BAB 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syt 62

MANGKUK KECIL aku susun rapi di atas meja. Kak Mina pagi-pagi telah keluar kerja. Mak pula pergi ke rumah jiran, bersembang tentang bakal cucu yang baru lahir.

Aku ingin juga mengikut, tetapi mak kata layanlah suami tu makan. Nanti-nantilah kerumah jiran tu. Aku hanya iakan sahajalah.

Bubur nasi ayam aku sendukkan ke dalam mangkuk kecil. Istimewa untuk Ayyan. Hari ni, aku nak bagi dia makan banyak-banyak biar dia banyak tenaga nak melayan aku dating nanti.
Kembang setaman bibirku melebar senyuman. Bahagianya mengingat Ayyan kembali ceria seperti dulu-dulu. Dalam fikiran, dah terbayang-bayang memori indah yang bakal kami cipta bersama.

"Sayang... kenapa senyap je turun tak beritahu Ayyan... Kalau tak, boleh dah kita mandi sama-sama..."
Bergema suara nakal Ayyan, aku nampak dia melangkah perlahan mendekati aku. Walaupun langkah sedikit tercela, seraut parasnya... Masya Allah, kacak sangat. Aura dia pagi ni lain macam. Huhu.

Pipiku mula memain peranan, berwarna sedikit memerah. Alahai, bilalah aku ni nak bermuka tembok. Asyik malu-malu je dengan Ayyan. Tengok Ayyan tu biasa sahaja riak, jarang sangat nak malu-malu dengan aku.

Mungkin memang lelaki memang macam tu? Tak malu dengan wanita yang dia cintai. Eh, dia cintakan aku, ke?

Pinggangku terasa dipaut dan tangan kekarnya berlingkar di perutku. Haruman dia terus menusuk ke hidung, sehingga aroma bubur ayam sudah menghilang jauh. Wangi-wangi ni nak goda aku ke, Ayyan?

"Sayang masak apa?" Lembut suara dia mengusik telingaku. Pipiku dicium sekilas tanpa amaran. Ya Allah, pagi-pagi macam ni dia dah tunjuk ulah nakal.

"Err... Bubur ayam," jawabku cuba berlagak selamba.

"Sedapnya, nanti suap Ayyan ye? Tangan ni masih sakit lagi, tak larat nak makan sendiri... Pelease..." Manja lenggok suaranya merayu aku. Kaki ni macam nak terkulai waktu ni. Haish, susahlah jadi perempuan ni. Asyik mencair aje. Kuatlah wahai diri, jangan terlebih cair. Takut nanti pengsan silap hari bulan. Takkan nak suruh Ayyan yang sakit tu angkut kau ke hospital?

"Hmm... boleh..."

Ayyan menarik tanganku daripada setia menyenduk bubur. Bahuku dijadikan tempat rehat dagunya.

"I have surprised for you, today... But Ayyan nak something from you..."
Aku membalas genggaman tangannya. Namun, kalutku mula muncul. Gelabah aku mendengar permintaan dia. Apa something tu?

"Sebelum tu, Ayyan nak tanya. Kenapa couple dengan Firshad. Why not you asking me to be your boyfriend. Ayyan rasa Ayyan sudi jadi kekasih Reen kalau Reen mintak."
Fikiranku kembali terbayang wajah Firshad. Sudah lama juga aku tidak bertegur sapa dengan dia.

Entah sudah move on atau tidak. Ataupun sudah kembali bersama ex kesayangan dia, Mira. Untuk persoalan Ayyan, aku sendiri tidak mengerti dengan diri aku. Bagaimana aku bisa menerima Shad semudah itu. Sedangkan hatiku tiada seinci pun rasa cinta untuk Shad.

"Tak tahu... Mungkin sebab Shad baik, dia selalu ada bila Reen sedih," jawabku sekadar untuk dijadikan jawapan. Tidak bermaksud lain. Aku hanya dapat rasakan kebaikan layanan Firshad kepada aku. Dia tidak pernah berkasar dengan aku, bicaranya juga sering berhemah. Tetapi, hubungan kami jadi hambar pula apabila diakhir hubungan kami. Dia seperti ingin berjauh daripada aku.

Entah sebab apa. Tidak pernah ingin aku tanyakan mengapa. Mungkin juga dia bosan dengan aku, atau dia rasa hubungan kami tidak akan pergi jauh. Cukup setakat cinta sementara. Tempat persinggahan.

"Dia baik, ke? Selalu dengan Reen bila sedih? Habis tu Ayyan ni takde selalu ke bila Reen sedih? Ayyan puas tanya, puas nak tahu apa masalah Reen. Tapi, Reen berkeras diam. What should I do, then?" Suara Ayyan tidak manja lagi, sedikit bertukar serius. Dia melepaskan tanganku dan pelukan terus dileraikan.
Berkerut dahiku melihat dia membalikkan tubuh, tidak mahu memandang aku. Aduh, dia merajuk ke atau cemburu?

Tangannya aku capai dan genggam erat. Dia diam tidak menolak. Aku lega dia tidak sampai tolak sentuhan ini.

"Ayyan... Reen tak nak ganggu Ayyan dengan Ainura. Masa tu, Reen dah tak tahu buat apa lagi. Reen diam dan pendam semua supaya Ayyan boleh bahagia. Dan, Reen terima Shad sekadar untuk tutup perasaan ni," terangku sedikit panjang. Lengannya aku peluk dan gosok perlahan, untuk memujuk suami merajuk.

"Kalaulah Shad melamar, Reen terima?"
Kepala yang tidak gatal aku garu. Dari suara dia, aku dapat tangkap dia masih tidak puas hati dengan jawapan aku. Dia masih merajuk dengan aku. Dan soalan dia tu buat aku terkedu. Tak terlintas dalam fikiran bahawa Shad akan melamar aku.

"Mestilah Reen tak terima."

Dia menghadap aku semula. Mukanya keruh memandang.

"Are you sure?" Soalnya dengan serius.
Aku angguk kecil.

"Kenapa tak terima?"

"Sebab Reen tak cinta dia..."

"Hmm. Reen cintakan siapa?" soal dia lagi. Muka masih serius, tiada riak lain.
Terpinga-pinga aku melihat dia. Boleh lagi dia tanya?

"Reen cintakan err..." Aku kelu apabila Ayyan sudah dekatkan jarak kami.

"Err apa?" Dia jongket kening.

"Err... semalam kan dah cakap..."

Getusku perlahan. Aku larikan anak mata ke arah lain. Nak sembunyi malu.

"Ayyan bagi pilihan, sambung ayat atau..." Jarinya menyentuh bibirku lembut.

Aku mula kelam- kambut dan jarinya aku tolak menjauh.

"Dah lah, kita makan dulu. Lepas ni nak keluar, kan..." Aku pusing tubuh, dan tanganku mencari sudu. Kerusi juga aku tarik, namun tingkahku terhenti apabila Ayyan menarik pinggangku rapat sehingga dada kami bersatu.

Hampir nak terkeluar jantungku apabila bibirnya hanya berjarak seinci dengan bibirku. Aku sempat kemam bibir serapatnya. Membulat mataku memandang dia.

"Just answer it properly, sayang..." Nadanya keras memaksa aku.
Peluh dingin jatuh ke dahi apabila aku hadapi situasi begini dengan Ayyan. Aku hantar pandangan supaya dia lepaskan aku.

"Lepaskan dulu..."

Ayyan tersenyum senget, dia lepaskan aku juga apabila aku tayang muka penakut. Akhirnya aku dengar dia tergelak.

"Dah kenapa ni?" Geram aku melihat dia. Dia boleh kenakan aku begitu? Aku melabuhkan punggung di kerusi, tidak menolong dia duduk pun.

Dia dah pandai gelak, mesti nak angkat kerusi sendiri pun boleh, bukan?

"Muka Reen tu kenapa takut sangat. Ayyan bukan nak makan Reen pun. Ayyan mula-mula nak duga, how you handle me if I'm behave like this. Tapi, Reen polos sangatlah. Pemalu sangat dengan Ayyan. Hmm. Ayyan kena jadi charming boy, not bad boy."

Ayyan tekup mulut dan duduk disebelahku dengan sedikit terkial-kial. Aku toleh dia, sambil menjeling tajam. Sampai hati nak kenakan aku, kan? Lengannya aku cari setelah dia berjaya duduk dengan selesa.

Cubitan ala-ala lembut aku hadiahkan dengan senyuman plastik.

"Aww! Sakitlah!" Ayyan mengaduh sakit, dia gosok-gosok lengannya.

"Ala... Kita usik sikit je, janganlah cubit... Sakitlah..."

Dia tayang muka mengada-ngada. Lengannya diunjuk depan aku supaya tolong usapkan bahagian kono sakit sangat tu.

Aku buat tidak tahu dan tuang air milo ke dalam cawan. Lalu tanpa fikir panas ke tidak, aku minum dengan rakus.

"Ya Allah, pedih-pedih! Panasnya air ni!" Cawan itu aku letak pantas.
Tangan sibuk mengipas-ngipas lidah. 
Pedihnya, rasa macam nak melecur lidah ni. Adakah ini hukuman sebab aku cubit lengan suami?

Ayyan bangun mendekati aku. Dia tuang air masak ke dalam cawan lain, terus disua kepada aku. Aku ambil dan minum tanpa banyak soal.

Rambutku disalut lembut, bahuku juga diusap untuk meredakan sakit aku. Aku sudah diterpa sebak. Bibirku mula mencemik. Tangannya aku pegang dan aku kucup.

"Sorry..." Hanya sebaris ayat ini terucap sambil aku tahan perit di lidah.
"Okay dah ke? Hmm? Sakit lagi, nak Ayyan tolong lain. Ada ais tak dekat peti sejuk?"

Aku geleng. Terharu dengan layanan dia.

"Takpe, sekarang ni Ayyan makan dulu. Reen suapkan, sakit ni nanti lama-lama okaylah."

Aku cuba sedapkan hati dia, padahal peritnya makin menyengat. Nasiblah badan, dah terkena. Dugaan...
Dia turutkan cakap aku. Dia duduk dan tangannya mengusap tanganku sambil matanya tidak lekang daripada memerhati aku.

"Hmm. Hari ni rehat ajelah... Reen macam sakit sangat tu..." Komen Ayyan, cawan aku tadi dihirup sedikit demi sedikit.

Erk, Ayyan minum bekas air aku.

"Bukan sakit sangatlah. Sakit kat lidah je, bukan sakit kaki," balasku tidak bersetuju dengan bicaranya.

"Manis air ni... macam tuan dia..." Ayyan menoleh kepadaku setelah habis dihirup air milo aku tadi. Senyuman nakal terpamer depan mataku.
Jangan dia buat pick up line sudah sekarang.

"Reen tahu tak apa beza air milo dengan Reen?"

Hampir hendak ternganga aku apabila Ayyan membuka pick up line yang tidak pernah dia sebut selama ini. Dah terkenan penyakit Shad ke?
"Entah."

"Cuba fikir, senang ajelah sayang..."

"Tak tahu."

"Nak tahu, tak?"

Aku angguk saja. Layankan ajelah suami. Kang, aku tak layan berdosa lagi macam tadi. Mana tahu lepas ni, kena benda lain pula.

"Milo pahit kalau tiada gula. Kalau Reen, manis walaupun tiada gula. Manis dia lain macam."

Bibirnya terukir senyuman. Aku rasa macam nak tercekik bila dia buat pick up line sendiri. Walaupun tidak berapa menjadi, tetapi rama-rama sedang berterbangan di dalam perut. Sakit di lidah hilang entah ke mana.

Aku pandang dia sambil tersengih.
Tetapi, aku jadi terpana apabila bibir aku disentuh oleh jari Ayyan. Dan...

Cupp!

Cukup sekilas dia lepaskan bibir aku.
Membulat mataku melihat dia tersenyum senang. Pipi dia juga turut memerah seperti aku. Aku rasa nak lari aje. Tolong sesiapa bawa aku pergi dari sini?

"It's sweet..."

Aku terkedu, dan tubuh aku paksa untuk bawa diri ke dapur. Tetapi, lemahnya lutut untuk bergerak. Dan, tangan Ayyan menyambar tanganku lembut.

Jemari hangat menerima kucupan lembut oleh Ayyan. Err, jantungku usah cerita bergendang bagai dipalu kompang.

"I love you..." Getaran suaranya menyentuh sanubariku. Aku tergamam menerima luahan dia secara tiba-tiba. Rasa nak tercabut tangkai jantung kerana terkejut.

Benar ke dia cintakan aku? Takkan secepat ini? Adakah aku bermimpi? Ya Allah.

Dagu aku dipautnya dan kepala aku secara automatik terpandang wajah dia. Aku kaku menahan debar dan malu. Matanya terus menikam anak mataku. Aku tak boleh lari lagi. Bagai dipukau, aku tidak mampu menggerakkan anak mata ke mana-mana lagi. Setia merenung dia, dan membalas renungan dia yang semakin dalam.

"Ayyan cintakan Reen..." Lembut bait indah itu meniti di bibir dia.
Dia berjeda dan pipiku di usap lembut. Aku kaku membiarkan, irama indah sedang berlagu riang menyatakan aku bahagia mendengar luahan perasaan dia. Dan, perasaanku masih lagi diterjah rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku depan mata.

"Ayyan Irhan cinta Nur Arina... Sejak pertemuan pertama kita, masa Reen tegur Ayyan dulu. It's my first love. Ayyan rasa Ayyan berdebar bila terpandang wajah Reen buat kali pertama sebab lepas peristiwa tu... Ayyan tak pernah lupa wajah Reen, tiap waktu wajah Reen terbayang di mata. Ayyan cuba buang, tapi... lama-lama Ayyan fikir tu perkara biasa.

Ayyan fikir mungkin juga Ayyan terlalu sayangkan Reen sebagai kakak sebab selamatkan Ayyan masa tu. Sebab tu Ayyan asyik teringat Reen je. Tapi, tak tahu kenapa setiap masa Ayyan harap dapat tatap wajah Reen walau sekejap. Bila Reen dah berjauhan, Ayyan rasa susah nak teruskan hidup. Ayyan cuba couple dengan mana-mana perempuan untuk isi kesunyian hati Ayyan.

Tapi... I feel nothing, I dont't feel happy with them. Semua kosong. Sampailah Ayyan terjumpa Ainura. Ayyan rasa suka dengan dia, sebab dia ada persamaan sikit dengan Reen. Dia lembut, bercakap sopan dan Ayyan paling suka bila dia pandai hormat orang tua. Dia tolong seorang mak cik cleaner ni, hari-hari tanpa miss. It's remind me of you, Reen... Sebab Reen baik dengan semua orang. Reen sanggup bersusah payah tolong orang lain, walaupun Reen terpaksa berkorban. Ayyan nampak dulu, Reen tolong seorang pak cik tu. Ramai orang kata dia gila, tapi Reen tolong jugak. Reen tak kesah semua tu."

Aku tahan sebak yang mula menguasai aku. Tidak aku sedar selama ini Ayyan turut menyimpan perasaan kepada aku, tetapi rasa bahagia aku tercalar sedikit apabila dia bangkitkan isu Ainura. Cemburu sedang mengores rasa di hati. Tetapi, aku diamkan sahaja.

"Sampailah pakcik itu hilang tanpa berita. Reen menangis satu hari sampai demam. Tapi tulah... Ayyan bodoh sibuk dengan Ainura sampai lukakan hati Reen... And after we are married, my feeling starting to open for you. Ayyan rasa nervous, and at the same time, Ayyan rasa tenang bila ada Reen di sisi. Sometimes, I want kiss you in forehead, to tell you I'm care for you. And when I can't control my self, I starting to kiss your lips when I feel I really love you. I'm sincerely telling you, now. I really love. Damn in love with you and If you really leave me I feel I can't live again. Much worse than what I'm feeling toward my mama... I just want stay beside me. And I want to love you until my last breath... Nur Arina..."

Setitik air mataku jatuh menyentuh pipi. Aku terharu, tidak menyangka akan menerima luahan luhur daripada Ayyan untuk aku. Bahagia yang selama ini aku cari akhirnya menjadi milik aku. Ya Allah, terima kasih dengan kurniaan rasa cinta ini. Kau kuatkanlah ikatan cinta ini sampai ke syurga.

"Aku terima nikahnya, Nur Arina Binti Azhar dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai... Setelah lafaz ni, Ayyan janji akan bahagiakan Reen sampai nafas Ayyan yang terakhir. Terima kasih sayang sudi jadi isteri Ayyan walaupun asbabnya tidak sempurna. Melihat wajah Reen, tiap kali buka mata merupakan hal yang paling terindah dalam hidup Ayyan. Thanks for everything..."

Pipi aku dielusnya lembut bersama senyuman manis. Matanya berkaca-kaca dan aku nampak air matanya jatuh setitis. Aku pula sudah dihujani air mata. Setiap bait yang dia lancarkan sungguh meruntun kalbuku. Aku terharu dan sangat bahagia.
Dia bangun perlahan dan tubuh aku dibawanya ke dalam dakapan. Aku menangis hiba di dada bidangnya.

"I love you, Reen. Don't forget it. I will always loving you." Bisik Ayyan dengan suara lembut dan kedengaran romantis.

...

"KITA makan aiskrim dulu eh, dah lama Reen teringin nak makan dengan Ayyan..." ujarku dengan nada manja. Mataku sengaja dikelip-kelipkan beberapa kali. Memanglah malu sebab perangai mengada sangat, tapi buanglah sedikit malu sebab Ayyan dah terus terang dengan perasan dia. Aku pula kenalah berubah sedikit perangai, jangan malu-malu kucing lagi.
Ayyan tersenyum girang. Dia mencuit-cuit pipiku lalu dicubitnya perlahan. Mungkin geram dengan pipiku yang merah macam terkena blushing.

"Jangan manja sangat, takut Ayyan tak boleh kawal. Kang tercium dia dekat sini."

Ayyan tayang gigi, matanya sedikit sepet bila dia menyeringai dengan senyuman terlebih lebar. Nakal Ayyan tak pernah nak surut. Aku besarkan mata memberi amaran, sengaja je. Bukan marah sangat pun kalau dia nak cium aku. Ya Allah, gatalnya aku ni. Anak siapalah perangai tak semenggah.

"Jangan main-main. Ni Malaysia tau, bukan Korea. Kena jaga adab," ucapku konon-konon garang.

Ya Allah, malu pulak rasa bila bercakap macam ni. Tolongla Ayyan, kita nak makan aiskrim bukan masanya nak bersweet-sweet. Nanti bukan takat aiskrim yang cair, tapi hati aku yang cair dulu. Siapa nak bekukan balik nanti? Huhu.

"Meh lah kita honeymoon dekat Korea. Boleh lah sweet lebih sikit." Usik Ayyan bersahaja. Nakal Ayyan ni nak aje aku kikis, makin lama aku gerun pula.

"Dah lah Ayyan, kita makan aiskrim dulu. Tu baru sampai," tegurku segan. Pipiku berbahang bila seorang waiter perempuan tersengih-sengih memandang kami berdua.

"Okay, thanks miss." Ayyan mengambil aiskrim itu dan hulur kepada aku. Kemudian, dia ukirkan senyuman kepada waiter itu.

Haish, kenapalah senyum manis lagu tu? Cemburu sedang mengintai menjadikan bibir aku tercebik geram.

"Kenapa ni monyok?" Ayyan bersuara setelah menjilat aiskrim berperisa vanila di tangannya.

"Hmm. Takde apa," jawabku malas. Aku telan laju-laju aiskrim cone ditangan. Kalau boleh depan mata aku ni, aku nak telan hidup-hidup. Alamak, teruk jugak penyakit cemburu aku ni. Takat senyum je pun salah ke?

"Alaaa... janganlah jealous, sayang... Ayyan senyum biasa-biasa je dekat dia. Itupun nak jealous?"

Terasa disindir pula. Cuba kalau aku senyum dengan lelaki lain, rasa-rasa dia jealous tak?

"Tak comellah macam ni..."

Usikan Ayyan aku tidak endahkan. Mata mula mencari mamat yang bakal menjadi mangsa menerima senyuman aku.

Apabila terpandang seorang mamat yang sedang minum air. Aku tayang senyum lebar. Nak tahu apa reaksi lelaki tu, tersembur air minuman sehingga kawan dihadapannya berdiri secara drastik.

Ayyan tergelak sambil hentak tangan di meja. Berdekah-dekah. Aku pula, tergelak juga tanpa sengaja. Lawak okay, serius lawak.

Mungkin dia nak termuntah tengok senyuman aku ataupun dia tidak menyangka ada bidadari jatuh dari langit. Hahaha. Serius merepek sungguh aku hari ni.

Tetapi, gelak aku terus mati apabila lelaki itu bangun dan mula berjalan ke arah aku.

Sekelip mata, dia berdiri depan mata aku. Terkebil-kebil mata aku membalas pandangannya.

"Hi... Err, minta number boleh?"
Hah? Lelaki ni dah terkena sawan ke?
Baru aku nak bersuara, terdengar hentakan di meja.

"Eh, kau tak nampak ke aku tercongok depan dia. Kau tak rasa ke aku ni siapa pada dia?"

Itu suara Ayyan. Marah benar dia menyoal lelaki entah nama siapa ni.

"Kau siapa?"

"I'm her husband."

"Tak percayalah. Kalau suami takkanlah kasi isteri dia senyum dekat lelaki lain."

"Dia saja nak buat aku jealouslah! Bukan nak sangat senyum dekat kau." Nadanya sedikit tinggi. Aku tengok muka Ayyan dah serius habis. Bengang agaknya bila ada lelaki nak mengusha aku.

"Hmm. Betul ke awak?" soal lelaki itu sambil pandang wajah aku pula.

Aku hanya mengangguk.

"Sorry aku tak tahu. Hmm. Okaylah, aku cau dulu."

"Sorry gak, sebab saya... Awak terkejut macam tu sekali. Saya tak sengaja." Aku mula tersengih-sengih. Serba salah juga dah kenakan dia boleh pula aku gelak dengan Ayyan.

"Nevermind."

Aku pandang belakang tubuhnya yang semakin menjauh. Dia tinggalkan kawan dia tanpa menoleh lagi. Malu barangkali. Aduhai, rasa berdosa pulak menolak permintaan dia. Eh?

"Ehem. Khusyuk sangat, kenapa?"
Aku jungkit bahu dan buat tidak dengar kata-kata dia. Aku sambung makan aiskrim dan habiskan cepat-cepat.

"Reen... Ayyan jealous ni. Tak nak pujuk, ke?"

Aku diam. Handphone di dalam beg aku ambil. Pura-pura sedang mengecheck sesuatu.

"Reen..."

Entah akal mana yang merasuk, aku tekan camera dan ambil gambar Ayyan yang sedang tayang muka cemberut. Serius, comel.

"Comellah muka dia."

"Orang bukan suruh puji, orang nak dipujuk." Cebir Ayyan masih merajuk.

"Malaslah nak pujuk. Ayyan jugak yang cemburukan Reen dulu."

Aku menjawab selamba dengan simpan handphone di dalam beg. Aku bangun, dan berkira-kira ingin keluar. Mood bermanja dah hilang, mood merajuk pula sedang on.
Hmm. Macam mana nak tengok wayang, lepas tu nak pergi suatu tempat ni? Mood pun kelaut dah.

...

Writer's comment : Sweet kan dorang. Hahahha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro