagaimana mungkin aku luahkan perasaan ini?

"Reen... just tell me everything, jangan simpan lagi... I need to know about your feeling..." pinta Ayyan seakan mahu mendalami lebih tentang apa yang aku rasa.

Aku masih terperangkap dalam kebisuan, tidak mampu meluah apa yang terbuku dalam hati. Aku takut untuk membuka tirai rasa ini, aku takut andai dia bakal merasai perasaan kurang enak tentang aku. 

Masih terbias di hujung mata, bayang aksara huruf di dalam telefon Ayyan, tentang dia baitkan di tulisan bahawa dia fikir cinta antara aku dan dia tidak mungkin wujud. It's a rubbish.

Sakit mengenang itu. Sakit, tetapi Ayyan tidak pernah tahu. Bagaimana untuk aku terangkan semua? Rasa dijiwa ini sukar sekali untuk dilepaskan pergi sepenuhnya, separuh jiwaku masih ragu, masih terhenyak dengan kebimbangan andai Ayyan tidak dapat membalas cinta ini. Dan, dia terpaksa berkelakuan begini kerana bersimpati kepada aku.

"Reen..." Seru dia, memanggil aku.
Aku gigit bibir, cuba kumpul kekuatan. Kumpul semangat yang kembali ingin meluruh. Perlukah aku memberanikan diri sahaja? Ya Allah, bantu aku.

"Reen tak sedia untuk terus terang?" soal Ayyan, nadanya macam sedang teralun kecewa bergaul dengan rasa hampir putus harapan kerana kebisuan aku.

Aku jadi serba salah. Patutkah aku jawab sahaja biar dia tahu segalanya. Biar resah dijiwa aku bebas. Biar aku rasa ketenangan yang sebenarnya, walaupun seketika cuma.

"Reen takut... Ayyan akan jauhkan diri dari Reen... Reen takut Ayyan tak boleh terima, sebab Ayyan hanya anggap Reen sebagai kakak je... Itu yang selalu Ayyan cakap, akak tak pernah lupa walau sekejap..." Lemah. Suaraku terlantun cukup perlahan, terpaksa berterus terang mengenang segala rasa sebak yang selama ini aku kendong ke mana-mana tika dia ada Ainura di sisi.

Tika dia ada insan lain di sisi. Sedangkan aku, hanya kakak angkat di matanya.

"I'm sorry..." Ucapan maaf keluar bersama keluhan perlahan.
Suasana hening kembali menghuni kami. Aku hanya diam menanti bicaranya yang seterusnya.

"Reen... I'm really sorry..." Lirih suaranya mengungkap kata maaf.
Entah mengapa, aku rasa hampir hendak menangis. Adakah dia tahu selama ini aku sengsara menahan perasaan? Sebab itu dia mohon maaf, kerana dia kesal kerana tidak tahu keadaan aku ini.

"Ayyan bodoh... Ayyan tak tahu apa-apa... Kenapa Ayyan buta untuk kenal cinta Reen, padahal selama ini hanya Reen sudi berada di sisi Ayyan, susah dan senang. Reen jadi penawar duka Ayyan. Tapi, kenapa Ayyan tak sedar cinta tulus Reen untuk Ayyan selama ni? Kenapa..." luah Ayyan dengan suara hampir tersekat. Segunung penyesalan sedang melata disanubari. Kesal dengan diri dia, turut membawa aku ke lembah kesedihan. Aku gigit bibir, menenangkan emosi yang mahu bergelodak. Entah sampai bila beban ini mampu pergi.

Dan... penyesalan Ayyan tidak aku inginkan. Aku mahu Ayyan bahagia sahaja, dan mampu meneruskan hidup dengan tabah setelah kehilangan arwah mama. Bukan ini yang aku pinta, luahan sesal dia makin mengamit aku ke memori lama saat dia merayu mama di hospital.

"Ayyan... Benda tu dah berlalu, jangan diungkit... Ayyan jangan kesalkan lagi... Reen tak minta Ayyan balas cinta ni, Reen cuma nak Ayyan bahagia walaupun tanpa Reen... Reen tak harapkan apa-apa selain melihat Ayyan bahagia..." Luah aku dengan nafas yang semakin hilang. Sebaknya saat ini kerana aku ikhlas titipkan rasa dari lubuk hatiku paling dalam, aku persembahkan hanya untuk dia. Insan yang aku cintai. Tidak pernah aku sesal jika dia tidak mampu membalas cintaku ini jikalau takdirnya begitu. Aku tidak mahu memaksa andai dia tidak mempunyai rasa yang sama seperti aku.
Aku redha.

"Reen... jangan cakap macam tu. Ayyan takkan bahagia tanpa Reen... Ayyan perlukan Reen, Ayyan hanya perlu Reen, seorang... Isteri yang penyayang, baik, solehah... sentiasa jadi penawar resah Ayyan... Reen sentiasa bagi nasihat pada Ayyan, Ayyan ingat semuanya walaupun sikap Ayyan selalu tak endahkan Reen... I'm sorry again because I'm always hurting you, make you crying because of me... I don't deserve you... But... I can't live without you, Reen..."

Air mataku tewas jua. Aku sebak, aku tidak sebaik yang disangka. Selama ini, aku tahu aku tidak pernah berjaya menjadi isteri yang baik. Serba serbi aku kekurangan. Saat Ayyan berendam air mata, aku hanya mampu berbisik dalam kesunyian tanpa mampu mengurangkan duka di hatinya. Aku masih isteri yang gagal, dan mungkin aku yang tidak layak berada di sisinya. Aku bukan wanita yang kuat untuk suamiku kerana tiap hari air ini lemah menemani seakan diri ini sudah terkulai dalam menghadapi ujian suamiku sendiri.

"Ayyan tak salah. Reen... Reen yang tak layak untuk Ayyan... Reen gagal tenangkan hati Ayyan, Reen gagal rawat luka Ayyan... Reen bukan isteri yang baik..." Bergetar suaraku mengungkap rasa. Sebak ini aku tekan di dada. Malam ini aku ditimpa lagi rasa sedih, sedih kerana aku rasa aku wanita yang lemah. Tidak sekuat yang lain, mampu jadi penguat semangat kepada suami. Tetapi aku malah menangisi suami dan mungkin juga membebankan dia dengan perasaan aku yang tidak sepatutnya hadir ini.

Kepala aku didekatkan lagi dengan wajahnya. Aku hanya mampu menurut sambil menahan esak daripada kedengaran lebih kuat. Tanpa aku duga, dahiku dikucup. Sedikit lama sehingga aku jadi teresak-esak.

Aku tak mampu kawal lagi. Aku sedih dan pilu. Ya Allah, kenapa dengan aku hari ini?

Dia jauhkan bibirnya dan menatap wajahku dengan lebih dekat. Air mata ini dikesat lembut, pipi ini diusap dan ditekap.

"No... jangan cakap macam tu, Reen isteri yang sempurna buat Ayyan... Reen dah berjaya sembuhkan luka Ayyan, cuma... Ayyan ni masih degil, keras kepala sebab masih pentingkan diri sendiri. I'm selfish... Ayyan lupa Reen ada, Reen ada sentiasa untuk Ayyan... Sebab tu Ayyan tak hiraukan dunia ni, sebab Ayyan lupakan segalanya. Ayyan lupa Ayyan tidak keseorangan. Ayyan bodoh sangat. Bodoh sebab asyik tenggelam dengan penyesalan, padahal itu semua dah terlambat. Ayyan bodoh sangat, sia-siakan mama dulu... Jadi, mulai sekarang Ayyan cuba nak berubah... Ayyan tak nak sia-siakan walau sesaat masa dengan Reen. Ayyan nak jadi suami yang bertanggungjawab, suami yang beri bahagia untuk isteri Ayyan..."

Aku terkedu. Lidahku kelu. Mata kami bertentangan lama, dan aku dan dia berdiam diri meniti saat ke saat dengan membaca rahsia hati masing-masing. Tiada kata yang mampu terungkap tatkala mata kami saling menyalurkan rasa di hati dan hanya kami yang tahu apa yang kami rasai saat ini.

...

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘Tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
   

...

DERINGAN telefon mengejutkan kami berdua. Ayyan bangun sedikit, dan menarik telefonnya d tepi meja kecil.
Ting!

Bunyi mesej masuk. 

Aku betulkan kedudukan badan, dan baring menegak, jarak kami aku jauhkan sedikit.

“Ian pesan esok Reen cuti.” 
Bersatu kulit dahiku mendengar pernyataan Ayyan. Ian tu dah kenapa, pula?

“Kenapa cuti? Reen sihat je, tak perlu cuti-cuti ni,” balasku tidak puas hati. Fikiran memikir sebab apa Ian bagi cuti begini. Tiba-tiba sahaja, mentang-mentang dia bos sesuka hati nak bagi aku cuti. Ke dia sebenarnya nak bagi aku cuti selamanya. Seriously?
Ayyan letak semula telefon di tepi. Dia baring, malah kembali mendekatkan tubuhnya denganku.

“Dia nak bagi chance kat kita kut untuk berkasih sayang.” Selamba suara Ayyan berbisik di tepi telingaku. Dengan selesa, kepalaku diletak atas lengannya. Pipi aku diusap lembut.

Rasa berbahang pipi aku mendengarnya. Mentang-mentang kami dah declare, perangai Ayyan kembali beraura lain macam. Hadoi, dah 18 kali aku tahan merah di pipi. 19 kali Ayyan makin giat mengusik taman hatiku. Cewah.

“Reen ada nak pergi mana-mana? Tempat yang Reen teringin sangat nak pergi dengan suami Reen ni.”
Aku diam mendengar pertanyaan Ayyan. Kepalaku ligat memikir segala rancangan yang sudah kambus dilanggar ombak derita. 

Banyak angan-anganku untuk berkongsi memori indah  bersama-sama dengan Ayyan. Kena buat bucketlist, kalau tidak pening untuk memilih yang mana satu.

“Banyak… tak tahu dah nak yang mana…” gumamku perlahan, seakan bercakap dengan diri sendiri.

“Banyak berangan ni isteri Ayyan…” Dia usik hidungku lalu dia peluk tubuhku.
Ubun-ubun dicium penuh syahdu. Rambutku disalut. Jantungnya yang berdegup laju dapat aku dengari. Indahnya mengira nada itu. Aku tersenyum dalam bahagia.

“Pilih yang mana paling dekat di hati. Atau paling simple, dapatlah kita enjoy walaupun Ayyan sekarang ni tengah tempang lagi.”

Perkataan tempang membubarkan kecerian yang telah menular tadi. Argh, aku lupa suamiku belum sihat sepenuhnya.

“Duduk rumah ajelah. Ayyan tak sihat lagi…” usulku risau.

“No… Ayyan dah okay sikit ni. Ayyan tak nak berlengah masa, selagi ada masa kita bina memori terindah supaya tak menyesal di kemudian hari.”

“Kenapa cakap macam tu? Kita masih banyak masa, kan? Ayyan cakap macam Ayyan nak pergi jauh daripada Reen je.”
Mendung kembali berarak menguburkan rasa bahagia tadi. Sedih tahu dengar Ayyan cakap begitu.

Fikiran aku sudah memikir ke lain, aku takut kehilangan dia.

Aku menolak dadanya, cuba melepaskan pelukan. Rasa nak merajuk juga waktu ni. 

Dia leraikan dan mata kami bertembung buat seketika.

“Bukan, sayang… Ayyan cuma nak luang masa dengan Reen sebelum Ayyan mula busy dengan kuliah. Manakala Reen pula busy dengan kerja nanti. Waktu kita akan semakin singkat, sayang kita biarkan masa yang berlalu pergi macam tu sahaja. Ayyan nak kita cipta memori banyak-banyak untuk kita kenang bila…”

Terhenti seketika ayat itu. Tergantung sepi.

“Bila apa Ayyan?” soalku apabila Ayyan tetap berdiam, hanya merenung aku tidak lepas.

“Ayyan takut je, kemungkinan yang kita tak tahu akan berlaku.”

“Kemungkinan apa? Ayyan jangan cuba-cuba cakap bukan-bukan.” Resah kembali menghuni hatiku kini. Apa yang sedang cuba disampaikan oleh Ayyan? Kenapa dia fikir perkara itu?

“Ajal dan maut ditangan Tuhan. Kita tak tahu semua tu bila akan berlaku.”
Jantungku bagai direntap kuat hampir terluruh. Aku balikkan tubuh, tidak mahu memandang Ayyan lagi. Dia telah lukakan sekeping hatiku yang telah bahagia tadi.

Kenapa jauh sekali fikiran Ayyan menerawang? Kenapa difikirkan tentang kematian disaat ini? Dia tidak tahukah aku takut jika itu berlaku. Aku takut.

Belakang tubuhku dipegang dan dia peluk aku dari belakang. Cukup erat dan aku sebak tika ini.

“Reen. I'm just saying. Janganlah marah… Ayyan tak bermaksud nak cakap saja-saja. Ayyan risau je, kalau-kalau kita terlewat. Itu sahaja, sayang…” pujuk Ayyan lembut.

Tanganku digenggam erat. Aku biarkan sahaja perlakuan dia. Sedih memang sedih tetapi aku tak nak menangis lagi bimbang esok mataku sembab. Nanti Ayyan tak mahu tengok aku lama-lama.

“Betul ni?” Aku buang ego, merajuk pun aku usir. Tak naklah membazir masa.

“Iya, sayang… I'm sorry, okay?” 

“Boleh janji tak cakap benda ni lagi? Reen tak nak dengar. Reen risau… Reen sedih…” pintaku dengan rayuan lirih. Cukuplah kesedihan yang selama ini mengikat aku. Aku mahu bahagia bersama dia.

“Janji… Ayyan janji demi Reen… “ 
Janji yang termeterai itu aku simpan rapat. Aku pegang kuat-kuat. Namun, mengapa suara Ayyan sedih sekali tatkala bicaranya itu menusuk ke dalam halwa telinga ini?

...

Writer's comment : Bahagia itu tidak akan kekal bukan? Bahagia dalam kesedihan, akankah bisa bersatu?
...
10 dec 2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro